Pages

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Aku harap Ini akan menambah Cintaku kepada Mu Ya Rasulullah....

Alhamdulillah….segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Yang menghidupkan dan juga Yang mematikan. Salam serta selawat keatas junjungan besar baginda Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W. para sahabat yang diredhai Allah, serta salafus soleh yang dirahmati hidupnya.

Setelah sekian lama menyepi, Alhamdulillah diberi-Nya kekuatan untuk sedikit berinteraksi dan berwacana didalam alam maya ini. Kelapangan hati akan memberikan kelapangan gerak kerja biarpun diketika itu kerjanya bertimbun-timbun. Dalam perjalanan menuju diakhir semester 2 ini memang pengalaman pastinya berbeza dengan yang sebelumnya. Biarpun kelihatan sama namun itulah fitrah manusia, tidak ada satu hari pun yang dilaluinya adalah sama 100% daripada hari yang sebelumnya.

Kita baharu sahaja selesai melalui suatu hari lebaran, hari lebaran yang mengubah segala-galanya. Hari dimana seluruh alam gembira dan hari dimana perubahan cara hidup manusia akan kembali kepada fitrahnya. Hari kelahiran baginda yang agung disisi-Nya Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan

ke atas penghulu kami, Muhammad dan keatas keluarga

baginda dan tempatkan lah baginda di tempat yang dekat

disisi-Mu pada hari akhirat.

Kadatangan Baginda S.A.W. benar-benar adalah suatu penantian seluruh alam, diibaratkan akan datangnya seorang Raja yang agung ketempat kita. Pastinya setelah dikhabarkan akan kedatangannya, maka persiapan dan penantian it uterus bermula diketika itu juga. Hari-hari disaat mana jejaknya kaki Raja tersebut adalah suatu penantian yang ditunggu-tunggu, nah itu baharu dikatakan raja yang hendak datang. Inikan pula penghulu segala rasul dan nabi. Inikan pula seseorang yang paling mulia disisinya. Makhluk pertama yang diciptakan, pastinya sambutan itu disambut seluruh alam bukan hanya manusia malah juga elemen-elemen lain yang sewaktu dengannya. Pernah kita mendengar akan kesedihan si batu kepada Baginda S.A.W. ini jelas menunjukkan betapa kehadiran junjungan besar ini memberikan manfaat yang besar buat seantero dunia.

Namun kesedihan pula menyusur kerana timmbulnya golongan yang mengaku beriman namun didalam masa yang sama menyampaikan fikrah-fikrah yang menjauhkan umatnya dengan baginda, kata mereka baginda itu hanya manusia biasa, tidak perlulah memujinya berlebih-lebih, tidak perlulah mengagung-agungkan baginda secara melampau. Kenyataan-kenyataan jahiliah ini benar-benar meresap dan menghancurkan dakwah Islamiah, benar-enar menghancurkan wala’nya umat kepada sunnah Muhammad S.A.W. bagaimana mungkin rasa cinta untuk melakukan sunnah akan muncul jika dihalang semua kegiatan untuk lebih kenal dengan baginda.

Baginda Muhammad S.A.W. itu tetap hidup malah didalam hadis yang sahih riwayatnya sekalipun ditegaskan hal ini. Malah diketika Nabi Isa turun suatu hari nanti juga Baginda sudah merakamkan bahawa Nabi Isa akan menziarahi Beliau(Muhammad S.A.W.) ini bukti jelas bahawa betapa menziarahi makam Baginda ini benar-benar memberikan dan mendekatkan hubungan antara Rasullullah dan umatnya. Harapnya semua yang berada disekeliling kita ini dapat menjauhi golongan-golongan ini.

Tak kenal maka tidak cinta, tidak cinta jika tiada usaha, bukan dimanakan usaha jika asyik mengkafirkan orang yang ingin berusaha untuk beroleh cinta rasulullah.

Sekadar renungan dan luahan hati kerana sedih dengan kejahilan insan……….

Saturday, February 6, 2010

kisah sebuah percintaan penulis....

Assalmualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Agaknya sudah lama penulis tidak meperbaharu laman ini. Cukup lama sehingga ramai yang sudah tertanya-tanya, ceksu! Lame tak update blog? Hmmm barangkali sibuk tetapi itu hanyalah alasan... insyaAllah kali ini penulis tidak berhajat mengemukakan suatu isu yang panas ataupun kritikan kepada mana-mana pihak. Yang penting perkongsian ini lebih kepada kehidupan sekeliling penulis.

Terkenang penulis pada karangan yang penulis karangkan sewaktu sekolah rendah dahulu. Rasanya kita semua melalui perjalanan yang sama. Dimana karangan berkisar perihal kehidupan sebuah pensel seumpama contoh, karangan yang selalunya diakhiri dengan pensel itu telah ditinggalkan sepi, diketika itu, naluri seorang kanak-kanak amat mudah terasa, rasa sedih dan rasa tidak patut empunya pensel tersebut melakukan perkara itu kepada setelah habis menggunakannya. Tersengih mengenangkan hal tersebut.


Hari ini ,rasanya penulis akan melakukan perkara yang sama kepada benda yang banyak menolong penulis selama hampir setahun dua bulan ini, basikal penulis.......basikal yang banyak membawa penulis...setia menurut perintah penulis, dimana jua penulis hajatkan dibawanya penulis, basikal yang telah berperanan sebagai ‘sukan’ buat penulis yang malas bersenam huhuhu....


Teringat mula-mula penulis berkenalan dengannya... dari OTK kami bersua. Hatiku terusik untuk bercinta dengannya. Reka bentuk yang cantik....cukup lembut bersama penulis...perjalanan pertama kami dari OTK sampailah ke kampus UIA. Penat jugak perjalanan itu.namun itulah yang indah....


Banyak perkara berlaku antara kamu bersama, pelbagai konflik berlaku, namun dia tetap tidak membalas debatan penulis. Dia hanya membisu. Tomahan dituju, tiada balasan darinya, dia tidak pernah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak penulis.biarpun ditengah panas dan ditengah hujan, biarpun ditinggalkan berhari-hari dalam keadaan yang sama. Namun dia tetap setia menanti penulis membawanya. Dapat dirasakan dia gembira akan kehadiranku membawanya kesana dan kemari biarpun setelah lama menunggu, hanya tomahan yang diterima, tetapi tetap dia setia. Itulah sifat dia pada penulis. Sayang betul dia pada penulis.


Hari ini penulis sudah punya peganti lain yang lebih berperanan darinya. Sedih mula menyelubungi diri. Apa yang harus dilakukan. Yang pasti dia sedang menunggu penulis menunggangnya semula....ya Allah selamatkanlah hati penulis, tetapkanlah hati penulis kepadanya biarpun yang datang punya berjuta kelebihan....Aminnnnnn

Wednesday, September 9, 2009

Ucapan ringkas........

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman, Alhamdulillah setelah sekian lama penulis mendiamkan diri, mencari-cari sesuatu yang tidak pasti,sesuatu yang tidak nyata, syukur juga penulis garabkan diatas kedatangan hari baik bulan baik ini jugak mampu memberikan penulis sedikit ketenangan yang penulis harapkan mampu memperbaiki diri penulis insyaAllah dari dalam dan luar hendaknya.

Pelbagai perkara berlaku disepanjang tempoh yang menyepikan ini. Semangat itu turun naik saban hari dan alhamdulilllah kekuatan itu masih Allah tiupkan didalam diri. Ramadan kali ini dirasakan sedikit lesu buat penulis, pelbagai perkara perlu diurusi dan dikhatamkan sehingga peluang baik yang Allah berikan dan janjikan dibulan ini tergendala. Benarlah bahawa masa lapang yang ada itu perlu disyukuri dan diisi dengan aktiviti berfaedah kerana apabila masa sibuk melanda, kadang-kadang kita akan terlepas perkara yang diinginkan.

Namun menjadi harapan penulis, dan barangkali semua pembaca untuk memastikan Ramadan kali ini adalah yang terbaik, menjadi Ramadan yang memberikan kesan yang maksima kepada pembentukan diri dari segala aspek, Ramadan yang akan membersihkan segalanya…..insyaAllah.

Jika diberikan kekuatan penulis berceloteh lagi…… salam Ramadan buat semua, rebutlah sesuatu yang telah dijanjikan wujud dari merebut sesuatu yang belum pasti. Kerana yang pasti itu benar…….wassalam

Tuesday, October 14, 2008

presentation ohhhh presentation....

Alhamdulillah diatas segala nikmat2 yang diberi Allah selama mana penulis menjalani kehidupan yang penuh dengan cubaan dan ujian,walaupun penulis selalu gagal dalam ujian yang diberiNya...namun Dia tidak henti2 memberikan nikmat dengan tujuan untuk menyadarkan penulis akan keesaanNya dan supaya penulis dapat menginsafi diri.semoga penulis dapat mencapai peringkat tersebut.

Hari isnin yang lalu merupakan satu hari yang cukup bermakna bagi penulis kerana pada hari tersebut merupakan hari presentation untuk final projek untuk sem 1,bukan gembira kerana berakhirnya projek2 yang memenatkan itu namun apa yang penulis bangga dan gembira adalah kerana sewaktu mempresent hasil kerja,penulis dapat meluahkan apa yang terbuku disamping komen yang bernas diberikan oleh lecturer.

sebagai permulaan,penulis harus menghasilkan satu projek yang diberi nama hybrid hut yang mana tapak projek ini hanyalah 3 darab 4 meter,antara requirement yang wajib dikeluarkan dalam design tersebut adalah mewujudkan sekurang-kurangnya dua aktiviti.jadi dek limitednya space yang diberi,disitu wujud masalah namun alhamdulillah Allah memberikan petunjuk dalam hal ini,

pada hari isnin seminggu sebelum presentation merupakan minggu yang paling mencabar dan memenatkan kerana penulis dan pelajar2 yang lain harus menghasilkan hampir 18 lukisan yang perlu disusun pada empat keping A1 board ditambah dengan satu model projek.jadi kerana kesibukkan yang terlalu itu,penulis tidak tidur dibilik tetapi hanya tidur didalam studio dan kadang2 dalam surau KAED.ada pernah ketika penulis tertidur diatas lantai studio kerana terlalu penat.cukup memalukan kalau orang tengok huhuu.

disepanjang penghasilan projek ini,penulis banyak melalui kisah yang tidak tercerita dalam blog ni.kerana nak menghilangkan boring ketika buat kerja,penulis membawa sub woofer supaya dengan itu boleh la dengan lagu kuat sikit,kadang2 penulis memainkan ceramah2 yang disampaikan oleh ustaz shamsuri,kadang2 tajuk kahwin pun didengari juga,semua kawan2 yang turut sama melakukan projek turut terhibur dan insyaAllah ada juga keberkatan disamping melakukan kerja2 dunia ini,namun ada satu peristiwa yang betul2 menyedihkan,penulis terlupa bacaan doa qunut kerana letih,semoga Allah mengampuni.....apa pun semoga projek ini mendapat redha ilahi.insyaAllah lepas mungkin penulis akan menyambung perayaan yang tersekat kerana projek ini salam alaik.....

Thursday, August 14, 2008

Kesedaran diri sendiri

Assalamualaikum semua.pertama sekali nak mintak maaf disebabkan kekurangan yang teramat pada blog penulis ini huhhu,dalam proses pembelajaran sebenarnya namun insyaAllah penulis akan cubalah melakukan serbasikit perubahan bersesuaian dengan nama blog ini.

Hari ini merupakan 'presentation day' untuk projek minor 3.seperti biasa, sudah hampir 3 malam penulis tidak tidur ppada waktu yang ditetapkan untuk berehat lantaran kesibukan yang mencengkam diri penulis.pada ketika menunggu untuk turun ke galeri KAED penulis hanya lepak ja dekat studio menunggu suatu benda yang tidak pasti,sedar tidak sedar semua orang sudah turun dan barulah penulis nak melangkahkan kaki bersama rakan2 yang turut sama 'seperjuangan'.sampai ja kat bawah one of the lecturer marah sambil menunbuk dangan cara melawak dekat bahu,huhuhu banyak kali gak tu,tapi xper.then dia mengatakan sesuatu yang cukup memedihkan hati.
"mak ayah hang orang susah,depa haraokan hang bila hantaq hang mai ngaji jauh2.tapi hang buat leceh ja time belajaq.depa habih duit banyak semata-mata untuk hang,hang xkesian ka kat depa"
kata2 tu menusup masuk kedalam hati sanubari.cukup menyedihkan dan betul apa yang diucapkan.sedih hati memang tak tertahan.penulis menangis naik segan pulak kawan sebelah nampak.namun penulis takut KESEDARAN DIRI SENDIRI yang melanda hari ini akan turut berlalu seperti masa yang berlalu.justeru penulis mohon kerjasama sahabat2 untuk terus menerus menasihati penulis.mungkin pada fizikalnya penulis nampak seperti orang biasa namun jauh dilibuk hati penulis,penulis amat mengharapkan semua sahabat2 turut membantu penulis dalam nak mencapai MARDHOTILLAH.tolonglah sahabat......

Sunday, August 10, 2008

Madah Permulaan

Assalamualaikum kepada semua,alhamdulillah dan ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Besar diatas semua kerana dengan limpah dan hidayahnya yang mana memberi suatu macam gerak hati untuk saye menghasilkan blog yang tidak seberapa ini. walaupun kesedaran untuk menghasilkan blog ini dirasai telah lama, namun tiada tindakan diambil, justeru bagi mencapai mardhotillah, saye cube untuk menceburi bidang baru ini. apabila melihat kembali tajuk blog ini, mengapa ia sedemikian, apakah fungsi blog dalam nak mencapai mardhotillah.apakah hubungkaitnya dalam kehidupan kita umuat islam.nah disini ingin saya sampaikan suatu pendapat bersandarkan satu hadis yang mana bermaksud"sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'nah dek kerana kesedaran dalam memahami hadis inilah telah mendorong saya yang mana saya berpendapat dengan pendekatan seperti ini mampu memberikan suatu kesedaran dan merupakan salah satu cara kita sebagai seorang hamba yang ditugaskan dimuka bumi ini dengan dua tanggungjawab yakni beribadat dan sebagai khalifah, untuk mengamalkan apa yang telah kita pelajari disepanjang kehidupan kita.namum setiap menusia punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri justeru sebagai orang yang turut sama dalam nak menegakkan islam ,segala kekurangan blog ini haraplah diampun dan sama-samalah kita tegur menegur kerana apa?tidak lain tidak bukan untuk mencapai mardhotillahbukan saja didunia malahan juga diakhirat kelak insayAllah.sama-samalah kita mendoakan kebaikan semua.