Pages

Thursday, May 7, 2009

Berita menyayat hati....



TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.-utusan online-

Ya Allah semoga Kau memberikan rasa keinsafan buat si peragut, jangalah Dikau mematikannya sebelum sempat untuk dia bertaubat, yaAllah semoga Kami semua terhindar dari ujian sebegini...

5 comments:

zalizalu said...

manusia sekarang semakin kejam............................

Ceksue said...

tidak lain tidak semua ini berlaku apabila pemimpin tidak mengutamakan agama, masyarakat hidup tanpa agama, individu hidup tanpa pedoman agama.

fiz playmaker said...

ini lah akibatnya pemimpin tidak mahu laksanakan hukuman hudud... Kedah dan kelantan nama je pemimpin orang islam tapi tak nak laksana, yang peliknya kes ragut terutama di Kedah makin meningkat, mcmana ni?....

Kami nak 'HUDUD'....
Biar peragut tak leh ragut sebab tak ada tangan sebelah....

Ceksue said...

untuk melaksanakan hudud susah kerana kejahilan masyarakat, islam xgelut nak hukum orang ,islam tidak mengharap nak potong tangan orang, bila sistem pembelajaran yang dijalankan tidak menekankan agama sebagai perkara asas,masyarakat akan jahil agama, maka jika tiba2 nak laksanakan hudud masyarakat tidak akan terima, jika benar saudara mahukan hudud tolong agama kita d engan mengubah masyarakat, senang ckp berdakwah, jgn hanya ckp, islam perlukan pekerja, ckp ni sikit orang pun sudah memadai...wassalam

Anonymous said...

bukan kedAh dan kelantan xnk laksanakan hudud..diorang dh anta byk memorandum psl perkara ni..malangnya,hukum hudud ni tertakluk bwh kuasa kerajaan persekutuan..jd,nak xnk kuasa rakyat kena mainkn peranan dlm perkara ni...n kerajaan persekutuan pulak buat xtau je..'pelik2',..tp itulah hakiktnya..(maaf penulis,.politik ni xdpt lari dri kehidupan kte sbb politik adalah mengenai kuasa dn kepmpinan..xleh diam diri.;))