Pages

Thursday, September 18, 2008

panduan dalam menulis blog yang lebih mantap

Di kala ini, saya sedang menyiapkan satu artikel yang agak panjang. Menghasilkan tulisan yang berjela-jela di internet sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan. Apatah lagi kalau berazam untuk menjadi seorang novelis atau cerpenis maya. Ini memandangkan cara seseorang membaca di internet adalah tidak sama seperti mana mereka membaca bahan bercetak.

Secara purata, pengguna internet paling-paling hanya akan membaca 28% daripada apa yang ditulis. Lagi panjang kita tulis, lagi sedikit mereka baca; yang selebihnya mereka sekadar melihatnya sepintas lalu (scan). Hanya sebahagian kecil sahaja yang akan membaca perkataan demi perkataan dari awal sehingga akhir. Ini bermaksud, peluang untuk kita syok sendiri bagi setiap tulisan yang kita hasilkan di internet adalah amat tinggi.

Tragedi ini berlaku kerana internet ada terlalu banyak gangguan. Maklumat yang melimpah-ruah di internet kadang-kadang menjadi satu sumpahan kepada internet itu sendiri. Sedang kita membaca artikel, tiba-tiba tangan menggatal hendak klik sana-sini tanpa sempat menghabiskan dan menghadam betul-betul apa yang sedang dibaca. Akibatnya, info yang sedang kita hendak kutip itu tidak dapat diserap sepenuhnya.

Ini berbeza kalau kita membaca buku. Di dalam buku, tiada widget dan gadget. Di dalam buku, tiada perkataannya yang boleh diklik. Ketika membaca buku, kita tidak akan hirau untuk mengetahui siapa sedang online di YM, kita tidak kisah berapa banyak emel baru yang masuk, dan bagi yang masih ada Friendster, kita tidak akan peduli untuk login ke sana untuk mengetahui berapa banyak komen/testimonial baru yang diterima.

Buku (dan juga bahan bercetak yang lain) itu sifatnya monogami; bila kita membacanya, kita hanya akan fokus pada buku itu sahaja. Blog, wiki, forum dan sebagainya yang terdapat di internet ini pula, menggoda tumpuan kita agar berpoligami dengan bahan bacaan yang lain (termasuk juga audio dan video) secara serentak. Internet sebenarnya membuatkan kita cenderung untuk tamak meraih maklumat yang berada di dalamnya, tetapi bila sudah dapat, maklumat itu sekadar dibaca ala kadar dan kemudian kita melompat ke sana-sini untuk menagih maklumat yang lain.

Suatu ketika dahulu saya juga ada penyakit yang sedemikian. Belum habis membaca yang ini, saya melompat kepada yang itu. Sehinggalah akhirnya saya dikhabarkan bahawa sifat suka melompat-lompat ini lama-kelamaan boleh membuatkan fokus seseorang itu hanya bertahan paling maksimum selama 9 saat sahaja, iaitu sama seperti ikan emas.

Akibatnya, kita bakal mendapat satu habit yang menyukarkan kita untuk menumpukan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan, baik di dunia maya mahu pun di alam nyata (contoh ketika belajar di dalam kelas). Habit ini pula malangnya dibentuk tanpa kita sedari.

Walaupun tulisan yang panjang tidak begitu digalakkan, namun perlu diakui bahawa tulisan yang pendek tidak mampu mengupas sesuatu isu dengan mendalam dan berwibawa. Saya mendapati ada 4 perkara yang sekiranya dilakukan oleh pemilik blog atau laman yang mempunyai artikel yang panjang lebar, maka ia dapat membantu saya dan mungkin juga ramai yang lain untuk memberikan tumpuan yang lebih jitu kepada apa yang hendak disampaikan.

Ingat 4 Perkara
1) Jangan gunakan warna font cerah di atas latar belakang yang gelap. Blog Sosialis Kanan adalah the worst offender di kalangan blog yang saya ikuti:


Bagi hasil tulisan yang memerlukan tumpuan yang tinggi dari pembacanya, maka dalam kebanyakkan kes, sila gunakan font berwarna gelap (contohnya hitam) dan latar belakangnya pula adalah berwarna putih.


2) Jangan guna saiz font yang kecil. Kalau boleh, gunakan saiz font yang sekurang-kurangnya seperti di dalam blog ini. Ingat, bukan semua pembaca terdiri dari anak-anak muda yang masih kuat matanya. Dan bukan semua orang tahu bagaimana untuk mengawal saiz font secara manual melalui browser yang mereka gunakan.


3) Nyahkan shoutbox dari blog atau laman anda. Di samping membuka ruang seluas-luasnya untuk pencacai, pemfitnah dan spammers untuk bermaharajalela (cuba bayangkan apa akan jadi jika anda tak dapat akses ke blog dalam jangka waktu yang lama, dan blog anda itu pula popular?), widget ini juga adalah antara elemen utama yang boleh mencuri tumpuan seseorang dari apa yang sedang dibacanya.

Malah masa yang anda gunakan untuk berurusan dengan mereka yang menjerit di shoutbox itu, sebenarnya lebih produktif jika ia disalurkan untuk menghasilkan tulisan yang baru. Jika mereka benar-benar mahu berurusan dengan anda, maka mereka boleh menggunakan emel.


4) Lagu/zikir/selawat/bacaan al-Quran yang terpasang secara automatik adalah annoying. Bila saya pergi ke blog anda, perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah membaca apa yang anda tulis; bukannya mencari butang STOP yang kekadang entah di mana letaknya.

Ingat, ada ramai pembaca yang boleh hilang tumpuan jika mereka mendengar muzik, hatta al-Quran sekalipun. Dan kalau pun mereka tak akan hilang tumpuan, bukan semua orang minat nak mendengar lagu-lagu nasyid jiwang yang terpasang secara automatik di blog anda. Maksudnya, selera manusia tidak sama. Jadi cara paling selamat, jangan buat autoplay.



Itu sahaja di antaranya. Maka bantulah saya dan ramai yang lain agar mereka semua tidak mempunyai tumpuan seperti ikan emas. Lebih banyak ikan emas di blog anda, bermakna lebih besar peluang anda untuk syok sendiri. Justeru itu, kurangkan populasi mereka!

Jika anda boleh membaca artikel ini dari awal hingga habis, maka ketahuilah bahawa anda mempunyai fokus di tahap super! Persoalannya, ada berapa banyak ikan emas yang sedang berenang-renang di sini?

Kisah aku dengan basikalku

Di kala harga minyak dunia yang semakin mengerikan, idea berbasikal adalah sesuatu yang genius. Kalaulah cadangan ini pertama kali dipopularkan oleh para pencinta alam (ehem, seperti saya) dan bukannya oleh Shahidan Kassim, maka idea tersebut pasti tidak akan mendapat persepsi yang buruk, dan lebih malang lagi ia telah dijadikan bahan lawak oleh manusia yang naik minyak setiap kali harga minyak naik di Malaysia.

Ketika di zaman sekolah dahulu, saya mempunyai sebuah basikal untuk saya bergerak ke sana-sini. Saya sayang basikal saya dan basikal itulah kekasih saya. Malangnya apabila saya mula mengenali kapcai bernama Honda 70cc sewaktu berada di darjah 6, saya semakin curang kepada kekasih saya. Lama-kelamaan, hubungan kami yang erat itu terputus. Beberapa tahun berlalu, saya betul-betul tidak menyangka jodoh saya bersama basikal masih panjang. Kami sekali lagi dipertemukan apabila cuti sekolah menjelma. Rupa-rupanya basikal tidak pernah pun menyimpan dendam terhadap saya. Maka sepanjang cuti tersebut, basikal dengan gembiranya telah menumpahkan khidmat dan baktinya kepada saya. Saya menangis terharu.

tetapi apabila cuti sekolah tamat, tabiat buruk saya yang suka bermain kayu tiga itu berulang kembali. Sepanjang itu, tidak pernah sekali pun kaki ini mengayuh pedal basikal. Untuk bergerak ke sana-sini, saya lebih suka meminjam motor kapcai Yamaha milik abang saya. Saya cuba menyembunyikan hal ini dari pengetahuan basikal yang berada di belakang rumah dengan harapan untuk menjaga hatinya kalau tidak pasti gugur hatinya.

Namun bak kata orang tua-tua, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Rahsia yang terbongkar ini menyebabkan basikal betul-betul merajuk dengan saya. Basikal tetap enggan memberikan kemaafan walaupun saya membawanya bersiar-siar di tepi sawah yang berdekatan dengan rumah saya. Buat pengetahuan, kawasan sawah ini adalah tempat yang paling digemarinya. Kata basikal, suasana di sawah ini romantik dan boleh menenangkan hati yang resah.

Akhirnya, saya tiada pilihan lain kecuali menjualnya kepada kawan saya berserta kuncinya sekali. Kini segala pengalaman pahit manis saya bersama basikal hanya tinggal satu kenangan. Sehingga kini, hidup saya masih bersendirian tanpa kehadiran sebuah basikal. Namun, saya tetap keliru siapakah yang patut dipersalahkan dalam tragedi ini. Jika di sini, sayalah sebenarnya yang terhegeh-hegeh memujuk basikal supaya menjadi kekasih saya. Namun apabila senang, basikal saya tolak jauh-jauh pula.

kini setelah beberapa tahun berpisah,saya sudah tidak lagi mendengar khabar berita darinya.mungkin dia sedang gembira dan mungkin hatinya telah dapat melupakan saya.sedihnya......

bagaimana menemteramkan hati

Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah sallahu alayhi wassalam yang bernama Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anh dan berkata:

Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut-masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.


Abdullah bin Mas'ud kemudian menjawab:

Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang yang sedang membaca Al Quran; tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah.

Ketiga, kamu cari suatu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu.

Melayu yang meLAYU

Melayu merupakan suatu bangsa yang mana suatu ketika sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di
bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-
1. Agama Buddha Puja Dewa
2. Agama Hindu Puja Dewi
3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )
Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu
kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping
membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk
mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi
jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang
yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya.

namun post inni bukan lah nak membicarakan asal usul kaum melayu yang sudah kita maklum tetapi penulis melihat kaum melayu sekarang berada dalam suatu keadaan yang cukup lemah dari pelbagal aspek,saya pernah mengikuti suatu program yang mana ketika itu khairi jamaludin menyatakan akan kemunduran melayu,beliau menjelaskan mengapa bahasa melayu tidak dimartabatkan malah semakin diluputkan dalam dunia pengurusan di malaysia.bahasa melayu tidak dapt dia naikkan kerana bahasa ini tidak mempunyai nilai,jika kita membandingkan bahasa jepun,jepun berjaya menjaga martabat bahasa mereka kerana mereka berjaya menghasilkan produk2 baru yang cukup memberikan manfaat kepada dunia,sekiranya dunia ingin menggunakan produk mereka mahu tidak mahu dunia perlu mempelajari bahasa jepun,jadi apa yang kita bahasa melayu ada?

hari ini politik melayu semakin parah,melayu sesama melayu tidak dapat sama-sama berkerja sama untuk menaikkan bangsa,orang melayu sendiri tidak menjaga adat melayu,contohnya baju melayu sesuai dipakai untuk tujuan keagamaan,nah dari sini sudah dapat kita nilai betapa ceteknya pemikiran melayu,kita sibuk dan merah jika hak kita dirampas baik dari orang bukan melayu.persoalannya mangapa hak kita dirampas?tidak lain jawapannya kita ini lemah.penulis belajar disebuah institusi pengajian tinggi awam,penulis melihat kebnyakkan surau-surau dan masjid di institut ini dimonopoli oleh orang dari bukan melayu,dari sini penulis membuat kesimpulan hatta surau dan masjid di tanah melayu pun tidak dapat dikuasai oleh melayu bagaimana kita(melayu) nak menguasai benda yang lebih besar,jika boleh pun adakah kita bersedia,benda paling asas dalam memperjuangkan agama pun tidak dapt diamalkan.

juteru penulis berharap agar post ini mampu memberikan satu kesedaran kepada semua.peulis tidak berniat hendak menghina kaum melayu namun ini merupakan hakikat yang harus diketengahkan dalam nak memartabatkan kaum.

Sunday, September 7, 2008

Best.....bace sampai habis...

Kedatangan bulan ramadan memang menjadi suatu penantian bagi mereka yang beriman lagi beramal soleh.Bulan ini mengajar kita untuk bersabar,serta pelbagai lagi hikmah yang mampu menguatkan iman seseorang.Dalam keadaan lapar dan dahaga merupakan masa dan suatu kesempatan yang sesuai bagi kita umat islam untuk bermuhasabah diri diatas semua kerja buat kita selama ini apakah ianya menberikan kita manafaat dan mendekatkan diri kita kepada Allah ataupun kita berada dalam keadaan rugi yang teramat sangat.Memang sukar bagi kita untuk menerangkan semuanya namun mudah-mudahan kedatangan ramadan kali ini dapat kita jadikan batu loncatan untuk memperbaiki diri dalam mencari keredhaan Allah.

Di bula inilah kita seharusnya merebut peluang untuk memantapkan pegangan agama kita de ngan mengikuti pelbagai majlis ilmu serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat kita seperti mambaca Al-Quran,solat sunat,berqiamullail,beriktiqaf serta pelbagai lagi amalan yang dapat melembutkan jiwa bagi memperkuatkan iman kita yang lemah ini kerana mungkin pada masa akan datang kita tidak akan dapat sampai lagi pada ramadan akan datang.Segala amalan ini juga bertujuan sebagai satu persedian bagi kita untuk mengharungi bulan-bulan yang seterusnya yan mana kita tahu pada bula yang lainnya musuh kita yang paling utama akan bebas maka amatlah susah bagi kita untu beristiqamah dalam beribadat,justeru di bulan yang penuh keberkatan inilah dimana pahala digandakan,segala syaitan-syaitan dibelenggu,pintu syurga dibuka seluas-luasnya,pintu neraka ditutup serapat-raparnya barang kali dikunci padu,siksaan kubur dihentikan.maka adalah tidak wajar kita tidak merebut peluang yang begitu besar ini,penulis teringat suatu kisah berkaitan hal ini:

'suatu hari disebuah negara,pemerintahnya bernama raja muiz(bukan nama sebenar),beliau mempunyai seorang anak sahaja yang bernama raja nur balqis(juga bukan nama sebenar).lantaran proses penuaan yang telah 'menyerang' raja muiz,raja muiz memikirkan sudah tiba masa untuk mencari raja yang baru namun oleh kerana puterinya masih bujang dan tiada pakwe maka raja muiz pun bertitah kepadasemua rakyatnya yang mana berbunyi.'barang siapa yang ingin berkahwin dengan puteri beta,maka dijemputlah kiranya datang ke kolam dibelakang istana beta pada keesokkan harinya'
maka pada keesokkan harinya ramailah anak-anak muda dan jejaka datang dan berkumpul mengelilingi kolam tersebut.apabila semua pemuda di negeri berkenaan hadir,raja memulakan bicara,'dalam kolam ini terdapat sepuluh ekor buaya,barang siapa yang dapat mengalahkan kesemua buaya ini akan beta kawinkan dengan piteri beta'
lantaran selepas titah baginda berakhir,ramailah pemuda yang terjun untuk membunuh kesemua buaya itu namun kesemuanya mati dibaham dek buaya tersebut.lantaran ramai yang mati pemuda-pemuda yang lain merasa takut dan keadaan kolam menjadi lengang seketika.tiba-tiba deebush......ada seorang pemuda terjun dan dengan tidak penuh disangka-sangka pemuda tersebut berjaya membunuh kesemua buaya tersebut,raja muiz begitu kagum lantas memanggil pemuda tersebut dan berkata; 'beta amat kagum sekali,oleh kerana keberanian tuan hamba beta tambahi lagi hadiah selain dari apa yang beta janjikan itu,tuan hamba bukan sahaja dapat mengahwini puteri beta namunn tuan hamba juga boleh meminta apa sahaja sabagai tanbahan'
namun pemuda itu menjawab,'hamba tidak mahu itu semua,yang hamba nak tahu adlah siapa yang tolak hamba jatuh kedalam kolam tadi,hamba datang bukannya nak mendapatkan tuanku puteri tapi hanya suka-suka sahaja.'

itulah cerita yang penulis nak sampaikan,moral yang kita dapat hayati adalah,adakah kita seperti pemuda tersebut,tika mana dia diberi tambahan/gandaan diatas apa yang telah disampaikan dia menolak,samalah juga konsepnya kita dibulan ramadan yang penuh dengan keberkatan dan gandaan pahala yang berlipat kali gan da,adakah kita berusaha untuk mendapatkannya justeru jika kita seperti pemuda tersebut marilah kita bersama-sama menjadikan ramadan kali ini sebagai agen perubahan dalam hidup kita.

Sebagai tambahan,jika sebelum ini kita berselisih pendapat dalam sesuatu masalah,maka dibulan yang mana duturunkan Al-Quran inilah wajar kita membongkar kembali segalanya ini bersesuaian dengan firman ALlah:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dikalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalams esuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya" (an Nisaa: 59)

lantas,dalam dunia yang penuh dengan mehnah dan ujian ini dapat memberikan kita suatu perasaan yang istiqamah dalam memdekatkan diri kepada Pencipta kita,penulis akhiri kalam dengan firman Allah:

Allah SWT berfirman (al Ahzab: 1-3), Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

Tuesday, September 2, 2008

Syair edit dariku


AKU BIMBANG

Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance ptptnku belum lagi lunas tertunai malah bertambah
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..kawan ke masjid menyembah Allah SWT
Aku depan lap top main YM,grapesnasyi etc,
kawan-kawan bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku tersenyum-senyum dek kelakarnya rakan-rakan pena
kawan-kawan menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI insane bernama suhairi ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah internet seketika..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH