Pages

Friday, October 31, 2008

sekadar perkongsian yang dirasa menarik......


Bacalah dengan niat untuk menjadi Isteri yang Solehah.
Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka "Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya." (H.R.
ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.
Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w.
..
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
NK LG...???

Thursday, October 30, 2008

selamat hari lahir.......

Seumur hidup aku…..ini yang pertama,pintu hatiku diketuk oleh dua??????
Petikan lagu yang agak popular menjadi nada mula dalam post ini bertujuan merasakan perasaan yang begitu terharu dan jugak gembira yang terbuku dihati. 29/10 yang lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ehh silap pulak,ulangtahun kelahiranku yang ke 20.seumur hidup aku,sambutan hari kelahiran ini tidak dipraktikkan dalam keluarga aku,bagi kami itu tidak penting,namun aku tidaklah mengharap keluargaku menyambut cukuplah sekadar mengingati.
Pada malam hari sebelum pukul 12,aku hanya mendiamkan diri malah aku jugak tidak mengaktifkan mengenai hari kelahiranku. Tujuanku aku hanya untuk melihat siapakah yang betul2 mengingati akan hari lahir ku huhuhu.rupanya banyak jugak yang mengingati terutama sekali adik aku la Intan syafinaz hihih dia la orang yang pertama,saying adik….terima kasih kepada semua yang mengingati. Tak dapat aku nak menyenaraikan jumlah yang wishkan pada ku huhuhu.tapi ada peristiwa yang betul2 menyebabkan ku begitu terharu.
Pada hari lahirku jugak lah ada jamuan dekat cafe KAED,huhuhu rezeki tu….anggap je la itu jamuan birthday aku hihihi.petangnya aku dan aliemran berkunjung ke rumah Allah untuk menunaikan solat asar dan disitu kami berjumpa dengan abang Wan lalu kami bercadang untuk pergi ke pasar malam,lagipun aku nak beli sesuatu.selesai memenuhi tujuanku kami berkunjung ke gerai menjual baju,abang wan cakap dia nak beli baju kemeja baru.aku pun tolong la memilih untuk dia,lawa tol baju tu,aku nak beli lama dah tapi time nak beli jer mesti tak der duit huhuh.xpe la benda ni tak perlu gopoh gapah, kalau ada rezeki nanti ada la,selesai membeli kami pergi ke KAED sampaila tingkat 4,abang wan ajak lagipun dia cakap dia teringin nak pergi kaed,so kami sampaila kat tingkat 4,sambil tengok sunset huhuhu…..aku asyik menelefon adik2 yang pernah seusrah denganku.bis jer call abang wan Tanya,banyak kredit selalu call,aku pun menerangkan akan bonus yang diberi percuma tu huhuhu,maunyer tak call,dah ade rukhsah,kenala gune huhuhu.
Sejurus itu ali dan abang Wan pun cakap la kalau cm tu kami pun nak bagi free la,ni baju ni untuk su sempena hari lahir,terkaku jugak malah terharu sebab tak penah dapat hadiah pun selama hari lahir yang dilaluai,nak nangis pun ade gak tapi malu2 kena cover.
Terkejut dan terharu menyelubungi jiwa.seronok sangat.terima kasih lagi sekali buat semua sahabat semua.cayalah….aku sayang korang semua………..

Tuesday, October 21, 2008

Salahkah wanita tak tau masak???????

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! so lepas ni harapnya lelaki-lelaki yang nak mencari isteri yang pandai masak tu wajarlah kiranya lelaki tersebut pandai jadi imam walaupun isterinya tahap dewa punya ilmu.......

www.iLuvislam.com
dihantar oleh: samskhad

Monday, October 20, 2008

takdir ku begini.........

Buat masa ini aku bingung untuk berbuat sesuatu,namun aku terfikir mengenai kuliah tauhid yang aku ikuti pada petang semalam, rupanya tauhid yang aku belajar di sekolah menengah Agama Islah dulu hanyalah secebis daun dari pohon yang besar. Daku sedar sekiranya ada pihak kuffar datang bertnyakan sesuatu yang aku tidak mengerti dan fasih terutamanya dari segi akidahku, pasti tidak mustahil aku akan menjadi salah seorang dari mereka(murtad). MasyaAllah……semoga dijauhkan aku dari pihak mungkar itu, banyak yang aku pelajari sepanjang mengikuti kuliah yang berlangsung sejak dari awal sem dahulu, kuliah ini mengajarku dari segi pemikiran, pengetahuan agama, dan pelbagai lagi aspek-aspek yang menjadi kelemahan bagi diriku, tiap kali menghadiri kuliah aku sentiasa diberi pendedahan yang begitu mendalam yang menguji daya intelektual aku sebagai seorang pelajar islam yang menuntut disebuah universiti ISLAM.
Aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku faham berdasarkan pengajianku dalam kuliah tersebut terutamanya dari segi mendalami erti takdir yang mana pada pendapatku, terdapat segelintir manusia diluar sana salah ertikan takdir itu, secara umumnya, kita sering mendengar bahawa takdir ini boleh berubah-ubah berdasarkan usaha dan tindakan kita, umpamanya: jika kita berusaha takdirnya kita akan Berjaya tetapi jika tidak kamu maka sebaliknya akan berlaku. Ini antara ungkapan yang sering kita dengar dan ianya diwarisi dari zaman berzaman sedangkan hakikat takdir itu tidak berubah sama sekali kerana ini semua telah ditentukan sejak dari awal lagi,jika takdir berubah maka ini jelas menunjukkan kelemahan Allah dalam mengurus tadbir ciptaannya, adakah ini bersesuaian dengan sifat tuhan? Semestinya tidak kerana Allah itu bersifat dengan sifat kesempurnaan.
Kembali kepada tafsiran takdir tadi, kita sebagai menusia tidak pernah mengetahui akan takdir kita justeru bagaimana kita dengan berani menyatakan takdir akan berubah jika kita melakukan sesuatu samaada lebih atau berkurang. Takdir tidak berubah malah berjalan pada laluan yang telah ditetapkan. Semua yang berlaku hnyalah ciptaan kita umat me=anusia itu sendiri yang menyatakan takdir berubah,hanya kita yng menyangka takdir akan berubah, contohnya:
Saya berpendapat jika saya berusaha saya akan mendapat kejayaan dan jika saya malas, saya akan gagal, saya meletakkan takdir pada dua tempat pada masa yang sama.namun pada penghujungnya saya hanya boleh memilih satu sahaja jalan yang mana untuk Berjaya saya perlu berusaha, justeru pilihan itulah takdir yang telah ditetapkan sejak azali lagi,jadi apa yang saya nak sampaikan adalah takdir tidak berubah dan kita tidak tahu mengenainya langsung maka apa yang harus dilakukan adalah ……………….tepuk dada tnya iman……..

Tuesday, October 14, 2008

presentation ohhhh presentation....

Alhamdulillah diatas segala nikmat2 yang diberi Allah selama mana penulis menjalani kehidupan yang penuh dengan cubaan dan ujian,walaupun penulis selalu gagal dalam ujian yang diberiNya...namun Dia tidak henti2 memberikan nikmat dengan tujuan untuk menyadarkan penulis akan keesaanNya dan supaya penulis dapat menginsafi diri.semoga penulis dapat mencapai peringkat tersebut.

Hari isnin yang lalu merupakan satu hari yang cukup bermakna bagi penulis kerana pada hari tersebut merupakan hari presentation untuk final projek untuk sem 1,bukan gembira kerana berakhirnya projek2 yang memenatkan itu namun apa yang penulis bangga dan gembira adalah kerana sewaktu mempresent hasil kerja,penulis dapat meluahkan apa yang terbuku disamping komen yang bernas diberikan oleh lecturer.

sebagai permulaan,penulis harus menghasilkan satu projek yang diberi nama hybrid hut yang mana tapak projek ini hanyalah 3 darab 4 meter,antara requirement yang wajib dikeluarkan dalam design tersebut adalah mewujudkan sekurang-kurangnya dua aktiviti.jadi dek limitednya space yang diberi,disitu wujud masalah namun alhamdulillah Allah memberikan petunjuk dalam hal ini,

pada hari isnin seminggu sebelum presentation merupakan minggu yang paling mencabar dan memenatkan kerana penulis dan pelajar2 yang lain harus menghasilkan hampir 18 lukisan yang perlu disusun pada empat keping A1 board ditambah dengan satu model projek.jadi kerana kesibukkan yang terlalu itu,penulis tidak tidur dibilik tetapi hanya tidur didalam studio dan kadang2 dalam surau KAED.ada pernah ketika penulis tertidur diatas lantai studio kerana terlalu penat.cukup memalukan kalau orang tengok huhuu.

disepanjang penghasilan projek ini,penulis banyak melalui kisah yang tidak tercerita dalam blog ni.kerana nak menghilangkan boring ketika buat kerja,penulis membawa sub woofer supaya dengan itu boleh la dengan lagu kuat sikit,kadang2 penulis memainkan ceramah2 yang disampaikan oleh ustaz shamsuri,kadang2 tajuk kahwin pun didengari juga,semua kawan2 yang turut sama melakukan projek turut terhibur dan insyaAllah ada juga keberkatan disamping melakukan kerja2 dunia ini,namun ada satu peristiwa yang betul2 menyedihkan,penulis terlupa bacaan doa qunut kerana letih,semoga Allah mengampuni.....apa pun semoga projek ini mendapat redha ilahi.insyaAllah lepas mungkin penulis akan menyambung perayaan yang tersekat kerana projek ini salam alaik.....

Wednesday, October 8, 2008

kisah seorang ayah(full version)

Sebagai permulaan cerita,cerita dibawah adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang rakan sebilik penulis yang baru kematian ayahnya.Al-Fatihah buat arwah....

Tarikh 11 mei 2008 boleh ditafsirkan dalam dua makna dalam hidupku. Hari tersebut boleh dikatakan sebagai satu permulaan baru dalam hidup aku dan juga satu penamat. Namun sehingga kini aku merasakan apa yang berlaku pada hari itu adalah satu rahmat yang tidak ternilai dan tidak tergambar oleh kata-kata. ‘Segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya’ itulah kata-kata yang begitu jelas maknanya dalam diriku selepas apa yang berlaku pada hari itu. Sudah tertulis dan ditakdirkan oleh yang Maha Esa aku telah kehilangan seorang ayah yang tercinta pada hari tersebut.
Tanggal 17 ogos tahun yang sama mengimbau kembali kenangan masa lalu yang memaksa aku meredah kembali kepada kenangan masa lalu. Hari ini bermula seperti biasa tapi tidak disangka-sangka hari ini membawaku ke satu pengalaman yang aku rasa amat berharga buatku dan pada masa sama mengimbau kenangan hidupku. Hari ini aku telah bertemu dengan sebuah keluarga besar yang hidup sederhana yang mengusahakan satu perniagaan menjual barang-barang asas binaan. Sebuah keluarga yang dimiliki pasangan yang berketurunan jawa yang mempunyai seramai 14 orang anak. Keluarga ini bukanlah seperti keluarga yang biasa bagiku. Ketua keluarga mereka adalah seorang pesara askar yang mana kalau diperhatikan daripada wajahnya seseorang boleh mengagak dia adalah seorang askar. Namun beliau suka berjenaka dan aku berasa selesa dan dilayan seperti keluarga sendiri. Aku begitu kagum dengan setiap orang ahli keluarga ini yang bersama-sama bekerja keras demi keluarga mereka. Mana mungkin aku tidak terasa kagum kerana anak mereka yang berusia lapan tahun sudah pandai berdikari. Anak kecil itu sudah pandai membuat kerja yang sememangnya tidak akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak lain sebayanya.
Aku terfikir sejenak adakah anak kecil ini tahu apa erti kehidupan yang sebenarnya. Namun persoalan besar adalah berapa banyak bakti dan jasa yang disumbang oleh anak itu kepada keluarga lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapanya. Aku melihat wajah suci anak kecil itu yang aku rasa rasa tidak menampakkan walau sedikitpun kepenatan seolah-olah dia rela dan ikhlas dalam melakukan kerjanya. Anak kecil itu melakukannya seperti bermain alat permainan tapi hakikatnya alat permainannya adalah wayar besi dan playar. Tidak tergambar rasa kagumku terhadapnya. Aku berdoa agar suatu hari nanti aku akan mendapat anak sepertinya. Aku ajukan kembali satu persoalan kepada diriku. Adakah diri ini telah menunaikan tugas sebagai seorang anak. Terasa jauh di dalam lubuk hatiku, rasa rindu dan rasa kasih membuak-buak kepada arwah ayah. Sejauh mana baktiku pada masa hidupnya, adakah aku telah menunaikan tugas terhadapnya sepanjang hayatnya bersamaku. Fikiranku terbang jauh membelek satu persatu peristiwa dan kenangan manis bersamanya yang semestinya tidak mungkin aku dapat melupakan. Aku tersenyum pada masa yang sama terasa sedih dan hiba kerana kenangan manis itu telah aku teringat kembali semasa keadaannya sedang sakit dan uzur.
Daripada bulan disember 2006 hingga mei 2008 adalah tempoh masa yang paling aku ingat dalam sejarah hidupku. Keadaan kesihatan ayahku mulai merosot bermula daripada awal puasa tahun 2006. Dia sudah mulai mendapat tanda-tanda awal untuk mendapat penyakit strok kerana kedua-dua kakinya sudah mulai lemah namun masih boleh berjalan. Lantas kami sekeluarga berusaha mencari pelbagai kaedah rawatan termasuk perubatan moden mahupun tradisional namun boleh dikatakan ianya seperti kurang berhasil. Pelbagai jenis rawatan disyorkan oleh rakannya dan juga saudara mara kami, satu persatu kami cuba namun tidak memberi apa-apa kesan terhadapnya. Dalam pada itu aku sedar kita hanya boleh berikhtiar dan seharusnya kita meminta dan berdoa kepadaNya. Kami meletakkan harapan yang tinggi supaya dia boleh sembuh walau dengan apa cara sekalipun dan tidak akan putus asa. Secara jujurnya apa yang boleh dilihat pada pandanganku, ayahku seakan-akan putus asa setelah pelbagai ikhtiar tidak berhasil.
Bukan untuk menyalahkannya tapi hakikatnya penyakitnya boleh dikaitkan dengan tabiatnya sejak daripada muda yang suka merokok. Kesan daripada itulah maka dia telah disyakki mendapat penyakit berbahaya ini. Kami sekeluarga cuba menasihatinya agar berhenti tetapi tabiat itu nyata sukar untuknya berhenti serta-merta. Aku memahami keadaannya dan cuba untuk memberi sokongan dan nasihat demi kebaikan dirinya. Aku teringat pesannya yang masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Semasa aku masih kecil dia berpesan supaya tidak mengikut jejak langkahnya supaya tidak merokok. Pesan itu akan aku ingat sampai bila-bila dan aku berikrar sedaya upaya tidak merokok setelah apa yang telah terjadi kapada orang yang amat aku sayang. Aku tidak menyalahkannya jauh sekali memburukkannya tetapi hakikatnya dia tetap ayahku walau apa sekalipun yang menjaga daku sejak dari sebesar ibu jari sehingga kini.
Keadaan kesihatannya diburukkan lagi dengan penyakit yang dihidapinya sejak 1998 iaitu kencing manis. Dia sekarang perlu disuntik dengan insulin sekali sehari demi menurunkan kadar gula dalam darahnya kerana pankreasnya tidak berupaya menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk tubuhnya. Penyakitnya sudah tidak boleh dikawal dengan sekadar mengambil ubat semata-mata. Aku sendiri ada rasa takut pada setiap kali aku melihat dia menyuntik insulin di perutnya. Aku takut dengan suntikan dan aku boleh pitam secara tiba-tiba jika aku melihat darah. Hanya adikku sahaja yang dapat membantunya kerana aku ada rasa gerun pabila melihatnya.
Tujuh Syawal tahun 2006, kami sekeluarga menerima satu berita yang mengejutkan di mana ayahku telah terlibat dalam kemalangan oleh dua orang pemuda yang tidak dikenali. Mereka memberitahu dia telah dibawa ke hospital berdekatan. Katanya dia di langgar oleh sebuah motosikal di persimpangan jalan sehingga terpelanting daripada motosikalnya. Keadaan kami mula cemas apabila memikirkan bagaimana keadaannya ketika itu. Pelbagai persoalan timbul, namun tetap aku kuatkan semangat. Ibuku menelifon saudara mara terdekat untuk membantu kami. Aku masih ingat yang pada malam itu kami sekeluarga tidak menyedari sama sekali bahawa dia keluar untuk ke bank bersendirian. Dia tidak memberitahu sesiapapun. Kami seolah-olah tergamam dan rasa bingung seketika kerana hal-hal begini tidak pernah terjadi dalam keluarga kami.
Sebaik sahaja tiba di hospital kami, dengan rasa cemas dengan segera mendapatkannya di dalam bilik kecemasan. Kami bersyukur kerana dia hanya mengalami luka ringan sahaja di jarinya dan beberapa luka-luka kecil di tubuhnya. Dia pada itu masih sedar dan pegawai kesihatan memberitahu dia tidak sedar hanya buat seketika semasa dibawa ke hospital dan mereka akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui sekiranya ada kecederaan dalaman. Kami berterima kasih kepada satu keluarga yang sanggup menghantar ayahku ke hospital di dalam kesibukan mereka. Daripada cerita yang disampaikan oleh mereka orang-orang yang melalui tempat kejadian hanya melihat sahaja dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Apa yang lebih menyedihkan seramai-ramai orang yang melalui jalan tersebut dan tidak ada satu pun kereta yang berhenti untuk memberi bantuan. Nasib baik adanya mereka ini yang segera membawa ayahku ke tepi jalan untuk mengelakkan daripada dilanggar oleh kereta yang lalu lalang.
Ayahku dimasukkan ke unit rawatan biasa kerana dia hanya mengalami sedikit kecederaan sahaja dan doktor mahu membuat ujian untuk mengetahui keadaan organ dalamannya termasuk bahagian otak samada ada perdarahan atau kecederaan. Setelah dua minggu dia di hospital tersebut, daripada apa yang diberitahu oleh doktor dia tidak mempunyai sebarang kecederaan lain dan dibenarkan pulang. Tetapi, dia kini sudah tidak mampu berdiri dengan sendiri dan memerlukan bantuan untuk berdiri tegak dan berjalan. Kami hanya mengandaikan perkara ini hanya buat sementara sahaja namun tanpa disedari ia adalah satu tanda. Kami bersepakat membeli sebuah kerusi roda demi menyenangkannya untuk bergerak. Kami sememangnya tidak mampu untuk menjaganya sepanjang masa kerana aku masih lagi belajar dan hanya balik ke kampung hanya untuk waktu yang singkat sahaja. Akibatnya adikku yang masih di tingkatan 3 terpaksa memikul tugas dan tanggungjawab walaupun nyata dia tidak berupaya untuk memikul tugas itu. Setiap hari dia terpaksa mengangkat ayahku yang lebih berat darinya ke kerusi roda yang mana dia melakukannya setiap kali ayakku ingin solat atau mandi dan ke bilik air. Dengan kesulitan itu maka dia telah dipakaikan pampers setiap masa.
Aku terpaksa melupakan apa yang terjadi di rumah apabila aku belajar dan berada berjauhan dengan keluarga. Aku cuba sedaya upaya untuk fokus kepada pelajaran dan melupakan sejenak supaya fikiranku tidak terlalu kusut dan tertekan. Aku mengetahui bahawa itu adalah tanggungjawabku sebagai seorang anak lelaki yang mana aku adalah anak lelaki kedua selepas abangku maka aku adalah orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Abangku nyata tidak boleh melakukan kerana dia sendiri bekerja di ibu negara dan mempunyai keluarganya sendiri.
Aku berasa sedih kerana adikku terpaksa menanggung semua ini dalam usia mudanya. Dia terpaksa menyiapkan ayahku termasuk memandikan ayahku sebelum pergi ke sekolah. Aku pernah melakukannya dan secara jujurnya aku terasa agak penat apabila melakukannya. Setiap hari dia terpaksa menukar pampers ayahku setiap pagi, tengah hari, petang dan malam. Aku tidak boleh bayangkan bagaimana dia boleh melakukannya membahagikan masa dan pada masa yang sama belajar. Apabila setiap kali aku menanyakan keputusan peperiksaan bulanannya hampir semua subjek dia mendapat A. Pada masa sama aku melihat dia selalu mendapat pelbagai anugerah kecemerlangannya dan rezekinya begitu murah sekali. Sekolahnya memberi pelbagai hadiah termasuk wang biasiswa untuknya atas kejayaannya. Lantas aku terfikir, segala nikmat yang diberikan kepadanya adalah anugerah dari Allah s.w.t atas bakti dan jasanya yang dicurahkan kepada ayahku.
Aku yakin segala usaha yang dia curahkan dan pada masa yang sama dia berjasa kepada ayahku itulah yang membawa kepada kejayaannya. Jasanya kepada ayahku sungguh besar maka dengan itulah Allah s.w.t memberinya pelbagai kejayaan dan nikmat. Allah s.w.t nyata telah membalas jasanya dengan nikmat yang setimpal di mana aku telah bersaksikan setiap nikmat yang mencurah-curah diberikan kepada adikku. Aku terasa lebih yakin bahawa tidak rugi sedikit pun keringat yang dicurahkan oleh seorang anak demi membantu ibu bapa. Alangkah besarnya pahala seorang anak yang ikhlas berbakti kepada ibu bapanya.




Aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh guruku semasa di zaman sekolah. Tersebutlah kisah ada seorang anak yang bekerja sebagai jurutera di satu bandar besar. Dia sanggup mengorbankan kerjanya demi untuk menjaga seorang ayah yang uzur. Dia memilih untuk berbakti kepada ayahnya daripada pekerjaan yang bergaji besar. Dia mengenepikan wang ringgit dan harta kekayaan demi ayahnya. Dia begitu taat menjaga ayahnya sehinggalah ke hembusan nafas terakhir ayahnya. Nyata dia membuat keputusan yang amat tepat. Tidak beberapa lama kemudian dia telah mendapat ditawarkan dengan pekerjaan yang menawarkan gaji dua kali ganda daripada apa yang dia dapat daripada pekerjaannya dahulu. Pengorbanannya tidak rugi sama sekali.
Keadaan ayahku semakin lama semakin menurun dan kesihatan tidak juga pulih seperti sedia kala. Setelah beberapa kali keluar masuk hospital keadaannya tidak juga berubah kearah yang lebih baik malah lebih buruk. Kini doktor mengesahkan dia telah mendapat penyakit darah tinggi. Keadaan menjadi semakin rumit kerana dia semakin lemah. Dia semakin lama seperti tidak lagi mampu untuk duduk kerana menurut seorang pengamal perubatan kekuatan bahagian tulang belakang dan pinggangnya seperti semakin lemah. Keadaan menjadi semakin lama semakin sukar untuk adikku melakukan tugasnya. Adakalanya adikku merungut bahawa dia mulai terasa sakit belakang kerana dia kerap mengangkat ayahku yang beratnya yang mana beratnya melebihi berat adikku sendiri.
Aku pulang ke kampung halaman kerana cuti semester telah bermula. Alangkah terkejutnya, aku diberitahu yang ayahku tidak lagi boleh berkata-kata lagi kerana dia diserang strok menyebabkan dia tidak boleh bercakap. Sengaja ibuku tidak memberitahuku kerana tidak ingin membuat aku runsing kerana sebelum pulang aku menghadapi peperiksaan akhir semester. Aku terus mendapatkan ayahku yang terbujur di biliknya. Aku cuba menanyakan kepada ayahku adakah dia kenal akan diriku. Nyata soalan itu tidak terjawab dia hanya dapat memerhatikan wajahku dan memegang erat tanganku. Hatiku berasa sungguh sayu melihat raut wajah yang nampak begitu tenang dalam pada masa yang sama seperti mahu menangis. Seolah-olah ingin melafaskan sesuatu tetapi tidak kesampaian. Aku cuba memahami mungkin dia terlalu gembira melihat anaknya setelah sekian lama tidak bersua. Aku hanya mampu mengandaikannya sahaja dan cuba memberikan senyuman walaupun hatiku pilu. Hatiku terasa pilu kerana aku tidak dapat bercakap dengannya lagi seperti dulu. Adalah sukar untukku menerima kenyataan ini namun aku tabahkan juga hatiku. Air wajahnya tidak dapat digambarkan oleh mana-mana perkataan dan aku cuba memujuk hatiku seboleh-bolehnya supaya tidak menangis. Aku hanya boleh mendengar suaranya apabila mengucapkan ‘Allah’ apabila dia terasa sakit. Itulah perkataan yang selalu diucapkan olehnya.

Apabila seorang pengamal perubatan dipanggil ke rumahku dia menyatakan pengalamannya yang kebiasaannya orang yang menghidapi penyakit sebegini bermakna umurnya tidak panjang. Menurutnya, kebiasaan seminggu atau dua minggu sahaja selepas serangan strok seperti ini pesakit tersebut akan meninggal dunia. Aku mulai ada rasa runsing tetapi aku tetap percaya ajal dan maut semua ditentukanNya. Tamat cuti semester maka sampailah masa bagiku untuk pulang menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang mahasiswa. Aku tinggalkan rumahku dan orang tercinta demi menyambung pelajaran demi masa depanku. Aku sejujurnya rasa tidak sanggup meninggalkan rumahku kerana aku risau adakah aku sempat bertemu dengan ayahku sekali-lagi kerana aku tidak tahu bila dia akan pergi.
Beberapa minggu selapas aku pergi, keadaan ayahku sekarang ini semakin buruk dimana dia sekarang ini sudah tidak boleh duduk tanpa bantuan hanya boleh berbaring sahaja. Semua urusan dilakukan secara berbaring termasuk makan dan minum. Aku hanya mampu bertanya khabar melalui telefon dan seperti biasa ibuku tidak sekali memberitahu keadaan yang sebenar khuatir aku akan risau. Keadaan diburukkan lagi dengan kudis yang dalam bahasa kedoktoran ‘bed sore’. Kudis ini akan timbul apabila dia terlalu lama berbaring tanpa dibalikkan dibaringkan ke kiri dan ke kanan secara bergilir-gilir. Oleh sebab itu, kami terpaksa membeli tilam udara untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk. Kudisnya mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana penyakit kencing manisnya dan menyukarkan lagi keadaan.

Alhamdulillah, aku sempat menghabiskan semester keduaku. Dalam tidak sedar sudah setahun lebih ayahku terlantar sakit. Aku pulang ke kampung seperti biasa tetapi kali ini aku cuti untuk tiga bulan. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk melunaskan apa yang sepatutnya aku buat sebagai seorang anak. Aku melupakan semua keinginanku untuk mencari kerja seperti rakan-rakanku. Namun aku tetap yakin yang aku membuat keputusan yang betul dan adil. Adalah adil untuk aku membalas jasa seorang ayah dan ini adalah masanya untuk membuktikan cintaku kepadanya. Aku kuatkan tekad dan cekalkan hatiku kerana inilah masanya dan aku harus mengambil peluang ini sebaik-baiknya.

Sewaktu pulang ke kampung, ‘bed sore’ ayahku semakin membesar dari hari ke hari. Dari sebesar ibu jari sehingga menjadi sebesar tiga jari. Aku termenung seketika, betapa beratnya ujian yang diberikan oleh Allah kepada ayahku. Apa yang lihat dia tidak sekali-kali meronta-ronta atau meraung kerana kesakitan yang dialami sebaliknya sabar setiap masa. Wajahnya tidak sekali-kali tergambar kesakitan malah senantiasa tenang walau apa yang terjadi. Aku rasa sungguh kagum kerana kesabarannya. Lantas hatikku merintih, ‘Ya Allah jika dugaan ini terjadi kepadakku nyata aku tidak dapat menanggungnya. Kurniakan aku kesabaran seperti ayahku dan Engkau ringankanlah kesakitan yang dialaminya dan tukarkanlah setiap daripada kesakitan itu menjadi kifarah dosanya yang telah lalu’.
Hari bertukar hari, minggu berganti minggu keadaan tetap sama. Cuma apa yang merunsingkan keadaan ‘bed sore’ yang semakin teruk. Aku terpaksa menyucikan lukanya setiap hari dengan menggunakan iodine dan menutupnya dengan kain goze. Aku sebenarnya adalah seorang yang takut melihat darah lebih-lebih lagi melihat luka yang besar. Tetapi entah bagaimana aku boleh melakukannya tanpa ada rasa takut atau ngilu. Aku melakukannya setiap hari kerana kakakku takut dan segan kepada ayahku maka aku beranikan diri melakukannya. Jika aku mempunyai luka sepertinya, sesungguhnya aku akan meraung dan menjerit sekuat hatiku kerana kepedihan namun ia tidak sekali-kali terjadi pada ayahku kerana ketinggian kesabarannya.
Luka yang terdapat di belakangnya semakin membesar dan mendesak kami memanggil doktor ke rumah untuk mendapatkan nasihat. Doktor menasihatkan agar kami memanggil seorang ‘hospital assistant’ untuk mencuci luka dan memantau keadaan ayahku dari semasa ke semasa. Kami sekeluarga bersetuju dan memanggil H.A. tersebut dua kali seminggu dengan harapan keadaan akan bertambah baik. Daripada sebesar ibu jari ia bertambah besar dan bertambah banyak sekaligus membuatkan kami risau. Kerisauan kami bertambah apabila ayahku semakin lama semakin lemah dan tidak ada selera untuk makan. Keadaan memaksa kami memanggil lagi doktor ke rumah. Dia memasukkan satu tiub melalui hidungnya terus ke dalam perut sebagai saluran makanan. Setiap beberapa jam, kami akan memberinya susu yang dikhaskan untuknya melalui tiub tersebut.



Beberapa hari kemudian, ayahku mengalami ‘diarrhoea’ atau cirit birit. Aku mengandaikan sebagai masalah biasa tetapi ia adalah sebenarnya salah satu tanda. Pada malam itu, kakakku memberinya susu seperti biasa. Alangkah terkejutnya dalam tiub tersebut terdapat darah yang mana keluar daripada perut ayahku. Kami mulai risau dan membuat keputusan untuk memanggil ambulan untuk menghantarnya ke hospital. Seperti yang telah dirancangkan bantuan ambulan dipanggil untuk membawa ayahku ke hospital kerana kami bimbang keadaannya akan bertambah teruk. Aku masih ingat lagi pada ketika aku menemani ayahku menaiki ambulan untuk ke hospital. Tidakku sangka pada masa itu yang umurnya telah hampir tiba ke penghujung. Wajahnya sucinya ketika itu seperti biasa tiada yang menunjukkan dia sedang melawan kesakitan, kerisauan dan sebagainya. Saat bersamanya dalam ambulan itulah antara saat yang tidak akan aku lupa dalam sejarah hidupku.
Kerana atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa menunggu selama 4 jam sebelum dapat memasuki wad. Aku menyuruh ibu dan kakakku untuk pulang dan membiarkan aku dan kakakku yang seorang lagi bersamaku menemani ayahku. Itulah malam yang terakhir aku dapat bersamanya. Aku sebenarnya tidak menyangka sesuatu bakal berlaku kepada ayahku pada masa tersebut. Malam tersebut ayahku seperti tidak dapat tidur dan matanya tidak berhenti memandangku dan juga kakakku seperti ingin menyampaikan sesuatu.
Keesokan paginya aku pulang ke rumah dan itulah saat-saat terakhir aku bersamanya aku pulang setelah menatap wajahnya buat kali terakhir. Aku pulang ke rumah untuk berehat dan berkemas untuk pergi ke Kuala lumpur untuk beberapa hari kerana aku akan menjalani peperiksaan MUET. Kesempatan masa yang ada aku gunakan untuk mengulangkaji pelajaran dan berehat secukupnya setelah kepenatan menjaganya di hospital. Aku bertolak pada pagi itu tanpa sempat aku menjengok ayahku di hospital. Aku masuk ke dalam bas setelah memberikan pesanan kepada kakakku supaya memberitahuku jikalau ada apa-apa berlaku. Aku pada masa itu berasa amat berat untuk meninggalkan mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Setelah sampai ke universiti, aku terus ke bilik kawanku untuk menumpang di biliknya sepanjang aku disana. Pada hari kedua aku di sana aku menduduki dua kertas ujian. Aku menjawab sedaya upayaku tanpa ada rasa bimbang tentang ayahku. Petang hari itu aku menanyakan khabar berita dari kakakku. Dan dia memberitahu keadaannya stabil dan dipantau oleh doktor setiap jam. Aku akan menduduki satu lagi kertas pada keesokkan harinya.


Keesokan harinya adalah hari yang mana tidak boleh dilupakan sama sekali. Hari itu adalah hari yang mana orang lain menyambut hari ibu dan bersuka ria memberikan hadiah kepada ibu masing-masing. Tetapi tidakku sangka panas sampai ke petang tetapi hujan turun di tengah hari. Jam menunjukkan hampir 10 pagi, aku menerima panggilan daripada abangku bahawa ayahku sudah tenat. Aku terpinga-pinga lantas aku membuat keputusan untuk menelifon kakakku untuk mengetahui keadaan beliau. Apabila aku mendengar suara kakakku yang teresak-esak aku terus dapat membuat keputusan untuk pulang segera ke kampung walaupun aku perlu menduduki satu lagi ujian keesokannya. Aku bersama abang ipar dan kakak terus menuju ke rumah abangku di Gombak untuk pulang bersama-sama.

Kira-kira pukul 12.50 tengah hari, dan dalam perjalanan kami, kakakku menerima panggilan telifon yang memberitahu bahawa ayahku telah menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut. Aku menerima berita itu dengan perasaan yang bercampur dan aku berasa tergamam dan terpaku. Aku telah kehilangan seorang insan yang paling aku sayangi. Namun dalam rasa kesedihan aku tidak menitiskan walau setitik air mata kerana aku merelakan dia pergi kerana aku percaya itu adalah suratan takdir. Aku merelakan dia pergi kerana aku telah melihat kesengsaraan yang telah dialami dan aku rela dan redha dengan ketentuaanNya.
Setelah sampai di rumah abangku, aku segera pergi mendapatkan abangku untuk menyampaikan berita buruk itu. Dia telah menitiskan air mata kesedihan dan cuba ditenangkan oleh isterinya. Kami segera bersiap kerana khuatir tidak sempat sampai sebelum dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Kami segera berangkat ke rumah bapa saudara kerana tidak ada banyak masa lagi kerana jasadnya akan dikebumikan selepas solat isyak. Aku dan bapa saudaraku menaiki satu kereta dan aku memandu kereta tersebut kerana bapa saudaraku tidak sihat.
Setelah hampir 8 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dituju. Aku segera bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendapatkannya. Aku sampai sebaik sahaja urusan memandikan jenazah dimulakan. Kelihatan kakakku dan adikku menangis namun tidak pada wajah ibuku, dia adalah wanita paling tabah dalam hidupku. Aku melihat wajah ayahku, aku rasakan wajahnya adalah wajah orang yang paling suci pernah aku lihat dalam hidupku. Wajahnya begitu tenang sekali dan berseri-seri. SubhanalAllah, wajah itu semestinya tidak dapat aku lupakan dan tidak ada perkataan dapat mengambarkan keadaannya. Tidak pernah hayatku melihat seorang insan yang mempunyai wajah sesucinya. Hatiku bagaikan merelakan apa yang terjadi kerana aku yakin Allah lebih menyayanginya setelah menatap wajahnya. Kami sekeluarga diberi masa sebentar untuk memberi ciuman untuk terakhir kali. Aku melihat setiap wajah-wajah adik beradikku dan semuanya menangis teresak-esak kecuali adik lelakiku dan ibuku. Disebalik wajahnya tersembunyi kesedihan namun dia kuatkan hati untuk tidak menangis. Aku menghampiri tubuh insan yang amat aku sayang, dan aku kucup kedua-dua pipinya dan dahinya. Kesejukan tubuhnya terasa apabila aku memegang wajahnya dan kutatap buat kali terakhir. Itulah saat-saat terakhir aku menatap wajahnya. Hanya secebis doa dapat aku hulurkan ikhlas dari seorang anak yang mengharapkan tiada lain hanya kebahagian ayahnya. Aku berharap Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu. Setelah semuanya selesai maka wajahnya ditutup dan disempurnakan proses mengafankan mayat.
Setelah disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan berdekatan untuk urusan seterusnya. Aku, abangku dan adikku masuk ke liang lahadnya untuk meletakkan jasadnya di tempatnya dan memenuhkan liang lahadnya dengan tanah. Itulah baktiku yang terakhir kali untuk ayahku yang tercinta. Aku mengaut tanah dengan kedua-dua tanganku dan menimbus sedikit demi sedikit kerana kami kekurangan alatan. Segala urusan di perkuburan selesai tanpa ada kesulitan, aku bersyukur kepada tuhan. Aku pulang ke rumah dan berehat dan melayan tetamu yang datang melawat. Setelah segalanya selesai aku masuk ke dalam bilik kakakku, kerana dia ingin menceritakan sesuatu. Dia ingin menceritakan saat-saat akhir ayahku yang mana boleh dikatakan luar biasa. Ibuku menceritakan wajah ayahku sungguh tenang semasa ajalnya hampir tiba. Dia seolah-olah tidak merasa sakit yang tergambar di wajahnya matanya melihat ke depan. Wajahnya sungguh tenang dalam menghadapi sewaktu berhadapan dengan mautnya. Dadanya tidak ada sedikitpun tergerak atau seperti dia tidak bernafas seperti tidak ada azab yang dialami. Matanya tertutup secara perlahan-lahan dan tidak lama kemudian kedua-duanya tertutup sepenuhnya dan mesin bantuan ditepi katilnya memberi isyarat bahawa dia telah meninggal. Semua yang berada dalam wad menyaksikan kejadian tersebut termasuk dan menanyakan apakah pekerjaan yang telah dilakukan oleh si mati ini seumur hidupnya. Lantas Ibuku menceritakan bahawa ayahku adalah seorang ustaz yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Semasa hayatnya dia pernah memberi ceramah dan mengajar mengaji di surau kampungku. Dia adalah seorang yang begitu dihormati oleh penduduk kampung dan tidak ada orang yang tidak mengenalinya kerana dia adalah seorang yang berjasa besar di kampung kami.