Pages

Thursday, September 2, 2010

Ramadan yang dikasihi.....

Alhamdulillah diucapkan kepada semua, pertama dan selama-lamanya ayuhlah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Selawat dan salam buat buat junjungan besar Rasullullah S.A.W. yang suci daripada dosa dan noda pemilik syafaat terbesar, insan yang punya cahaya yang cahayanya menyinari seluruh alam.

Dengan berkah dan hidayah-Nya, Alhamdulillah diberinya penulis kekuatan untuk mencoret sedikit perkongsian untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Setelah sekian lama penulis mendiamkan diri dari medan penulisan sehinggakan penulis merasakan suatu keselesaan untuk tidak menulis. Petang tadi terdengar suara dari corong radio IKIM yang penulis sendiri tidak mengingati siapakah ahli panelnya, antara isi yang dibicarakan adalah mengenai penulisan, suatu perkongsian yang mudah namun banyak manfaatnya.

Selama ini penulis memfokuskan perkara sunat yang penulis wajibkan pada diri, jadi ahli panel berkenaan menyentuh mengenai kewajipan menulis paling kurang satu artikel seminggu. Sedikit tersentak kerana alpa bahawa penulisan juga bersifat dakwah dan terkadang dengan penulisan kita mampu mengubah dunia seperti mana yang dilakukan Jose Rizal terhadap negaranya Filipina.

Syukur mengenangkan kesudian Pencipta untuk memberikan lagi peluang untuk bersama dengan bulan penuh berkah ini, bulan yang menjanjikan sejuta kali manfaat buat semua yang menghargai. Sesungguhnya penulis merasakan sedikit kelainan pada tahun ini insyaAllah semoga sahabat-sahabat lain juga merasakan benda yang sama.

Semoga introduksi ini sedikit memberikan manfaat buat semua yang membaca terutama sekali buat diri penulis sendiri yang pastinya akan bertanggungjawab terhadap kata-kata ini.

Hari-hari yang berbaki ini penulis ingin menyerulah supaya sewajarnya marilah kita bertungkus lumus untuk bersama dan menghadirkan diri didalam kenikmatan ramadhan. Cubalah sedaya upaya untuk mencuba untuk merasai kelebihan ramadhan ini. Mungkin ada yang masih keliru untuk menghadirkan rasa beramadhan namun sebagai langkah mudah cubalah sehabis mungkin untuk mengasihi ramadhan. Alangkah ruginya jika kita menjadi insan yang diberikan peluang untuk kenikmatan namun melepaskan peluang berkenaan.

Disebalik kesibukkan mengejar cita-cita, jangan lupa ‘presentation’ kita dihadapan Allah yang sekarang ini kita menunggu untuk dipanggil giliran. Jika tidak cukup ‘requirement’nya maka gagallah kita maka tiada kegagalan yang paling dikesali daripada terhumban kedalam Neraka Jahannam.


No comments: