Pages

Thursday, July 23, 2009

perubahan DIRI....(^-^)

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca yang budiman, Alhamdulillah didalam penulisan yang pendek ini penulis berkesempatan untuk menjenak beberapa isu dan perihal kemaslahatan yang berlaku disekeliling ruang lingkup kehidupan penulis.

Sebagai suatu perkongsian kiranya, penulis ingin sedikit menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar-legar didalam jiwa penulis yang sekian lama penulis pendamkan. Untuk sebagai perkenalan kepada yang belum mengenali penulis, penulis merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Kuliah Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa, maka yang memahami akan kehidupan seorang pelajar arkitek. Pasti mengetahui liku-liku yang dilalui.

Suasana yang agak tidak bertepatan dengan jiwa mengundang pelbagai masalah didalam diri penulis pada peringkat awal keterlibatan didalam kuliah ini. Namun Alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan sahabat-sahabat yang lain, penulis cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan didalam masa yang sama mengawal diri dan peri laku. Memang sukar namun itulah yang dihadapi.

Namun sudah menjadi lumrah kehidupan, dimana sahaja, dimana jua, akan ada yang berlawan pendapat dengan apa yang kita lakukan baik sesuatu itu merupakan kebaikkan mahupun keburukkan. cemuhan kearah keburukan itu memang baik dan digalakkan, tetapi dunia sekarang sudah terbalik kiranya. Kebaikkan yang dikerjakan pula dicemuh, dipandang sinis dan dianggap golongan ‘primitif’. Suasana ini amat bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. mafhumnya:

Islam datang secara dagang(asing), dan akan kembali didalam keadaan dagang(asing).

Dari tafsiran hadis berkenaan, hadis ini telahpun menampakkan zahirnya, Islam kini dipandang sinis, agama itu dianggap hak individu, bercakap agama dan sebagainya hanya ditempat-tempat yang tertentu. Perkara-perkara dunia tidak bercampur dengan agama. Harus diasingkan jika tidak dipandang dengan pandangan yang hina.

Mungkin dimalaysia memakai tudung itu normal, tetapi disesetengah tempat, tudung sudah boleh dianggap jenayah. Masalah yang berlaku kadang-kadang sukar untuk difikirkan. Mengapa insan begitu susah untuk berubah? Apa yang menyebabkan masalah sosial kini terlalu menular walaupun disebuah institusi ISLAM.

Pokok asalnya kita lihat kepada umbinya, mengapa manusia susah untuk berubah, untuk berubah, kita selalu mengaitkan dengan benda-benda disekeliling contohnya suasana, masa dan sebagainya. Namun perubahan itu PERLU BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI, guru,ibu bapa, rakan-rakan, suasana dan sebagainya HANYALAH sebagai penunjuk jalan, pokoknya kita yang memilih untuk mengikuti jalan yang betul ataupun tidak.

Mustahil bagi seorang manusia untuk senantiasa mahukan dirinya berada didalam keadaan kejahatan berpanjangan, pasti terdetik didalam hati kemahuan untuk berubah, namun hidayah tersebut tidak disusuli dengan tindakkan, hanya tinggal kemahuan dan kemahuan in akan terus datang dan datang mengetuk pintu hati sehinggalah kematian menjelma dan tika itu, kemahuan tersebut sudah tiada nilai.

Kemahuan untuk berbuat kebaikkan ini jelas menunjukkan bahawa Allah masih memberikan harapan dan masih berharap kita untuk bertaubat. Namun diantara kesilapan besar didalam hal ini adalah, apabila hidayah ditiup kedalam hati, kemahuan untuk berbuat kebaikkan akan terdetik, saat itu, segala kejahatan dan dosa akan disesali, ibaratnya sudah tidak mahu mengulangi lagi, namun datang rakan-rakan yang mempengaruhi, mempengaruhi didalam erti kata menghina dan memerli akan perubahan yang baru terjadi didalam diri, maka sifat malu terhadap kebaikkan dan malu terhadap rakan-rakan akan membuatkan diri kembali kepada insan yang lama(kejahatan).

Proses ini akan terus berlaku dan berlaku, ada juga manusia yang malu untuk berbuat kebaikkan bimbang takut diperli rakan sebaya contohnya:

si fulan ini tidak pernah ke masjid, usia semakin meningkat, apabila diajak, alas an yang diberi adalah malu kerana selama hidup tidak pernah ke masjid”

Terdapat banyak lagi suasana yang menjelma didalam diri masyarakat kita baik remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat orang tua.

Semoga masalah yang membelenggu kita semua termasuk penulis sendiri dimudahi dan semoga petunjuk hidayah dan taufiq senantiasa menjelma didalam diri kita semua….AMIN……………………..

1 comment:

Ibnu Yusoff said...

jazakallahu khairan kathira ya akhi..teruskan perjuangan kamu sahabatku..smoga Allah taala terus berkati hidup kamu..insya Allahu taala..