Pages

Sunday, December 19, 2010

semoga bermanfaat............

Pertama dan selamanya marilah kita mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran diatas nikmat yang telah Allah kurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah (S.A.W.) pemilik cahaya kebenaran, penyebab kenikmatan iman, pembawa kerahmatan sekalian alam, pensyafaat dikala memerlukan. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat baginda dan sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekaliannya

Alhamdulilah setelah berabad penulis mengasingkan diri dari penulisan dan didalam jangka masa yang lama itu jugalah pelbagai pengalaman dan kenikmatan penulis rasakan dan lalui yang sebenarnya terlalu banyak untuk penulis ukirkan disini. Benarlah kata-kata yang mengatakan bahawa ilmu penulisan itu bukanlah suatu yang mudah malah penulis sendiri merasakan kesulitan didalam usaha penulis mengeluarkan satu-satu risalah biarpun didalam laman penulsi sendiri.

Namun insyaAllah semoga keikhlasan yang ada ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada pembaca yang jauh lebih berilmu dan pakar didalam ilmu penulisan ini. Malah penulis sendiri mengharapkan sekiranya ada kesulitan didalam memahami makna sebenar penulisan penulis supaya memaklumkan kepada penulis.

Kekaguman penuls kepada tokoh-tokoh penulisan tanah air amat penulis cemburui, indikatur mudah yang menerpa kedalam fikiran penulis apabila berbicara dengan mereka adalah betapa banyaknya buku yang dibaca dan betapa istiqamahnya mereka didalam membaca kerana mustahil bagi seseorang itu untuk mengeluarkan ide-ide bernas melainkan setelah mana mereka meneliti pelbagai ilmu dan melihat dari pelbagai sudut permasalahan.

Baiklah secara kasarnya penulis berkenan untuk berkongsikan mengenai beberapa perkara yang wajar kita jadikan sebagai salah satu daripada agenda utama kehidupan. Sebenarnya terdapat tiga perkara namaun eloklah bagi penulsi untuk berkongsikan satu persatu untuk melebihkan kepada huraian supaya apa yang ingin disampaikan penulis sedikit sebanyak menyentuh hati pembaca insyaAllah.

Tiga perkara yang ingin penulsi nyatakan ini merupakan amalan tambahan yang begitu penting terutamanya bagi orang yang bergelar ‘salikin’ yakni orang yang berjalan menuju kepada Allah. Ini merupakan pesanan yang penulis dapat dari seorang sahabat penulis yang ketika itu mengalami sakaratul maut. Beliau berpesan sekiranya penulis menginggalkan ketiga-tiga perkara ini, maka hidup akan tiada ertinya, sejurus selesai berpesan beliau menghembuskan nyawanya. Perkara ini terjadi didalam alam yang penulis tidak dapat jelaskan.

Perkara pertama yang perlu ada adalah mendampingi guru/orang alim/ilmuan. Apabila diteliti dan difahami, kebiasaanya kita mampu untuk melihat maksud ataupun tujuan perkara ini dijelaskan. Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum mendampingi guru adalah bagaimana untuk mengetahui bahawa inilah orang yang wajar aku dekati atau dampingi? Seperti sedia maklum, iman manusia ini terkadang naik terkadang turun. Terkadang hati manusai ini berpaling dari Allah dan terkadang kuat mengingati Allah, terkadang jalur kehidupan manusia terikat dengan nafsu dan terkadang terikat utuh bersama nafsu dan syaitan. Makanya seorang guru yang baik dan sesusai adalah yang mana antara cirinya adlah apabila berjumpanya kita dengan mereka, ataupun apabila dengarnya kita kepada kuliahnya, beliau berkamampuna untuk memalingkan semula hati yang leka kepad yang Utama. Seorang guru yang baik adalah apabila nak muridnya yang juga boleh dinaggap pesakitnya dating didalm keadaan ‘sakit’ maka sebelum pulangnya murid tersebut ‘kesakitan’ itu sediki sebanyak terubat. Maka sekiranya ada diantara kita merasakan sedemikian kepada seseorang guru/alim ataupun ulama’ maka wajarlah untuk dia melazimi bersama guru tersebut.

Guru ibarat tunjang kepada segala benda, guru ibarat pemilik hati, dan sebagai seorang yang berjalan dijalan Allah harus meletakkan dirinya dibawah guru tersebut, sekiranya perkara yang diterangkan tidak difahami, kita tidak wajar untuk mengatakan kesilapan itu berpunca daripada guru tersebut kerana adab seorang penuntut itu sewajarnya mengatakan akan kejahilan dirinya kerana tiada keupayaan memahami ilmu seumpama guru tersebut memahaminya akibat banayknya dosa yang dilakukan. Seorang murid yang baik harus meyakini bahawa gurunya berkeupayaan mendalami dilubuk hatinya biarpun kita tidka menyatakan akan malasah tersebut, dengan sifat murid tersebut akan lebih menghormati dan adalah menjadi suatu kebiadapan bagi penuntut ilmu untuk berlawan mata dengan gurunya, seharusnya murid harus menjadi orang yang pertama mengalihkan pandangan sekiranya matanya bertentangan dengan guru tersebut. Inilah tradisi yang diwarisi turun temurun dan kita mampu melihat kehebatang generasi silam didalam keilmuan mereka kerana ilmu yang dituntut adalah hadir bersama nya keberkatan dan keredhaan gurunya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat semua terutamanya penulis sendiri insya Allah........