Assalamualaikum kepada semua yang sudi melampiaskan buat sementara waktu pada laman penulis yang bukanlah satu laman yang sempurna, syukur jugak penulis panjatkan diatas nikmat kurniaan Ilahi terhadap penulis, nikmat yang diberi dan tak minta dibalas yang jika diminta dibalas pun tidak mungkin dapat dibalas kerana apa jua yang kita lakukan adalah kerana nikmat-NYA.
Hari ini penulis duduk untuk memikirkkan apa yang berlaku, banyak benda yang berlaku yang perlu difikirkan dan diselami untuk menilai apa hikmah yang berlaku, kerana sudah menjadi lumrah apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah jiwa pemimpin yang perlu digarap dan wajar dimiliki, dalam menjadi pemimpin, penulis perlu untuk merelakan diri ‘dipergunakan’ oleh orang bawahan kerana itulah sebenarnya pemimpin, pemimpin adalah untuk berkhidmat bukan dikhidmat.
Jika dilihat peringkat pemimpin, ada beberapa ‘level yang perlu dilepasi dan dilalui. Namum penulis ingin menggariskan bahawa siapakah pemimpin yang paling lemah? Pemimpin yang paling lemah adalah pemimpin yang menggunakan jawatan sebagai sebab untuk memimpin, senang bicara tanpa jawatan beliau tidak akan memimpin, adakah kita begitu?
Kepimpinan lazimnya mempunyai 5 peringkat:
Mula sekali kepimpinan akan bermula dari ‘position’, pada peringkat ini pemimpin akan memimpin berdasarkan jawatan yang diberi dan pengikut tiada pilihan untuk tdak mengikut, namun jika kewibawaan pemimpin tersebut diasah dan digarap, pengikut akan merasakan pemimpin ini berupaya untuk memimpin, maka mereka akan memberikan ‘permission’ untuk dipimpin.
Disini mungkin pemgikut akan membenarkan pemimpin untuk melaksanakan lebih daripada ruang kerja pemimpin itu sendiri sebagai cara untuk menaikkan prestasi organisasi ataupun syarikat supaya lebih maju, maka disini terjadinya peringkat ‘production’.
Dalam suasana ini pengikut mungkin akan selesa untuk bekerjasama dengan pemimpin, namun peringkat ini, kehilangan pemimpin seperti ini tidaklah begitu dirasai, hilangnya cepat sahaja dicari ganti, inilah nasib yang diterima oleh ADUN-ADUN yang mana kubur masih merah, rakyat berpesta mencari penganti.
Namun jika pengikut sudah mula merasakan kehangatan ukhuwah antara pemimpin, pelbagai nasihat diberikan yangm mana memberikan impak yang berkesan kepada pengikut maka pada tahap ini dipanggil ‘people development’ pemimpin pada tahap ini akan membantu pengikutnya untuk membangunkan potensi diri dalam segala aspek yang dirasakan perlu.
Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin ‘personhood’. Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.
Kesimpulanya, untuk menjadi pemimpin tidak seharusnya kita berada ditahap yang sama setiap masa, seorang pemimpin perlu untuk pastikan jiwanya senantiasa menerima perkara baru, seorang pemimpin perlu untuk melakukan pembangunan jiwa sebagai memberikan contoh teladan ikutan pemimpin, setiap pemimpin perlu untuk senantiasa meningkatkan prestasi diri, perlunya untuk berjiwa besar, perlunya kepada perancangan yang teliti, semoga semua diantara kita, ahli keluarga kita dan orang-orang yang sekeliling kita akan menjadi pemimin yang dikatakan sebagai ‘personhood’……….

6 comments:
Pemimpin harus berani menggunakan apa yang mereka miliki. Mampukah pemimpin negeri Kedah melaksanakan hukum hudud terutamanya terhadap peragut yang semakin menjadi-jadi terutamanya di negeri Kedah? atau hanya sekadar macam yang dulu.....
sy cadangkan ceksue delete comment 'set'....utk kebaikan semua.
asslamlaikum..
pertama sekali bukan mudah nak laksanakan hukum hudud, klu kita lihat masyarakat sekarang,jika hudud dijlankan masyarakat tak mungkin buleh terima, masyarakat akan bngun membantah,kerana apa? kerana masyarakat tidak faham apa hudud itu sebenarnya, untuk mengubah perlu kepada peringkat-peringkat yang harus dijalankan, kena uikut sunnatullah, bila masyarakat jahil agama, perkara gama yang dijalankan tidak akan berjaya.
Ini lah kelemahan orang islam n melayu. Tak pernah yakin utk lakukan sesuatu, takut pada diri sendiri.... Tak berani nak berubah,nama je orang baik2... tgk mcm kami, walaupun mgkn bergelar mat rempit tp kami sanggup terima apa jua perubahan walau HUDUD sekali pun. Mungkin 1 hari nanti jgn terkejut jika orang spt kami yang mendokong undang2 agama bukan spt.....
salam,,,,ini bukan disebabkan kelemahan ataupun lain-lain sebab, pokoknya untuk meribah perlu kepada langkah demi langkah supaya perubahan yang dilakukan tidak memberikan kesengsaraan kepada masyarakat, sekiranya majoriti masyarakat memilih untuk dilaksanakan sesuatu peraturan baru, maka perkara tersebut akan dilaksanakan insyaAllah berdoala masyarakat malaysia diberikan kefahaman dan bukan amarah yang merosakkan...
Post a Comment