Pages

Thursday, July 23, 2009

perubahan DIRI....(^-^)

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca yang budiman, Alhamdulillah didalam penulisan yang pendek ini penulis berkesempatan untuk menjenak beberapa isu dan perihal kemaslahatan yang berlaku disekeliling ruang lingkup kehidupan penulis.

Sebagai suatu perkongsian kiranya, penulis ingin sedikit menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar-legar didalam jiwa penulis yang sekian lama penulis pendamkan. Untuk sebagai perkenalan kepada yang belum mengenali penulis, penulis merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Kuliah Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa, maka yang memahami akan kehidupan seorang pelajar arkitek. Pasti mengetahui liku-liku yang dilalui.

Suasana yang agak tidak bertepatan dengan jiwa mengundang pelbagai masalah didalam diri penulis pada peringkat awal keterlibatan didalam kuliah ini. Namun Alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan sahabat-sahabat yang lain, penulis cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan didalam masa yang sama mengawal diri dan peri laku. Memang sukar namun itulah yang dihadapi.

Namun sudah menjadi lumrah kehidupan, dimana sahaja, dimana jua, akan ada yang berlawan pendapat dengan apa yang kita lakukan baik sesuatu itu merupakan kebaikkan mahupun keburukkan. cemuhan kearah keburukan itu memang baik dan digalakkan, tetapi dunia sekarang sudah terbalik kiranya. Kebaikkan yang dikerjakan pula dicemuh, dipandang sinis dan dianggap golongan ‘primitif’. Suasana ini amat bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. mafhumnya:

Islam datang secara dagang(asing), dan akan kembali didalam keadaan dagang(asing).

Dari tafsiran hadis berkenaan, hadis ini telahpun menampakkan zahirnya, Islam kini dipandang sinis, agama itu dianggap hak individu, bercakap agama dan sebagainya hanya ditempat-tempat yang tertentu. Perkara-perkara dunia tidak bercampur dengan agama. Harus diasingkan jika tidak dipandang dengan pandangan yang hina.

Mungkin dimalaysia memakai tudung itu normal, tetapi disesetengah tempat, tudung sudah boleh dianggap jenayah. Masalah yang berlaku kadang-kadang sukar untuk difikirkan. Mengapa insan begitu susah untuk berubah? Apa yang menyebabkan masalah sosial kini terlalu menular walaupun disebuah institusi ISLAM.

Pokok asalnya kita lihat kepada umbinya, mengapa manusia susah untuk berubah, untuk berubah, kita selalu mengaitkan dengan benda-benda disekeliling contohnya suasana, masa dan sebagainya. Namun perubahan itu PERLU BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI, guru,ibu bapa, rakan-rakan, suasana dan sebagainya HANYALAH sebagai penunjuk jalan, pokoknya kita yang memilih untuk mengikuti jalan yang betul ataupun tidak.

Mustahil bagi seorang manusia untuk senantiasa mahukan dirinya berada didalam keadaan kejahatan berpanjangan, pasti terdetik didalam hati kemahuan untuk berubah, namun hidayah tersebut tidak disusuli dengan tindakkan, hanya tinggal kemahuan dan kemahuan in akan terus datang dan datang mengetuk pintu hati sehinggalah kematian menjelma dan tika itu, kemahuan tersebut sudah tiada nilai.

Kemahuan untuk berbuat kebaikkan ini jelas menunjukkan bahawa Allah masih memberikan harapan dan masih berharap kita untuk bertaubat. Namun diantara kesilapan besar didalam hal ini adalah, apabila hidayah ditiup kedalam hati, kemahuan untuk berbuat kebaikkan akan terdetik, saat itu, segala kejahatan dan dosa akan disesali, ibaratnya sudah tidak mahu mengulangi lagi, namun datang rakan-rakan yang mempengaruhi, mempengaruhi didalam erti kata menghina dan memerli akan perubahan yang baru terjadi didalam diri, maka sifat malu terhadap kebaikkan dan malu terhadap rakan-rakan akan membuatkan diri kembali kepada insan yang lama(kejahatan).

Proses ini akan terus berlaku dan berlaku, ada juga manusia yang malu untuk berbuat kebaikkan bimbang takut diperli rakan sebaya contohnya:

si fulan ini tidak pernah ke masjid, usia semakin meningkat, apabila diajak, alas an yang diberi adalah malu kerana selama hidup tidak pernah ke masjid”

Terdapat banyak lagi suasana yang menjelma didalam diri masyarakat kita baik remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat orang tua.

Semoga masalah yang membelenggu kita semua termasuk penulis sendiri dimudahi dan semoga petunjuk hidayah dan taufiq senantiasa menjelma didalam diri kita semua….AMIN……………………..

Thursday, July 2, 2009

Kemelut Iran....

Assalamualaikum diucapkan kepada semua sidang pembaca yang sudi membelek-belek halaman penulis, dan seperti biasa penulis ingin panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi diatas kurniaan yang diberi dan syukur juga diucapkan kerana berkat taufiq dan hidayah yang diberi kepada penulis untuk terus menerus didalam memperbaharui laman ini.

InsyaAllah didalam artikel untuk kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang penulis terdengar, terbaca dan diatas sedikit kefahaman yang diberikan Ilahi. Mungkin ramai Justify Fulldikalangan pembaca yang sekalian yang lebih arif mengenai isu ini namun ini hanyalah untuk memberikan gambaran secara umum tentang isu ini.

Selepas pemilihan presiden berlalu, keputusan menyaksikan bahawa Ahmadiejad masih berkuasa dan masih disenangi rakyat yang mana menyaksikan hampir 63% keputusan memihak kepada beliau, namun sudah menjadi adat didalam setiap pemilihan aka nada pihak yang kalah dan tidak berpuas hati. Maka kita dapat melihat akan kekacauan yang berlaku diIran sekarang ini. Kekacauan yang berlaku telah mengakibatkan pelbagai siri keganasan yang semua sedia maklum.

Jika dilihat kepada siri-siri keganassan yang berlaku, banyak benda yang menjadi tanda Tanya yang akan mengungkap pelbagai spekulasi yang jelas menunjukkan ada pihak ‘kedua’ yang terlibat. Washinton merupakan antara pihak yang begitu ketara mendesak agar pilihan raya presiden dijalankan semula.

Rusuhan demi rusuhan dilakukan sehinggalah kejadian yang begitu menyayat hati berlaku sehingga kematian seorang pelajar yang bernama Veda yang mana mati ditembak, pihak barat meng’claim’ bahawa pelajar berkenaan dibunuh oleh pihak kerajaan polis Iran, kejadian ini begitu menggemparkan dunia. Namun kajian terbaru yang dikeluarkan kerajaan Iran menyatakan, peluru yang mengenai pelajar berkenaan bukan berasal daripada pihak polis kerajaan Iran, ini bermakna ada pihak lain yang menembak.

Kematian pelajar berkenaan digunakan barat sebagai lambang semangat juang rakyat Iran yang mana mahukan perubahan. Hal ini menimbulkan kekeliruan, didalam sumber yang lain, pihak CIA telah menghabiskan hampir 400 juta dolar disepanjang apa yang berlaku diIran dan Pihak BBC dan media barat tampil menyatakan kebenaran bahawa mereka digunakan barat untuk menimbulkan rusuhan dan meniup api kemarahan dikalangan rakyat Iran.

Tetapi ada kejadian yang begitu menarik yang berlaku disamping kekacauan yang berlaku di Iran, Israel yang menyepi menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa begitu? Jika dilihat, Iran merupakan ancaman utama Israel didalam menguasai Palestin, jika kita kaji secara mendalam hal ini, ada berbagai-bagai huraian dan hujah yang menjelaskan akan sebab musabab yang berlaku di Israel.

Namun sebelum penulis menghuraikan lebih lanjut hal ini, penulis ingin memberikan sedikit sebanyak pendedahan yang secara tidak langsung akan menjawab hal berkaitan diatas. Didalam perlembagaan white House, satu polisi yang yang terukir adalah melindungi kepentingan Israel, justeru tidak hairan Obama begitu kedepan didalam menentang perihal politik di Iran.

Untuk melihat dari aspek yang berbeza mengenai isu ini, terdapat hikmah yang tertentu, jika dilihat kemunculan Obama seumpama berbeza karakter dengan George w. bush, namun politik Iran telah membuka mata dunia mengenai siapakah sebenarnya Obama itu, begitu kedepan membela saingan ahmadiejad dan mengutuk keputusan pilihan raya Iran. Dengan menggunakan alasan hak bersuara dan demokrasi, barat terus menerus menghentam Iran.

Tetapi lihat semua didalam dasar demokrasi itu, sekiranya selepas sesuatu pemilihan dilakukan dan ada pihak yang akur ataupun kalah, pihak tersebut perlu akur dengan keputusan dan membenarkan diri untuk dipimpin pihak yang menang, namun hal berkenaan tidak diimplikasikan, jelaslah sistem demokrasi itu gagal dalam mengatur hidup manusia itu sendiri