Pages

Wednesday, April 1, 2009

sebuah luahan..............

Berjalan dijalan yang terang agar tiada jatuh dan tersungkur diperjalanan, berhati tika di perjalanan bimbang datang ujian menduga perjalanan. Masih ada harapan ubah nasib kehidupan, bekalan ilmu yang berguna.

Sebagai permulaan penulis memulakan dengan serangkap lirik dari lagu ‘harapan tidak buta’ nyanyian Alarm-Me. Suatu lagu yang begitu mendalam maksudnya.

Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan kehadrat Ilahi atas karunia yang diberikan dalam menjalani kehidupan biarpun kerap kali melanggar arahan-Nya, Syukur juga kehadrat-Nya kerana nikmat yang tadak putus-putus dalam memberikan saya masa untuk berubah dan menjadi seumpama yang diinginkan-Nya.

Sebagai kesyukuran turut saya lampirkan diatas berakhirnya suatu jangka masa yang begitu memenatkan buat diri saya ini. Cengkaman yang mencengkam diri saya selama 3 minggu berturut-turut ini benar-benar dirasakan lega dan dapat diibaratkan beban seberat kapal titanic telah hilang.

Hari portfolio dimana kami semua pelajar Kaed perlu mempamerkan hasil kerja kami disepanjang sem lepas dan sem ini benar-benar menguji keimanan untuk terus menetap di Kaed, semangat naik dan turun, marah dan seronok bersilih ganti, tekanan bersilih ganti dengan ceria, namun majority lebih dimenangi oleh sifat tekanan, dan kalau nak diibaratkan pulak tekanan yang ditimpai itu hampir mencecah 700 kilogram.(boleh value pulak)

Hasil kerja saya tidak terlalu baik, itu menambahkan lagi tekanan. Namun semuanya itu telah berakhir, dan saya perlu melangkah kedepan kerana ujian akhir hampir mengetup pintu bilik. Rasa letih hampir saja diganti, dan Alhamdulillah sekali lagi, masa berlalu dengan pantas sehingga tidak disedari berlalunya masa.

Sekadar perkongsian, disepanjang proses untuk menyiapkan kerja-kerja yang diAMANAH kan itu, saya dapat melihat pelbagai ragam sahabat-sahabat. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.

Seringkas mungkin saya cuba untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua adalah, dalam kita mengejar keduniaan ini, amatlah tidak wajar kita tidak memfokuskan perkara yang sama dalam ibadat kita kerana manusia akan melalui beberapa alam, bermula dari alam roh, kemudian alam rahim, kemudian alam barzakh, seterusnya alam akhirat yang akan menentukan syurga dan neraka, dalam banyak- banyak alam itu, hanya alam dunialah yang akan menentukan keselamatan dialam yang akan datang, justeru sebagai peringatan kepada saya, pilihlah kehidupan bagaimana yang diinginkan didunia ini namun kehidupan didunia akhirat adalah yang paling penting dalam apa jua keadaan.

Saya terharu dan terpegun melihat keindahan hasil kerja yang dilakukan sahabat yang lain, cukup hebat dan mantap. Namun saya tertanya jugak, kalau begini lah bersungguhnya kami warga Kaed dalam beribadat masyaAllah….indahnya, semua orang sibuk menyiapkan kerja, tetapi sedih jugak sehingga ada yang hingga menangguh solatnya, ada yang tidak solat langsung, ada yang beranggapan solat itu melambatkan kerja tersebut, padahal mereka tidak menyedari hari yang mereka tempun itu mungkin ‘final’ baginya, kerja tersebut sudah ada tempoh hantarnya, mengapa perlu dibimbangkan? Mati itu tiada diketahui, mati boleh datang waktu sedang memotong board. Saye tidak berniat untuk menaikkan kemarahan dengan menyatakan hal begini tetapi perkara ini perlu diuutarakan untuk kesejahteraan bersama, untuk keberkatan bersama, semua yang dilakukan dalam hidup ini pa jua yang berlaku perlu kepada 4 unsur iaitu:
• Unsur emosi
• Unsur intelek
• Unsur rohani
• Unsur fizikal


Pokoknya jika terkurang salah satu unsur akan menyababkan kehidupan tidak sempurna, kelemahan dalam mengawal emosi akan menyebabkan diri tidak dapat mengawal sifat marah dan sebagainya, kelemahan dalam intelek akan menyebabkan hasil kerja dan apa jua yang dilakukan tidak berpotensi dan tidak berkualiti, kekurangan dalam unsur rohani akan menyebabkan jiwa tidak tenang, ini dapat dilihat dalam dunia sekarang yang mana kita lihat banyak orang yang telah Berjaya membunuh diri, sakit jiwa dan sebagainya disebabkan dalaman yang tidak sempurna, nah disinilah peranan agama dalam nak menenangkan jiwa, dan yang terakhir jika fizikal yang lemah, badan yang tidak sihat dan seumpamanya akan memberikan kesan pada prestasi diri.