Friday, August 29, 2008
Tolong beri pendapat...............
disina penulis ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku pada diri sahabat penulis,pada mulanya penulis hanya ingin mencari dan nak tambah sahabat2,namun tika penulis sedang asyik 'berchatting',ade seorang lelaki bernama syam(bukan nama sebenar)menceritakan masalahnya,oleh sebab kami 'chatting' dalam group yang besar jadi bnyaklah sahabat2 yang menghulurkan bantuan dalam nak membantu si lelaki ni,penulis juga berkesempatan unntuk menghulurkan bantuan,penulis menberikan e-mail penulis kepada lelaki tersebut dan alhamdulillah dia sudi berkongsi masalah tersebut dengan penulis.
Pada permulaan sesi luahan rasa itu,penulis tidak dapat menggagak kerana sewaktu 'chatting' dalam kelompok yang besar lelaki tersebut enggan meluahkan masalahnya mungkin sebab rasa melu yang menyelaputi diri.dia memulakan dengan bertanyakan sama ada penulis pernah bercinta atu pun tidak?dengan rasa agak kekok,penulis menjawab dengan jujur kerana penulis percaya jika kita jujur dalam nak sesuatu hal isnsyaAllah hasil yang kita dapat akan menghasilkan impak yang maksima.
setelah pelbagai soalan yang dia ajukan kepada penulis,lantas takut pelbagai lagi rahsia terbongkar huhuhu,penulis pun bertanya mengenai masalahnya,ternyata tanggapan penulis mengenai dia lantaran soalan berkaitan cinta menjadi isu benar kerana dia dalam keadaan bercinta.padamulanya penulis menyangka dia ingin mengeluarkan masalah berkaitan hati,ternyata meleset apabila dia menyatakan dia melakukan maksiat dengan kekasihnya.penulis cube beranggapan baik,penulis tidak mahu membuat andaian sendiri,penulis bertanya kepadanya,maksiat ni ada banyak jenis,yang ringan atau yang berat?(mantiq).
'paling beso' inilahjawapan yang diberi.terkejut dan kaku kerana dia menyatakan mereka sudah menjadi ibarat suami isteri dan menyatakan kesukaran untuk berhenti dari melakukan benda tersebut.apabila ditanya mengapa tidak kawin saja dari terus membiarkan diri dibuai taufan Lanina?namun dia menyatakan lagi masalah baru,keluarga sebelah dia tidak merestui perhubungan mereka,walaupun dia telah berbincang dengan baik namun keluarganya tetap berkeras.Justeru dia sekarang berada dalam keadaan tersepit malah membawa pemulis sendiri untuk turut tersepit kerana tidak dapat memberi jawapan padu padanya.tidak mungkin penulis nak mencadangkan agar menurangkan kekerapan mereka 'bersama',tidak munkin penulis nak menggalakkan dia untuk menderhakai kedua orang tuanya.jadi penulis benar2 mengharapkan kesedian sahabat2 kerana ini merupan masalah saudara kita.dia sudah mempunyai rsa untuk berubah justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu,insyaAllah jawapan sahabat2 nanti akan saye sampaikan pada dia dan mengharapkan akan perubahan pada dirinya insyaAllah.......bantulah saudara kita..
Friday, August 22, 2008
21ogos yang lebih utama
TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).
Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.
Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.
Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.
Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.
Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.
Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.
Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.
PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.
Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.
Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.
Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.
*Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, artikel asal DI SINI
Minyak?????

Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan masih mampu dan berpeluang untuk meninngkatkan amalan kita insyaAllah,hari ni merupakan suatu hari yang cukup bermakna buat semua rakyat MAlaysia dek kerana penurunan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tika ini,justeru kita sebagai orang islam wajar mengambil sikap positif dalam menilai tindakan kerajaan yang mana mungkin akan terdapat pelbagai spekulasi berikutan tindakan tersebut,biarpun ada namun tindakan ini sedikit sebanyak membantu dalam meringankan beban rakyat terutamanya yang miskin.Alhamdulillah kitapanjatkan sekali lagi.mari kita ambil iktibar dari peningkatan harga minyak yang lepas,apakah yang mendorong sehingga berlakunya peningkatan yang sedemikian rupa.
memang secara lahiriahnya terdapat kegiatan yang tidak sepatutnya yang mendorong peningkatan tersebut namun kita sebagai umat islam wajar berfikir secara islam.bagi orang "non-muslim" mereka aka berpendapat ini adalah salah orang yang menguruskannya dan pelbagai lagi tuduhan.memang jika dikaji secara mendalam ada betulnya namun sebagai umat islam adakah kita juga perlu berfikiran seperti non-muslim,semestinya tidak kerana kita(muslim) adalah berlainan dari agama-agama yanng lain.
Apabila kita check dari segi akidah,apa salah kita?
Mari rujuk Kitab yang menjadi panduan kita,surah Ibrahim Ayat 7:Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambahi (nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu)maka pasti azabKu sangat berat.
Kita tanya diri kita adakah selama ini kitamemandu atau membonceng kenderaan untuk mengisi minyak,lepas isi kita bersyukurkah?pastinya tidak,hanya segelintir sahaja yang bersyukur.itulah silap kita,kita tidak mensyukuri nikmat tersebut,apabila nikmat itu ditarik(mahal),kita tidak menyalahkan diri kita pun tetapi menyalahkan pihak yang lain,ini pemikiran orang islam yang sebetulnya,jika non-muslim datang dengan hujah-hujah dalam melawan isu minyak ini,kita yang mengaku beriman ini harus juga datang dengan hujah-hujah yang mantap beserta akidah yang turut mendominasi pemikiran,itu lebbihnya umat islam berbanding umat yang lain,insyaAllah marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menjalani hidup yang sementara ini,hidup biar berakidah......
Tuesday, August 19, 2008
Cincin Pertunangan Ceksue
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
Seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari Kita menyimpan kuku yang panjang.... Bayangkanlah dosa yang telah Kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... Potonglah kuku anda.
Jangan Ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana IA tidak membayangkan kesucian Dan IA juga bukan budaya Kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil Dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya yang menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, DLL.
Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan Dan mahu anak yang pandai Dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang Sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun Kita Mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan Dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw kepada Saidina Ali rhu sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
Dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk Dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
saudara Dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan Dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja Kita mendapat laknat dari Allah Swt kerana Memakai cincin Dan kalau Kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.
Saturday, August 16, 2008
10 wasiat Imam Hassan Al-Banna
Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik
ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab
yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak
memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh
sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana
percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya
sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.