Pages

Wednesday, December 24, 2008

Kaed digempur......................


Pada 24 aribulan 12 merupakan satu hari yang cukup memeranjatkan buat seluruh warga KAED. Sekitar petangnya, penulis diberitahu akan kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pesyarah studio kami bro shukri. Dengar kata dia tersadung dan terjatuh sambil membawa barang berupa kaca. Secara zahirnya penulis merasakan itu kemalangan yang biasa. Terus penulis yang baru sudah menunaikan solat asar bersama sahabat halim dan ali bergerak menuju ke LT2 untuk menghadiri kelas untuk mendapat lebih maklumat tentang projek yang bakal dilakukan nanti.

‘Nampaknya dewan sudah agak penuh’,tetapi tak mengapa kami meluru masuk dan mengambil tempat duduk. Tutorial yang disampaikan oleh madam Zuraini adakalanya kelakar dan adakalanya serius. Malah satu benda yang beliau sentuh adalah kekurangan kami pelajar KAED untuk menghubungkaitkan projek dengan ayat-ayat Quran dan As-Sunnah, satu tamparan dan satu cabaran bagi penulis.

Setelah beberapa ketika. Ketua pentadbiran kuliah senibina datang dengan wajah yang berlinangan air mata, kuliah terhenti.semua tertanya-tanya apa yang berlaku. Terus diumumkan akan pemergian Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof . semua terkejut, beliau yang begitu rapat dengan pelajar-pelajar telah meninggalkan kami semua malah penulis tidak sempat barang sesaat pun untuk berguru dengan beliau.


Akhir sekali apa yang penulis ingin kita semua ambik iktibar adalah sewajarnya kita semua senantiasa beringat dan berwaspada dengan janji Allah yang mana Dia tidak akan melengahkan barang sesaat pun kematian seseorang itu. Kesihatan yang baik tidak menjamin kita akan hidup lama. Apa yang berlaku ini wajar kita berjaga-jaga, mungkinkah kita seterusnya,bagaimana kita akan mati?siapa yang bersama dengan kita tika saat nyawa ditarik malaikat maut?dimanakah kita akan mati?ditempat baik atau dimajlis yang menjurus kepada neraka?tanyakan dalam hati masing-masing.


Al-Fatihah buat Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof……………..semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang soleh.dihindari dari siksaan kubur dan dijauhi dari neraka jahannam….Amin……….

Monday, December 22, 2008

Pengajian disebuah Universiti Terbaik......





Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat blog penulis tika ini, alhamdulillah setelah lebih sebulan penulis berada dalam percutian dari meja kuliah dan meja studio, akhirnya rehat tersebut sudah hampir berlalu, syukur juga kepada semua yang sudi memberikan penulis kesempatan untuk mengikuti pelbagai program yang begitu memberikan penulis satu ribu macam pengalaman dan ilmu baru yang insyaAllah akan dipraktikkan di campus nanti.

Diantara program yang begitu memberikan kesan kepada penulis adalah pengajian pondok di maahad Tarbiyyah Islamiah Derang, pengajian yang mengambil masa selama tiga hari berturut-turut tersebut dilakukan dalam masa tiga hari berturut-turut bagi mengkhatam kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Ghazali.

Diantara Tuan Guru yang mengajar kami adalah Ustaz Majid, Ustaz Abu-khair,Ustaz Ilyas, dan Ustaz Hafiz.
Kitab yang mengandungi tiga bab ini dibahagikan kepada tiga orang Ustaz, bab tersebut adalah :-

Pendahuluan (ustaz hafiz)
Bahagian pertama:Adab-adab melaksanakan ketaatan.(ustaz Ilyas)
Bahagian kedua: cara-cara meninggalkan maksiat. (ustaz Majid)
Bahagian ketiga: adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan tuhan dan dengan makhluk. (ustaz Abu khair)

Pembelajaran yang bermula seawal jam 8.00 pagi begitu memberikan kesan yang diharapkan oleh penulis akan berkekalan lama, pelbagai huraian diberi dan bermacam-macam contoh dan hadis dilampirkan bagi menguatkan lagi pegangan sesuatu hukum dan pendapat begitu menyeronokkan kami semua yang mengikutinya.


Namun penulis tertarik untuk berkongsi mengenai satu cerita yang diceritakan oleh Ustaz hafiz, dahulunya sebelum dia menceburi bidang ini dengan lebih dalam, beliau merupakan seorang pegawai di syarikat Maybank, lantas berkat hidayah yang datang berserta dengan taufik yang turut sama datang berkunjung membuatkan ustaz meninggalkan jawatan tersebut dan memfokuskan diri pada bidang yang diceburinya sekarang, beliau merupakan pendaftar keseluruhan bagi Maahad Tarbiyyah Derang ini.

Sebenarnya terdapat banyak cerita yang menarik yang rasanya tidak mampu penulis menceritakan dalam ruangan yang kecil ini namun penulis akan cuba sedaya upaya untuk memberikan gambaran yang dirasakan terbaik bagi menggambarkan keseronokkan belajar dipondok ini, malah pembelajaran ini jauh lebih seronok daripada belajar di mana-mana universiti yang ada dimuka bumi ini kerana ilmu yang diajar disini adalah ilmu yang mampu memberikan kesejahteraan didunia akhirat.

Kitab ini pada pendapat penulis lebih menjurus kepada tarbiyyah hati, nafsu. Satu kitab yang memang penulis mencari-cari kerana dari segi inilah penulis kerap tewas dengan godaan nafsu disebabkan hati yang tidak terurus serta hati yang acap kali diselubungi dosa.

Penulis sempat bertanyakan pelbagai persoalan yang mana sebelum ini begitu menyellubungi penulis dan Alhamdulillah sedikit sebanyak jawapan yang diberikan tuan guru Berjaya menaikkan semangat penulis.

Tetapi penulis agak terkilan dengan satu kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan akan kitab-kitab hasil karya Imam Ghazali, ada yang mengatakan kitab Ihya’ Ulumuddin karyanya wajar dibuang kerana ada kesalahan yang tertentu. Satu kenyataan yang menyedihkan. Bagi penulis secara jahilnya penulis begitu sedih dengan sikap sesetengah pihak yang begitu. Kita asyik menyatakan akan kesalahan seseorang sedangkan kita sendiri itu tidak menyumbang apa-apa pun pada Islam. Terus penulis menyeru kepadasemua agar mengamalkan sikap yang lebih keterbukaan dalam menerima pendapat manusia yang lain kerana sebagai manusia kita tidak lekang dalam melakukan kesalahan, apa yang diharapkan kesalahan yang dibuat dalam kesedaran itu akan terampun sebelum kita menemui ajal nanti insyaAllah.

Tuesday, December 9, 2008

sekolah ohhhh sekolah....


Salam ukhuwah kepada semua yang sudi melampirkan matanya untuk menatang blog yang tidak seberapa ini. ucapan terima kasih buat semua yang sudi meninggalkan komen-komen yang kadang-kadang memberikan penulis satu kesedaran, segala kesalahan yang terdapat dalam blog ini sama ada secara tidak sedar ataupun tidak adalah diharapkan agar kemaafan itu senantiasa berada dihati semua pihak, sesesungguhnya penulis adalah seorang yang senantiasa melakukan kesilapan berbanding yang sahih.

hari ini penulis datang brkunjung ke sekolah lama penulis yakni sekolah menengah Agama Islah, nampaknya sedang berlaku sedikit pengubahsuaian, maklum la tahun depan dijangka pelajar yang datang berdaftar akan berlipat kali ganda banyaknya, SYABAS kepada pihak sekolah yang terus menerus melakukan dan meningkatkan mutu sekolah AGAMA ini.

penulis datang berkunjung ke sekolah untuk mengambil borang pemdaftaran untuk adik penulis yang akan menyambung pelajarannya ke sekolah ini.adalah menjadi harapan yang besar bagi penulis melihat adik yang bongsu ini pandai AGAMA.

aku berjumpa dengan tukang kebun sekolah kami,bagi penulis dia bukan tukang kebun biasa kerana dialah satu-satunya tukang kebun yang juga merangkap ustaz yang selalu mengajar kat surau berdekatan, ilmunya masyaAllah.

penulis bersembang dengannya,katanya pelajar yang datang untuk belajar disekolah ini akan diterima sepenuhnya, maknanya tiada yang akan ditolak permohonannya,penulis bertanya blik dengan nada hairan," terima semua?"

terus dia mengeluarkan nada tinggi memarahi penulis, semua yang datang kesekolah ini dengan niat nak belajar agama,mak ayah nak tengok anak2nya tahu agama, mengapa pihak sekolah nak halang niat tersebut, kenapa pihak sekolah nak tolak? siapa yang nak bertanggung jawab kalau di akhirat nanti Allah tanya kenapa kamu tidak menerima pelajar ini masuk kesekolahmu untuk belajar AgamaKu,apa hak kamu untuk menghalang manusia belajar AgamaKu, nak jaga nama sekolah ataupun nak jaga masyarakat? persoalan yang baik,persoalan yang menyentuh semua institusa sekolah,university,dan sebagainya.

mari kita lihat situasi sekarang, sesetengah sekolah dan institusi keagamaan banyak menghalang pelajar-pelajar yang bermasalah dari belajar disekolahnya atas alasan pelajar ini akan membawa masalah kepada sekolah,pelajar ini akan memburukkan nama sekolah, bedebah dengan institusi pembelajaran yang menjalankan sistem ini.ingin menjaga nama sekolah tetapi tidak mahu menjaga masyarakat,sekiranya pelajar tersebut tidak berkualiti dari segi akademiknya jugak ditolak permohonannya,mengapa begini? apa pihak sekolah nak jawab depan Allah nanti? kebal sangatkah badan untuk menampung kepanasan Neraka kelak.

apa yang sepatutnya pihak pengurusan lakukan?

sepatutnya pelajar-pelajar yang bermasalah ini kita berikan peluang untuk memperkemaskan diri dari segi agama terutamanya,biarlah dia gagal dari segi akademiknya tetapi dari segi hukum halal dan haramnya,dia mampu menguasainya, penulis melihat sahabat-sahabat yang tidak dapat melanjutkan pelajarannya kebanyakkannya menjadi tidak yang sepatutnya,ada yang merempit,ada yang begitu dan begini. siapa yang akan bertanggungjawab?

Mari kita tanyakan pada diri kita, apa patut sistem ini diteruskan,sampai bila masyarakat yang terpinggir akan terus dipinggirkan,mengapa tidak kita terima pelajar sebegini dan kita beri didikan sehabis mungkin.teruskan mendidik tanpa jemu, itu jugak proses tarbiyyah bukan?

bukan saja disekolah malah sistem ini turut dipraktikkan dalam jamaah yang mengaku semua umat islam itu saudara,sesetengah jamaah islam hanya mengutamakan ahli yang ada tarbiyyah sahaja untuk dijadikan ahli, sekiranya ada ahli baru ayng dirasakan tidak berkualiti, maka akan dijauhi ahli tersebut atas alasan dia tidak layak kerana perwatakkannya akan menjejaskan nama baik jamaah tersebut.bertamabh parah apabila ahli jamaah yang lain tidak dibenarkan langsung untuk turut serta dalam kegiatan jamaahnya,masyaAllah,kenapa begini?kenapa begitu ta'asub, bagaimana islam mahu naik semua kalau pada peringkat ini pun islam tidak dapat bersatu.

mari semua kita bermuhasabah........

Thursday, December 4, 2008

peristiwa dimalam hari.....


Pagi 25 bulan 11 merupakan hari yang benar2 memberikan aku satu macam kesedihan, perjalananku ke Kedah dari Kuala Lumpur kadang2 membuatkan ku merasa rindu yang teramat pada sahabat2 di Kuala Lumpur, namun rasa rindu tersebut perlu aku lawan untuk pulang ke tempat lahirku bagi berjumpa dengan kedua ibubapaku.
Namun dalam perjalananku ke kedah ini mengajarku tentang satu perkara,aku telah menghadapi satu musibah yang teramat sangat memberikan kesan pada diri ku, sakitkah aku?kesihatanku? kenapa perkara itu terjadi? Berjuta macam persoalan menghimbau diri tika menghadapi musibah tersebut. Aku cuba mencari alasan dan jalan agar insan sekeliling tidak menyedari akan apa yang berlaku, namun ternyata perancangan Allah mengatasi segalanya. Rasa malu terhadap diri dan betapa hinanya aku pada pandangan insan waktu itu membuatkan ku seperti mahu saja aku bunuh diri, sialkah aku
Kenapa aku jadi macam ni?aku cuba hubungkaitkan apa yang terjadi ini dengan kehidupanku, aku ingin mengerti mengapa Allah menghukumku dengan sedemikian rupa..aku mengerti akan hinanya aku pada pandanganNya.namun mengapa aku yang dipilih? Apa yang aku lakukan?apa dosa aku yang menmungkinkan aku untuk dihukum sedemikian?argh….. ternyata aku tidak mampu menembusi ilmuNya.
Tetapi apa yang pasti adalah aku cukup malu diatas apa yang berlaku. Ternyata ujian yang diberi amat la perit untuk aku tahan.kalaulah aku punya cara untuk menutupi apa yang berlaku ini dari pandangan umum tika itu, akan ku cuba sedaya upaya. Malunya aku Allah mengapa akau dipilih untuk menerima ujian ini. Mengapa?
Apa benda yang berlaku tidak akan mungkin aku huraikan dalam pemulisan kali ini kerana ini melibatkan maruahku, masa depanku. Tapi yang pasti ini adalah tarbiyyah dari tuhan, inilah keistimewaan Islam,aku berharap agar apa yang berlaku ini bukan sebagai penghinaan pada ku dimataNya tetapi ini sebagai kifarah dosa ku yang tidak mungkin terampun. Yang pasti yang dapat aku simpulkan adalah aku telah melakukan sesuatu yang membuatkan Dia memarahiaku lantas hukumun diambil. Kalau tanggapan aku ini benar aku rela merasakan sejuta kali lagi cobaan seperti ini kerana ku lebih rela dihukum pada alam ini dari pada dihukum didalam nerakaNya.
Diakhirat nanti tiada pengampunan,tiada jalan ketiga,setiap dosa yang dilakukan berkehendakkan kepada neraka dan begitu jugaklah sebaliknya. Maka itulah solusi yang aku dapat daripada ujian malam itu, Allah Maha ADIL, tidak mungkin dia menghukum hambaNya tanpa ada sebab yang melayakkan hambaNya itu mendapat hukuman tersebut,kita adalah miliknya maka mengapa aku mempertikaikan segala yang Dia lakukan pada aku? Siapa aku nak mempersoalkan itu dan ini,aku hanya punya hak tetapi yang menentukan keberhasilan,yang menentukan kejayaan,yang menentukan kelancaran proses yang dirancang adalah terletak pada kuasa Allah. Namun apa yang pasti aku bermohon sejuta kali keampunan.biarpun aku tahu akan dosa yang ada padaku ini melayakkan aku menghuni neraka Allah tetapi aku masih bernyawa dan berpeluang untuk memohon ampun.
“Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami,dosa kum kerabat kami, dosa umat islam semuruhnya,berikan kami keampunanMu Ya Allah,berikan kami syurgaMu, Ya Allah sesungguhnya kami lemah dala mnak menjalankan kehidupan kami,mengurus kehidupan kami,mentadbir kehidupan kami, maka kami berharap agar solat kami, hidup kami, mati kami diatur sepenuhnya olehMu Ya Allah, Aminn…..”

Sunday, November 16, 2008

salahkah perempuan tidak bertudung labuh....

"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik".satu kalimah yang mana menjadi satu macam inspirasi bagi semua insan berstatus bujang kiranya. ayat yang tidak perlu dihurai dengan lebih lanjut, sakadar dipandang sekilas lalu juga turut mudah difahami. namun diruangan ini, penulis bukanlah mahu mengulas atau menjelaskan berkenaan ayat ini,namun penulis tertanya-tanya pada insan bernama lelaki.kalau sebelum ini penulis membandingkan perbandingan wanita yang tidak tahu memasak dengan lelaki yang tidak pandai atau pun tidak berani menjadi imam,maka sekali lagi penulis mahu membuat perbandingan.

mungkin kita(lelaki) pernah bertanya kepada sahabat-sahabat kita mengenai calon isteri yang manakah yang menjadi harapan dalam nak mengharungi kehidupan?maka kebanyakkan lelaki akan mengeluarkan satu persatu ciri-ciri yang mana cukup indah lagi beriman, hatta mat rempit sekalipun jika ditanya dan diberi pilihan isteri yang macammanakah yang dikehendaki nescaya jawapannya mestilah yang baik nudi pekerti serta macam-macam lagi.

namun ada satu jawapan yang menjadi pilihan penulis untuk penulis huraikan. penulis pernah bertanya kepada sahabat-sahabat mengenai perkara ini. antara jawapannya adalah
"aku kalau boleh mahu isteri yang kuat agamanya,baik budi pekerti,bertudung labuh dan macam-macam lagilah,persoalan yang penulis mahu utarakan adalah pada bahagian bertudung labuhnya,hampir semua lelaki mahukan isteri bertudung labuh tetapi lelaki tersebut berkopiahkah?kopiah adalah sinonim dengan tudung labuh.kedua-dua pakaian tersebut menggambarkan Islam.

lelaki mahukan isteri bertudung labuh. tudung labuh ini ibarat mutiara yang mana menggambarkan kecantikan peribadi muslimah. justeru lelaki juga harus berpakaian yang mana menunjukan mutiara islam contohnya berkopiah maupun berserban.samalah perumpamaannya wanita yang tidak pandai memasak dengan lelaki yang tidak pandai menjadi imam,dari situ dapat kita tengok keseimbangan.sama jugak kalau dibandingkan pada isu ini yang mana jika lelaki-lelaki yang mahukan isteri yang solehah,maka diri mereka tersebut juga perlu soleh,

penulis tidak bermaksud bahawa keperibadian itu dinilai dari segi pakaian kerana berkopiah tidak semestinya baik dan begitu jugak bertudung labuh tidak semestinya baik.mungkin ada yang berpendapat tidak berkopiah tidak semestinya lelaki tersebut teruk budi pekerti kerana penulis punya sahabat-sahabt yang cukup baik budi pekerti.namun jika perempuan juga beranggapan tidak bertudung labuh juga baik.so mengapa isu tudung menjadi faktor pemilihan isteri.
kembali kepada ayat yang mula-mula sekali. ayat tersebut perlu dilihat dari pelbagai aspek kerana ISlam itu bukan dari segi dalaman sahaja maupun luaran, tetapi Islam itu menyeluruh itu sebablah islam disebut sebagai "Islam is the way of life".

Islam tidak hanya meliputi sesuatu dan tidak tidak berubah mengikut zaman tetapi zaman berubah mengikut Islam. penulis juga tidak berhasrat mahu mempertikai lelaki-lelaki yang tidak berkopiah tetapi perlulah dilihat dari segi yang berbeza dan pelbagai supaya tidak timbul perbalahan. pokoknya apa yang hendak dicapai dan apa yang penulis mahu ketengahkan adalah betapa perlunya saling lengkap melengkapi dalam menjalani hidup, betapa indahnya hidup jika konsep check and balance itu diperaktikkan sebetul-betulnya. untuk mendapatkan sesuatu yang baik,kita perlu menjadi baik. jadi diharapkan kiranya kepada semua agar memandang dan menilai post ini dengan lebih mendalam insyaAllah.namun duharapkan juga kepada wanita-wanita agar tidak menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak bertudung labuh huhuhu.....