Pages

Friday, March 20, 2009

Program jalinan Kasih 04....






















Assalamualaikum kepada semua, Alhamdulillah pada 6-8 mac yang sudah penulis berjaya mengikuti sebuah program yang telah sekian lama penulis idamkan…sebelum penulis berkisar mengenai program tersebut, suka penulis untuk menceritakan sesuatu yang terjadi sebelum penulis membuat pilihan untuk pergi ke program tersebut.

Secara ringkasnya, penulis pada mulanya berada dalam keadaan yang serba salah untuk memilih antara 2 program yang bagi penulisp punya kelebihan yang tersendiri, diantara program jalinan kasih(orang asli) ataupun perhimpunan 100 ribu rakyat menentang PPSMI.

Sebagai pengenalan, program jalinan kasih ini antaranya berkisar mengenai dakwah, mendekati orang asli, memberikan tunjuk ajar mengenai agama dan hal-hal berkaitan,program ini merupakan program yang penulis cuba untuk pergi selama 3tahun, bermula dari matrikulasi hinggalah seminggu yang sudah. Dahulunya ada sahaja aral menghalang hajat penulis untuk turun kesana, mungkin tiada jodoh dan Alhamdulillah penantian itu nampaknya sudah tamat.

Perhimpunan 100 ribu rakyat pulak lebih menjurus kepada suatu perjuangan menentang dasar yang dilaksanakan kerajaan dalam sistem pendidikan Negara yang mana system pembelajaran peelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ini merupakan isu umat Malaysia, ini merupakan isu jatuh naik masyarakat islam Malaysia, masyarakat melayu , jatuh naik Negara Malaysia, isu yang akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang akan mempunyai modal insan yang lemah dalam aspek akademiknya. Himpunan sebagai satu mesej yang akan rakyat tunjukkan kepada kerajaan yang zalim.

Maka berlakulah dilemma dalam jiwa penulis, mana yang harus diutamakan, dakwah ataupun himpunan, agak lama penulis memikirkan. Namun Alhamdulillah Allah telah memberikan suatu ilham yang mana memberikan penulis kesedaran terhadap apa yang sedang penulis lakukan, penulis menyertai gerakan atas sebab apa?mahu tidak mahu atas dasar dakwah, atas dasar kesedaran untuk bangun membuat perubahan, terus penulis menyimpulkan cukuplah sahabat2 yang lain disalurkan untuk himpunan tersebut, pokoknya semua perlu berkorban, penulis disalurkan kepada usaha dakwah manakala sahabat yang lain untuk menyatakan bantahan, masing-masing memainkan peranan. Perihal dakwah merupakan agenda utama….

Selesai solat jumaat, penulis mula memperkemaskan diri dengan ilmu-ilmu asas dalam islam, fardhu ain dan sebagainya kerana penulis percaya inilah yang akan penulis tekankan dalam misi dakwah kali ini. Penulis merasakan fardhu ain merupakan batu asas yang perlu diserapkan dalam jiwa penduduk kampung orang asli ini kerana penulis didedahkan akan amalan masyarakat disana yang perlu kepada perkara asas sebelum melangkah kepada perkara yang lebih jauh.

Bertolak selepas maghrib menuju ke UIAPJ dengan perkhidmatan awam membuatkan penulis dapat menggambarkan akan kesesakkan yang akan penulis hadapi kerana tika itu merupakan waktu yang lazimnya kesesakkan akan berlaku tetapi Alhamdulillah Allah memberikan pertolongan, entah mengapa tiada kesesakkan yang berlaku, semuanya berjalan lancar.

Setibanya di UIAPJ, setelah hampir beberapa ketika, perjalanan bermula lebih kurang dalam pukul 1 pagi, sementara menunggu tiba di destinasi, tidor jela, Alhamdulillah perjalanan yang merentasi jalan berliku akhirnya tiba juga di pekan Jinglet kalau tak silap, beriktikaf sebentar di surau An-Nur yang tidak jauh dari situ sementara menunggu subuh. Keadaan yang sejuk(maklumlah Cameron) cukup menenangkan jiwa, sahabat penulis yang datang dari UIA kuantan epah ada membawa bersama DSLR. Hah…ape lagi? Berpesta la penulis mengambil gambar disana dan disini.

Selesai solat dan selesai sedikit perbentangan mengenai misi program perjalanan ke dalam hutan pun bermula,perjalanan yang mengambil masa hampir sejam memang memenatkan. Keadaan jalan yang ‘bertar’ cukup mengoncang badan dan segalanya, pelbagai ragam dapat dilihat,huhuhu.

Setelah sekian lama ‘bersenam’ didalam trak disepanjang perjalanan,akhirnya tiba juga, mulanya penulis mengjangkakan kampung orang asli ini agak besar tetapi ternyata tanggapan tersebut meleset. Ianya hanyalah sebuah kampung yang mengandungi lebih kurang dalam 15 buah rumah. Beberapa ekor anjing yang diibaratkan seperti kucing kerana di kampung tersebut ada jugak penduduk yang beragama kristian. Alhamdulillah jugak kerana dengan kedatangan kami ini dapat menyelamatkan surau yang bakal dirobohkan kerana tidak digunakan, sedih dan terharu mendengarnya, surau yang dibina oleh sahabat-sahabat itu baru berusia setahun, waktu itu sahabat2 penulis bertungkus lumus masuk keluar hutan mencari kayu-kayu untuk membina surau tersebut.

Agak terkejut jugak penulis pada awalnya kerana sesetengah rumah disitu juga dilengkapi dengan ASTRO. Ditengah-tengah hutan yang memang tiada sumber elektrik dan hanya berbekalkan tenaga solar dan air bukit, ada juga servis ASTRO ni, namun penulis diberitahu kebanyakkan rumah yang mempunyai servis ini adalah milik warga kristian, beginilah cara mereka berdakwah, menggunakan material sebagai umpan. Malahan mubaligh kristian akan selalu mengunjungi kampong ini sekurang-kurangnya seminggu sekali, sedih dan tercabar mendengarnya, kami tidak mampu melakukan seperti itu, hanya mampu setahun sekali, mengapa tiada orang islam yang mehu melakukan perkara yang sama seperti mubaligh kristian sanggup melakukan sedangkan agama kita yang banar dan diredhai.

Secara keseluruhannya untuk tahun yang keempat ini, misi akan lebih tertumpu kepada pengukuhan dan pendedahan tentang islam akan dilaksanakan kerana ada yang menceritakan penduduk disitu hanya akan solat jika ada pendakwah yang berkunjung disana, mendengar perkara tersebut penulis sebak, rasa macam nak bermastautin disana sahaja huhuhu(kuat pulak Iman).

Sebagai aktiviti yang pertama, kami mulakan dengan membersihkan kawasan sekitarnya, ada yang mengutip sampah, ada yang memotong rumput, ada yang bermain dengan anak-anak kecil, ada yang bersembang dengan penduduk kampong, masing-masing memainkan peranan untuk menghidupkan suasana yang positif, seorang penduduk disana turut sama untuk melakukan kerja bersama kami, kalau kami memotong rumput secara ‘manual’ namun abang mad ini menggunakan mesin rumput, huhu lagi maju nampaknya, penulis pun mengambil peluang menggunakan mesin rumput buat pertama kalinya, kalu sebelum in hanya banyak melihat dan agak takut, tapi penulis punya alasan tersendiri mengapa perlu melupakan akan kelemahan diri untuk dakwah ini, bagi penulis kata-kata sahaja tidak akan mampu memberikan impak yang tinggi dalam hati seseorang, seorang pendakwah perlu melakukan lebih dan bukan berkisar kepada kata-kata yang berbunga yang memikat hati semata-mata.

Sebeanrnya dalam banyak-banyak aktiviti yang penulis dan sahabat-shabat lakukan, antara yang benar-benar menyayat hati penulis adalah dimana kami mengajar anak-anak dan ibu bapa disana untuk mengaji Al-Quran. Dalam keadaan tanpa bekalan elektrik, kami hanya menggunakan cahaya lilin dan beberapa lampu suluh bagi mengajar, suasana yang cukup sedih dan mengingatkan penulis akan mungkin begini lah suatu masa dahulu pengarajan dilakukan oleh ulama’-ulama’.

Namun kebersamaan kami warga Gombak dan kuantan tidak lama kerana kami harus pulang kerana ada kerja yang harus dilakukan, sedih bangat…..banyk lagi aktiviti yang sepatutnya dilakukan tidak dapat penulis sertai namun insyaAllah tahun hadapan jika ada peluang dan ruang, penulis akan berhijrah lagi kesana…. Semoga warga disana diberikan petunjuk hidayah dan taufiq atas apa jua kerja yang dilakukan…….



4 comments:

munadhia said...

salam. waah. sy sgt suka program yg mcm ni. huhu. ble agknya berkesmpatan...pape pon, hidup yg beginilah lbh brmakna kn. hidup untuk memberi...

pengembara kehidupan said...

tak nak cakap thanks kat aku ker???? huhu... moga ko terus diberi kekuatan untuk menjadi murabbi dan mutarabbi.

Ceksue said...

wassalam huhuhuh hmm terima kasih asila sebab ajak g pgram tuh,sory lambat nak ucap terima kasih....seronok sangat kot, hmm xpe2 semoga amal yang baik yang dilakukan disana turut sama dirasai tempiasnya oleh sahabat2 semua.

wat munadhia= wassalam... hmm memang sengat seronok, insyaAllah klu ada lagi program cm ni dan kalau ada kelapangan boleh je nak join klau sudi.....

zalizalu said...

aku rasa laa kan, kita patut guna duit zakat untuk membantu orang yang tertarik dengan islam ni...
bukan apa, duit zakat berlambak3 sampai tak abis setahun tp enta hilang kemana...
walaupun islam bukan agama yang materialistik, tp tak salah membantu mereka dengan memberi sumbangan macam ni supaya mereka lebih berminat mendalami islam...
mu pk2 kan lah