Pages

Saturday, May 30, 2009

simpulan hariku.........

Assalamualaikum kepada sekalian sahabat sekalian, Alhamdulillah hari ini penulis ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi diatas kurniaan nikmat yang masih diberikan walaupun penulis banyak dan acap kali melanggar perintah Nya. Jelaslah penulis masih mempunyai peluang untuk melakukan ibadah-ibadah yang InsyaAllah mampu menyelamatkan penulis dari siksaan api neraka insyaAllah.

Pada tika ini, penulis berkesempatan untuk mengukir sedikit didalam menjalani ruangan kehidupan yang begitu sibuk sehinggakan pelbagai aktiviti yang sebelum ini dilakukan terpaksa penulis tangguhkan, namun sudah menjadi lumrah kehidupan, sudah menjadi sunnahtulllah didalam kehidupan sesuatu musibah akan ada penghujungnya dan Alhamdulillah setakat ini musibah itu telah ditarik sebentar Ilahi dan akan turun semula dimasa yang akan datang.


Untuk kali ini penulis lebih kepada mahu berkongsi serba sedikit apa yang dapat penulis simpulkan disepanjang sem 3 yang penulis lalui. Kehidupan yang benar-benar memberikan penulis hentakan dan barangkali amaran bahawa semua yang dilakukan perlu kepada ‘balancing’ yang tertentu.


Bermula dengan pemilihan yang agak berat kiranya apabila dipilih sebagai program manager untuk subjek multidip(budak kaed tau la) memang mencabar, namun barangkali undi tidak percaya lalu Alhamdulillah tanggungjawab tersebut dipikul oleh orang lain selepas beberapa perbincangan. Mulanya rasa semangat mula membara namun mungkin ada hikmah yang tertulis diatas sana. Didalam jangka waktu ini jugak penulis bertemu dengan keluarga baru, sebuah persatuan yang mana memberikan penulis pengalaman baru dalam bidang yang sedia penulis ceburi, bidang dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. insyaAllah…..

Jangka masa ini juga turut memberikan penulis lebih keyakinan terhadap pertolongan yang dijanjikan-Nya. Janji yang menyatakan akan bantuan terhadap insan yang menolong agama-Nya. Minggu-minggu yang berlalu senantiasa diisi dengan program yang sampai mengabaikan amanah penulis didalam subjek tersebut, sehinggalah saat terakhir penulis berasa benar-benar bersalah dengan sahabat se’office’. Dan diwaktu yang singkat itu penulis mencuba untuk memberikan sepenuh tumpuan yang jitu terhadap subjek dan Alhamdulillah penulis amat merasakan kepuasan yang mungkin penulis sahaja yang dapat merasakan. Syukur diucapkan.

Dalam jangka masa 3 bulan ini juga, penulsi berpeluang menceburi bidang yang baru yang betul-betul berlainan dengan sifat sebenar penulis, Alhamdulillah, bidang yang penulis idamkan kiranya. Terima kasih kepada yang berkaitan. Namun didalam banyak-banyak benda yang berlaku ada suatu hal yang membuatkan penulis tertawa sendiri apabila memikirkan semula. Kejahilan yang lampau datang mengimbau semula, kejahilan dalam mengawal nafsu bercinta dalam bahasa mudah, namun itu semua zaman lampau dan beliau pun dilihat sudah matang didalam memikirkan hal tersebut. Alhamdulillah kerana perhubungan itu telah tiada, hubungan yang tiada restu Ilahi, semoga penulis senantiasa dijauhi bencana ini. Biarlah yang akan datang hanya satu dan yang utama.


Untuk ringkasan, perjalan penulis pulang ke tanah tumpah darah memang meletihkan, dan alhamdulilllah penulis sempat bertemu dengan sahabat baru dari Pattani, beliau merupakan Abang Abdul rahman seorang tukang masak tomyam berhampiran UITM di Sungai Petani, personaliti yang sederhana, berkopiah, berkain pelikat menampakkan beliau merupakan seorang yang bukan calang-calang, belajar dipondok Yala, minat kepada Agama dan bermacam-macam lagi, beliau yang ingin berlepas ke Padang Besar untuk pulang ke Pattani berjumpa sanak saudara dan isteri datang bertanyakan hal surau, waktu itu gerabak keretapi berkenaan tiada menyediakan surau seperti biasa, maka bermulalah bicara kami. Masuk sahaja subuh kami mencari mana-mana ruang kosong untuk berdiri yang mampu untuk kami berjamaah sekali, Alhamdulillah ada tempatnya, ruang kelas kedua yang kosong dijadikan medan. Penulis terharu dan bersyukur diatas bantuan yang Allah berikan melalui beliau, jika diikutkan penulis mahu sahaja bersolat diatas kusyen tu.

Sejurus selepas solat beliau yang minat kepada sejarah dan pendidikkan mula berbicara, rupa-rupanya beliau pernah mengajar dipondok berkenaan, wah syukur diatas kunjungan hamba Allah ini, banyak isu yang dibincangkan, tentang pendidikan di Siam dan sebagainya sehinggalah kepada kerajaan perpaduan, bermacam-macam lagi, satu pepatah yang menarik beliau ungkapkan yang penulis suka untuk kongsikan adal h permasalahan yang banyak berlaku didalam masyarakat kita, kita acap kali mendengar ‘aku tidak minat politik ni’ aku tidak suka politik’ politik-politik ni aku malas la’ ini antara ungkapan yang biasa didengari, lalu beliau menjawab ‘kalau kita tidak main politik, politik akan main kita’ mudah tetapi dalam maknanya, namun masa terlalu cepat penulis terpaksa turun dan Alhamdulillah diatas peringatan yang Dikau berikan….


Kalau dahulu sewaktu penulis pulang tika cuti yang lampau, penulsi berjumpa pula dengan seorang ahli gerakkan Al-Arqam. Ini juga menarik kerana beliau turut mendedahkan akan apa itu Al-Arqam sebenarnya. Menarik dan begitu indah didengari, memang penulis amat mengagumi kehebatan gerakkan ini, semoga hidayah Allah akan menyentuh mereka-mereka ini agar kembali kepada akidah yang sebenarnya…..innsyaAllah

Kesimpulannya, hari-hari yang penulis lalui memberikan penulis pengalaman baru, kerana saban hari penulis melalui perkara baru, walaupun perkara itu selalu dilakukan tetapi persoalannya bagaimana kita melihat sesuatu itu, bagaimana kita meletakkan hati didalam melalui kehidupan tersebut…..

Semoga hari-hari yang akan datang memberikan penulis cabaran baru yang akan memberikan manfaat kepada akidah penulis, agama penulis, keredhaan Allah terhadap penulis dan hal-hal yang berkaitan insyaAllah………..

Monday, May 25, 2009

yang dikatakan pemimpin......

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melampiaskan buat sementara waktu pada laman penulis yang bukanlah satu laman yang sempurna, syukur jugak penulis panjatkan diatas nikmat kurniaan Ilahi terhadap penulis, nikmat yang diberi dan tak minta dibalas yang jika diminta dibalas pun tidak mungkin dapat dibalas kerana apa jua yang kita lakukan adalah kerana nikmat-NYA.


Hari ini penulis duduk untuk memikirkkan apa yang berlaku, banyak benda yang berlaku yang perlu difikirkan dan diselami untuk menilai apa hikmah yang berlaku, kerana sudah menjadi lumrah apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah jiwa pemimpin yang perlu digarap dan wajar dimiliki, dalam menjadi pemimpin, penulis perlu untuk merelakan diri ‘dipergunakan’ oleh orang bawahan kerana itulah sebenarnya pemimpin, pemimpin adalah untuk berkhidmat bukan dikhidmat.


Jika dilihat peringkat pemimpin, ada beberapa ‘level yang perlu dilepasi dan dilalui. Namum penulis ingin menggariskan bahawa siapakah pemimpin yang paling lemah? Pemimpin yang paling lemah adalah pemimpin yang menggunakan jawatan sebagai sebab untuk memimpin, senang bicara tanpa jawatan beliau tidak akan memimpin, adakah kita begitu?

Kepimpinan lazimnya mempunyai 5 peringkat:










Mula sekali kepimpinan akan bermula dari ‘position’, pada peringkat ini pemimpin akan memimpin berdasarkan jawatan yang diberi dan pengikut tiada pilihan untuk tdak mengikut, namun jika kewibawaan pemimpin tersebut diasah dan digarap, pengikut akan merasakan pemimpin ini berupaya untuk memimpin, maka mereka akan memberikan ‘permission’ untuk dipimpin.

Disini mungkin pemgikut akan membenarkan pemimpin untuk melaksanakan lebih daripada ruang kerja pemimpin itu sendiri sebagai cara untuk menaikkan prestasi organisasi ataupun syarikat supaya lebih maju, maka disini terjadinya peringkat ‘production’.
Dalam suasana ini pengikut mungkin akan selesa untuk bekerjasama dengan pemimpin, namun peringkat ini, kehilangan pemimpin seperti ini tidaklah begitu dirasai, hilangnya cepat sahaja dicari ganti, inilah nasib yang diterima oleh ADUN-ADUN yang mana kubur masih merah, rakyat berpesta mencari penganti.
Namun jika pengikut sudah mula merasakan kehangatan ukhuwah antara pemimpin, pelbagai nasihat diberikan yangm mana memberikan impak yang berkesan kepada pengikut maka pada tahap ini dipanggil ‘people development’ pemimpin pada tahap ini akan membantu pengikutnya untuk membangunkan potensi diri dalam segala aspek yang dirasakan perlu.

Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin ‘personhood’. Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.

Kesimpulanya, untuk menjadi pemimpin tidak seharusnya kita berada ditahap yang sama setiap masa, seorang pemimpin perlu untuk pastikan jiwanya senantiasa menerima perkara baru, seorang pemimpin perlu untuk melakukan pembangunan jiwa sebagai memberikan contoh teladan ikutan pemimpin, setiap pemimpin perlu untuk senantiasa meningkatkan prestasi diri, perlunya untuk berjiwa besar, perlunya kepada perancangan yang teliti, semoga semua diantara kita, ahli keluarga kita dan orang-orang yang sekeliling kita akan menjadi pemimin yang dikatakan sebagai ‘personhood’……….

Tuesday, May 19, 2009

Program dan program.....

Assalamualaikum kepada semua pembaca.permulaan hari yang indah tidak bererti hari tersebut akan berakhir dengan indah, kehidupan yang dihiasi dengan perkara-perkara yang baik tidak jugak terkecuali termasuk dalam kategori ini, dalam nak maraih syurga ILAHI, kita semua perlu berusaha untuk memastikan kesudahan yang baik menunggu kita tika sakaratul maut nanti, mungkin sakaratul maut itu sebentar lagi, ataupun mungkin ada yang sedang merasai, dan tika inilah musuh-musuh kita yang nyata akan memastikan kita untuk kufur, musuh ini akan menggunakan segala cara yang ada untuk merealisasikan hasrat musuh ini yang kita sedia maklum.


Untuk memastikan kesudahan yang baik itu, manusia perlu untuk memperbanyakkan amalan dan selalu berdoa agar kesudahan yang baik itu menjadi takdir bagi kita, menjadi takdir yang telah tetap. AMIN…….


Alhamdulillah pada minggu yang lepas penulis berkesempatan untuk turun ke sebuah sekolah untuk menyalurkan sedikit bantuan, program anjuran KARISMA club ini memang memberikan penulis suatu pengalaman baru dan pendedahan baru, jika sebelum ini penullis banyak berprogram yang berkisar di sekolah yang biasa namun kali ini berbeda kerana sudah menjadi sasaran kelab ini untuk turun disekolah-sekolah yang bermasaalah.


Berperanan sebagai pengarah memang ada indahnya dan ada kurangnya, berkat pertolongan dari sahabat-sahabat seperjuangan memang memudahkan penulis, namun apa yang penulis sedih adalah apabila datangnya sessi muhasabah, kenape?


Pada peringkat awalnya kami merancang untuk menggunakan modul yang berkaitan sakaratul maut, kiranya akan ade adegan lakonan mayat disiksa, namun pada malam yang sama juga waris turut datang kerna bagi mereka sessi muhasabah paling dirisaukan,kenapa?fikirkan lah…


Setelah semua kelengkapan dilakukan, mayat pun dah dibungkus, guru datang dan menasihati kami untuk tidak melakukan adegan lakonan tersebut, sedih bercampur kecewa, mengapa kebenaran perlu disembunyikan dengan beralasankan kononya tidak mahu peserta-peserta takut, sedangkan dimedia massa betapa banyak cerita hantu bersiaran, itu tidak pulak dilawan supaya dihentikan penyiaranya.


Kami terima nasihat dan terus ke plan B, maknanya penulislah perlu untuk ‘recall’ sejuk kerana sebelum itu ‘camp comander’ dah marah peserta-peserta, maka bermulalah dilemma dalam diri, berputar-putar penulis diruang legar sekolah mencari ilham dan semangat memandangkan inilah kali pertama sessi ini penulis akan terlibat.


Takut untuk menasihati kerana takut diri tidak ternasihat, sedih untuk menegur kerana diri masih punya untuk ditegur, gementar takut kata-kata hanya tinggal kata-kata, menangis kerna takut diri dibenci.


Sejurus masa yang dinanti tiba, pintu dibuka menantikan penulis untuk pergi memulakan bicara, masuk je pintu ditutup, keadaan gelap didalam dewan, hanya diterangi lampu dibahagian penulis, kelihatan kelibat peserta-peserta yang sedang teresak-esak akibat dimarahi, setelah sekian lama proses berakhir…. Dan Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang, penulis mencorotkan diri sejenak untuk memuhasabahkan diri, sedih kerana ada kata-kata yang penulis sendiri belum terlaksana, dah hampir jam 12 tgh malam… penulis gagahkan diri menghubungi keluarga dirumah, ternyata tiada jawapan, tidur barangkali, namun dah menjadi lumrah, abah menghubungi semula dan ternyata mereka masih belum tidur, yang sedihnya abah kena demam chikunya, sedih2, dua minggu dah kena tapi tak bagitau, sian abah, abah cite nak solat pun susah, sakit sangat, nak jalan semua susah,kaki rasa kebas, keja pun xdapat, abg pun kena gak, nape tak bagitau awal2.



Sedih malam tu. Tapi penulis cuba untuk mengawal tika bercakap dengan abah, takut nanti dia risau pulak, semoga Allah menyebuhkan mereka-mereka secapat mungkin, Amin……..

Monday, May 11, 2009

Laknat Allah ke atas Abu Lahab

ABU Lahab ialah bapa saudara kepada Nabi Muhammad, adik-beradik bapa baginda, iaitu Abdullah. Nama Abu Lahab yang sebenar ialah Abdul Uzza.

Uzza adalah nama sebuah berhala yang disembah oleh orang-orang kafir Quraisy. Ia merupakan berhala yang masyhur di Mekah.

Nama isteri Abu Lahab ialah Arwa. Dia digelar Ummu Jamil yang bermaksud ibu daripada kecantikan. Isteri Abu Lahab juga membenci Rasulullah. Dia selalu mencerca dan menghina Rasulullah. Dia juga pernah meletakkan duri di atas jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah.

Hubungan Rasulullah dengan Abu Lahab, sebelum kedatangan Islam amat baik seperti bapa saudaranya yang lain. Ketika Rasulullah lahir, Abu Lahab gembira kerana anak saudaranya itu bagaikan pengganti adiknya, Abdullah yang telah meninggal dunia.

Pada suatu hari, selepas Rasulullah diangkat menjadi Nabi, baginda naik ke Bukit Safa. Baginda menyeru semua kaum kerabatnya berkumpul. Maka berkumpullah mereka semua. Jika ada yang tidak dapat datang, mereka akan menghantarkan wakil. Semua orang mendiamkan diri untuk mendengar perkara penting yang bakal dikatakan Rasulullah.

"Adakah kalian akan percaya jika aku katakan bahawa musuh akan datang menyerang kita pada esok hari?" tanya Rasulullah pada mereka.

"Pasti kami percaya. Engkau tidak pernah sekalipun bercakap bohong," jawab mereka.

Lalu Rasulullah bersabda, "Aku memberi peringatan kepada kamu semua. Seksaan Allah yang dahsyat akan datang".

Orang ramai terdiam memikirkan kata-kata Rasulullah itu. Sepanjang yang dikenali mereka, Rasulullah tidak pernah sekalipun berkata sesuatu yang sia-sia, apatah lagi untuk bercakap bohong.

Tiba-tiba Abu Lahab menjawab, "Celaka engkau! Apakah hanya untuk itu engkau kumpulkan kami?"

Maka bermula dari hari itulah Abu Lahab menjadi musuh Rasulullah yang paling utama. Dia tanpa segan silu melemparkan fitnah kepada Rasulullah. Apabila baginda keluar berdakwah, dia akan mengekori dan mengatakan Rasulullah berdusta. Rasulullah juga dituduh sebagai seorang yang gila.

Lantaran itu, Allah menurunkan ayat al-Quran di atas yang mengatakan dia akan dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat kelak.

namun ada jugak segelintir umat islam yang menyatakan sesuatu yang berbeza dalam memberikan pandangan terhadap musuh agama ini, ada yang menyatakan abu lahab ini mempunyai iman yang lebih dari umat islam sekarang dan pelbagai lagi spekulasi, tidak kurang juga ada yang mendakwa firaun turut bertauhidkan Allah, golongan-golongan sebegini merupakan golongan yang bertujuan memecah-belahkan umat islam.

semoga kita semua terhindar dari golongan yang berkaitan......

Thursday, May 7, 2009

Berita menyayat hati....



TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.-utusan online-

Ya Allah semoga Kau memberikan rasa keinsafan buat si peragut, jangalah Dikau mematikannya sebelum sempat untuk dia bertaubat, yaAllah semoga Kami semua terhindar dari ujian sebegini...

Sunday, May 3, 2009

Fathul.......................

Assalamualaikum kepada semua……..Alhamdulillah sudah lama kiranya penulis tidak mengukir didalam ruangan ini dan sebagaimana sebelum ini penulis ingin panjatkan setinggi kesyukuran diatas nikmat karunia yang diberikan Sang Pencipta diatas kekuatan yang dihulurkan.

Setelah hampir 2 bulan dan kini penulis menjejak kaki semua kedalam UIA untuk menyambung proes pembelajaran yang tertangguh disebabkan cuti yang telah berlalu, dari segi pengisian semasa cuti, penulis lebih kepada mengikuti program-program yang dijalankan, bermula dari 20/4 sampai la 3/5. Dan Alhamdulillah jugak kerana berkat keikhlasan sahabat-sahabat dalam menjalankan program. Penulis mendapat banyak ilmu-ilmu baru yang insyaAllah boleh penulis amalkan kelak.


Bermulanya sem pendek ini jugak member makna bermulanya proses pengamalan segala ilmu yang diberi dan segala ilmu yang diperkatakan dalam bentuk perbuatan. Klua sebelum ini hanya berkisar kepada teori semata-mata. Namun kali ini Allah ingin melihat pula perlaksanaannya, adakah penulis bersedia? insyaAllah Dia telah memberikan sesuatu itu bersesuaian dengan kekuatan yang ada pada hamba-Nya.
Semoga kehadiran penulis dalam keluarga besar ini diterima dengan senang hati insyaAllah….