Pages

Sunday, December 13, 2009

Program keluarga Angkat SABAH.........


Assalamualaikum diucapkan kepada sidang pembaca yang budiman, Alhamdulillah dipanjatkan sebagai ucapan alu-aluan sebagai peringatan bahawa apa yang dimiliki ini hanylah pinjaman dan pada masa yang tertentu PASTI akan dipulangkan, tarikh yang tetap dan semua diantara kita sedang menujunya.

untuk perkongsian program kali ini, insyaAllah penulis berhasrat untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang penulis boleh simpulkan dengan program yang lepas yakni yang Alhamdulillah telahpun berakhir beberapa hari yang sudah. Program yang bertempat di sabah yang bermula 25/11-06/12/2009 itu betul-betul mengajar penulis banyak sekali perkara yang baru dengan suasana yang baru bersama sahabat-sahabat yang baru beserta pengelola yang baru.

Pada peringkat awalnya, kami semua diberitahu yang program ini akan melibatkan golongan muallaf dan aka nada ancaman ataupun halangan dari pihak agama kristian, maka keperluan untuk memperkukuhkan akidah itu penulis kukuhkan dengan bantuan yang tidak semena-mena dari Allah yang telah memberikan penulis sebuah buku yang begitu menarik sekali dan begitu membuka pandangan yang lebih luas terhadap agama kristian tersebut, buku berjudul ‘Jesus sebagai nabi Islam’ yang ditulis oleh ‘Muhammad Ataur Rahim’. Buku ini berkisarkan sejarah awal kristian yang bermula dari ajaran yang suci dari nabi Isa sehinggalah pelbagai pembaharuan yang dilakukan paderi tidak bertanggungjawab yang bernama paulus yang memperkenalkan fahaman trinity yang diguna pakai sehingga kini yang jelas dijelaskan menyimpang dari ajaran asal dan jugak bagaimana diterangkan kaitan agama Islam sebagai pelengkap agama.

Berbalik kepada program tersebut, penulis yang satu-satunya pelajar Uia yang diberi kesempatan untuk pergi bersama-sama pelajar-pelajar dari KUIS tidak pernah bersama malah tidak mengenali pelajar-pelajar yang lain namun penulis tekadkan untuk meneruskan tujuan kerana sahabat perlu bertambah bukan sebaliknya dan Alhamdulillah, ternyata benar sekali berpandukan firmannya yang menyuruh kita berkenal-kenalan antara satu sama lain kerata ternyata juga kita akan belajar dan mendapat pengalaman baru hasil perkenalan tersebut.
Pergerakan dimulakan dengan perjalanan dari rumah dikedah, penulis yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir bagi semester yang pertama tahun yang ke-2 terus pulang kerumah memandangkan hara raya yang bakal disambut berjauhan nun diSabah. Selesai peperiksaan penulis bergegas pulang membuat sedikit persiapan dengan memulakan praktis dikampung sendiri. Kalau pada mulanya begini, penulis berubah begitu rasanya tidak perlu kepada huraian yang padat disini. Maka hari ditunggu tiba dan penulis yang mendapat bantuan dari sahabat yang mula-mula sekali penulis kenal dari kalangan peserta program yang pergi yakni saudara sharizal dan bersusah payah menunggu penulis diterminal LCCT.


Didalam ekspedisi ini, kami akan melawati dua buah kampong iaitu kampong Keranaan dan jugak kampong sosondoton yang kedua-duanya terletak dikawasan tanah tinggi dan jarak antara kedua kampong ini adalah lebih kurang sejam perjalanan. Lima hari yang pertama dikhususkan kepada kampong Keranaan dan lima hari yang lainnya di kampong kedua.

tibanya penulis di Kinabalu memberikan suasana yang agak berlainan buat penulis dan Alhamdulillah sambutan oleh sahabat-sahabat baru yang terlebih dahulu bertolak ke Kinabalu. Kami mendapat pendedahan berkenaan tempat yang bakal dituju dan ternyata sangkaan awal meleset, kampong yang akan dilawati merupakan kampong yang telahpun didiami hamper 100% Islam, agak kecewa namun penulis percaya mungkin kami masih belum mampu untuk berhadapan dengan masalah yang lebih dari itu. Selesai taklimat, perjalanan dimulakan yang mengambil masa 3 jam memasuki lautan belantara yang menyegarkan. Disepanjang perjalanan penulis banyak tidur, mungkin keletihan kirenya. Halangan demi halangan, kabus demi kabus diredahi. Kami tiba di kampong karanaan,Ranau,Sabah, pada waktu subuh. Waktu menunjukkan jam 4.58 pagi. Maka bermulalah aktiviti dakwah.


Disebabkan golongan penduduk yang berbeza dengan tanggapan awal, kami terpaksa merombak semula tentatif program mengikut kesesuaian penduduk dan oleh itu perancangan program banyak dilakukan secara kelam kabut dan ‘last minute’. Namun Alhamdulillah berkat penduduk kampong tersebut dan jugak bantuan yang Allah beri, perjalanan program berjalan dengan baik.


Sambutan hari raya haji disana agak suram dan mereka lebih memeriahkan hari raya puasa, namun bagi penulis yang pertama kali beraya jauh dari pangkuan keluarga terasa sedikit pilu apabila takbir dilaungkan, namun perasaan jangan dilayan sangat kerana masih ada urusan yang jauh lebih penting buat penulis ditanah Sabah ini.

KAMPUNG KERANAAN,RANAU.


Tanggapan penulis diperingkat awal di kampung Keranaan ini adalah suatu kampong yang kurang kerjasamanya, kurang pengamalannya dari segi agama, namun apabila lama berkampung disana, ternyata ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki, ternyata hubungan antara orang-orang kampong disini cukup rapat dan suasana ini tidak dan jarang sekali terdapat disemenanjung, mereka berkerjasama, masing-masing punya peranannya tersendiri, golongan belia terlibat dengan AJK kampong dan pelbagai perancangan untuk memeriahkan dan menghidupkan suasana kampong dijalankan, antaranya hari keluarga yang mana pada hari tersebut, kampong Keranaan akan mengadakan pelbagai aktiviti, sukaneka yang mana hari keluarga ini akan menghimpunkan seluruh kaum kerabat yang menetap dikampung dan juga diluar kampong, sanak saudara dihubungi melalui semua teknologi yang ada baik surat, telefon dan juga internet.


Dengan suasana yang sejuk dan menghijau ibarat memanggil-manggil penulis untuk lebih lama disitu, rasanya mahu tinggal sahaja disana, namun insyaAllah jika berkelapangan dan jika diberi kekuatan penulis akan menjejakkan lagi kaki disana, berikut merupakan sedikit sebanyak gambar-gambar aktiviti yang dijalankan dikampung Keranaan:

sukaneka bersama kanak-kanak

muhasabah.


pemandangan kampung


Sukan ibu dan anak..

manusia terbang...

bola tampar dengan penduduk kampung

wajah ceria..

views towards field....

Secara kesimpulannya, kampong Keranaan ini mengajar penulis bermacam benda baru, suasana yang baru dan bagaimana perlunya perlu dan mengapa Allah menyuruh kita umat manusia diciptakan berpuak-puak dan menyuruh kepada perkenalan kerana dengan perkenalan, kita akan mempelajari perkara yang baru dan ternyata memberi manafaat dikedua-dua pihak.

Seterusnya kami berangkat ke kampong yang kedua yakni kampong sosontoson yang terletak hamper satu jam perjalanan dari kampong Keranaan, terima kasih diatas kesudia warga kampong Keranaan yang sanggup mengambil kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu, meredah hutan cukup memberikan pengalaman baru buat kami.

Sosontoson merupakan sebuah perkampungan yang agak berbeza dengan kampong Keranaan, jika kampong Keranaan jarak diantara rumah ke rumah agak berdekatan dan segala kegiatan mudah dijalankan, namun di Sosontoson, jaraknya agak jauh, ada yang sampai satu kilometer jauhnya dari rumah yang lain.

Segala kekurangan yang wujud di kampong Keranaan dari segi pengurusan cuba kami elakkan dikampung ini dengan harapan kesilapan tidak berulang dua kali, dengan jarak rumah yang jauh, segala aktiviti agak sukar dijalankan ditambah pula dengan jalan yang becak berikutan hujan yang turun tanpa henti. Penulis sendiri perlu melalui curam jalan yang jauh dan beberapa kali tergelincir, kembali kepada perjalanan program. Aktiviti disini lebih kepada sendiri-sendiri, yakni usaha dakwah itu dijalankan dirumah masing-masing dan sesekali sahaja aktiviti yang melibatkan semua,walaupun keterlibatan penduduk kampong agak kurang yang mungkin disebabkan jarak rumah dan sibuknya penduduk kampong untuk pergi bekerja. Namun semua itu tidak melunturkan hasrat kami kerana selain dakwah dirumah keluarga angkap masing-masing, kami juga perlu dan wajib melaksanakan dakwah diseluruh warga kampong, aktiviti ziarah, tazkirah, dan bacaan Yasiin diadakan setiap malam dan Alhamdulillah terdapat peningkatan.

Dikampung ini, kami punya banyak masa untuk bersama keluarga masing-masing, justeru penulis secara peribadi merasakan adanya kasih yang lebih terhadap keluarga penulis, biarpun hanya 5 hari, namun seakan-akan dirasa lama sudah penulis mengenali mereka. Malam terakhir kami dikampung Sosondoton benar-benar menyedihkan, bapak datang kepada penulis, kami bercakap-cakap sehinggakan kami berdua menangis, rasa rapat dengan mereka. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan di kampong Sosondoton:

ziarah rumah ke rumah...

keindahan.....

'check' bacaan solat dan pe tah fasi tu wat....

tasmik.....

kursus jenazah..

keluarga angkat penulis,,,,


Didalam kita malakukan dakwah terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, banyak perkara yang perlu dimuhasanahkan, sebelum memulakan pembersihan hati manusia yang lain, hati sendiri perlu dibersihkan sebersih-bersihnya, perbuatan pendakwah perlu berganda dari suruhannya contohnya jika pendakwah menyeruh kepada 1 kebaikkan, pendakwah itu sendiri perlu melakukan 2 kali kebaikkan.

Apabila pembersihan sudah dilakukan InsyaAllah, bantuan dari-Nya akan muncul. Didalam melakukan kerja-kerja dakwah, kita tidak dapat mengelak dari perkara-perkara negative yang mungkin akan muncul baik dari kerja baik kita ataupun sebaliknya, jadi pendakwah perlu bersedia untuk menghadapai kedua-duanya, jangan mudah tertipu dengan amal yang sedikit dan jangan pula mengambil mudah tanggapan manusia kerana biarpun tanggapan itu berdasarkan benda baik yang kita lakukan, namun seeloknya didalam kita berdakwah elakkanlah dari munculnya tanggapan ini, mohonlah pada-Nya agar segala keaiban kita disembunyikan dengan itu, kerja dakwah berjalan lancar.

Kesenangan diri sendiri perlu diambil kira sebagai golongan kedua, jangan memikirkan kesusahan diri, namun fikirlah ganjaran disana nanti insyaAllah……

Bagi pembaca yang turut sama didalam program anak angkat ini, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya disepanjang kita bersama di Sabah, penulis ada melakukan kekasaran baik yang disedari maupun tidak, insyaAllah diharapkan tidak timbul rasa demdam diantara kita semua…….


Sunday, November 15, 2009

syukur perlu diperbaiki..............


Assalamualaikum kepada semua yang sudi meminjamkan barang sebentar masa yang cukup bermakna untuk membelek serba sedikit ilmu didalam laman ini. Ternyata agak sudah lama buat penulis mendiamkan diri barangkali beruzlah mencari kebenaran ataupun naik turun iman yang acap kali menyerang penulis dalam masa penguzlahan ini.

Alhamdulillah penulis utamakan kepada Allah yang sudi meminjamkan lagi nikmat kehidupan buat penulis walaupun penulis hanya banyak melanggar arahan ‘tuan’ penulis. Namun dikesempatan yang terhad ini, penulis akan cuba dan terus mencuba, walaupun acap kali gagal namun insyaAllah dengan kekuatan dari-Nya kita semua beroleh keberkatan-Nya

Iman itu naik dan turun, memang itulah lumrah seorang manusia, itulah fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Namun apa harus dilakukan untuk memastikan tahap penurunan iman itu tidak terlalu teruk? Kadang-kadang insan yang gah dipandangan mata rupanya penyamun dimalam hari, rupanya beliau tidak berupaya melawan nafsu yang membelenggu diri biarpun perwatakannya bergaya ala-ala orang alim begitu. Apakah tiada cara yang begitu khusus untuk itu? Mungkin sidang pembaca boleh berkongsi sebanyaknya ide yang boleh buat penulis dan semua yang terpanggil untuk membaca celoteh ini.

Kehidupan penulis saban hari seakan akan sudah terbalik. Jadual pembelajaran yang padat dan berlainan dengan jurusan lain telah menterbalikkan kehidupan normal seorang manusia. Malamnya susah untuk melelapkan mata dan begitulah sebaliknya disiang hari. Pelik difikirkan namun itulah yang terjadi.

Segala perancangan disiang hari tergendala sehabisnya. Iman yang terus merudum merisaukan diri. Ternyata kita tidak boleh berbangga dengan apa yang telah kita lakukan. Manusia kadang kadang hanya melihat isu-isu yang besar yang senang dilihat umpamanya jangan berbangga dengan diri, dengan pekerjaan dansebagainya. Namun kadang-kadang kita lupa untuk berterima kasih untuk mensyukuri bahawa Allah telah meletakkan kita disuatu tempat yang kita sedang jejaki, apakah dengan amalan kita dan segala ilmu agama yang dipelajari dahulu boleh menjamin kita untuk tidak melakukan kemungkaran? Apakah amalan dan ilmu yang kita pelajari ini mampu menahan kita untuk tidak meninggalkan solat? Apakah dengan amalan ini dan ilmu ini mampu menjamin semua itu? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kita tidak akan mampu untuk berbuat apapun untuk menjamin kehidupan kita melainkan berharap kekuatan dari-Nya. Berharap hidayah itu terus masuk dan masuk kedalam hati kita yang gelap gelita ini. Tanpa-Nya kosonglah jiwa. Untuk menguji kesahihan teori ini, cubalah untuk tidak menuntut ilmu agama buat seketika. Hati akan merasa kosong, dosa dipandang semakim mengecil dan terus mengecil.

Maka disini penulis mahu tekankan bahawa syukur itu meliputi semuanya. Bukan hanya hanya menerima nikmat yang jarang diterima .wallahua’lam

Monday, October 12, 2009

syair pulasan.....

Deru angin yang mencium pipi,
Seakan-akan memberikan suatu pesanan,
Pesanan buat bangsa terluka.


Barangkali juga amaran bakal menjelma,
Sayang seribu kali sayang,
Pesanan dialpakan,
Amaran berlalu tanpa perhitungan.


Namun suratan telah tercatat,
Yang pasti akan dipastikan
Biarpun tanpa kesedaran
Kerana telah terukir janji tuhan,
Hari demi hari pesanan terus memeluk insan.


Namun tidak ramai yang memesan biarpun punya kesedaran
Berlalu dan terus berlalu……..

Tuesday, September 29, 2009

HUKUM AURAT WANITA ISLAM

Assalamualaikum diucapkan kepada idang pembaca yang budiman, alhamdulillah kali ini penulis berkesempatan membaca beberapa artikel dan merasakan perlu untuk berkongsi dengan kalian semua, artikel ini juga merupakan satu tindak balas terhadap apa yang kerajaan malaysia cuba gagaskan yak ni 1malaysia 1 asrama, isu ini merupakan satu cabulan kepada wanita itu sendiri yang akan mewujudkan peluang membuat dosa yang lebih besar, gagasan satu malaysia ada posotifnya namun '1' malaysia itu tidak boleh sampai kehormatan agama diabaikan, hukum islam dipermudahkan...


Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana
berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.

Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja.
Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.


Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn
Arabi.

MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA:
Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA:
Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT:
Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA:
Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM:
Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH:
Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN:
Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya. Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN:
Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH:
Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut. Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS:
Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS:
Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad).Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS:
Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS:
Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS:
Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).

MASALAH KEENAMBELAS:
Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapan perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lesbian (hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS:
Suami melihat isteri

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS:
Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS:
Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari
fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat,
orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.

KEADAAN KEDUA:
MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:

a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai.

b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:

a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis
atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan
tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya;
tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36} .
Allahu A'lam


Rujukan
Al-Quran
Kitab-kitab tua
Al-Ahkam on line