Pages

Friday, August 29, 2008

Tolong beri pendapat...............

Assalamualaikum sahabat,
disina penulis ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku pada diri sahabat penulis,pada mulanya penulis hanya ingin mencari dan nak tambah sahabat2,namun tika penulis sedang asyik 'berchatting',ade seorang lelaki bernama syam(bukan nama sebenar)menceritakan masalahnya,oleh sebab kami 'chatting' dalam group yang besar jadi bnyaklah sahabat2 yang menghulurkan bantuan dalam nak membantu si lelaki ni,penulis juga berkesempatan unntuk menghulurkan bantuan,penulis menberikan e-mail penulis kepada lelaki tersebut dan alhamdulillah dia sudi berkongsi masalah tersebut dengan penulis.

Pada permulaan sesi luahan rasa itu,penulis tidak dapat menggagak kerana sewaktu 'chatting' dalam kelompok yang besar lelaki tersebut enggan meluahkan masalahnya mungkin sebab rasa melu yang menyelaputi diri.dia memulakan dengan bertanyakan sama ada penulis pernah bercinta atu pun tidak?dengan rasa agak kekok,penulis menjawab dengan jujur kerana penulis percaya jika kita jujur dalam nak sesuatu hal isnsyaAllah hasil yang kita dapat akan menghasilkan impak yang maksima.

setelah pelbagai soalan yang dia ajukan kepada penulis,lantas takut pelbagai lagi rahsia terbongkar huhuhu,penulis pun bertanya mengenai masalahnya,ternyata tanggapan penulis mengenai dia lantaran soalan berkaitan cinta menjadi isu benar kerana dia dalam keadaan bercinta.padamulanya penulis menyangka dia ingin mengeluarkan masalah berkaitan hati,ternyata meleset apabila dia menyatakan dia melakukan maksiat dengan kekasihnya.penulis cube beranggapan baik,penulis tidak mahu membuat andaian sendiri,penulis bertanya kepadanya,maksiat ni ada banyak jenis,yang ringan atau yang berat?(mantiq).

'paling beso' inilahjawapan yang diberi.terkejut dan kaku kerana dia menyatakan mereka sudah menjadi ibarat suami isteri dan menyatakan kesukaran untuk berhenti dari melakukan benda tersebut.apabila ditanya mengapa tidak kawin saja dari terus membiarkan diri dibuai taufan Lanina?namun dia menyatakan lagi masalah baru,keluarga sebelah dia tidak merestui perhubungan mereka,walaupun dia telah berbincang dengan baik namun keluarganya tetap berkeras.Justeru dia sekarang berada dalam keadaan tersepit malah membawa pemulis sendiri untuk turut tersepit kerana tidak dapat memberi jawapan padu padanya.tidak mungkin penulis nak mencadangkan agar menurangkan kekerapan mereka 'bersama',tidak munkin penulis nak menggalakkan dia untuk menderhakai kedua orang tuanya.jadi penulis benar2 mengharapkan kesedian sahabat2 kerana ini merupan masalah saudara kita.dia sudah mempunyai rsa untuk berubah justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu,insyaAllah jawapan sahabat2 nanti akan saye sampaikan pada dia dan mengharapkan akan perubahan pada dirinya insyaAllah.......bantulah saudara kita..

Friday, August 22, 2008

21ogos yang lebih utama


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


*Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, artikel asal DI SINI

Minyak?????


Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan masih mampu dan berpeluang untuk meninngkatkan amalan kita insyaAllah,hari ni merupakan suatu hari yang cukup bermakna buat semua rakyat MAlaysia dek kerana penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tika ini,justeru kita sebagai orang islam wajar mengambil sikap positif dalam menilai tindakan kerajaan yang mana mungkin akan terdapat pelbagai spekulasi berikutan tindakan tersebut,biarpun ada namun tindakan ini sedikit sebanyak membantu dalam meringankan beban rakyat terutamanya yang miskin.Alhamdulillah kitapanjatkan sekali lagi.mari kita ambil iktibar dari peningkatan harga minyak yang lepas,apakah yang mendorong sehingga berlakunya peningkatan yang sedemikian rupa.
memang secara lahiriahnya terdapat kegiatan yang tidak sepatutnya yang mendorong peningkatan tersebut namun kita sebagai umat islam wajar berfikir secara islam.bagi orang "non-muslim" mereka aka berpendapat ini adalah salah orang yang menguruskannya dan pelbagai lagi tuduhan.memang jika dikaji secara mendalam ada betulnya namun sebagai umat islam adakah kita juga perlu berfikiran seperti non-muslim,semestinya tidak kerana kita(muslim) adalah berlainan dari agama-agama yanng lain.
Apabila kita check dari segi akidah,apa salah kita?
Mari rujuk Kitab yang menjadi panduan kita,surah Ibrahim Ayat 7:Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambahi (nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu)maka pasti azabKu sangat berat.

Kita tanya diri kita adakah selama ini kitamemandu atau membonceng kenderaan untuk mengisi minyak,lepas isi kita bersyukurkah?pastinya tidak,hanya segelintir sahaja yang bersyukur.itulah silap kita,kita tidak mensyukuri nikmat tersebut,apabila nikmat itu ditarik(mahal),kita tidak menyalahkan diri kita pun tetapi menyalahkan pihak yang lain,ini pemikiran orang islam yang sebetulnya,jika non-muslim datang dengan hujah-hujah dalam melawan isu minyak ini,kita yang mengaku beriman ini harus juga datang dengan hujah-hujah yang mantap beserta akidah yang turut mendominasi pemikiran,itu lebbihnya umat islam berbanding umat yang lain,insyaAllah marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menjalani hidup yang sementara ini,hidup biar berakidah......

Tuesday, August 19, 2008

Cincin Pertunangan Ceksue

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
Seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari Kita menyimpan kuku yang panjang.... Bayangkanlah dosa yang telah Kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... Potonglah kuku anda.
Jangan Ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana IA tidak membayangkan kesucian Dan IA juga bukan budaya Kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil Dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya yang
menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, DLL.
Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan Dan mahu anak yang pandai Dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang Sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun Kita Mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan Dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw kepada Saidina Ali rhu sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
Dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk Dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
saudara Dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan Dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja Kita mendapat laknat dari Allah Swt kerana Memakai cincin Dan kalau Kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.

Saturday, August 16, 2008

10 wasiat Imam Hassan Al-Banna

SEPULUH WASIAT
Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik
ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab
yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak
memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh
sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana
percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya
sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

INCOMING "MONEY"


Bulan Ramadhan dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu"(H.R. Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

COUPLE ITU HARAM!!!!!!!!!!!!



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.""Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya..


umar zulkefli..........www.luvislam.com.............

Thursday, August 14, 2008

Kesedaran diri sendiri

Assalamualaikum semua.pertama sekali nak mintak maaf disebabkan kekurangan yang teramat pada blog penulis ini huhhu,dalam proses pembelajaran sebenarnya namun insyaAllah penulis akan cubalah melakukan serbasikit perubahan bersesuaian dengan nama blog ini.

Hari ini merupakan 'presentation day' untuk projek minor 3.seperti biasa, sudah hampir 3 malam penulis tidak tidur ppada waktu yang ditetapkan untuk berehat lantaran kesibukan yang mencengkam diri penulis.pada ketika menunggu untuk turun ke galeri KAED penulis hanya lepak ja dekat studio menunggu suatu benda yang tidak pasti,sedar tidak sedar semua orang sudah turun dan barulah penulis nak melangkahkan kaki bersama rakan2 yang turut sama 'seperjuangan'.sampai ja kat bawah one of the lecturer marah sambil menunbuk dangan cara melawak dekat bahu,huhuhu banyak kali gak tu,tapi xper.then dia mengatakan sesuatu yang cukup memedihkan hati.
"mak ayah hang orang susah,depa haraokan hang bila hantaq hang mai ngaji jauh2.tapi hang buat leceh ja time belajaq.depa habih duit banyak semata-mata untuk hang,hang xkesian ka kat depa"
kata2 tu menusup masuk kedalam hati sanubari.cukup menyedihkan dan betul apa yang diucapkan.sedih hati memang tak tertahan.penulis menangis naik segan pulak kawan sebelah nampak.namun penulis takut KESEDARAN DIRI SENDIRI yang melanda hari ini akan turut berlalu seperti masa yang berlalu.justeru penulis mohon kerjasama sahabat2 untuk terus menerus menasihati penulis.mungkin pada fizikalnya penulis nampak seperti orang biasa namun jauh dilibuk hati penulis,penulis amat mengharapkan semua sahabat2 turut membantu penulis dalam nak mencapai MARDHOTILLAH.tolonglah sahabat......

Sunday, August 10, 2008

Madah Permulaan

Assalamualaikum kepada semua,alhamdulillah dan ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Besar diatas semua kerana dengan limpah dan hidayahnya yang mana memberi suatu macam gerak hati untuk saye menghasilkan blog yang tidak seberapa ini. walaupun kesedaran untuk menghasilkan blog ini dirasai telah lama, namun tiada tindakan diambil, justeru bagi mencapai mardhotillah, saye cube untuk menceburi bidang baru ini. apabila melihat kembali tajuk blog ini, mengapa ia sedemikian, apakah fungsi blog dalam nak mencapai mardhotillah.apakah hubungkaitnya dalam kehidupan kita umuat islam.nah disini ingin saya sampaikan suatu pendapat bersandarkan satu hadis yang mana bermaksud"sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'nah dek kerana kesedaran dalam memahami hadis inilah telah mendorong saya yang mana saya berpendapat dengan pendekatan seperti ini mampu memberikan suatu kesedaran dan merupakan salah satu cara kita sebagai seorang hamba yang ditugaskan dimuka bumi ini dengan dua tanggungjawab yakni beribadat dan sebagai khalifah, untuk mengamalkan apa yang telah kita pelajari disepanjang kehidupan kita.namum setiap menusia punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri justeru sebagai orang yang turut sama dalam nak menegakkan islam ,segala kekurangan blog ini haraplah diampun dan sama-samalah kita tegur menegur kerana apa?tidak lain tidak bukan untuk mencapai mardhotillahbukan saja didunia malahan juga diakhirat kelak insayAllah.sama-samalah kita mendoakan kebaikan semua.