Pages

Sunday, December 19, 2010

semoga bermanfaat............

Pertama dan selamanya marilah kita mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran diatas nikmat yang telah Allah kurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah (S.A.W.) pemilik cahaya kebenaran, penyebab kenikmatan iman, pembawa kerahmatan sekalian alam, pensyafaat dikala memerlukan. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat baginda dan sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekaliannya

Alhamdulilah setelah berabad penulis mengasingkan diri dari penulisan dan didalam jangka masa yang lama itu jugalah pelbagai pengalaman dan kenikmatan penulis rasakan dan lalui yang sebenarnya terlalu banyak untuk penulis ukirkan disini. Benarlah kata-kata yang mengatakan bahawa ilmu penulisan itu bukanlah suatu yang mudah malah penulis sendiri merasakan kesulitan didalam usaha penulis mengeluarkan satu-satu risalah biarpun didalam laman penulsi sendiri.

Namun insyaAllah semoga keikhlasan yang ada ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada pembaca yang jauh lebih berilmu dan pakar didalam ilmu penulisan ini. Malah penulis sendiri mengharapkan sekiranya ada kesulitan didalam memahami makna sebenar penulisan penulis supaya memaklumkan kepada penulis.

Kekaguman penuls kepada tokoh-tokoh penulisan tanah air amat penulis cemburui, indikatur mudah yang menerpa kedalam fikiran penulis apabila berbicara dengan mereka adalah betapa banyaknya buku yang dibaca dan betapa istiqamahnya mereka didalam membaca kerana mustahil bagi seseorang itu untuk mengeluarkan ide-ide bernas melainkan setelah mana mereka meneliti pelbagai ilmu dan melihat dari pelbagai sudut permasalahan.

Baiklah secara kasarnya penulis berkenan untuk berkongsikan mengenai beberapa perkara yang wajar kita jadikan sebagai salah satu daripada agenda utama kehidupan. Sebenarnya terdapat tiga perkara namaun eloklah bagi penulsi untuk berkongsikan satu persatu untuk melebihkan kepada huraian supaya apa yang ingin disampaikan penulis sedikit sebanyak menyentuh hati pembaca insyaAllah.

Tiga perkara yang ingin penulsi nyatakan ini merupakan amalan tambahan yang begitu penting terutamanya bagi orang yang bergelar ‘salikin’ yakni orang yang berjalan menuju kepada Allah. Ini merupakan pesanan yang penulis dapat dari seorang sahabat penulis yang ketika itu mengalami sakaratul maut. Beliau berpesan sekiranya penulis menginggalkan ketiga-tiga perkara ini, maka hidup akan tiada ertinya, sejurus selesai berpesan beliau menghembuskan nyawanya. Perkara ini terjadi didalam alam yang penulis tidak dapat jelaskan.

Perkara pertama yang perlu ada adalah mendampingi guru/orang alim/ilmuan. Apabila diteliti dan difahami, kebiasaanya kita mampu untuk melihat maksud ataupun tujuan perkara ini dijelaskan. Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum mendampingi guru adalah bagaimana untuk mengetahui bahawa inilah orang yang wajar aku dekati atau dampingi? Seperti sedia maklum, iman manusia ini terkadang naik terkadang turun. Terkadang hati manusai ini berpaling dari Allah dan terkadang kuat mengingati Allah, terkadang jalur kehidupan manusia terikat dengan nafsu dan terkadang terikat utuh bersama nafsu dan syaitan. Makanya seorang guru yang baik dan sesusai adalah yang mana antara cirinya adlah apabila berjumpanya kita dengan mereka, ataupun apabila dengarnya kita kepada kuliahnya, beliau berkamampuna untuk memalingkan semula hati yang leka kepad yang Utama. Seorang guru yang baik adalah apabila nak muridnya yang juga boleh dinaggap pesakitnya dating didalm keadaan ‘sakit’ maka sebelum pulangnya murid tersebut ‘kesakitan’ itu sediki sebanyak terubat. Maka sekiranya ada diantara kita merasakan sedemikian kepada seseorang guru/alim ataupun ulama’ maka wajarlah untuk dia melazimi bersama guru tersebut.

Guru ibarat tunjang kepada segala benda, guru ibarat pemilik hati, dan sebagai seorang yang berjalan dijalan Allah harus meletakkan dirinya dibawah guru tersebut, sekiranya perkara yang diterangkan tidak difahami, kita tidak wajar untuk mengatakan kesilapan itu berpunca daripada guru tersebut kerana adab seorang penuntut itu sewajarnya mengatakan akan kejahilan dirinya kerana tiada keupayaan memahami ilmu seumpama guru tersebut memahaminya akibat banayknya dosa yang dilakukan. Seorang murid yang baik harus meyakini bahawa gurunya berkeupayaan mendalami dilubuk hatinya biarpun kita tidka menyatakan akan malasah tersebut, dengan sifat murid tersebut akan lebih menghormati dan adalah menjadi suatu kebiadapan bagi penuntut ilmu untuk berlawan mata dengan gurunya, seharusnya murid harus menjadi orang yang pertama mengalihkan pandangan sekiranya matanya bertentangan dengan guru tersebut. Inilah tradisi yang diwarisi turun temurun dan kita mampu melihat kehebatang generasi silam didalam keilmuan mereka kerana ilmu yang dituntut adalah hadir bersama nya keberkatan dan keredhaan gurunya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat semua terutamanya penulis sendiri insya Allah........

Wednesday, October 13, 2010

PANTUN KARAT.....

DUNIA ITU IBARAT MIMPI,

MIMPI INDAH YANG MENYENANGKAN,

NAMUN HAKIKATNYA TIADA MIMPI YANG KEKAL,

MUNGKIN BOLEH HILANG DENGAN SEDIKIT KEJUTAN,

MAKA BILA TERJAGA ITULAH HAKIKATNYA.



NIKMAT DUNIA HANYA SEBAGAI MIMPI,

JELASNYA NIKMAT DUNIA DITIAP MATA,

NAMUN BILA SUDAH MATI,

ITULAH HAKIKAT KEHIDUPAN.


PERSOALAN DEMI PERSOALAN DISOAL,

ADAKAH YANG MAMPU DIJAWAB?

PASTINYA JIKA TERUS BERMIMPI,

SEMPATKAH PERSEDIAAN UNTUK PERSOALAN?


MEJA PENULIS(KAED 11.43 MLM)

Thursday, September 2, 2010

Ramadan yang dikasihi.....

Alhamdulillah diucapkan kepada semua, pertama dan selama-lamanya ayuhlah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Selawat dan salam buat buat junjungan besar Rasullullah S.A.W. yang suci daripada dosa dan noda pemilik syafaat terbesar, insan yang punya cahaya yang cahayanya menyinari seluruh alam.

Dengan berkah dan hidayah-Nya, Alhamdulillah diberinya penulis kekuatan untuk mencoret sedikit perkongsian untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Setelah sekian lama penulis mendiamkan diri dari medan penulisan sehinggakan penulis merasakan suatu keselesaan untuk tidak menulis. Petang tadi terdengar suara dari corong radio IKIM yang penulis sendiri tidak mengingati siapakah ahli panelnya, antara isi yang dibicarakan adalah mengenai penulisan, suatu perkongsian yang mudah namun banyak manfaatnya.

Selama ini penulis memfokuskan perkara sunat yang penulis wajibkan pada diri, jadi ahli panel berkenaan menyentuh mengenai kewajipan menulis paling kurang satu artikel seminggu. Sedikit tersentak kerana alpa bahawa penulisan juga bersifat dakwah dan terkadang dengan penulisan kita mampu mengubah dunia seperti mana yang dilakukan Jose Rizal terhadap negaranya Filipina.

Syukur mengenangkan kesudian Pencipta untuk memberikan lagi peluang untuk bersama dengan bulan penuh berkah ini, bulan yang menjanjikan sejuta kali manfaat buat semua yang menghargai. Sesungguhnya penulis merasakan sedikit kelainan pada tahun ini insyaAllah semoga sahabat-sahabat lain juga merasakan benda yang sama.

Semoga introduksi ini sedikit memberikan manfaat buat semua yang membaca terutama sekali buat diri penulis sendiri yang pastinya akan bertanggungjawab terhadap kata-kata ini.

Hari-hari yang berbaki ini penulis ingin menyerulah supaya sewajarnya marilah kita bertungkus lumus untuk bersama dan menghadirkan diri didalam kenikmatan ramadhan. Cubalah sedaya upaya untuk mencuba untuk merasai kelebihan ramadhan ini. Mungkin ada yang masih keliru untuk menghadirkan rasa beramadhan namun sebagai langkah mudah cubalah sehabis mungkin untuk mengasihi ramadhan. Alangkah ruginya jika kita menjadi insan yang diberikan peluang untuk kenikmatan namun melepaskan peluang berkenaan.

Disebalik kesibukkan mengejar cita-cita, jangan lupa ‘presentation’ kita dihadapan Allah yang sekarang ini kita menunggu untuk dipanggil giliran. Jika tidak cukup ‘requirement’nya maka gagallah kita maka tiada kegagalan yang paling dikesali daripada terhumban kedalam Neraka Jahannam.


Sunday, July 18, 2010

Satu Malaysia.......

Untuk memulakan sesuatu itu adalah yang amat sukar darpada hanya duduk menyambung gagasan yang telah sedia ada. Terkadang rasa tanggungjawab itu memang memerlukan adanya seseorang untuk mengorak langkah awal didalam satu-satu perkara namun tidak semuanya mampu, namun adakah kita mengetahui akan kemampuan diri kita?

Assalamualaikum diucapkan kepada semua, semoga pembuka diatas dapat sedikit sebanyak membuka hati penulis terutama sekali didalam menjalani kehidupan seharian.

Rasa rendah diri dan merasakan diri itu tidak mampu sebenarnya perlu dilihat didalam beberapa perkara dan didalam Islam biarpun merendah diri itu suatu perkara yang mulia dari segi akhlaknya namun orang islam tidak digalakkan untuk senantiasa merasa rendah diri didalam semua situasi. Ada beberapa ketika yang memerlukan orang Islam untuk kehadapan menunjukkan taring terutama sekali buat musuh-musuh Allah. Tindakan ini sebagai untuk menimbulkan rasa gerun kepada mereka agar tidak merendah-rendahkan martabat Islam.

Namun diketika ini ramai manusia terutamanya Islam merasakan dengan merendah diri seperti kepada orang-orang kafir terhadap semua perkara adalah perkara yang akan membawa kebaikkkan. Pelbagai alas an diberikan dengan menggunakan logik akal masing-masing.

Seumpamanya diMalaysia, dengan berteraskan konsep SATU MALAYSIA. Konsep ini mengenengahkan kesama rataan didalam semua aspek kehidupan. Perdana menteri tidak memberikan tahap-tahap atau perkara-perkara tertentu yang tidak boleh menjadi SATU buat semuanya, malahan konsep ini dilihat seakan menjadi lubuk buat agama lain untuk sedikit demi sedikit mengawal Negara.

Ini hanyalah sebagai satu contoh, memang perpaduan itu suatu yang indah dan dituntut, namun jika menyentuh soal agama, perpaduan PERLU DIABAIKAN DEMI KEPENTINGAN AGAMA.

Semoga kemenangan itu akan terus menjadi milik Islam yang suci dari liberalism. Semoga segala perancangan yahudi dan balaci yahudi di Malaysia ini akan hancur. Siapakah balaci tersebut?

Tuesday, June 1, 2010

Apa tindakan kita?

Assalamualaikum diucapkan kepada seluruh sidang pembaca yang budiman.
selawat dan salam buat Junjungan besar Rasullullah S.A.W. dan kepada sahabat2 R.A. keluarga baginda dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Hari ini dunia dikejutkan dengan siri penyerangan oleh laknatullah israel terhadap konvoi yang membawa bantuan yang terdiri oleh lebih 40 buah negara dari pelbagai bangsa dan agama. konvoi berkenaan didalam misi untuk memberikan bantuan kepada penduduk Palestin berikutan keengganan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mubarrak untuk membuka laluan untuk disalurkan bantuan, makanya dengan penuh kesedaran konvoi ini bertujuan sebagai jalan untuk menolong masyarat Islam diPalestin.

namun seperti yang sedia maklum konvoi berkenaan diserang israel berikutan bantuan ini akan merencatkan perancangan Zionis untuk menghancurkan Palestin secara keseluruhan. kerajaan agung impian yahudi laknatullah yang TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN sama sekali.

pelbagai respon diberikan dunia, baik negara Islam ataupun bukan Islam jelas menunjukkan fitrah manusiawi itu yang membenci keganasan. pelbagai cara dikeluarkan untuk membendung kejadian ini dari terus berlaku namun israel tetap mengendahkan.....

jadi apa yang harus umat Islam lakukan? adkah turut serta sebagai bantuan untuk pergi memerangi anak didik syaitan tersebut?mampukan kita ddengan teknologi yang serba kurang?

mungkin salah satu caranya adalah setiap manusia perlu mengkaji tentang asal usul yahudi ini, ambiklah peluang mempelajari perihal mereka dan agendda mereka dalam menakluk dunia. buka minda untuk mengenali yahudi yang sedang memerintah negara masing2 kerana hampir diseluruh dunia, pemerintahan dikawal oleh yahudi secara sedar ataupun tidak. makanya dengan kajian itu mampu menghancurkan iimpian mereka, ayuhlah semua , jangan memberi ruang yang mudah buat laknatullah ini mendirikan kerajaan angan2 mereka.

berhentilah mengharap kepada Obama yang sama sahaja umpana mereka(israel). PBB juga hanya nama didalam isu ini. perkara ini akan terus berlaku jika kesedaran umat untuk mengubah paradigma terhadap israel ini tidak berubah.


Ya Allah Ya Tuhan kami. dengan berkat yang ada pada tubuh Baginda S.A.W. dan kemuliaan yang ada pada Ibnu Abbas R.A. dan kemuliaan yang ada pada semua sahabat-sahabat R.A. kami bertawassul dengan kemuliaan amalan kerohaniaan mereka agak Engkau bantulah kami melawan musuh-Mu, bantulah kami mengangkat Agama-Mu .hancurkanlah perancangan mereka(israel). TAKBIR.........3X

Thursday, May 20, 2010

Suatu peristiwa......

Assalamualaikum diucapkan kepada semua yang sudi meneliti sejenak diruangan yang tidak menjanjikan suatu ilmu yang baru, namun insyaAllah apa yang akan dikongsi lebih kepada muhasabah kerana bagi penulis elemen muhasabah yang yang paling banyak sekali kurang diamalkan penulis didalam kehidupan hariannya. Jadinya dengan penulisan ini sekurangnya mampu memuhasabahkan penulis mengenai apay ng telah penulis perkatakan dan sedikit sebanyak proses muhasabah itu akan berlangsung secara istiqamah.


Setelah beberapa lama tidak memperharui penulisan diblog ini, syukur kerana berat kekuatan dan hidayah, penulis yang tika ini berada di perpustakaan yang sepatutnya ada “assignment’ yang perlu diselesaikan . tetapi takdir menentukan tertinggal pendrive kat bilik. Allah Maha Mengetahui semuanya.

Masa yang ada penulis mengimbas semula kematian abuya minggu lepas. Artikel-artikel berkaitan diulang baca dan tidak lupa juga akhbar hari ini yang turut menyentuh perihal pemergian tokoh berkenaan.
Secara sepintas lalu, penulis suatu ketika dahulu amat terkesima dengan Al-arqam. Personality yang unik dengan system tarbiyyah yang luar biasa malah sempat juga berdiskusi dengan beberapa ahli gerakan berkenaan, penulis melihat Al-Arqam suatu medan yang cukup unik.
Lalu pengkajiann bermula. Sedikit demi sedikit dipelajari mengenai prinsip-prinsip asal gerakan ini dan juga pendapat-pendapat ulama’-ulama’ mengenainya.

Lalu ditakdirkan, penulis berjumpa dengan sebuah buku yang statusnya diharamkan kerajaan. Buku yang menyingkap ‘rahsia al-arqam’ yang dikarang Wan ang seng. Mulanya buku ni begitu mengangkat keperibadian abuya sendiri dan keunikan al-arqam itu sendiri (tidak hairanlah statusnya haram) namun disebalik perkongsian penulis mengenai al-arqam itu, terdapat beberapa amalan dan prinsip yang begitu bercanggah dengan pegangan ASWJ didalam memahami agama kerana apa jua gerakan yang ada namun jika bertentangan dengan ASWj terutama sekali perihal akidah, perlu ditolak. Maka didalam bahagian yang sedikit didalam buku berkenaan jelas menunjukkan kekeliruan yang berlaku. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dan dipersoalkan antaranya aurad muhammadiah, majlis itu, majlis ini bani thamin, sheikh suhaimi, imam mahdi dan selainnya.

Penulis tidak bercadang untuk menghuraikan secara panjang lebar namun segala persoalan bolehlah ditanya kepada pihak yang lebih berautoriti, cukuplah sekadar bagi penulis untuk mengetahui mengapa ianya diharamkan, proses pengharaman dan sebagainya.
Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua diatas kemuliaan baginda Muhammad S.A.W dan para sahabatnya. Berkat kemulian mereka kita mengharapkan kemuliaan itu turut dirasai kita semua.wallahua’lam

Wednesday, March 10, 2010

Aku harap Ini akan menambah Cintaku kepada Mu Ya Rasulullah....

Alhamdulillah….segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Yang menghidupkan dan juga Yang mematikan. Salam serta selawat keatas junjungan besar baginda Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W. para sahabat yang diredhai Allah, serta salafus soleh yang dirahmati hidupnya.

Setelah sekian lama menyepi, Alhamdulillah diberi-Nya kekuatan untuk sedikit berinteraksi dan berwacana didalam alam maya ini. Kelapangan hati akan memberikan kelapangan gerak kerja biarpun diketika itu kerjanya bertimbun-timbun. Dalam perjalanan menuju diakhir semester 2 ini memang pengalaman pastinya berbeza dengan yang sebelumnya. Biarpun kelihatan sama namun itulah fitrah manusia, tidak ada satu hari pun yang dilaluinya adalah sama 100% daripada hari yang sebelumnya.

Kita baharu sahaja selesai melalui suatu hari lebaran, hari lebaran yang mengubah segala-galanya. Hari dimana seluruh alam gembira dan hari dimana perubahan cara hidup manusia akan kembali kepada fitrahnya. Hari kelahiran baginda yang agung disisi-Nya Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan

ke atas penghulu kami, Muhammad dan keatas keluarga

baginda dan tempatkan lah baginda di tempat yang dekat

disisi-Mu pada hari akhirat.

Kadatangan Baginda S.A.W. benar-benar adalah suatu penantian seluruh alam, diibaratkan akan datangnya seorang Raja yang agung ketempat kita. Pastinya setelah dikhabarkan akan kedatangannya, maka persiapan dan penantian it uterus bermula diketika itu juga. Hari-hari disaat mana jejaknya kaki Raja tersebut adalah suatu penantian yang ditunggu-tunggu, nah itu baharu dikatakan raja yang hendak datang. Inikan pula penghulu segala rasul dan nabi. Inikan pula seseorang yang paling mulia disisinya. Makhluk pertama yang diciptakan, pastinya sambutan itu disambut seluruh alam bukan hanya manusia malah juga elemen-elemen lain yang sewaktu dengannya. Pernah kita mendengar akan kesedihan si batu kepada Baginda S.A.W. ini jelas menunjukkan betapa kehadiran junjungan besar ini memberikan manfaat yang besar buat seantero dunia.

Namun kesedihan pula menyusur kerana timmbulnya golongan yang mengaku beriman namun didalam masa yang sama menyampaikan fikrah-fikrah yang menjauhkan umatnya dengan baginda, kata mereka baginda itu hanya manusia biasa, tidak perlulah memujinya berlebih-lebih, tidak perlulah mengagung-agungkan baginda secara melampau. Kenyataan-kenyataan jahiliah ini benar-benar meresap dan menghancurkan dakwah Islamiah, benar-enar menghancurkan wala’nya umat kepada sunnah Muhammad S.A.W. bagaimana mungkin rasa cinta untuk melakukan sunnah akan muncul jika dihalang semua kegiatan untuk lebih kenal dengan baginda.

Baginda Muhammad S.A.W. itu tetap hidup malah didalam hadis yang sahih riwayatnya sekalipun ditegaskan hal ini. Malah diketika Nabi Isa turun suatu hari nanti juga Baginda sudah merakamkan bahawa Nabi Isa akan menziarahi Beliau(Muhammad S.A.W.) ini bukti jelas bahawa betapa menziarahi makam Baginda ini benar-benar memberikan dan mendekatkan hubungan antara Rasullullah dan umatnya. Harapnya semua yang berada disekeliling kita ini dapat menjauhi golongan-golongan ini.

Tak kenal maka tidak cinta, tidak cinta jika tiada usaha, bukan dimanakan usaha jika asyik mengkafirkan orang yang ingin berusaha untuk beroleh cinta rasulullah.

Sekadar renungan dan luahan hati kerana sedih dengan kejahilan insan……….

Wednesday, February 24, 2010

Peguam Jacko peluk Islam



Mark Shaffer berjubah dan berkopiah serba putih bangga menunjukkan sijil pengesahan Islamnya.


PADA 17 Oktober tahun lalu, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi.

Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah.

Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan.

"Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat.

"Selepas bercuti selama dua hari di Riyadh, sebuah bandar yang agak moden, kami kemudiannya bertolak ke Bandar Najran untuk melawat dua kawasan iaitu Abha dan Al-Ula.

"Di situ, minat beliau terhadap Islam semakin bercambah lebih-lebih lagi apabila berada di padang pasir yang gersang dan tandus. Namun semua ini memberikan pelbagai kesan tersendiri kepada jiwa Shaffer," katanya.

Shaffer dikatakan begitu tertarik melihat gelagat tiga pemuda yang turut mengikuti rombongan itu mendirikan sembahyang di tengah-tengah padang pasir yang luas.

Suasana itu memberikan satu pemandangan yang cukup indah kepada peguam tersebut.

Selepas itu mereka ke Al Juf dan sejurus tiba di sana, Shaffer meminta Dhawi mendapatkan beberapa buah buku mengenai Islam.

Sehari suntuk Shaffer menghabiskan masa dengan hanya membaca buku-buku tersebut.

"Keesokan pagi, Shaffer terus meminta saya supaya mengajarnya bagaimana melakukan solat. Tanpa banyak masalah saya pun menerangkan cara-cara untuk mendirikan solat termasuk mengambil air sembahyang," kata Dhawi.

Tanpa disangka, Shaffer kemudiannya berdiri di sebelah Dhawi dan mereka bersama-sama mendirikan solat.

Selepas bersolat dan berdoa, Shaffer berterus terang kepada Dhawi mengenai jiwanya yang kini dirasakan cukup tenang dan damai, suatu nikmat perasaan yang tidak beliau pernah rasakan sebelum ini.

Ketika itu peguam berkenaan hanya ingin merasa sendiri kesan solat terhadap dirinya walaupun masih belum memeluk Islam secara rasmi.

Pada petang Khamis itu mereka meneruskan perjalanan ke bandar Jeddah. Sepanjang perjalanan itu Shaffer tidak putus-putus membaca buku mengenai Islam.

Apabila tiba dan menginap di sebuah hotel di Jeddah, Dhawi meminta kebenaran Shaffer untuk keluar mengerjakan solat Jumaat.

"Bolehkah saya pergi bersama-sama awak? Nanti, bolehlah saya melihat sendiri bagaimana yang dikatakan solat Jumaat itu," kata Shaffer.

"Silakan, tidak ada masalah, marilah," ajak Dhawi.

Setibanya mereka di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan, Shaffer dan Dhawi terpaksa solat di luar masjid. Mungkin kerana mereka tiba agak lewat, para jemaah telah melimpah ke luar masjid.

Menurut Dhawi, beliau melihat sendiri bagaimana Shaffer begitu asyik menyaksikan gelagat umat Islam mengerjakan solat terutama sebaik sahaja masing-masing selesai mengerjakan solat itu.

Para jemaah tanpa mengira latar belakang, miskin kaya dan sebagainya mereka semuanya saling bersalaman dan berpeluk dengan wajah yang ceria dan gembira.

Unik dan indah

Shaffer mengakui beliau begitu mengagumi pemandangan yang disifatkan begitu unik dan indah itu.

Sebaik sahaja tiba di hotel, tanpa ragu-ragu lagi Shaffer memberitahu Dhawi keinginannya memeluk Islam secara rasmi.

Dhawi tidak terkejut malah meminta supaya Shaffer membersihkan diri, iaitu mandi sunat dan kemudiannya beliau membimbing peguam itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Maka rasmilah jutawan AS itu memeluk Islam setelah mengamati dan tertarik dengan suasana serta bagaimana agama itu begitu kuat diamalkan di Arab Saudi.

Seusai memeluk Islam itu, Shaffer menyatakan hasratnya untuk mengunjungi dan beribadat di Masjidil Haram di Mekah, sebelum mengakhiri percutiannya di Arab Saudi.

Bagi memenuhi hasrat Shaffer itu, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irshad di Al Hamro Jeddah bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengislaman peguam itu.

Shaffer kemudiannya mendapat sijil sebagai dokumen rasmi yang membenarkan Shaffer untuk memasuki kota Mekah dan beribadat di Masjidil Haram.

Beliau kemudiannya diiringi Muhammad Turkistani yang bermurah hati membawa Shaffer masuk ke Tanah Suci Mekah dan bersama-sama beribadat di situ.

Sebaik sahaja Shaffer dapat memasuki Masjidil Haram di mana tersergam di hadapannya kini kaabah yang menjadi kiblat dan tumpuan ibadah umat Islam wajah Shaffer begitu gembira dan berseri-seri.

"Tidak dapat dibayangkan betapa gembira malah begitu terharu kerana sukar mempercayai bahawa Kaabah kini berada di hadapan mata," kata Shaffer kepada Dhawi.

Syukur atas nikmat Allah

Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur atas nikmat Allah kerana dapat berada di hadapan kaabah lebih-lebih lagi dalam tempoh 24 jam baru memeluk Islam.

Beliau kemudiannya mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah yang diakhiri dengan solat sunat dan doa yang panjang.

Apabila tiba masanya untuk mereka meninggalkan Masjidil Haram, dapat dilihat betapa Shaffer seperti enggan berpisah malah suasana bertukar menjadi sangat sayu.

Baru sampai sudah hendak berpisah, hati mana yang tidak sedih!

Dalam satu temuramah dengan akhbar Al Riyadh, Shaffer tidak dapat menghuraikan perasaannya kini setelah rasmi memeluk Islam tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Tetapi apa yang jelas, dapat dirasakan saya seperti dilahirkan semula dan kehidupan seolah-olah baru sahaja bermula.

"Di samping begitu gembira iaitu kegembiraan yang sukar saya terjemahkan melalui kata-kata apabila diizinkan Allah tidak sahaja dapat mengecap nikmat iman tetapi yang lebih bertuah lagi saya dapat beribadat di hadapan kaabah.

"Ini menjadikan diri saya sangat mendekati Islam dan tidak mahu berjauhan dari kaabah yang suci itu," katanya.

Namun beliau menyedari bahawa dia masih begitu dangkal mengenai Islam.

"Maka menjadi satu tanggungjawab selepas ini untuk saya terus mengkaji dan mendalami agama Allah ini dan yang pasti kembali ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dan haji," ujarnya dengan penuh azam.

Sebelum ini menurut Shaffer, beliau telah menerima pelbagai maklumat mengenai Islam namun semua itu agak terhad.

"Sehinggalah saya melawat Arab Saudi dan secara peribadi menyaksikan mengenai Islam di sana, melihat sendiri bagaimana mereka mendirikan solat semua itu menyebabkan keinginan saya untuk mengenali Islam semakin kuat.

"Ditambah apabila saya banyak membaca mengenai Islam semua itu membuatkan saya semakin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar," katanya.

Saturday, February 6, 2010

kisah sebuah percintaan penulis....

Assalmualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Agaknya sudah lama penulis tidak meperbaharu laman ini. Cukup lama sehingga ramai yang sudah tertanya-tanya, ceksu! Lame tak update blog? Hmmm barangkali sibuk tetapi itu hanyalah alasan... insyaAllah kali ini penulis tidak berhajat mengemukakan suatu isu yang panas ataupun kritikan kepada mana-mana pihak. Yang penting perkongsian ini lebih kepada kehidupan sekeliling penulis.

Terkenang penulis pada karangan yang penulis karangkan sewaktu sekolah rendah dahulu. Rasanya kita semua melalui perjalanan yang sama. Dimana karangan berkisar perihal kehidupan sebuah pensel seumpama contoh, karangan yang selalunya diakhiri dengan pensel itu telah ditinggalkan sepi, diketika itu, naluri seorang kanak-kanak amat mudah terasa, rasa sedih dan rasa tidak patut empunya pensel tersebut melakukan perkara itu kepada setelah habis menggunakannya. Tersengih mengenangkan hal tersebut.


Hari ini ,rasanya penulis akan melakukan perkara yang sama kepada benda yang banyak menolong penulis selama hampir setahun dua bulan ini, basikal penulis.......basikal yang banyak membawa penulis...setia menurut perintah penulis, dimana jua penulis hajatkan dibawanya penulis, basikal yang telah berperanan sebagai ‘sukan’ buat penulis yang malas bersenam huhuhu....


Teringat mula-mula penulis berkenalan dengannya... dari OTK kami bersua. Hatiku terusik untuk bercinta dengannya. Reka bentuk yang cantik....cukup lembut bersama penulis...perjalanan pertama kami dari OTK sampailah ke kampus UIA. Penat jugak perjalanan itu.namun itulah yang indah....


Banyak perkara berlaku antara kamu bersama, pelbagai konflik berlaku, namun dia tetap tidak membalas debatan penulis. Dia hanya membisu. Tomahan dituju, tiada balasan darinya, dia tidak pernah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak penulis.biarpun ditengah panas dan ditengah hujan, biarpun ditinggalkan berhari-hari dalam keadaan yang sama. Namun dia tetap setia menanti penulis membawanya. Dapat dirasakan dia gembira akan kehadiranku membawanya kesana dan kemari biarpun setelah lama menunggu, hanya tomahan yang diterima, tetapi tetap dia setia. Itulah sifat dia pada penulis. Sayang betul dia pada penulis.


Hari ini penulis sudah punya peganti lain yang lebih berperanan darinya. Sedih mula menyelubungi diri. Apa yang harus dilakukan. Yang pasti dia sedang menunggu penulis menunggangnya semula....ya Allah selamatkanlah hati penulis, tetapkanlah hati penulis kepadanya biarpun yang datang punya berjuta kelebihan....Aminnnnnn

Wednesday, January 6, 2010

Program Thailand......sebuah kepiluan....





Dengan nama-Mu yang telah menciptakan kami semua, kami yang hina dan tidak berdaya hanya mampu berdoa agar kami senantiasa mendapat petunjuk-Mu dan hidayah-Mu. Ya tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa sanak saudara kami dan dosa-dosa umat islam seantero dunia.

Alhamdulillah pertama sekali syukur penulis lafazkan supaya apa-apa jua yang akan penulis perkatakan selepas ini mendapat redha Ilahi dan semoga dengan perkongsian ini akan menyentuh hati-hati yang membacanya, akan menyedarkan jiwa-jiwa yang sedang tidur agar bangkit melakukan perubahan.
Minggu yang lepas penulis beserta lima orang sahabat-sahabat berkesempatan mengikuti suatu misi ke selatan Thailand. Program yang akan merangkumi golongan mad’u yang kehilangan tempat bergantung akan menjadi sasaran. pada kerangka awal program, penulis cuba untuk menyesuaikan diri memandangkan tempat yang akan dituju merupakan tempat yang cukup terkenal dengan tragedi Taba. Tragedi yang meragut nyawa umat islam dalam jumlah yang ramai.
24/12/09, 7.00 malam
Berkumpul di Pusat untuk taklimat akhir sebelum berangkat ke hentian bas Greenwood. Checklist dibuat, barang-barang diperiksa, barang-barang untuk tujuan derma di’pack’kan. Selesai taklimat, bersalaman dengan bapak presiden.
9.00 malam
Menaiki bas menuju ke pengkalan Kubor, kelantan. Perjalanan yang agak lama malah kami merupakan penumpang yang terakhir sekali turun dari bas memandangkan Pengkalan Kubor terletak dipintu sempadan Thailand-Malaysia.
5.00 pagi
Tiba dimasjid Pengkalan Kubor, alhamdulillah sempat melakukan pembersihan hati sebelum melakukan usaha membersihkan hati-hati yang lebih suci dari kami berenam.
Selesai bersarapan rohani dan jasmani. Kami dijemput Al-fadhil ustaz Nawawi untuk dibawa ke sempadan dan menuju ke tempat program. Taba dengan sempadan Malaysia tidak jauh malah hanya dipisahkan dengan sungai sahaja. Ini secara tidak langsung menjimatkan masa kami kerana penulis menduga perjalanan ke Taba akan mengambil masa yang agak lama.
Jumaat
Untuk hari pertama ini ,kami lebih merangka dan membincangkan secara terperinci memandangkan terdapat beberapa perubahan. Anak-anak yatim yang terlibat akan mula hadir esoknya jadi jumaat ini digunakan kami untuk melawat tempat-tempat sekitar Taba dan turut tidak terlupa tempat dimana terjadinya pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Thailand lima tahun dahulu. Menurut Ustaz Nawawi, jumlah yang dibunuh sewaktu peristiwa itu lebih dari apa yang dikhabarkan di media massa. Beribu-ribu dibunuh dengan kejam. Peristiwa yang berlaku disebabkan ketidakpuasan hati masyarakat Islam terhadap penahanan sebuah keluarga oleh kerajaan Thailand dikenal pasti antara punca tragedi pilu ini meletus.kehadiran umat islam yang ramai ketika itu sebenarnya adalah disebabkan berlakunya salah faham terhadap informasi yang diberikan, ada yang berkumpul disebabkan penahanan keluarga tersebut, ada yang datang berikutan ada informasi akan diadakan ceramah memandangkan hati kejadian adalah bertarikh 27 ramadhan. Perbagai informasi ini telah menghasilkan kehadiran yang cukup ramai. Pemberontakan berlaku apabila bunyi tembakan dilepaskan polis kerajaan, namun kerajaan menuduh tembakan tersebut dari pihak kaum muslimin yang berkumpul. Sebelum pembunuhan bermula, kerajaan telah mengarahkan ramai tentera-tentera untuk mengepung kawasan dimana umat islam berkumpul dengan tujuan untuk memastikan tiada yang terlepas. Kedudukan tempat yang berhampiran dengan sungai muara turut tidak terlepas pandang oleh kerajaan untuk memastikan pembunuhan berlaku secara menyeluruh. Disekeliling sungai tersebut ditempatkan beratus tentera dengan tujuan yang sama, namun penulis beranggapan tindakan ini lebih kejam kerana sewaktu kerajaan mula menyerang dan membunuh, ramai orang islam mengambil tindakan untuk terjun kedalam sungai dengan tujuan untuk menyelamatkan diri. Namun tentera yang ditempatkan disekitar sungai ini telah menembak semua yang terjun kedalam sungai tersebut dan ini menyebabkan ribuan mayat terdampar didalam sungai. Inilah kekejaman JIRAN KITA. Sayu penulis mendengar cerita daripada Ustaz Nawawi, kalaulah penulis punya kekuatan untuk menjatuhkan kerajaan Thailand..... untuk melihat sendiri bagaimana kekejaman laknatullah ini , pembaca semua boleh melayari laman sesawang ‘youtube’ pada carian ‘tragedi taba’ disitu pembaca akan dipaparkan secara terus kekejaman kerajaan Thailand.
Namun disebalik kepiluan tragedi TABA. Ada kisah yang jelas menunjukkan kejahilan kita rakyat MALAYSIA. Disepanjang perjalanan, ustaz nawawi memperkenalkan kami sebuah hotel. Wahhh cukup besar hotelnya, cantik binaannya. Manurut ustaz Nawawi, hotel berkenaan dikhususkan kepada rakyat MALAYSIA yang datang melanggan pelacur. Pelacur diambil disuatu tempat lalu dibawa kehotel tersebut untuk tujuan-tujuan yang DIHALALKAN kerajaan thailand. Kelakar bukan?
Jumaat malam
Pada sessi malamnya, kami lebihkan dengan bermesra dengan penduduk kampung, kami dikenalkan dengan beberapa ahli yang sama-sama menjayakan program ini. Sebagai pengenalan, program yang akan kami jalankan ini merupakan program yang pertama yang dijalankan oleh PKPIM yang melibatkan kerjasama dengan Thailand. Program ini juga adalah yang pertama dibuat oleh AYATA(anak yatim Taba).
Suasana malam di Taba agak muram mana tidaknya, selepas trafgedi Taba diusulkan bahawa selepas jam 9.00 malam(10.00 malam waktu Malaysia) kebanyakkan kedai-kedai telah ditutup atau lebih mudah dibahasakan sebagai perintah berkurung. Akan ada tentera-tentera yang akan berjalan disetiap kampung untuk mengawal, lengkap bersenjata. Mulanya gerun melihat tetapi biarkan sahaja, kami bersama orang-orang kampung keluar sehinggalah jam 12.00 kalau tidak silap. Secara peribadi penulis merasakan kegembiraan biarpun tentera berada disekeliling.
Sabtu, 8.00 pg
Anak-anak yatim mula hadir mendaftarkan diri. Dengan kehadiran anak-anak seramai 30 orang cukup menenangkan hati.
Program dirasmikan dengan kehadiran ustaz-ustaz yang turut sama berganding bahu disebalik AYATA.
Turut hadir wakil GPM(global peace Malaysia).
Aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dilaksanakan. Melakukan perkongsian ilmu kerana penulis melihat anak-anak ini biarpun masih kecil namun ilmunya cukup untuk membuatkan penulis merasa rendah diri. Rasanya penulis yang sedang diprogramkan. Namun itulah lumrah berprogram, melaksanakan sesuatu latihan terhadap orang lain tidak bermaksud jurulatih tersebut tidak melalui proses latihan, ini kerana seseorang itu akan melalui suasana yang berbeza dan akan berhadapan dengan golongan sasaran yang berbeza, ada yang lebih hebat ilmunya, ada yang merasakan hebat akan ilmunya. Pokoknya tidak satu pun suasana yang dihadapai akan dirasakan sama.
Majlis penutupan dihadiri oleh kaum ibu-ibu, ramai sekali yang turun jelas menunjukkan kecenderungan dan titik berat terhadap anak-anak diambil kira.
Bermulalah sessi muhasabah. Suasana pilu menyelubungi dewan. Dengan alunan lagu instrumental dimainkan penulis, teresak-esak terdengar rintihan dan air mata mula berlinang disetiap anak-anak yang ada mana tidaknya, ibunya hanya berada disebelah. Ada anak-anak yang malu-malu dihadapan ibunya. Namun suasana makin mencapai klimaks apabila ustaz Nawawi memainkan peranan. Dipanggilnya ibu-ibu untuk bercakap dihadapan menyatakan harapan, b ersaksikan tanah perkuburan yang hanay disebelah dewan, perkuburan yang menempatkan jasad-jasad ayah mereka yang syahid dimedan kekejaman pemerintah kejam.

Sejurus itu, dipanggil pula anak-anak yatim menyatakan hasrat dan janji. Suasana bertambah pilu dengan ucapan ikhlas anak-anak yatim, berkata-kata..... terkadang terhenti percakapan akibat sedihnya ucapan. Ramai yang sebelum ini egois untuk mengeluarkan air mata mula menipiskan egonya. Masing-masing berada didunia masing-masing. Mengenangkan peristiwa sedih dalam setiap helaian kehidupan mereka....tragedi TABA, tragedi pembunuhan dimasjid dan banyak lagi peristiwa-peristwa.
Ternyata mereka amat hebat ilmunya, tidak hairanlah Allah menguji mereka sebegitu. Malaysia mungkin selepas ini? Mungkin? Kalau itu akan menyedarkan rakyat Malaysia apa salahnya......
Rasanya cukup sekadar ini. Untuk merasai sendiri suasana disana eloklah dikunjungi sendiri....insyaAllah.... kesimpulannya pembaca simpulkanlah dan kongsikan lah dengan pembaca yang lain....semoga umat Islam diberi kemenangan.....


berbincang sejurus tiba dari pengkalan Kubor....


hotel yang khusus untuk orang malaysia untuk berZINA....

hadapan pejabat kerajaan dimana orang islam diarahkan untuk meniarap...


jambatan dimana tentera berkumpul dan melepaskan tembakan kearah orang islam yang terjun kedalam sungai...


tempat dimana kebanyakkan orang islam terjun kedalam sungai namun ditembak rambang oleh tentera laknatullah...