"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik".satu kalimah yang mana menjadi satu macam inspirasi bagi semua insan berstatus bujang kiranya. ayat yang tidak perlu dihurai dengan lebih lanjut, sakadar dipandang sekilas lalu juga turut mudah difahami. namun diruangan ini, penulis bukanlah mahu mengulas atau menjelaskan berkenaan ayat ini,namun penulis tertanya-tanya pada insan bernama lelaki.kalau sebelum ini penulis membandingkan perbandingan wanita yang tidak tahu memasak dengan lelaki yang tidak pandai atau pun tidak berani menjadi imam,maka sekali lagi penulis mahu membuat perbandingan.
mungkin kita(lelaki) pernah bertanya kepada sahabat-sahabat kita mengenai calon isteri yang manakah yang menjadi harapan dalam nak mengharungi kehidupan?maka kebanyakkan lelaki akan mengeluarkan satu persatu ciri-ciri yang mana cukup indah lagi beriman, hatta mat rempit sekalipun jika ditanya dan diberi pilihan isteri yang macammanakah yang dikehendaki nescaya jawapannya mestilah yang baik nudi pekerti serta macam-macam lagi.
namun ada satu jawapan yang menjadi pilihan penulis untuk penulis huraikan. penulis pernah bertanya kepada sahabat-sahabat mengenai perkara ini. antara jawapannya adalah
"aku kalau boleh mahu isteri yang kuat agamanya,baik budi pekerti,bertudung labuh dan macam-macam lagilah,persoalan yang penulis mahu utarakan adalah pada bahagian bertudung labuhnya,hampir semua lelaki mahukan isteri bertudung labuh tetapi lelaki tersebut berkopiahkah?kopiah adalah sinonim dengan tudung labuh.kedua-dua pakaian tersebut menggambarkan Islam.
lelaki mahukan isteri bertudung labuh. tudung labuh ini ibarat mutiara yang mana menggambarkan kecantikan peribadi muslimah. justeru lelaki juga harus berpakaian yang mana menunjukan mutiara islam contohnya berkopiah maupun berserban.samalah perumpamaannya wanita yang tidak pandai memasak dengan lelaki yang tidak pandai menjadi imam,dari situ dapat kita tengok keseimbangan.sama jugak kalau dibandingkan pada isu ini yang mana jika lelaki-lelaki yang mahukan isteri yang solehah,maka diri mereka tersebut juga perlu soleh,
penulis tidak bermaksud bahawa keperibadian itu dinilai dari segi pakaian kerana berkopiah tidak semestinya baik dan begitu jugak bertudung labuh tidak semestinya baik.mungkin ada yang berpendapat tidak berkopiah tidak semestinya lelaki tersebut teruk budi pekerti kerana penulis punya sahabat-sahabt yang cukup baik budi pekerti.namun jika perempuan juga beranggapan tidak bertudung labuh juga baik.so mengapa isu tudung menjadi faktor pemilihan isteri.
kembali kepada ayat yang mula-mula sekali. ayat tersebut perlu dilihat dari pelbagai aspek kerana ISlam itu bukan dari segi dalaman sahaja maupun luaran, tetapi Islam itu menyeluruh itu sebablah islam disebut sebagai "Islam is the way of life".
Islam tidak hanya meliputi sesuatu dan tidak tidak berubah mengikut zaman tetapi zaman berubah mengikut Islam. penulis juga tidak berhasrat mahu mempertikai lelaki-lelaki yang tidak berkopiah tetapi perlulah dilihat dari segi yang berbeza dan pelbagai supaya tidak timbul perbalahan. pokoknya apa yang hendak dicapai dan apa yang penulis mahu ketengahkan adalah betapa perlunya saling lengkap melengkapi dalam menjalani hidup, betapa indahnya hidup jika konsep check and balance itu diperaktikkan sebetul-betulnya. untuk mendapatkan sesuatu yang baik,kita perlu menjadi baik. jadi diharapkan kiranya kepada semua agar memandang dan menilai post ini dengan lebih mendalam insyaAllah.namun duharapkan juga kepada wanita-wanita agar tidak menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak bertudung labuh huhuhu.....
6 comments:
salam.. suhairi kalo boleh jarakkan cikit dan buat perenggan pendek2.. Senang orang baca.. Lagi baik letak gmbr cikit supaya nampak menarik..
salam...
nak bagi link blog ana je..
nanti ana baca k..
thanks..
bersama menilai diri kita, layakkah kita untuk perempuan yang baik?
semoga kita berusaha kearah kebaikan.
Salam..
syukran di atas entri ini..=)
p/:semoga kita emua dapat menjadi lebih baik,insyaallah..=)
salam.sy pernh jupe seseorang yg pnh ckp pd sy..
'kamu tahu x,Allah menilai seseorang itu di akhir mati?'
pastue dy pon bkk cter psl dlu2 tue..
kmu thu kot cter nh..m..
yg cter 2 bradik dok dlm stu umh..
sorang dok atas sorang dok bwh..
yg dok bwh tue wat jahat,yg ats tue wat baek..ble deme sme2 nk tuka position tue,deme tertembung mati..lbh kurg la,yer?
so,sy nk tanyer kmu,kmu ase la,ad kh baek kte memandang serong pd mereka yg xpkai tudung atau mereka yg bertudung pendek?yela...sbb org laki salu jer ngata pompan yg xpkai tudung/tudung jarang/tudung pendek..kn?
kalu sy la kn..kalu sy tgk deme2 tue kn,sy ase kesian..xthu la laki tgk pompan cmtue ase ap.
lg satu,kdg2 sy tgk,pompan yg free hair lg baek dr yg pkai tudung..bhs dy..cra dy hormat org tua..m..
pd sy,kte xlayak nilai org.cmer kte boleh bg nasihat sjer..moga2 Allah buka hati dy..
ha,kalu kmu jupe org2 yg cmtue ap kmu buat?
pertama sekali memang tak nafi ade pmpuan yang baik tp xbertudung,tpi kita tgk dari segi agama la.baik ke x?jawab tgk cm ne. ok klu betul dia belajar agama dan tahu agama,nape dia xpakai tudung elok2.itu tuntutan dlm quran bukan? org pmpuan yang baik tp xtudung ni same la macam kita tgk org kafir yang baik,budi bahasa baik,hormat dan sebagainya, tapi adakah amalan itu diterima Allah? saye xmaksudkan xpakai tudung tu kafir tau.cumanya klu ade kawan2 yang cm tu doa la moga dia diberi hidayah dan taufiq. tudung lbuh ni salah satu proses tarbiyyah.xsemestinya bila pakai tudung lbuh ni kena baik. perlahan-lahan lah ubah diri.same la klu lelaki pun....
Post a Comment