Pages

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul S.A.W.

Alhamdulillah diucapkan kepada Allah tuham semesta alam diatas karuniaan yang telah diberi sejak lahir sampailah sekarang, setinggi-tinggi ucapan penghargaan penulis tujukan kepada semua yang sudi meminjamkan kenikmatan kurniaan mata barangkali sekejap untuk membaca blog penulis.

Hari semalam merupakan suatu hari yang cukup bersejarah bagi kita semua umat islam kerana pada hari semalamlah seorang yang berjiwa besar telah pun dizahirkan akan kehadirannya dimuka bumi, kedatangannya ditunggu-tunggu, kedatangannya dinanti-nati. Beliaulah yang telah Berjaya merobah senario masyarakat dunia amnya, berkat kehadirannya jugalah kita semua memperoleh kenikmatan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kaum-kaum tertentu sahaja. Hari semalam tidak normallah bagi seorang umat yang mengaku beriman tidak menyedari akan kedatangan hari semalam. Tidak sempurna iman seseorang itu jika hari semalam tidak disyukuri, nyata jugalah jika seseorang itu tidak menyedari hakikat hari semalam, maka ternyata imannya hanya dilidah namun tidak diambil peduli akan dihati. Hari semalam merupakan hari maulud nabi junjungan besar Muhammad S.A.W. dalam quran Allah berfirman:
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157
sebagai untuk berkongsi perayaan hari maulud ini pertama sekali disambut sewaktu dizaman pemerintahan Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi. Tujuannya adalah untuk mewujudkan rasa kecintaan yang tinggi terhadap junjungan besar S.A.W. disampin itu diwaktu perayaan ini juga disambut untuk mewujudkan rasa semangat kepada tentera Muslimin ketika itu bagi menghadapi perang salib bagi menawan kota Palestin.
insyaAllah sama-samalah kita semua menghadirkan dalam diri masing-masing rasa kebesaran, rasa kecintaan, rasa kesyukuran, rasa rendah diri, rasa kehinaan dan banyak lagi rasa yang dapat meleraikan keegoan yang saban hari membelenggu hati, pada 1400 tahun yang lalu hari semalam merupakan hari yang bakal merobah dunia, hari yang diberkati diatas lahirnya kekasih Allah ini. Jadikan hari semalam juga sebagai titik tolak dalam diri kita untuk berhijrah daripada buruk kepada baik akhlak, daripada ego kepada lembut hatinya. Ambillah berkat hari semalam untuk dijadikan motivasi untuk menempuh hari-hari yang akan mendatang, insyaAllah semoga kita semua berada didalam keredhaan-Nya…..

No comments: