Assalmualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Agaknya sudah lama penulis tidak meperbaharu laman ini. Cukup lama sehingga ramai yang sudah tertanya-tanya, ceksu! Lame tak update blog? Hmmm barangkali sibuk tetapi itu hanyalah alasan... insyaAllah kali ini penulis tidak berhajat mengemukakan suatu isu yang panas ataupun kritikan kepada mana-mana pihak. Yang penting perkongsian ini lebih kepada kehidupan sekeliling penulis.
Terkenang penulis pada karangan yang penulis karangkan sewaktu sekolah rendah dahulu. Rasanya kita semua melalui perjalanan yang sama. Dimana karangan berkisar perihal kehidupan sebuah pensel seumpama contoh, karangan yang selalunya diakhiri dengan pensel itu telah ditinggalkan sepi, diketika itu, naluri seorang kanak-kanak amat mudah terasa, rasa sedih dan rasa tidak patut empunya pensel tersebut melakukan perkara itu kepada setelah habis menggunakannya. Tersengih mengenangkan hal tersebut.
Hari ini ,rasanya penulis akan melakukan perkara yang sama kepada benda yang banyak menolong penulis selama hampir setahun dua bulan ini, basikal penulis.......basikal yang banyak membawa penulis...setia menurut perintah penulis, dimana jua penulis hajatkan dibawanya penulis, basikal yang telah berperanan sebagai ‘sukan’ buat penulis yang malas bersenam huhuhu....
Teringat mula-mula penulis berkenalan dengannya... dari OTK kami bersua. Hatiku terusik untuk bercinta dengannya. Reka bentuk yang cantik....cukup lembut bersama penulis...perjalanan pertama kami dari OTK sampailah ke kampus UIA. Penat jugak perjalanan itu.namun itulah yang indah....
Banyak perkara berlaku antara kamu bersama, pelbagai konflik berlaku, namun dia tetap tidak membalas debatan penulis. Dia hanya membisu. Tomahan dituju, tiada balasan darinya, dia tidak pernah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak penulis.biarpun ditengah panas dan ditengah hujan, biarpun ditinggalkan berhari-hari dalam keadaan yang sama. Namun dia tetap setia menanti penulis membawanya. Dapat dirasakan dia gembira akan kehadiranku membawanya kesana dan kemari biarpun setelah lama menunggu, hanya tomahan yang diterima, tetapi tetap dia setia. Itulah sifat dia pada penulis. Sayang betul dia pada penulis.
Hari ini penulis sudah punya peganti lain yang lebih berperanan darinya. Sedih mula menyelubungi diri. Apa yang harus dilakukan. Yang pasti dia sedang menunggu penulis menunggangnya semula....ya Allah selamatkanlah hati penulis, tetapkanlah hati penulis kepadanya biarpun yang datang punya berjuta kelebihan....Aminnnnnn
5 comments:
saya sayang motor saya..dia pun sayang saya.. dia ada perasaan tau.. dia akan sedih bila saya tinggalkan dia.. tak kesah lagi..saya risau kalau dia merajuk sebab kena hujan. mula la tak boleh nak start.. tapi sekarang tak lagi.. dia dah tak merajuk sebab saya bagi dia pakai baju.. dia suka..
tapi hari tu saya lukakan dia. saya tahu dia kuat. macam tuan dia. tapi saya tetap pujuk dia.. saya risau dia merajuk. tapi dia dah sayang saya sangat2. tak merajuk pun.
alhamdulillah ibu tak pisahkan kami. ibu masih bagi saya membawa dia. tapi ibu kata saya tak boleh bawa dia jauh2. nanti dia letih.
dia pun dah dapat badan baru sebab badan dia habis luka2. patah sana sini.. maaf ye motor.. masa kejadian tu, dia tak tinggalkan saya. saya pun tetap pegang dia walaupun kami tercampak, bila saya sedar, kami masih bersama.
tapi saya bukanlah tuan dia yang sebenar. saya perlu sedia untuk berpisah dengannya suatu hari nati.
p/s- maaf nyibuk kat blog ko su..:)
huhuh wah2 dia pun nak kongsikan jugak huhuhu sayangilah hartamu huhuh
tp kan cek su, harta tu kan ujian wat kite..dunia je semua tu.. moga kita semua berjaya menghadapai ujian ini... gunakan kearah kebenaran...
ni rumet shikin..interframe sat no.. :D
p/s: da lama tak bwk moto..huhu
hmm shikin mane la ye huhuh lupe2
Post a Comment