Pages

Wednesday, January 6, 2010

Program Thailand......sebuah kepiluan....





Dengan nama-Mu yang telah menciptakan kami semua, kami yang hina dan tidak berdaya hanya mampu berdoa agar kami senantiasa mendapat petunjuk-Mu dan hidayah-Mu. Ya tuhan kami, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa sanak saudara kami dan dosa-dosa umat islam seantero dunia.

Alhamdulillah pertama sekali syukur penulis lafazkan supaya apa-apa jua yang akan penulis perkatakan selepas ini mendapat redha Ilahi dan semoga dengan perkongsian ini akan menyentuh hati-hati yang membacanya, akan menyedarkan jiwa-jiwa yang sedang tidur agar bangkit melakukan perubahan.
Minggu yang lepas penulis beserta lima orang sahabat-sahabat berkesempatan mengikuti suatu misi ke selatan Thailand. Program yang akan merangkumi golongan mad’u yang kehilangan tempat bergantung akan menjadi sasaran. pada kerangka awal program, penulis cuba untuk menyesuaikan diri memandangkan tempat yang akan dituju merupakan tempat yang cukup terkenal dengan tragedi Taba. Tragedi yang meragut nyawa umat islam dalam jumlah yang ramai.
24/12/09, 7.00 malam
Berkumpul di Pusat untuk taklimat akhir sebelum berangkat ke hentian bas Greenwood. Checklist dibuat, barang-barang diperiksa, barang-barang untuk tujuan derma di’pack’kan. Selesai taklimat, bersalaman dengan bapak presiden.
9.00 malam
Menaiki bas menuju ke pengkalan Kubor, kelantan. Perjalanan yang agak lama malah kami merupakan penumpang yang terakhir sekali turun dari bas memandangkan Pengkalan Kubor terletak dipintu sempadan Thailand-Malaysia.
5.00 pagi
Tiba dimasjid Pengkalan Kubor, alhamdulillah sempat melakukan pembersihan hati sebelum melakukan usaha membersihkan hati-hati yang lebih suci dari kami berenam.
Selesai bersarapan rohani dan jasmani. Kami dijemput Al-fadhil ustaz Nawawi untuk dibawa ke sempadan dan menuju ke tempat program. Taba dengan sempadan Malaysia tidak jauh malah hanya dipisahkan dengan sungai sahaja. Ini secara tidak langsung menjimatkan masa kami kerana penulis menduga perjalanan ke Taba akan mengambil masa yang agak lama.
Jumaat
Untuk hari pertama ini ,kami lebih merangka dan membincangkan secara terperinci memandangkan terdapat beberapa perubahan. Anak-anak yatim yang terlibat akan mula hadir esoknya jadi jumaat ini digunakan kami untuk melawat tempat-tempat sekitar Taba dan turut tidak terlupa tempat dimana terjadinya pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Thailand lima tahun dahulu. Menurut Ustaz Nawawi, jumlah yang dibunuh sewaktu peristiwa itu lebih dari apa yang dikhabarkan di media massa. Beribu-ribu dibunuh dengan kejam. Peristiwa yang berlaku disebabkan ketidakpuasan hati masyarakat Islam terhadap penahanan sebuah keluarga oleh kerajaan Thailand dikenal pasti antara punca tragedi pilu ini meletus.kehadiran umat islam yang ramai ketika itu sebenarnya adalah disebabkan berlakunya salah faham terhadap informasi yang diberikan, ada yang berkumpul disebabkan penahanan keluarga tersebut, ada yang datang berikutan ada informasi akan diadakan ceramah memandangkan hati kejadian adalah bertarikh 27 ramadhan. Perbagai informasi ini telah menghasilkan kehadiran yang cukup ramai. Pemberontakan berlaku apabila bunyi tembakan dilepaskan polis kerajaan, namun kerajaan menuduh tembakan tersebut dari pihak kaum muslimin yang berkumpul. Sebelum pembunuhan bermula, kerajaan telah mengarahkan ramai tentera-tentera untuk mengepung kawasan dimana umat islam berkumpul dengan tujuan untuk memastikan tiada yang terlepas. Kedudukan tempat yang berhampiran dengan sungai muara turut tidak terlepas pandang oleh kerajaan untuk memastikan pembunuhan berlaku secara menyeluruh. Disekeliling sungai tersebut ditempatkan beratus tentera dengan tujuan yang sama, namun penulis beranggapan tindakan ini lebih kejam kerana sewaktu kerajaan mula menyerang dan membunuh, ramai orang islam mengambil tindakan untuk terjun kedalam sungai dengan tujuan untuk menyelamatkan diri. Namun tentera yang ditempatkan disekitar sungai ini telah menembak semua yang terjun kedalam sungai tersebut dan ini menyebabkan ribuan mayat terdampar didalam sungai. Inilah kekejaman JIRAN KITA. Sayu penulis mendengar cerita daripada Ustaz Nawawi, kalaulah penulis punya kekuatan untuk menjatuhkan kerajaan Thailand..... untuk melihat sendiri bagaimana kekejaman laknatullah ini , pembaca semua boleh melayari laman sesawang ‘youtube’ pada carian ‘tragedi taba’ disitu pembaca akan dipaparkan secara terus kekejaman kerajaan Thailand.
Namun disebalik kepiluan tragedi TABA. Ada kisah yang jelas menunjukkan kejahilan kita rakyat MALAYSIA. Disepanjang perjalanan, ustaz nawawi memperkenalkan kami sebuah hotel. Wahhh cukup besar hotelnya, cantik binaannya. Manurut ustaz Nawawi, hotel berkenaan dikhususkan kepada rakyat MALAYSIA yang datang melanggan pelacur. Pelacur diambil disuatu tempat lalu dibawa kehotel tersebut untuk tujuan-tujuan yang DIHALALKAN kerajaan thailand. Kelakar bukan?
Jumaat malam
Pada sessi malamnya, kami lebihkan dengan bermesra dengan penduduk kampung, kami dikenalkan dengan beberapa ahli yang sama-sama menjayakan program ini. Sebagai pengenalan, program yang akan kami jalankan ini merupakan program yang pertama yang dijalankan oleh PKPIM yang melibatkan kerjasama dengan Thailand. Program ini juga adalah yang pertama dibuat oleh AYATA(anak yatim Taba).
Suasana malam di Taba agak muram mana tidaknya, selepas trafgedi Taba diusulkan bahawa selepas jam 9.00 malam(10.00 malam waktu Malaysia) kebanyakkan kedai-kedai telah ditutup atau lebih mudah dibahasakan sebagai perintah berkurung. Akan ada tentera-tentera yang akan berjalan disetiap kampung untuk mengawal, lengkap bersenjata. Mulanya gerun melihat tetapi biarkan sahaja, kami bersama orang-orang kampung keluar sehinggalah jam 12.00 kalau tidak silap. Secara peribadi penulis merasakan kegembiraan biarpun tentera berada disekeliling.
Sabtu, 8.00 pg
Anak-anak yatim mula hadir mendaftarkan diri. Dengan kehadiran anak-anak seramai 30 orang cukup menenangkan hati.
Program dirasmikan dengan kehadiran ustaz-ustaz yang turut sama berganding bahu disebalik AYATA.
Turut hadir wakil GPM(global peace Malaysia).
Aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan dilaksanakan. Melakukan perkongsian ilmu kerana penulis melihat anak-anak ini biarpun masih kecil namun ilmunya cukup untuk membuatkan penulis merasa rendah diri. Rasanya penulis yang sedang diprogramkan. Namun itulah lumrah berprogram, melaksanakan sesuatu latihan terhadap orang lain tidak bermaksud jurulatih tersebut tidak melalui proses latihan, ini kerana seseorang itu akan melalui suasana yang berbeza dan akan berhadapan dengan golongan sasaran yang berbeza, ada yang lebih hebat ilmunya, ada yang merasakan hebat akan ilmunya. Pokoknya tidak satu pun suasana yang dihadapai akan dirasakan sama.
Majlis penutupan dihadiri oleh kaum ibu-ibu, ramai sekali yang turun jelas menunjukkan kecenderungan dan titik berat terhadap anak-anak diambil kira.
Bermulalah sessi muhasabah. Suasana pilu menyelubungi dewan. Dengan alunan lagu instrumental dimainkan penulis, teresak-esak terdengar rintihan dan air mata mula berlinang disetiap anak-anak yang ada mana tidaknya, ibunya hanya berada disebelah. Ada anak-anak yang malu-malu dihadapan ibunya. Namun suasana makin mencapai klimaks apabila ustaz Nawawi memainkan peranan. Dipanggilnya ibu-ibu untuk bercakap dihadapan menyatakan harapan, b ersaksikan tanah perkuburan yang hanay disebelah dewan, perkuburan yang menempatkan jasad-jasad ayah mereka yang syahid dimedan kekejaman pemerintah kejam.

Sejurus itu, dipanggil pula anak-anak yatim menyatakan hasrat dan janji. Suasana bertambah pilu dengan ucapan ikhlas anak-anak yatim, berkata-kata..... terkadang terhenti percakapan akibat sedihnya ucapan. Ramai yang sebelum ini egois untuk mengeluarkan air mata mula menipiskan egonya. Masing-masing berada didunia masing-masing. Mengenangkan peristiwa sedih dalam setiap helaian kehidupan mereka....tragedi TABA, tragedi pembunuhan dimasjid dan banyak lagi peristiwa-peristwa.
Ternyata mereka amat hebat ilmunya, tidak hairanlah Allah menguji mereka sebegitu. Malaysia mungkin selepas ini? Mungkin? Kalau itu akan menyedarkan rakyat Malaysia apa salahnya......
Rasanya cukup sekadar ini. Untuk merasai sendiri suasana disana eloklah dikunjungi sendiri....insyaAllah.... kesimpulannya pembaca simpulkanlah dan kongsikan lah dengan pembaca yang lain....semoga umat Islam diberi kemenangan.....


berbincang sejurus tiba dari pengkalan Kubor....


hotel yang khusus untuk orang malaysia untuk berZINA....

hadapan pejabat kerajaan dimana orang islam diarahkan untuk meniarap...


jambatan dimana tentera berkumpul dan melepaskan tembakan kearah orang islam yang terjun kedalam sungai...


tempat dimana kebanyakkan orang islam terjun kedalam sungai namun ditembak rambang oleh tentera laknatullah...

2 comments:

fiqhullughah said...

Ya Allah..sedihnya melihat kedaan itu..wah seronok cek su dpt pluang g sane..

Ceksue said...

rasa lagi dekat dengan peristiwa tu walaupun dah lama berlalu....cukup berterima kasih diatas kepercayaan yang diberi PUSAT pada diri ini huhuhuh pas ni leh ajak lagi... KPIJ pun jgn tinggal daku lak....walupun bukan ahli KPIJ hihihih