Pages

Sunday, December 13, 2009

Program keluarga Angkat SABAH.........


Assalamualaikum diucapkan kepada sidang pembaca yang budiman, Alhamdulillah dipanjatkan sebagai ucapan alu-aluan sebagai peringatan bahawa apa yang dimiliki ini hanylah pinjaman dan pada masa yang tertentu PASTI akan dipulangkan, tarikh yang tetap dan semua diantara kita sedang menujunya.

untuk perkongsian program kali ini, insyaAllah penulis berhasrat untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang penulis boleh simpulkan dengan program yang lepas yakni yang Alhamdulillah telahpun berakhir beberapa hari yang sudah. Program yang bertempat di sabah yang bermula 25/11-06/12/2009 itu betul-betul mengajar penulis banyak sekali perkara yang baru dengan suasana yang baru bersama sahabat-sahabat yang baru beserta pengelola yang baru.

Pada peringkat awalnya, kami semua diberitahu yang program ini akan melibatkan golongan muallaf dan aka nada ancaman ataupun halangan dari pihak agama kristian, maka keperluan untuk memperkukuhkan akidah itu penulis kukuhkan dengan bantuan yang tidak semena-mena dari Allah yang telah memberikan penulis sebuah buku yang begitu menarik sekali dan begitu membuka pandangan yang lebih luas terhadap agama kristian tersebut, buku berjudul ‘Jesus sebagai nabi Islam’ yang ditulis oleh ‘Muhammad Ataur Rahim’. Buku ini berkisarkan sejarah awal kristian yang bermula dari ajaran yang suci dari nabi Isa sehinggalah pelbagai pembaharuan yang dilakukan paderi tidak bertanggungjawab yang bernama paulus yang memperkenalkan fahaman trinity yang diguna pakai sehingga kini yang jelas dijelaskan menyimpang dari ajaran asal dan jugak bagaimana diterangkan kaitan agama Islam sebagai pelengkap agama.

Berbalik kepada program tersebut, penulis yang satu-satunya pelajar Uia yang diberi kesempatan untuk pergi bersama-sama pelajar-pelajar dari KUIS tidak pernah bersama malah tidak mengenali pelajar-pelajar yang lain namun penulis tekadkan untuk meneruskan tujuan kerana sahabat perlu bertambah bukan sebaliknya dan Alhamdulillah, ternyata benar sekali berpandukan firmannya yang menyuruh kita berkenal-kenalan antara satu sama lain kerata ternyata juga kita akan belajar dan mendapat pengalaman baru hasil perkenalan tersebut.
Pergerakan dimulakan dengan perjalanan dari rumah dikedah, penulis yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir bagi semester yang pertama tahun yang ke-2 terus pulang kerumah memandangkan hara raya yang bakal disambut berjauhan nun diSabah. Selesai peperiksaan penulis bergegas pulang membuat sedikit persiapan dengan memulakan praktis dikampung sendiri. Kalau pada mulanya begini, penulis berubah begitu rasanya tidak perlu kepada huraian yang padat disini. Maka hari ditunggu tiba dan penulis yang mendapat bantuan dari sahabat yang mula-mula sekali penulis kenal dari kalangan peserta program yang pergi yakni saudara sharizal dan bersusah payah menunggu penulis diterminal LCCT.


Didalam ekspedisi ini, kami akan melawati dua buah kampong iaitu kampong Keranaan dan jugak kampong sosondoton yang kedua-duanya terletak dikawasan tanah tinggi dan jarak antara kedua kampong ini adalah lebih kurang sejam perjalanan. Lima hari yang pertama dikhususkan kepada kampong Keranaan dan lima hari yang lainnya di kampong kedua.

tibanya penulis di Kinabalu memberikan suasana yang agak berlainan buat penulis dan Alhamdulillah sambutan oleh sahabat-sahabat baru yang terlebih dahulu bertolak ke Kinabalu. Kami mendapat pendedahan berkenaan tempat yang bakal dituju dan ternyata sangkaan awal meleset, kampong yang akan dilawati merupakan kampong yang telahpun didiami hamper 100% Islam, agak kecewa namun penulis percaya mungkin kami masih belum mampu untuk berhadapan dengan masalah yang lebih dari itu. Selesai taklimat, perjalanan dimulakan yang mengambil masa 3 jam memasuki lautan belantara yang menyegarkan. Disepanjang perjalanan penulis banyak tidur, mungkin keletihan kirenya. Halangan demi halangan, kabus demi kabus diredahi. Kami tiba di kampong karanaan,Ranau,Sabah, pada waktu subuh. Waktu menunjukkan jam 4.58 pagi. Maka bermulalah aktiviti dakwah.


Disebabkan golongan penduduk yang berbeza dengan tanggapan awal, kami terpaksa merombak semula tentatif program mengikut kesesuaian penduduk dan oleh itu perancangan program banyak dilakukan secara kelam kabut dan ‘last minute’. Namun Alhamdulillah berkat penduduk kampong tersebut dan jugak bantuan yang Allah beri, perjalanan program berjalan dengan baik.


Sambutan hari raya haji disana agak suram dan mereka lebih memeriahkan hari raya puasa, namun bagi penulis yang pertama kali beraya jauh dari pangkuan keluarga terasa sedikit pilu apabila takbir dilaungkan, namun perasaan jangan dilayan sangat kerana masih ada urusan yang jauh lebih penting buat penulis ditanah Sabah ini.

KAMPUNG KERANAAN,RANAU.


Tanggapan penulis diperingkat awal di kampung Keranaan ini adalah suatu kampong yang kurang kerjasamanya, kurang pengamalannya dari segi agama, namun apabila lama berkampung disana, ternyata ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki, ternyata hubungan antara orang-orang kampong disini cukup rapat dan suasana ini tidak dan jarang sekali terdapat disemenanjung, mereka berkerjasama, masing-masing punya peranannya tersendiri, golongan belia terlibat dengan AJK kampong dan pelbagai perancangan untuk memeriahkan dan menghidupkan suasana kampong dijalankan, antaranya hari keluarga yang mana pada hari tersebut, kampong Keranaan akan mengadakan pelbagai aktiviti, sukaneka yang mana hari keluarga ini akan menghimpunkan seluruh kaum kerabat yang menetap dikampung dan juga diluar kampong, sanak saudara dihubungi melalui semua teknologi yang ada baik surat, telefon dan juga internet.


Dengan suasana yang sejuk dan menghijau ibarat memanggil-manggil penulis untuk lebih lama disitu, rasanya mahu tinggal sahaja disana, namun insyaAllah jika berkelapangan dan jika diberi kekuatan penulis akan menjejakkan lagi kaki disana, berikut merupakan sedikit sebanyak gambar-gambar aktiviti yang dijalankan dikampung Keranaan:

sukaneka bersama kanak-kanak

muhasabah.


pemandangan kampung


Sukan ibu dan anak..

manusia terbang...

bola tampar dengan penduduk kampung

wajah ceria..

views towards field....

Secara kesimpulannya, kampong Keranaan ini mengajar penulis bermacam benda baru, suasana yang baru dan bagaimana perlunya perlu dan mengapa Allah menyuruh kita umat manusia diciptakan berpuak-puak dan menyuruh kepada perkenalan kerana dengan perkenalan, kita akan mempelajari perkara yang baru dan ternyata memberi manafaat dikedua-dua pihak.

Seterusnya kami berangkat ke kampong yang kedua yakni kampong sosontoson yang terletak hamper satu jam perjalanan dari kampong Keranaan, terima kasih diatas kesudia warga kampong Keranaan yang sanggup mengambil kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu, meredah hutan cukup memberikan pengalaman baru buat kami.

Sosontoson merupakan sebuah perkampungan yang agak berbeza dengan kampong Keranaan, jika kampong Keranaan jarak diantara rumah ke rumah agak berdekatan dan segala kegiatan mudah dijalankan, namun di Sosontoson, jaraknya agak jauh, ada yang sampai satu kilometer jauhnya dari rumah yang lain.

Segala kekurangan yang wujud di kampong Keranaan dari segi pengurusan cuba kami elakkan dikampung ini dengan harapan kesilapan tidak berulang dua kali, dengan jarak rumah yang jauh, segala aktiviti agak sukar dijalankan ditambah pula dengan jalan yang becak berikutan hujan yang turun tanpa henti. Penulis sendiri perlu melalui curam jalan yang jauh dan beberapa kali tergelincir, kembali kepada perjalanan program. Aktiviti disini lebih kepada sendiri-sendiri, yakni usaha dakwah itu dijalankan dirumah masing-masing dan sesekali sahaja aktiviti yang melibatkan semua,walaupun keterlibatan penduduk kampong agak kurang yang mungkin disebabkan jarak rumah dan sibuknya penduduk kampong untuk pergi bekerja. Namun semua itu tidak melunturkan hasrat kami kerana selain dakwah dirumah keluarga angkap masing-masing, kami juga perlu dan wajib melaksanakan dakwah diseluruh warga kampong, aktiviti ziarah, tazkirah, dan bacaan Yasiin diadakan setiap malam dan Alhamdulillah terdapat peningkatan.

Dikampung ini, kami punya banyak masa untuk bersama keluarga masing-masing, justeru penulis secara peribadi merasakan adanya kasih yang lebih terhadap keluarga penulis, biarpun hanya 5 hari, namun seakan-akan dirasa lama sudah penulis mengenali mereka. Malam terakhir kami dikampung Sosondoton benar-benar menyedihkan, bapak datang kepada penulis, kami bercakap-cakap sehinggakan kami berdua menangis, rasa rapat dengan mereka. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan di kampong Sosondoton:

ziarah rumah ke rumah...

keindahan.....

'check' bacaan solat dan pe tah fasi tu wat....

tasmik.....

kursus jenazah..

keluarga angkat penulis,,,,


Didalam kita malakukan dakwah terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, banyak perkara yang perlu dimuhasanahkan, sebelum memulakan pembersihan hati manusia yang lain, hati sendiri perlu dibersihkan sebersih-bersihnya, perbuatan pendakwah perlu berganda dari suruhannya contohnya jika pendakwah menyeruh kepada 1 kebaikkan, pendakwah itu sendiri perlu melakukan 2 kali kebaikkan.

Apabila pembersihan sudah dilakukan InsyaAllah, bantuan dari-Nya akan muncul. Didalam melakukan kerja-kerja dakwah, kita tidak dapat mengelak dari perkara-perkara negative yang mungkin akan muncul baik dari kerja baik kita ataupun sebaliknya, jadi pendakwah perlu bersedia untuk menghadapai kedua-duanya, jangan mudah tertipu dengan amal yang sedikit dan jangan pula mengambil mudah tanggapan manusia kerana biarpun tanggapan itu berdasarkan benda baik yang kita lakukan, namun seeloknya didalam kita berdakwah elakkanlah dari munculnya tanggapan ini, mohonlah pada-Nya agar segala keaiban kita disembunyikan dengan itu, kerja dakwah berjalan lancar.

Kesenangan diri sendiri perlu diambil kira sebagai golongan kedua, jangan memikirkan kesusahan diri, namun fikirlah ganjaran disana nanti insyaAllah……

Bagi pembaca yang turut sama didalam program anak angkat ini, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya disepanjang kita bersama di Sabah, penulis ada melakukan kekasaran baik yang disedari maupun tidak, insyaAllah diharapkan tidak timbul rasa demdam diantara kita semua…….