Pages

Monday, December 22, 2008

Pengajian disebuah Universiti Terbaik......





Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat blog penulis tika ini, alhamdulillah setelah lebih sebulan penulis berada dalam percutian dari meja kuliah dan meja studio, akhirnya rehat tersebut sudah hampir berlalu, syukur juga kepada semua yang sudi memberikan penulis kesempatan untuk mengikuti pelbagai program yang begitu memberikan penulis satu ribu macam pengalaman dan ilmu baru yang insyaAllah akan dipraktikkan di campus nanti.

Diantara program yang begitu memberikan kesan kepada penulis adalah pengajian pondok di maahad Tarbiyyah Islamiah Derang, pengajian yang mengambil masa selama tiga hari berturut-turut tersebut dilakukan dalam masa tiga hari berturut-turut bagi mengkhatam kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Ghazali.

Diantara Tuan Guru yang mengajar kami adalah Ustaz Majid, Ustaz Abu-khair,Ustaz Ilyas, dan Ustaz Hafiz.
Kitab yang mengandungi tiga bab ini dibahagikan kepada tiga orang Ustaz, bab tersebut adalah :-

Pendahuluan (ustaz hafiz)
Bahagian pertama:Adab-adab melaksanakan ketaatan.(ustaz Ilyas)
Bahagian kedua: cara-cara meninggalkan maksiat. (ustaz Majid)
Bahagian ketiga: adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan tuhan dan dengan makhluk. (ustaz Abu khair)

Pembelajaran yang bermula seawal jam 8.00 pagi begitu memberikan kesan yang diharapkan oleh penulis akan berkekalan lama, pelbagai huraian diberi dan bermacam-macam contoh dan hadis dilampirkan bagi menguatkan lagi pegangan sesuatu hukum dan pendapat begitu menyeronokkan kami semua yang mengikutinya.


Namun penulis tertarik untuk berkongsi mengenai satu cerita yang diceritakan oleh Ustaz hafiz, dahulunya sebelum dia menceburi bidang ini dengan lebih dalam, beliau merupakan seorang pegawai di syarikat Maybank, lantas berkat hidayah yang datang berserta dengan taufik yang turut sama datang berkunjung membuatkan ustaz meninggalkan jawatan tersebut dan memfokuskan diri pada bidang yang diceburinya sekarang, beliau merupakan pendaftar keseluruhan bagi Maahad Tarbiyyah Derang ini.

Sebenarnya terdapat banyak cerita yang menarik yang rasanya tidak mampu penulis menceritakan dalam ruangan yang kecil ini namun penulis akan cuba sedaya upaya untuk memberikan gambaran yang dirasakan terbaik bagi menggambarkan keseronokkan belajar dipondok ini, malah pembelajaran ini jauh lebih seronok daripada belajar di mana-mana universiti yang ada dimuka bumi ini kerana ilmu yang diajar disini adalah ilmu yang mampu memberikan kesejahteraan didunia akhirat.

Kitab ini pada pendapat penulis lebih menjurus kepada tarbiyyah hati, nafsu. Satu kitab yang memang penulis mencari-cari kerana dari segi inilah penulis kerap tewas dengan godaan nafsu disebabkan hati yang tidak terurus serta hati yang acap kali diselubungi dosa.

Penulis sempat bertanyakan pelbagai persoalan yang mana sebelum ini begitu menyellubungi penulis dan Alhamdulillah sedikit sebanyak jawapan yang diberikan tuan guru Berjaya menaikkan semangat penulis.

Tetapi penulis agak terkilan dengan satu kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan akan kitab-kitab hasil karya Imam Ghazali, ada yang mengatakan kitab Ihya’ Ulumuddin karyanya wajar dibuang kerana ada kesalahan yang tertentu. Satu kenyataan yang menyedihkan. Bagi penulis secara jahilnya penulis begitu sedih dengan sikap sesetengah pihak yang begitu. Kita asyik menyatakan akan kesalahan seseorang sedangkan kita sendiri itu tidak menyumbang apa-apa pun pada Islam. Terus penulis menyeru kepadasemua agar mengamalkan sikap yang lebih keterbukaan dalam menerima pendapat manusia yang lain kerana sebagai manusia kita tidak lekang dalam melakukan kesalahan, apa yang diharapkan kesalahan yang dibuat dalam kesedaran itu akan terampun sebelum kita menemui ajal nanti insyaAllah.

1 comment:

Khadijah Ahmad said...

Salam..wah2..suhairi dah jejak kaki kat sini eh..hee..akak pun da g sana taun lepas..bes kan..kan..kan..hee.. Rindu lak pengalaman kat sana..suasana kampung yang menenangkan.. :)