Pages

Friday, August 22, 2008

Minyak?????


Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan masih mampu dan berpeluang untuk meninngkatkan amalan kita insyaAllah,hari ni merupakan suatu hari yang cukup bermakna buat semua rakyat MAlaysia dek kerana penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tika ini,justeru kita sebagai orang islam wajar mengambil sikap positif dalam menilai tindakan kerajaan yang mana mungkin akan terdapat pelbagai spekulasi berikutan tindakan tersebut,biarpun ada namun tindakan ini sedikit sebanyak membantu dalam meringankan beban rakyat terutamanya yang miskin.Alhamdulillah kitapanjatkan sekali lagi.mari kita ambil iktibar dari peningkatan harga minyak yang lepas,apakah yang mendorong sehingga berlakunya peningkatan yang sedemikian rupa.
memang secara lahiriahnya terdapat kegiatan yang tidak sepatutnya yang mendorong peningkatan tersebut namun kita sebagai umat islam wajar berfikir secara islam.bagi orang "non-muslim" mereka aka berpendapat ini adalah salah orang yang menguruskannya dan pelbagai lagi tuduhan.memang jika dikaji secara mendalam ada betulnya namun sebagai umat islam adakah kita juga perlu berfikiran seperti non-muslim,semestinya tidak kerana kita(muslim) adalah berlainan dari agama-agama yanng lain.
Apabila kita check dari segi akidah,apa salah kita?
Mari rujuk Kitab yang menjadi panduan kita,surah Ibrahim Ayat 7:Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambahi (nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu)maka pasti azabKu sangat berat.

Kita tanya diri kita adakah selama ini kitamemandu atau membonceng kenderaan untuk mengisi minyak,lepas isi kita bersyukurkah?pastinya tidak,hanya segelintir sahaja yang bersyukur.itulah silap kita,kita tidak mensyukuri nikmat tersebut,apabila nikmat itu ditarik(mahal),kita tidak menyalahkan diri kita pun tetapi menyalahkan pihak yang lain,ini pemikiran orang islam yang sebetulnya,jika non-muslim datang dengan hujah-hujah dalam melawan isu minyak ini,kita yang mengaku beriman ini harus juga datang dengan hujah-hujah yang mantap beserta akidah yang turut mendominasi pemikiran,itu lebbihnya umat islam berbanding umat yang lain,insyaAllah marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menjalani hidup yang sementara ini,hidup biar berakidah......

No comments: