Pages

Sunday, August 2, 2009

Futur Jamaah.....

Istilah ‘penat’ amat digeruni aktivis-aktivis dakwah, baik diperingkat tertinggi sehinggalah ke peringkat bawah. Istilah yang telah meragut banyak aktivis-aktivis yang sebelum ini begitu lantang kehadapan memperjuangkan manhaj perjuangan. Perjuangan menentang dasar yang tidak dipersetujui.

Permulaan yang begitu dilihat amat hebat tiba-tiba layu dipertengahan. Penulis juga tidak terkecuali terlintas untuk termasuk didalam golongan tersebut, golongan yang disebut sebagai golongan yang tercicir, tercicir kerana semangat yang berkobar-kobar yang tidak diikuti dengan kefahaman yang jitu, namun penulis cuba untuk memberikan kefahaman didalam diri lebih menebal agar tidak terjerumus kedalam lembah kehinaan itu dengan lebih dalam,

Namun penulis merasakan perlu untuk penulis berkongsi sedikit sebanyak akan kefahaman yang penulis percaya menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ‘futur’ jemaah ini berleluasa. Secara keseluruhannya penulis membahagikan sabab musabab ini kepada tiga bahagian:

· Kefahaman

· Beban yang tidak tertanggung

· Jamaah

Kefahaman.

Mengapa perlu berkecimpung didalam hal-hal dakwah?

Kenapa perlu menyampaikan ilmu kepada orang lain?

Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?

Sempurnakan aku untuk menyempurnakan orang lain?

Persoalan-persoalan ini merupakan antara lain menyentuh hal-hal berkaitan kefahaman. Sekiranya kefahaman tidak diletakkan pada peringkat ini, maka seseorang aktivis itu hanya akan bersama hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, mungkin hanya dikampus, dan mungkin hanya satu program,

Apa yang kita lihat hari ini, memang tidak dinafikan hebat sifulan bin si fulan itu berbicara dan mengeluarkan buah bicara dan ide, namun setelah habis pengajian, yang tinggal hanya jejak, pada peringkat kampuznya hebat didalam melawan dan membantah sesuatu isu mahupun isu kampuz atau isu global, namun hanya untuk seketika.

Apabila kefahaman tidak digarabkan pada peringkat awal, maka terhasillah golongan-golongan begini, ini kerana golongan ini tidak dapat memahami erti berjuang berdasarkan ilmu atau semangat, semangat perlu ada tetapi kefahaman adalyang utama, kefahaman perkara asas, semangat boleh luntur dengan berlalunya masa dan usia, namun jika kefahaman ditanam diperingkat awal, maka tiada apa yang boleh menghalang. Islam sendiri menekankan kefahaman didalam beramal, sebab itulah ilmu itu perlu hadir dengan amalan supaya ilmu itu difahami dengan jelas melalui pemerhatian. Ilmu sebagai memberikan ‘general views’ amal sebagai ‘observation’ yang akan memberikan ‘extra explanation’ terhadap ilmu yang dipelajari.

Beban yang tidak tertanggung…

Sem ini aku sibuk la….

Aku nak focus kepada study dulu,

Mak ayah aku hantar aku untuk belajar, bukan wat benda ni je….

Ini merupakan istilah-istilah yang selalu dikeluarkan golongan yang ‘penat’. Istilah yang kadang-kadang membuntukan pucuk pimpinan untuk menjawab dan terpaksa merelakan pemergian aktivis mungkin untuk seketika. Pucuk pimpinan akan tertanya-tanya dan bingung mengapa ini berlaku, beliau yang dahulunya begitu hebat telah mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan ini.

Untuk melihat sabab musabab ini, sebenarnya ini semua berlaku antara lain bertitik tolak dari kepimpinan itu sendiri, beban yang diberikan kepada individu itu terlalu banyak, tekanan dari pimpinan terlalu tinggi, walaupun didalam mesyuarat dikatakan dengan pelbagai kata-kata indah seperti ;jangan buat kerja sorang-sorang’ dan sebagainya, namun hakikatnya tekanan diberikan secara tidak langsung.

Perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai tahap ilmu yang berbeza, mempunyai kefahaman yang berbeza, mempunyai ‘general view’ terhadap sesuatu isu yang mungkin berbeza,pimpinan tidak boleh menganggap semua ahli dan pimpinan mempunyai fikrah yang sama.

Melalui perbezaan ini, maka golongan sasaran ataupun ruang lingkup dakwah dan ‘level’ kepimpinan seseorang itu adalah berbeza. Ulama’ mempunyai peranan yang besar kerana kefahaman dan ilmu yang dimiliki, itu ulama’, mahasiswa mempunyai ruang lingkup dakwah yang berbeza, pokoknya semua orang mempunyai perbezaan. Jadi pimpinan perlu taaruf, tafahum dan takaful ahli masing-masing. Apabila pimpinan kenal ahli, maka kerja-kerja akan dibahagikan menurut kelayakkan dan ini akan memberikan gambaran yang positif terhadap ahli, ahli akan beranggapan melakukan kerja dakwah ini seronok, menjadi aktivis dakwah ini menenteramkan jiwa, membuang tekanan belajar dan sebagainya.

Didalam sebuah hadis:

Sabda nabi S.A.W. maksudnya:

“wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya(amanah).

Riwayat Imam Muslim.

Didalam hadis ini, hatta Abu Zar sendiri yang merupakan sahabat nabi yang warak dan zuhud, namun begitu amanah jawatan dan politik berhajatkan ciri-ciri yang lebih dari itu yang bukan semua manusia memilikinya.

Jamaah.

Untuk yang ketiganya adalah hal-hal yang berkaitan jamaah itu sendiri. Jamaah yang hanya gah pada nama, yang hanya gah pada sejarah jamaah itu sendiri, jamaah yang asyik-asyik menginkap kisah kuno kejayaan jamaah sendiri hingga lupa dan alpa akan apa yang sedang berlaku dihadapan mata sendiri, apabila kesatuan jamaah yang longgar yang membiarkan seseorang ahli hanya merasakan kehadiran jamaah jika terdapat sesuatu peristiwa sahaja akan membuatkan semangat ahli mundur, sedangkan untuk membina kasatuan fikrah, membina kesatuan pemikiran, untuk membina ukhuwah yang mantap memerlukan setiap ahli jamaah untuk senantiasa bersama dan tidak hanya pada masa yang tertentu sahaja.

Setiap ahli jamaah mempunyai masalah yang tersendiri yang tidak semua ahli sudi untuk menceritakan dalam bentuk ‘mass’. Akan ada segelintir yang bersifat “jika tidak dipecah ruyung, manakan nak dapat sagunya” sifat yang memerlukan pimpinan,naqib untuk melakukan ‘face to face’ yang bersifat individu, yang bersifat privasi ini perlu diberi perhatian. Sekiranya ahli dibiarkan sahaja tanpa proses “follow up”. Keyakinan dan kebergantungan ahli terhadap jamaah akan terhakis, segala semangat yang terhasil dikala tamrin akan pudar, ahli akan merasakan jamaah hanya pada hal-hal yang tertentu sahaja, maka tanggapan ini akan terus-menerus terhasil sehingga akan berlaku tanggapan, jamaah hanya untuk keagamaan sahaja dan tidak pada hal-hal yang melibatkan privasi. Ini bolrh kita umpamakan sebagai tanggapan masyarakat terhadap kepentingan institusi masjid, agama yang hanya berkisar dalam hal-hal agama sahaja(sekularism)

Ini baru tiga faktor yang diketengahkan yang bagi penulis antara punca utama hilangnya kaderisasi, punca yang harus diberi keutamaan oleh pimpinan, mungkin pada orang lain, terdapat faktor yang jauh lebih penting yang harus diberi penekanan, namun inilah yang penulis mampu berdasarkan tahap ilmu penulis yang cetek ini.

Semoga kekurangan yang ada akan diperbetulkan untuk kebaikkan bersama…Wassalam.

No comments: