Pages

Wednesday, December 24, 2008

Kaed digempur......................


Pada 24 aribulan 12 merupakan satu hari yang cukup memeranjatkan buat seluruh warga KAED. Sekitar petangnya, penulis diberitahu akan kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pesyarah studio kami bro shukri. Dengar kata dia tersadung dan terjatuh sambil membawa barang berupa kaca. Secara zahirnya penulis merasakan itu kemalangan yang biasa. Terus penulis yang baru sudah menunaikan solat asar bersama sahabat halim dan ali bergerak menuju ke LT2 untuk menghadiri kelas untuk mendapat lebih maklumat tentang projek yang bakal dilakukan nanti.

‘Nampaknya dewan sudah agak penuh’,tetapi tak mengapa kami meluru masuk dan mengambil tempat duduk. Tutorial yang disampaikan oleh madam Zuraini adakalanya kelakar dan adakalanya serius. Malah satu benda yang beliau sentuh adalah kekurangan kami pelajar KAED untuk menghubungkaitkan projek dengan ayat-ayat Quran dan As-Sunnah, satu tamparan dan satu cabaran bagi penulis.

Setelah beberapa ketika. Ketua pentadbiran kuliah senibina datang dengan wajah yang berlinangan air mata, kuliah terhenti.semua tertanya-tanya apa yang berlaku. Terus diumumkan akan pemergian Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof . semua terkejut, beliau yang begitu rapat dengan pelajar-pelajar telah meninggalkan kami semua malah penulis tidak sempat barang sesaat pun untuk berguru dengan beliau.


Akhir sekali apa yang penulis ingin kita semua ambik iktibar adalah sewajarnya kita semua senantiasa beringat dan berwaspada dengan janji Allah yang mana Dia tidak akan melengahkan barang sesaat pun kematian seseorang itu. Kesihatan yang baik tidak menjamin kita akan hidup lama. Apa yang berlaku ini wajar kita berjaga-jaga, mungkinkah kita seterusnya,bagaimana kita akan mati?siapa yang bersama dengan kita tika saat nyawa ditarik malaikat maut?dimanakah kita akan mati?ditempat baik atau dimajlis yang menjurus kepada neraka?tanyakan dalam hati masing-masing.


Al-Fatihah buat Allahyarham Dr. Ahmad Shukri Yusof……………..semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang soleh.dihindari dari siksaan kubur dan dijauhi dari neraka jahannam….Amin……….

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Pernah kejadian yg sama berlaku pd akak sewaktu tahun pertama di UKM. Akak cuma sempat mengenali beliau slps pemergiannya dan kemudian berpeluang berguru dengan isteri beliau. Hanya dapat mengenali beliau drpd buku2 hasil kajian beliau ketika itu...

Anonymous said...

salam..
muda atau tua, sihat atau sakit bukan ukuran... andai ajalnya telah datang, kt x mampu utk mnolak.. tp, mnjadi satu penyesaln bile diri melihat sndiri kjadian trsebut tapi, x mampu utk mnolong... kali kedua menerima brita kematian swaktu klas sdg brlgsng.. mnjadi peringtn buat diri.. kt kena mengjangkakn sesuatu yg tidk dijangkakan.. mksudnya, kt sntiasa harus alert dn hrus brsedia dgn sebarang kmungkinan... cpt brtindak dan jgn panik!! moga rohnya dicucuri rahmat dn berada di klangn hambanya yg soleh...amin..