Pages

Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Suatu peristiwa......

Assalamualaikum diucapkan kepada semua yang sudi meneliti sejenak diruangan yang tidak menjanjikan suatu ilmu yang baru, namun insyaAllah apa yang akan dikongsi lebih kepada muhasabah kerana bagi penulis elemen muhasabah yang yang paling banyak sekali kurang diamalkan penulis didalam kehidupan hariannya. Jadinya dengan penulisan ini sekurangnya mampu memuhasabahkan penulis mengenai apay ng telah penulis perkatakan dan sedikit sebanyak proses muhasabah itu akan berlangsung secara istiqamah.


Setelah beberapa lama tidak memperharui penulisan diblog ini, syukur kerana berat kekuatan dan hidayah, penulis yang tika ini berada di perpustakaan yang sepatutnya ada “assignment’ yang perlu diselesaikan . tetapi takdir menentukan tertinggal pendrive kat bilik. Allah Maha Mengetahui semuanya.

Masa yang ada penulis mengimbas semula kematian abuya minggu lepas. Artikel-artikel berkaitan diulang baca dan tidak lupa juga akhbar hari ini yang turut menyentuh perihal pemergian tokoh berkenaan.
Secara sepintas lalu, penulis suatu ketika dahulu amat terkesima dengan Al-arqam. Personality yang unik dengan system tarbiyyah yang luar biasa malah sempat juga berdiskusi dengan beberapa ahli gerakan berkenaan, penulis melihat Al-Arqam suatu medan yang cukup unik.
Lalu pengkajiann bermula. Sedikit demi sedikit dipelajari mengenai prinsip-prinsip asal gerakan ini dan juga pendapat-pendapat ulama’-ulama’ mengenainya.

Lalu ditakdirkan, penulis berjumpa dengan sebuah buku yang statusnya diharamkan kerajaan. Buku yang menyingkap ‘rahsia al-arqam’ yang dikarang Wan ang seng. Mulanya buku ni begitu mengangkat keperibadian abuya sendiri dan keunikan al-arqam itu sendiri (tidak hairanlah statusnya haram) namun disebalik perkongsian penulis mengenai al-arqam itu, terdapat beberapa amalan dan prinsip yang begitu bercanggah dengan pegangan ASWJ didalam memahami agama kerana apa jua gerakan yang ada namun jika bertentangan dengan ASWj terutama sekali perihal akidah, perlu ditolak. Maka didalam bahagian yang sedikit didalam buku berkenaan jelas menunjukkan kekeliruan yang berlaku. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dan dipersoalkan antaranya aurad muhammadiah, majlis itu, majlis ini bani thamin, sheikh suhaimi, imam mahdi dan selainnya.

Penulis tidak bercadang untuk menghuraikan secara panjang lebar namun segala persoalan bolehlah ditanya kepada pihak yang lebih berautoriti, cukuplah sekadar bagi penulis untuk mengetahui mengapa ianya diharamkan, proses pengharaman dan sebagainya.
Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua diatas kemuliaan baginda Muhammad S.A.W dan para sahabatnya. Berkat kemulian mereka kita mengharapkan kemuliaan itu turut dirasai kita semua.wallahua’lam

Sunday, August 2, 2009

Futur Jamaah.....

Istilah ‘penat’ amat digeruni aktivis-aktivis dakwah, baik diperingkat tertinggi sehinggalah ke peringkat bawah. Istilah yang telah meragut banyak aktivis-aktivis yang sebelum ini begitu lantang kehadapan memperjuangkan manhaj perjuangan. Perjuangan menentang dasar yang tidak dipersetujui.

Permulaan yang begitu dilihat amat hebat tiba-tiba layu dipertengahan. Penulis juga tidak terkecuali terlintas untuk termasuk didalam golongan tersebut, golongan yang disebut sebagai golongan yang tercicir, tercicir kerana semangat yang berkobar-kobar yang tidak diikuti dengan kefahaman yang jitu, namun penulis cuba untuk memberikan kefahaman didalam diri lebih menebal agar tidak terjerumus kedalam lembah kehinaan itu dengan lebih dalam,

Namun penulis merasakan perlu untuk penulis berkongsi sedikit sebanyak akan kefahaman yang penulis percaya menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ‘futur’ jemaah ini berleluasa. Secara keseluruhannya penulis membahagikan sabab musabab ini kepada tiga bahagian:

· Kefahaman

· Beban yang tidak tertanggung

· Jamaah

Kefahaman.

Mengapa perlu berkecimpung didalam hal-hal dakwah?

Kenapa perlu menyampaikan ilmu kepada orang lain?

Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?

Sempurnakan aku untuk menyempurnakan orang lain?

Persoalan-persoalan ini merupakan antara lain menyentuh hal-hal berkaitan kefahaman. Sekiranya kefahaman tidak diletakkan pada peringkat ini, maka seseorang aktivis itu hanya akan bersama hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, mungkin hanya dikampus, dan mungkin hanya satu program,

Apa yang kita lihat hari ini, memang tidak dinafikan hebat sifulan bin si fulan itu berbicara dan mengeluarkan buah bicara dan ide, namun setelah habis pengajian, yang tinggal hanya jejak, pada peringkat kampuznya hebat didalam melawan dan membantah sesuatu isu mahupun isu kampuz atau isu global, namun hanya untuk seketika.

Apabila kefahaman tidak digarabkan pada peringkat awal, maka terhasillah golongan-golongan begini, ini kerana golongan ini tidak dapat memahami erti berjuang berdasarkan ilmu atau semangat, semangat perlu ada tetapi kefahaman adalyang utama, kefahaman perkara asas, semangat boleh luntur dengan berlalunya masa dan usia, namun jika kefahaman ditanam diperingkat awal, maka tiada apa yang boleh menghalang. Islam sendiri menekankan kefahaman didalam beramal, sebab itulah ilmu itu perlu hadir dengan amalan supaya ilmu itu difahami dengan jelas melalui pemerhatian. Ilmu sebagai memberikan ‘general views’ amal sebagai ‘observation’ yang akan memberikan ‘extra explanation’ terhadap ilmu yang dipelajari.

Beban yang tidak tertanggung…

Sem ini aku sibuk la….

Aku nak focus kepada study dulu,

Mak ayah aku hantar aku untuk belajar, bukan wat benda ni je….

Ini merupakan istilah-istilah yang selalu dikeluarkan golongan yang ‘penat’. Istilah yang kadang-kadang membuntukan pucuk pimpinan untuk menjawab dan terpaksa merelakan pemergian aktivis mungkin untuk seketika. Pucuk pimpinan akan tertanya-tanya dan bingung mengapa ini berlaku, beliau yang dahulunya begitu hebat telah mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan ini.

Untuk melihat sabab musabab ini, sebenarnya ini semua berlaku antara lain bertitik tolak dari kepimpinan itu sendiri, beban yang diberikan kepada individu itu terlalu banyak, tekanan dari pimpinan terlalu tinggi, walaupun didalam mesyuarat dikatakan dengan pelbagai kata-kata indah seperti ;jangan buat kerja sorang-sorang’ dan sebagainya, namun hakikatnya tekanan diberikan secara tidak langsung.

Perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai tahap ilmu yang berbeza, mempunyai kefahaman yang berbeza, mempunyai ‘general view’ terhadap sesuatu isu yang mungkin berbeza,pimpinan tidak boleh menganggap semua ahli dan pimpinan mempunyai fikrah yang sama.

Melalui perbezaan ini, maka golongan sasaran ataupun ruang lingkup dakwah dan ‘level’ kepimpinan seseorang itu adalah berbeza. Ulama’ mempunyai peranan yang besar kerana kefahaman dan ilmu yang dimiliki, itu ulama’, mahasiswa mempunyai ruang lingkup dakwah yang berbeza, pokoknya semua orang mempunyai perbezaan. Jadi pimpinan perlu taaruf, tafahum dan takaful ahli masing-masing. Apabila pimpinan kenal ahli, maka kerja-kerja akan dibahagikan menurut kelayakkan dan ini akan memberikan gambaran yang positif terhadap ahli, ahli akan beranggapan melakukan kerja dakwah ini seronok, menjadi aktivis dakwah ini menenteramkan jiwa, membuang tekanan belajar dan sebagainya.

Didalam sebuah hadis:

Sabda nabi S.A.W. maksudnya:

“wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya(amanah).

Riwayat Imam Muslim.

Didalam hadis ini, hatta Abu Zar sendiri yang merupakan sahabat nabi yang warak dan zuhud, namun begitu amanah jawatan dan politik berhajatkan ciri-ciri yang lebih dari itu yang bukan semua manusia memilikinya.

Jamaah.

Untuk yang ketiganya adalah hal-hal yang berkaitan jamaah itu sendiri. Jamaah yang hanya gah pada nama, yang hanya gah pada sejarah jamaah itu sendiri, jamaah yang asyik-asyik menginkap kisah kuno kejayaan jamaah sendiri hingga lupa dan alpa akan apa yang sedang berlaku dihadapan mata sendiri, apabila kesatuan jamaah yang longgar yang membiarkan seseorang ahli hanya merasakan kehadiran jamaah jika terdapat sesuatu peristiwa sahaja akan membuatkan semangat ahli mundur, sedangkan untuk membina kasatuan fikrah, membina kesatuan pemikiran, untuk membina ukhuwah yang mantap memerlukan setiap ahli jamaah untuk senantiasa bersama dan tidak hanya pada masa yang tertentu sahaja.

Setiap ahli jamaah mempunyai masalah yang tersendiri yang tidak semua ahli sudi untuk menceritakan dalam bentuk ‘mass’. Akan ada segelintir yang bersifat “jika tidak dipecah ruyung, manakan nak dapat sagunya” sifat yang memerlukan pimpinan,naqib untuk melakukan ‘face to face’ yang bersifat individu, yang bersifat privasi ini perlu diberi perhatian. Sekiranya ahli dibiarkan sahaja tanpa proses “follow up”. Keyakinan dan kebergantungan ahli terhadap jamaah akan terhakis, segala semangat yang terhasil dikala tamrin akan pudar, ahli akan merasakan jamaah hanya pada hal-hal yang tertentu sahaja, maka tanggapan ini akan terus-menerus terhasil sehingga akan berlaku tanggapan, jamaah hanya untuk keagamaan sahaja dan tidak pada hal-hal yang melibatkan privasi. Ini bolrh kita umpamakan sebagai tanggapan masyarakat terhadap kepentingan institusi masjid, agama yang hanya berkisar dalam hal-hal agama sahaja(sekularism)

Ini baru tiga faktor yang diketengahkan yang bagi penulis antara punca utama hilangnya kaderisasi, punca yang harus diberi keutamaan oleh pimpinan, mungkin pada orang lain, terdapat faktor yang jauh lebih penting yang harus diberi penekanan, namun inilah yang penulis mampu berdasarkan tahap ilmu penulis yang cetek ini.

Semoga kekurangan yang ada akan diperbetulkan untuk kebaikkan bersama…Wassalam.

Thursday, July 23, 2009

perubahan DIRI....(^-^)

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca yang budiman, Alhamdulillah didalam penulisan yang pendek ini penulis berkesempatan untuk menjenak beberapa isu dan perihal kemaslahatan yang berlaku disekeliling ruang lingkup kehidupan penulis.

Sebagai suatu perkongsian kiranya, penulis ingin sedikit menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar-legar didalam jiwa penulis yang sekian lama penulis pendamkan. Untuk sebagai perkenalan kepada yang belum mengenali penulis, penulis merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Kuliah Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa, maka yang memahami akan kehidupan seorang pelajar arkitek. Pasti mengetahui liku-liku yang dilalui.

Suasana yang agak tidak bertepatan dengan jiwa mengundang pelbagai masalah didalam diri penulis pada peringkat awal keterlibatan didalam kuliah ini. Namun Alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan sahabat-sahabat yang lain, penulis cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan didalam masa yang sama mengawal diri dan peri laku. Memang sukar namun itulah yang dihadapi.

Namun sudah menjadi lumrah kehidupan, dimana sahaja, dimana jua, akan ada yang berlawan pendapat dengan apa yang kita lakukan baik sesuatu itu merupakan kebaikkan mahupun keburukkan. cemuhan kearah keburukan itu memang baik dan digalakkan, tetapi dunia sekarang sudah terbalik kiranya. Kebaikkan yang dikerjakan pula dicemuh, dipandang sinis dan dianggap golongan ‘primitif’. Suasana ini amat bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. mafhumnya:

Islam datang secara dagang(asing), dan akan kembali didalam keadaan dagang(asing).

Dari tafsiran hadis berkenaan, hadis ini telahpun menampakkan zahirnya, Islam kini dipandang sinis, agama itu dianggap hak individu, bercakap agama dan sebagainya hanya ditempat-tempat yang tertentu. Perkara-perkara dunia tidak bercampur dengan agama. Harus diasingkan jika tidak dipandang dengan pandangan yang hina.

Mungkin dimalaysia memakai tudung itu normal, tetapi disesetengah tempat, tudung sudah boleh dianggap jenayah. Masalah yang berlaku kadang-kadang sukar untuk difikirkan. Mengapa insan begitu susah untuk berubah? Apa yang menyebabkan masalah sosial kini terlalu menular walaupun disebuah institusi ISLAM.

Pokok asalnya kita lihat kepada umbinya, mengapa manusia susah untuk berubah, untuk berubah, kita selalu mengaitkan dengan benda-benda disekeliling contohnya suasana, masa dan sebagainya. Namun perubahan itu PERLU BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI, guru,ibu bapa, rakan-rakan, suasana dan sebagainya HANYALAH sebagai penunjuk jalan, pokoknya kita yang memilih untuk mengikuti jalan yang betul ataupun tidak.

Mustahil bagi seorang manusia untuk senantiasa mahukan dirinya berada didalam keadaan kejahatan berpanjangan, pasti terdetik didalam hati kemahuan untuk berubah, namun hidayah tersebut tidak disusuli dengan tindakkan, hanya tinggal kemahuan dan kemahuan in akan terus datang dan datang mengetuk pintu hati sehinggalah kematian menjelma dan tika itu, kemahuan tersebut sudah tiada nilai.

Kemahuan untuk berbuat kebaikkan ini jelas menunjukkan bahawa Allah masih memberikan harapan dan masih berharap kita untuk bertaubat. Namun diantara kesilapan besar didalam hal ini adalah, apabila hidayah ditiup kedalam hati, kemahuan untuk berbuat kebaikkan akan terdetik, saat itu, segala kejahatan dan dosa akan disesali, ibaratnya sudah tidak mahu mengulangi lagi, namun datang rakan-rakan yang mempengaruhi, mempengaruhi didalam erti kata menghina dan memerli akan perubahan yang baru terjadi didalam diri, maka sifat malu terhadap kebaikkan dan malu terhadap rakan-rakan akan membuatkan diri kembali kepada insan yang lama(kejahatan).

Proses ini akan terus berlaku dan berlaku, ada juga manusia yang malu untuk berbuat kebaikkan bimbang takut diperli rakan sebaya contohnya:

si fulan ini tidak pernah ke masjid, usia semakin meningkat, apabila diajak, alas an yang diberi adalah malu kerana selama hidup tidak pernah ke masjid”

Terdapat banyak lagi suasana yang menjelma didalam diri masyarakat kita baik remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat orang tua.

Semoga masalah yang membelenggu kita semua termasuk penulis sendiri dimudahi dan semoga petunjuk hidayah dan taufiq senantiasa menjelma didalam diri kita semua….AMIN……………………..

Thursday, July 2, 2009

Kemelut Iran....

Assalamualaikum diucapkan kepada semua sidang pembaca yang sudi membelek-belek halaman penulis, dan seperti biasa penulis ingin panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi diatas kurniaan yang diberi dan syukur juga diucapkan kerana berkat taufiq dan hidayah yang diberi kepada penulis untuk terus menerus didalam memperbaharui laman ini.

InsyaAllah didalam artikel untuk kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang penulis terdengar, terbaca dan diatas sedikit kefahaman yang diberikan Ilahi. Mungkin ramai Justify Fulldikalangan pembaca yang sekalian yang lebih arif mengenai isu ini namun ini hanyalah untuk memberikan gambaran secara umum tentang isu ini.

Selepas pemilihan presiden berlalu, keputusan menyaksikan bahawa Ahmadiejad masih berkuasa dan masih disenangi rakyat yang mana menyaksikan hampir 63% keputusan memihak kepada beliau, namun sudah menjadi adat didalam setiap pemilihan aka nada pihak yang kalah dan tidak berpuas hati. Maka kita dapat melihat akan kekacauan yang berlaku diIran sekarang ini. Kekacauan yang berlaku telah mengakibatkan pelbagai siri keganasan yang semua sedia maklum.

Jika dilihat kepada siri-siri keganassan yang berlaku, banyak benda yang menjadi tanda Tanya yang akan mengungkap pelbagai spekulasi yang jelas menunjukkan ada pihak ‘kedua’ yang terlibat. Washinton merupakan antara pihak yang begitu ketara mendesak agar pilihan raya presiden dijalankan semula.

Rusuhan demi rusuhan dilakukan sehinggalah kejadian yang begitu menyayat hati berlaku sehingga kematian seorang pelajar yang bernama Veda yang mana mati ditembak, pihak barat meng’claim’ bahawa pelajar berkenaan dibunuh oleh pihak kerajaan polis Iran, kejadian ini begitu menggemparkan dunia. Namun kajian terbaru yang dikeluarkan kerajaan Iran menyatakan, peluru yang mengenai pelajar berkenaan bukan berasal daripada pihak polis kerajaan Iran, ini bermakna ada pihak lain yang menembak.

Kematian pelajar berkenaan digunakan barat sebagai lambang semangat juang rakyat Iran yang mana mahukan perubahan. Hal ini menimbulkan kekeliruan, didalam sumber yang lain, pihak CIA telah menghabiskan hampir 400 juta dolar disepanjang apa yang berlaku diIran dan Pihak BBC dan media barat tampil menyatakan kebenaran bahawa mereka digunakan barat untuk menimbulkan rusuhan dan meniup api kemarahan dikalangan rakyat Iran.

Tetapi ada kejadian yang begitu menarik yang berlaku disamping kekacauan yang berlaku di Iran, Israel yang menyepi menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa begitu? Jika dilihat, Iran merupakan ancaman utama Israel didalam menguasai Palestin, jika kita kaji secara mendalam hal ini, ada berbagai-bagai huraian dan hujah yang menjelaskan akan sebab musabab yang berlaku di Israel.

Namun sebelum penulis menghuraikan lebih lanjut hal ini, penulis ingin memberikan sedikit sebanyak pendedahan yang secara tidak langsung akan menjawab hal berkaitan diatas. Didalam perlembagaan white House, satu polisi yang yang terukir adalah melindungi kepentingan Israel, justeru tidak hairan Obama begitu kedepan didalam menentang perihal politik di Iran.

Untuk melihat dari aspek yang berbeza mengenai isu ini, terdapat hikmah yang tertentu, jika dilihat kemunculan Obama seumpama berbeza karakter dengan George w. bush, namun politik Iran telah membuka mata dunia mengenai siapakah sebenarnya Obama itu, begitu kedepan membela saingan ahmadiejad dan mengutuk keputusan pilihan raya Iran. Dengan menggunakan alasan hak bersuara dan demokrasi, barat terus menerus menghentam Iran.

Tetapi lihat semua didalam dasar demokrasi itu, sekiranya selepas sesuatu pemilihan dilakukan dan ada pihak yang akur ataupun kalah, pihak tersebut perlu akur dengan keputusan dan membenarkan diri untuk dipimpin pihak yang menang, namun hal berkenaan tidak diimplikasikan, jelaslah sistem demokrasi itu gagal dalam mengatur hidup manusia itu sendiri

Saturday, May 30, 2009

simpulan hariku.........

Assalamualaikum kepada sekalian sahabat sekalian, Alhamdulillah hari ini penulis ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi diatas kurniaan nikmat yang masih diberikan walaupun penulis banyak dan acap kali melanggar perintah Nya. Jelaslah penulis masih mempunyai peluang untuk melakukan ibadah-ibadah yang InsyaAllah mampu menyelamatkan penulis dari siksaan api neraka insyaAllah.

Pada tika ini, penulis berkesempatan untuk mengukir sedikit didalam menjalani ruangan kehidupan yang begitu sibuk sehinggakan pelbagai aktiviti yang sebelum ini dilakukan terpaksa penulis tangguhkan, namun sudah menjadi lumrah kehidupan, sudah menjadi sunnahtulllah didalam kehidupan sesuatu musibah akan ada penghujungnya dan Alhamdulillah setakat ini musibah itu telah ditarik sebentar Ilahi dan akan turun semula dimasa yang akan datang.


Untuk kali ini penulis lebih kepada mahu berkongsi serba sedikit apa yang dapat penulis simpulkan disepanjang sem 3 yang penulis lalui. Kehidupan yang benar-benar memberikan penulis hentakan dan barangkali amaran bahawa semua yang dilakukan perlu kepada ‘balancing’ yang tertentu.


Bermula dengan pemilihan yang agak berat kiranya apabila dipilih sebagai program manager untuk subjek multidip(budak kaed tau la) memang mencabar, namun barangkali undi tidak percaya lalu Alhamdulillah tanggungjawab tersebut dipikul oleh orang lain selepas beberapa perbincangan. Mulanya rasa semangat mula membara namun mungkin ada hikmah yang tertulis diatas sana. Didalam jangka waktu ini jugak penulis bertemu dengan keluarga baru, sebuah persatuan yang mana memberikan penulis pengalaman baru dalam bidang yang sedia penulis ceburi, bidang dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. insyaAllah…..

Jangka masa ini juga turut memberikan penulis lebih keyakinan terhadap pertolongan yang dijanjikan-Nya. Janji yang menyatakan akan bantuan terhadap insan yang menolong agama-Nya. Minggu-minggu yang berlalu senantiasa diisi dengan program yang sampai mengabaikan amanah penulis didalam subjek tersebut, sehinggalah saat terakhir penulis berasa benar-benar bersalah dengan sahabat se’office’. Dan diwaktu yang singkat itu penulis mencuba untuk memberikan sepenuh tumpuan yang jitu terhadap subjek dan Alhamdulillah penulis amat merasakan kepuasan yang mungkin penulis sahaja yang dapat merasakan. Syukur diucapkan.

Dalam jangka masa 3 bulan ini juga, penulsi berpeluang menceburi bidang yang baru yang betul-betul berlainan dengan sifat sebenar penulis, Alhamdulillah, bidang yang penulis idamkan kiranya. Terima kasih kepada yang berkaitan. Namun didalam banyak-banyak benda yang berlaku ada suatu hal yang membuatkan penulis tertawa sendiri apabila memikirkan semula. Kejahilan yang lampau datang mengimbau semula, kejahilan dalam mengawal nafsu bercinta dalam bahasa mudah, namun itu semua zaman lampau dan beliau pun dilihat sudah matang didalam memikirkan hal tersebut. Alhamdulillah kerana perhubungan itu telah tiada, hubungan yang tiada restu Ilahi, semoga penulis senantiasa dijauhi bencana ini. Biarlah yang akan datang hanya satu dan yang utama.


Untuk ringkasan, perjalan penulis pulang ke tanah tumpah darah memang meletihkan, dan alhamdulilllah penulis sempat bertemu dengan sahabat baru dari Pattani, beliau merupakan Abang Abdul rahman seorang tukang masak tomyam berhampiran UITM di Sungai Petani, personaliti yang sederhana, berkopiah, berkain pelikat menampakkan beliau merupakan seorang yang bukan calang-calang, belajar dipondok Yala, minat kepada Agama dan bermacam-macam lagi, beliau yang ingin berlepas ke Padang Besar untuk pulang ke Pattani berjumpa sanak saudara dan isteri datang bertanyakan hal surau, waktu itu gerabak keretapi berkenaan tiada menyediakan surau seperti biasa, maka bermulalah bicara kami. Masuk sahaja subuh kami mencari mana-mana ruang kosong untuk berdiri yang mampu untuk kami berjamaah sekali, Alhamdulillah ada tempatnya, ruang kelas kedua yang kosong dijadikan medan. Penulis terharu dan bersyukur diatas bantuan yang Allah berikan melalui beliau, jika diikutkan penulis mahu sahaja bersolat diatas kusyen tu.

Sejurus selepas solat beliau yang minat kepada sejarah dan pendidikkan mula berbicara, rupa-rupanya beliau pernah mengajar dipondok berkenaan, wah syukur diatas kunjungan hamba Allah ini, banyak isu yang dibincangkan, tentang pendidikan di Siam dan sebagainya sehinggalah kepada kerajaan perpaduan, bermacam-macam lagi, satu pepatah yang menarik beliau ungkapkan yang penulis suka untuk kongsikan adal h permasalahan yang banyak berlaku didalam masyarakat kita, kita acap kali mendengar ‘aku tidak minat politik ni’ aku tidak suka politik’ politik-politik ni aku malas la’ ini antara ungkapan yang biasa didengari, lalu beliau menjawab ‘kalau kita tidak main politik, politik akan main kita’ mudah tetapi dalam maknanya, namun masa terlalu cepat penulis terpaksa turun dan Alhamdulillah diatas peringatan yang Dikau berikan….


Kalau dahulu sewaktu penulis pulang tika cuti yang lampau, penulsi berjumpa pula dengan seorang ahli gerakkan Al-Arqam. Ini juga menarik kerana beliau turut mendedahkan akan apa itu Al-Arqam sebenarnya. Menarik dan begitu indah didengari, memang penulis amat mengagumi kehebatan gerakkan ini, semoga hidayah Allah akan menyentuh mereka-mereka ini agar kembali kepada akidah yang sebenarnya…..innsyaAllah

Kesimpulannya, hari-hari yang penulis lalui memberikan penulis pengalaman baru, kerana saban hari penulis melalui perkara baru, walaupun perkara itu selalu dilakukan tetapi persoalannya bagaimana kita melihat sesuatu itu, bagaimana kita meletakkan hati didalam melalui kehidupan tersebut…..

Semoga hari-hari yang akan datang memberikan penulis cabaran baru yang akan memberikan manfaat kepada akidah penulis, agama penulis, keredhaan Allah terhadap penulis dan hal-hal yang berkaitan insyaAllah………..

Thursday, February 12, 2009

Kajahatan Mesir..........?


Akibat penutupan sempadan


Pertama sekali dan yang utama penulis ingin panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah diatas segala nikmat yang berulang kali diberikan. Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi penulis tersentuh dan ingin untuk berkongsi sedikit rasa kekecewaan yang menyemat dihati penulis.

Hari ini sudah hampir 3 minggu selepas serangan regim Yahudi keatas penduduk Gaza. Jika dilihat kerugian yang dialami oleh regim Yahudi dianggarkan mencecah 13 billion, tetapi penulis bukan mahu menerangkan tentang perihal yang menimpa laknatullah itu tetapi penulis ingin menceritakan betapa kecewanya dan betapa geramnya tehadap Negara-negara yang tanpa segan silu mengaku Negara islam yang begitu tidak berhati perut yang boleh diibaratkan sudah kehilangan rasa simpati, rasa timbang rasa.
Negara berkenaan adalah Mesir, Negara kelahiran Rasul Allah(S.A.W). penulis tidak mempunyai niat untuk mengkritik tanah haram itu tetapi pemimpin yang memimpin tanah haram itu( harapnya tiada sangkaan negatif) sebelum itu penulis ingin menerangkan serba sedikit keadaan yang sedang melanda Palestin. Pada tika kita sedang menikmati kehidupan yang serba mewah ini, rakyat disana sedang bergelut untuk mencari makanan yang mana jika tiada bantuan yang dihulurkan, maka akan terjadilah krisis kemanusiaan yang paling teruk.
Tika ini juga hanya 10% kedai roti yang beroperasi di Bandar Gaza yang mana penduduk terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Inilah antara kesan yang melanda penduduk disana, malah kedai tersebut sudah kekurangan bekalan tepung dan bahan api untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Boleh tidak saudara semua bayangkan jika bekalan tepung dan bahan api habis?
Mengapa jadi begini? Apa masyarakat dunia tidak menghulurkan bantuan? Sebenarnya bantuan yang diberi amatlah banyak, beribu-beribu tan makanan, tepung yang diberi, jadi dimana semua itu pergi? Sebagai info tambahan, segala bantuan yang diberi akan melalui sempadan Mesir dan Palestin, dan sejak 5 februari yang lepas, kerajaan Mesir telah menutup pintu sempadan tersebut yang mana menyababkan himpunan beribu-ribu tan bantuan terbiar dan rosak, sumber dari Utusan menceritakan bertan-tan makanan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi kerana terbiar terkena panas dan enbum setiap hari,

Dari sini penulis tidak perlu rasanya menjelaskan betapa kejamnya Mesir mengalahkan Yahudi itu sendiri kerana Mesir membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan berbanding dengan Israel yang membunuh terang terangan. Israel menyerang memberikan peluang kepada pejuang Islam untuk mendapatkan syahid tetapi ‘perang’ yang dilancar Mesir tidak.

Sedih melihat Negara islam sendiri yang membunuh Negara islam. Sedih melihat islam itu hanya pada nama dan amatlah sedih melihat Negara islam sendiri dipermainkan dan dijadikan boneka barat untuk melemahkan umat islam, untuk memecah belahkan umat islam, mengapa harus takut kepada manusia dan undang-undang ciptaan manusia, apa yang gerunnya jeriji besi penjara-penjara yang memenjara insan bergelar pejuang, mengapa harus patuh pada golongan celaka? Siksaan dunia atau siksaan akhirat yang perlu kita takut? Persoalan yang sedikit darpada berjuta ini sudah mampu untuk semua umat islam untuk menilai siapakah diri kita? sanggupkah anda melihat kehancuran islam berada dizaman kita? jahanam pihak barat jahanam lagi pihak islam yang terlibat dalam pakatan barat, Ya Allah hancurkanlah barat, berilah hidayah beserta taufiq kepada umat islam seantero dunia agar bangkit dari tidur yang panjang, bangunlah berjuang, bangunlah melawan TAKBIR……..TAKBIR…………………TAKBIR……………..

Tuesday, February 10, 2009

Siapakah YAHUDI???




KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)


Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.

Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol).

Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.

Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.


Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.

Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.

Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.

Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.

Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.

Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.

Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.

Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.

Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.

Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.

Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.

Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.

Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.

Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.

Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.

Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.

Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.

Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.

Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.

Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.

Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.

Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.

Sumber:Metro

Friday, January 30, 2009

persoalan untuk semua.........

pertama dan selamanya penulis ucapkan kesyukuran kepada Sang Pencipta diatas semua nikmat yang diberi dan disalurkan kepada penulis dan semoga dengan pemberian ikhlas itu jugak adalah menjadi harapan yang tinggi kepada penulis untuk menjadi seperti apa yang dikehendaki insyaAllah.

peulis suka untuk timbulkan persoalan kepada semua mungkin dengan itu kaumku akan menjadi lebih menonjol kerana masalah kaumku adalah mereka malas memikir.

mangapa perlu berfikr dan mengapa perlunya rujukan dalam berfikir?
apa harus dibuat untuk menaikkan bangsa dan bahasa?
apa yang ada pada bangsa yang berjaya ketika ini(barat)?
apa step pertama yang dilakukan barat untuk berjaya pada permulaannya?

untuk jemaah.......

mengapa menyertai jemaah?
apa matlamat jemaah?
apa yang difahami dengan tanzim haraki dalam menyampaikan dakwah?
apa yang difahami dengan lengkap melengkapi?
adakah kesatuan dalam jemaah?

untuk non-jemaah(pelajar biasa)

apa tujuan dihadirkan ke dunia?
apa tugas yang diberi sepanjang anda didunia?
adakah anda sudah merasakan cara kehidupan sekarang memuaskan hati anda?
mahukah anda menjadi wanita/lelaki yang yang baik dan soleh?

jika jawapan untuk soalan terakhir ini adalah 'ya'. jadi sampai bila kalian mahu membiarkan diri sebegitu?ubah paradigma anda ingan mati itu datang dengan tiba-tiba.semoga semua dari kalangan kita berjaya dunia dan juga akhirat


selamat menduduki ujian.........

Sunday, January 11, 2009

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA.........





saban hari, sahabatku dihina,dicaci,diseksa.
saban hari itu jugaklah sahabatku dibunuh?dimana keadilan?dimana kesatuan islam?
dimana Salahuddin? dimana Muhammad Al-fateh?

mengapa begitu kejam sahabatku diuji?mengapa tidak ujian itu hilang lenyap?
apa salah mereka? tempat mereka punya ramai ilmuan,mengapa disana?mengapa tidak dinegara yang hancur masyarakatnya?hancur akhlaknya? hancur agamanya?

anak kecil menangis meratap kematian ibunda dan ayahanda,merintih kesakitan dek bedilan bom yang tidak henti-henti mencurah, butir-butir peluru yang menusup laju.

sahabatku seluruh dunia....apa yang terjadi ini jelas menunjukkan masalah kita,keegoan kita,ketidakpedulian kita,kelemahan kita, terus SAMPAI BILA MAHU BERPELUK DADA mahu kan lebih kehancuran?mahukan lebih nyawa tidak berdosa melayang?mahu sanak saudara diperkosa kuffar?

bila lagi tamadun islam terdahulu yang gemilang timbul semula?bila lagi kalau bukan kita yang memulakan,BANGUNLA,HIJRAHLAH,UBAHLAH PARADIGMA ANDA

SEMOGA SAHABAT KITA BEROLEH KEMENANGAN DIAKHIRAT KELAK.....AMIN......

KEMENANGAN KITA?????

Wednesday, January 7, 2009

Kejam....Kejam........Kejam............


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.


Assalamualaikum buat semua pengunjung semua dan adalah menjadi harapan agar semua berada dalam keadaan baik. kalau kita lihat petikan berita diatas dan jika dipandang pada pandangan biasa, memang rasa kesihan itu ada, rasa tidak patut diperlakukan begini ada, rasa ingin menghulurkan bantuan jugak turut ada. namun disini penulis bukan hendak ingin mewarwarkan pandangan yang biasa terhadap berita berkenaan tetapi menyeru kepada semua agar melihat sesuatu kejadian tersebut dengan mata hati. dengan penuh rasa kasih sayang, dengan penuh rasa sifat kemanusian. apa bedanya dengan dua cara berkenaan. secara kasar memang hampir sama namun jika diteliti, cara kedua itu akan membangkitkan rasa yang luar biasa hebatnya,sebagai contoh mudah: cuba bayangkan budak kecil tidak bersalah itu adalah adik kita, cuba bayangkan budak kecil itu adalah orang yang begitu kita sayang, cuba kita bayangkan adik kita diperlakukan dengan sedemikian rupa.

agaknya apa yang akan kita lakukan?tanya pada diri kamu semua. masyarakat malaysia pada hari ini terlalu bermewah sehingga kesengsaraan saudara sendiri tidak dirasai malah boleh pulak mengatakan malaysia ini masih tidak maju dan sebagainya, kemajuan apa yang kita inginkan kalau masyarakat yang dihasilkan dari kemajuan itu hancur akhlaknya, hancur budi pekertinya, hancur tatabahasanya,hancur maruahnya. kemajuan apa? alangkah elok jika kesengsaraan yang saudara kita lalui disana turut sama kita rasai, bukan mahu malaysia ini diserang tetapi malaysia tidak akan sedar selagi mana tidak ada kejadian yang mengarahkan malaysia untuk berjuang dan sebagainya.

kita sibuk memarahi US diatas sokongan kuasa besar itu dalam serangan di GAZA. tetapi mari kita lihat dalam surah Al baqarah : 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu..

nah inilah jawapan kepada persoalan tersebut. tidak hairan bagi kuasa besar itu menyokong kita umat islam kerana apa? kerana biarpun kita diajar untuk menghormati agama mereka TETAPI mereka diajar untuk MENGHINA agama kita. jadi apa tindakan wajar yang hars dilakukan oleh kita umat islam sebagai umat yang terbaik ini.



kenapa umat islam 'rosak' hari ini, jawapannya tidak lain tidak bukan kerana uamt islam meninggalkan agama islam itu sendiri. barat berjaya apabila mereka tinggalkan agama, tetapi islam akan hancur jika sebaliknya. maka tidak perlu dihuraikan dengan lebih panjang lagi pokoknya apa yang penulis tekankan untuk post ini hanyalah untuk memberi satu kesadaran kepada semua umat islam termasuk penulis sendiri untuk sama-sama kembali kepada Agama Islam insyaAllah......

Wednesday, December 24, 2008

Kaed digempur......................


Pada 24 aribulan 12 merupakan satu hari yang cukup memeranjatkan buat seluruh warga KAED. Sekitar petangnya, penulis diberitahu akan kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pesyarah studio kami bro shukri. Dengar kata dia tersadung dan terjatuh sambil membawa barang berupa kaca. Secara zahirnya penulis merasakan itu kemalangan yang biasa. Terus penulis yang baru sudah menunaikan solat asar bersama sahabat halim dan ali bergerak menuju ke LT2 untuk menghadiri kelas untuk mendapat lebih maklumat tentang projek yang bakal dilakukan nanti.

‘Nampaknya dewan sudah agak penuh’,tetapi tak mengapa kami meluru masuk dan mengambil tempat duduk. Tutorial yang disampaikan oleh madam Zuraini adakalanya kelakar dan adakalanya serius. Malah satu benda yang beliau sentuh adalah kekurangan kami pelajar KAED untuk menghubungkaitkan projek dengan ayat-ayat Quran dan As-Sunnah, satu tamparan dan satu cabaran bagi penulis.

Setelah beberapa ketika. Ketua pentadbiran kuliah senibina datang dengan wajah yang berlinangan air mata, kuliah terhenti.semua tertanya-tanya apa yang berlaku. Terus diumumkan akan pemergian Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof . semua terkejut, beliau yang begitu rapat dengan pelajar-pelajar telah meninggalkan kami semua malah penulis tidak sempat barang sesaat pun untuk berguru dengan beliau.


Akhir sekali apa yang penulis ingin kita semua ambik iktibar adalah sewajarnya kita semua senantiasa beringat dan berwaspada dengan janji Allah yang mana Dia tidak akan melengahkan barang sesaat pun kematian seseorang itu. Kesihatan yang baik tidak menjamin kita akan hidup lama. Apa yang berlaku ini wajar kita berjaga-jaga, mungkinkah kita seterusnya,bagaimana kita akan mati?siapa yang bersama dengan kita tika saat nyawa ditarik malaikat maut?dimanakah kita akan mati?ditempat baik atau dimajlis yang menjurus kepada neraka?tanyakan dalam hati masing-masing.


Al-Fatihah buat Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof……………..semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang soleh.dihindari dari siksaan kubur dan dijauhi dari neraka jahannam….Amin……….