Pages

Wednesday, March 10, 2010

Aku harap Ini akan menambah Cintaku kepada Mu Ya Rasulullah....

Alhamdulillah….segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Yang menghidupkan dan juga Yang mematikan. Salam serta selawat keatas junjungan besar baginda Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W. para sahabat yang diredhai Allah, serta salafus soleh yang dirahmati hidupnya.

Setelah sekian lama menyepi, Alhamdulillah diberi-Nya kekuatan untuk sedikit berinteraksi dan berwacana didalam alam maya ini. Kelapangan hati akan memberikan kelapangan gerak kerja biarpun diketika itu kerjanya bertimbun-timbun. Dalam perjalanan menuju diakhir semester 2 ini memang pengalaman pastinya berbeza dengan yang sebelumnya. Biarpun kelihatan sama namun itulah fitrah manusia, tidak ada satu hari pun yang dilaluinya adalah sama 100% daripada hari yang sebelumnya.

Kita baharu sahaja selesai melalui suatu hari lebaran, hari lebaran yang mengubah segala-galanya. Hari dimana seluruh alam gembira dan hari dimana perubahan cara hidup manusia akan kembali kepada fitrahnya. Hari kelahiran baginda yang agung disisi-Nya Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan

ke atas penghulu kami, Muhammad dan keatas keluarga

baginda dan tempatkan lah baginda di tempat yang dekat

disisi-Mu pada hari akhirat.

Kadatangan Baginda S.A.W. benar-benar adalah suatu penantian seluruh alam, diibaratkan akan datangnya seorang Raja yang agung ketempat kita. Pastinya setelah dikhabarkan akan kedatangannya, maka persiapan dan penantian it uterus bermula diketika itu juga. Hari-hari disaat mana jejaknya kaki Raja tersebut adalah suatu penantian yang ditunggu-tunggu, nah itu baharu dikatakan raja yang hendak datang. Inikan pula penghulu segala rasul dan nabi. Inikan pula seseorang yang paling mulia disisinya. Makhluk pertama yang diciptakan, pastinya sambutan itu disambut seluruh alam bukan hanya manusia malah juga elemen-elemen lain yang sewaktu dengannya. Pernah kita mendengar akan kesedihan si batu kepada Baginda S.A.W. ini jelas menunjukkan betapa kehadiran junjungan besar ini memberikan manfaat yang besar buat seantero dunia.

Namun kesedihan pula menyusur kerana timmbulnya golongan yang mengaku beriman namun didalam masa yang sama menyampaikan fikrah-fikrah yang menjauhkan umatnya dengan baginda, kata mereka baginda itu hanya manusia biasa, tidak perlulah memujinya berlebih-lebih, tidak perlulah mengagung-agungkan baginda secara melampau. Kenyataan-kenyataan jahiliah ini benar-benar meresap dan menghancurkan dakwah Islamiah, benar-enar menghancurkan wala’nya umat kepada sunnah Muhammad S.A.W. bagaimana mungkin rasa cinta untuk melakukan sunnah akan muncul jika dihalang semua kegiatan untuk lebih kenal dengan baginda.

Baginda Muhammad S.A.W. itu tetap hidup malah didalam hadis yang sahih riwayatnya sekalipun ditegaskan hal ini. Malah diketika Nabi Isa turun suatu hari nanti juga Baginda sudah merakamkan bahawa Nabi Isa akan menziarahi Beliau(Muhammad S.A.W.) ini bukti jelas bahawa betapa menziarahi makam Baginda ini benar-benar memberikan dan mendekatkan hubungan antara Rasullullah dan umatnya. Harapnya semua yang berada disekeliling kita ini dapat menjauhi golongan-golongan ini.

Tak kenal maka tidak cinta, tidak cinta jika tiada usaha, bukan dimanakan usaha jika asyik mengkafirkan orang yang ingin berusaha untuk beroleh cinta rasulullah.

Sekadar renungan dan luahan hati kerana sedih dengan kejahilan insan……….

No comments: