Pages

Wednesday, February 18, 2009

Hargailah mak....hargailah ayah....

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melampirkan barang sekejap terhadap nukilan yang tidak seberapa ini namun insyaAllah apa yang penulis inginkan dalam segala penulisan yang diukir sedikit sebanyak memberikan sekelumit dua kesedaran yang boleh menjadikan kita insan yang lebih bersyukur pada-Nya.

Kehidupan yang semakin memesongkan memberikan penulis cabaran yang amat mencabar. Segala ujian yang ‘exam’ yang dihadapi tidak lain antara tarbiyyah yang diutus Sang Pencipta sebagai menguji keimanan yang senantiasa tewas. Namun Dia acap kali memberikan penulis inspirasi dan petunjuk walaupun penulis senantiasa kalah dalam berjuang, jelaslah Dia mahukan penulis menjadi yang terbaik dalam kehidupan penulis. Sungguh baik Penciptaku. Namun bagaimana layanan penulis terhadap-Nya?

Untuk nukilan kali ini penulis akan cuba serba sedikit berkongsi ilmu yang ada. Ilmu yang memberikan penulis kesedaran barangkali untukk menjadi lebih baik. Penulis membelek-belek senarai ceramah yang penulis simpan, maka terjumpalah satu ceramah yang menerangkan suasana didalam kubur, bunyinya macam menarik, daripada penulis membuta selepas subuh baik dipasangnya ceramah ini, lagipun kelas BCM awal.

Seorang ulama’ bermimpi melalui diperkarangan sebuah kubur, dengan tidak semena-mena dia melihat banyak kubur yang mana penghuninya amat menikmati kehidupan disana, ada yang ruang kuburnya begitu luas tidak seperti luas liang semasa ditanamnya itu, begitu asyik memerhati tiba-tiba mata terpandang seorang tua yang mengutip-ngutip sesuatu diatas tanah, ulama’ tadi merasa hairan melihat perilaku orang tua itu terus ditanyanya, ‘mengapa kamu begini?

Lanta orang tua itu menerangkan, mungkin cerita ini penulis tidak ingat sepenuhnya tapi secara mafhumnya inilah yang berlaku, ‘ aku jadi begini kerana perbuatan anak-anakku’ dahulu sewaktu aku masih hidup, aku merupakan orang yang kaya dikawasan ini, harta aku banyak, namun selepas aku jatuh sakit, anak-anakku mula membincangkan tentang pembahagian harta pusaka walaupun aku masih hidup, cukup tersentak hatiku, apabila aku dijemput Ilahi, tiada seorang pun anakku yang sudi mengimamkan solat jenazahku, pembahagian harta tidak menurut syariah, malah tiada yang mendoakan akan kesejahteraan aku dikubur, maka atas sebab itu, demi untuk menyelamatkan diriku, aku terpaksa mengutip amal yang ditabur malaikat, aku menjadi pengemis. Selepas sahaja tebangun, ulama’ tadi pergi mencari anak-anak orang tua tersebut lalu diceritakan halnya berkenaan mimpi beliau, lantas sang anak meresa insaf lalu didoakan ayahnya, dibuat segala amal, diperbetul segala kesilapan.

Selang beberapa ketika, si ulama’ tadi mendapat mimpi yang sama namun kali ini orang tua yang dahulunya menjadi pengemis sudah berubah kehidupannya, rasanya tidak perlu diperjelaskan akan nikmat yang orang tua itu miliki,

Jadi apa yang penulis coba untuk sampaikan adalah tanggungjawab seorang anak itu tidak pernah terputus walaupun kedua ibubapanya sudah meninggal, ingatlah yang segala tindakan kita(anak-anak) akan mempengaruhi kehidupan mereka (ibu ayah) dialam sana.

Cuba kita bayangkan, kita berada dalam satu kawasan kota raya, penulis memberikan contoh, puduraya umpamanya, kawasan tersebut mempunyai ramai orang yang mana semua orang begitu sibuk dengan kerja masing-masing, ada yang melepak, ada yang menunggu bas dan sebagainya. Bayangkan kita berada dikalangan mereka itu, kita berada dengan rakan-rakan kita sedang menikmati santapan yang begitu enak sekali diwarung berhampiran, bayangkan dalam ramai-ramai insane yang lalu lalang itu, kita IBU DAN AYAH KITA MERABA-RABA DIJALAN KAKI MENCARI SESUAP MAKANAN, MENCARI-CARI MUNGKIN ADA SISA SAMPAH YANG MUNGKIN MAT-MAT INDON TIDAK HABIS MAKAN DAN SEUMPAMANYA, CUBA BAYANGKAN….. MEREKA MENCARI DAN KEMUDIAN PIHAK BERKUASA MENGHALAU IBU DAN AYAH KITA KERANA MENGHALANG LALUAN,DITENGKINGNYA IBU DAN AYAH KITA, BAYANGKAN SAHABAT SEMUA, APA SANGGUP KITA MELIHAT KEADAAN ITU?.....TANYAKAN PADA DIRI SEMUA……. INGATLAH SUSAH PAYAH MEREKA MELAHIR, MENJAGA, MELINDUNGI,MEMBERI,MEMBELAI,MENDIDIK,MENYAYANGI,MEMBELA, DAN BANYAK LAGI JASA MEREKA, SUNGGUH CELAKALAH KITA JIKA KITA BANYAK MELUKAKAN HATI MEREKA BAIK SECARA SEDAR MAUPUN TIDAK....INGATLAH SAUDARA SEMUA, KITA HANYA PUNYA DUA ORANG INI SAHAJA, KEMANA HALA TUJU KITA BERKAIT RAPAT DENGAN REDHA MEREKA.........


bersama menghayati dan menghargai ibu dan ayah tercinta.........

abah.....mak.....hari ini dan hari-hari sebelum ini saya banyak melukakan hati mak dengan abah, banyak melupakan mak dengan abah, saya banyak mementingkan kawan-kawan dari mak dengan abah. dengan hati yang tulus dan ikhlas saya bersyukur masih punya mak dan abah,mak yang melahirkan....abah yang mencari nafkah....mak yang menyusukan....abah yang melindungi....Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu dan abahku. kasihanilah mereka bagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil. Kau limpahilah rahmat serta nikmat-Mu didunia dan jugak diakhirat. masukkan lah mereka kedalam syurga-Mu.terima kasih mak...terima kasih abah.....saya sayang mak dan abah........

-mohd suhairi bin ismail-

Thursday, February 12, 2009

Kajahatan Mesir..........?


Akibat penutupan sempadan


Pertama sekali dan yang utama penulis ingin panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah diatas segala nikmat yang berulang kali diberikan. Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi penulis tersentuh dan ingin untuk berkongsi sedikit rasa kekecewaan yang menyemat dihati penulis.

Hari ini sudah hampir 3 minggu selepas serangan regim Yahudi keatas penduduk Gaza. Jika dilihat kerugian yang dialami oleh regim Yahudi dianggarkan mencecah 13 billion, tetapi penulis bukan mahu menerangkan tentang perihal yang menimpa laknatullah itu tetapi penulis ingin menceritakan betapa kecewanya dan betapa geramnya tehadap Negara-negara yang tanpa segan silu mengaku Negara islam yang begitu tidak berhati perut yang boleh diibaratkan sudah kehilangan rasa simpati, rasa timbang rasa.
Negara berkenaan adalah Mesir, Negara kelahiran Rasul Allah(S.A.W). penulis tidak mempunyai niat untuk mengkritik tanah haram itu tetapi pemimpin yang memimpin tanah haram itu( harapnya tiada sangkaan negatif) sebelum itu penulis ingin menerangkan serba sedikit keadaan yang sedang melanda Palestin. Pada tika kita sedang menikmati kehidupan yang serba mewah ini, rakyat disana sedang bergelut untuk mencari makanan yang mana jika tiada bantuan yang dihulurkan, maka akan terjadilah krisis kemanusiaan yang paling teruk.
Tika ini juga hanya 10% kedai roti yang beroperasi di Bandar Gaza yang mana penduduk terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Inilah antara kesan yang melanda penduduk disana, malah kedai tersebut sudah kekurangan bekalan tepung dan bahan api untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Boleh tidak saudara semua bayangkan jika bekalan tepung dan bahan api habis?
Mengapa jadi begini? Apa masyarakat dunia tidak menghulurkan bantuan? Sebenarnya bantuan yang diberi amatlah banyak, beribu-beribu tan makanan, tepung yang diberi, jadi dimana semua itu pergi? Sebagai info tambahan, segala bantuan yang diberi akan melalui sempadan Mesir dan Palestin, dan sejak 5 februari yang lepas, kerajaan Mesir telah menutup pintu sempadan tersebut yang mana menyababkan himpunan beribu-ribu tan bantuan terbiar dan rosak, sumber dari Utusan menceritakan bertan-tan makanan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi kerana terbiar terkena panas dan enbum setiap hari,

Dari sini penulis tidak perlu rasanya menjelaskan betapa kejamnya Mesir mengalahkan Yahudi itu sendiri kerana Mesir membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan berbanding dengan Israel yang membunuh terang terangan. Israel menyerang memberikan peluang kepada pejuang Islam untuk mendapatkan syahid tetapi ‘perang’ yang dilancar Mesir tidak.

Sedih melihat Negara islam sendiri yang membunuh Negara islam. Sedih melihat islam itu hanya pada nama dan amatlah sedih melihat Negara islam sendiri dipermainkan dan dijadikan boneka barat untuk melemahkan umat islam, untuk memecah belahkan umat islam, mengapa harus takut kepada manusia dan undang-undang ciptaan manusia, apa yang gerunnya jeriji besi penjara-penjara yang memenjara insan bergelar pejuang, mengapa harus patuh pada golongan celaka? Siksaan dunia atau siksaan akhirat yang perlu kita takut? Persoalan yang sedikit darpada berjuta ini sudah mampu untuk semua umat islam untuk menilai siapakah diri kita? sanggupkah anda melihat kehancuran islam berada dizaman kita? jahanam pihak barat jahanam lagi pihak islam yang terlibat dalam pakatan barat, Ya Allah hancurkanlah barat, berilah hidayah beserta taufiq kepada umat islam seantero dunia agar bangkit dari tidur yang panjang, bangunlah berjuang, bangunlah melawan TAKBIR……..TAKBIR…………………TAKBIR……………..

Tuesday, February 10, 2009

Siapakah YAHUDI???




KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)


Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.

Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol).

Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.

Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.


Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.

Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.

Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.

Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.

Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.

Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.

Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.

Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.

Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.

Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.

Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.

Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.

Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.

Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.

Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.

Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.

Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.

Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.

Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.

Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.

Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.

Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.

Sumber:Metro

Sunday, February 1, 2009

Insan Di Bawah Cahaya Ilahi




...Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.