Assalamualaikum diucapkan kepada semua yang sudi membaca laman penulis. pertamanya syukur diucapkan kepada Ilahi diatas kurniaan Allah.kekangan masa dan semangat yang naik dan turun memberikan banyak impak pada penulis kali ini.huhuhu tapi insyaAllah paksaan itu perlu supaya amalan ini sebati didalam hati dan tingkah laku,untuk kesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit info mengenai solat yang kita lakukan saban hari sebagai pengetahuan buat semua...... solat yang kita lakukan ada asalnya, berikut merupakan asal usulnya:
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
• Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
• Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
• Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
HADIS ataupun Sunnah ialah segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi. Rasulullah ialah penyampai wahyu daripada Allah. Firman Allah: Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada tuhanmu (al-Maidah: 67). Baginda juga merupakan penerang al-Quran. Firman Allah Taala: Dan telah Kami turunkan kepadamu al-Dzikr (peringatan) untuk kau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan moga-moga mereka berfikir (al-Nahl: 44).
Kadangkala Rasulullah menerangkan ayat al-Quran melalui perbuatannya dan ada kalanya juga baginda menerangkan menerusi perbuatannya. Dan ada kalanya baginda menerangkan melalui perbuatan dan perkataan sekaligus. Sabda baginda: Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat dan sabda baginda lagi: Ambillah daripadaku perbuatan-perbuatan haji. Kedua-dua sabda baginda ini merupakan penerangan daripada al-Quran yang diterangkan secara umum. Tidak terdapat satu perbuatan pun yang semata-mata berpunca daripada sabda baginda melainkan perbuatan itu disebutkan oleh al-Quran secara umum. Firman Allah Taala di dalam al-Quran: Dan apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah! Dan apa yang ditegahnya, jauhilah! (al-Hasyr: 7). Dan firman-Nya lagi: Katakanlah! Sekiranya kamu menyintai Allah Taala, maka ikutlah aku. Kamu akan dikasihi Allah. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan Rasul. Dan sekiranya kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang kafir (Al Imran: 32).
Para Sahabat juga sepakat mengatakan hadis sebagai hujjah. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang hanya beramal dengan al-Quran sahaja. Dan apa yang pernah diriwayatkan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang menolak hadis yang diriwayatkan kepada mereka bukan bermakna mereka menolaknya, tetapi dia tidak yakin dengan kesahan hadis tersebut atau terdapat hadis lain yang baginya lebih kuat. Dari segi logik akal pula, al-Quran memberitahu kita bahawa Allah telah menurunkan al-Quran kepada Rasul untuk diterangkan pula kepada manusia. Dan penerangan ini juga merupakan wahyu yang wajib dituruti. Seseorang tidak dikatakan sebagai taat sekiranya dia hanya patuh kepada ayat al-Quran dengan tidak berpegang kepada orang yang menerangkannya kerana penerangan sampai bila-bila pun tidak dapat dipisahkan daripada orang yang menerangkannya. Sekiranya dia beramal dengan al-Quran seperti yang diterangkan oleh Rasulullah, maka dia telah taat kepada Allah melalui ayat al-Quran dan taat juga kepada Rasul melalui penerangannya. Sekiranya dia mengabaikan penerangan Rasulullah, maka dia telah berdosa kepada Allah kerana tidak beramal sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.
Beberapa kumpulan yang cacat daripada orang-orang yang mendakwa Islam telah menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam. Mereka berkata: Cukuplah al-Quran. Apa yang Allah haramkan di dalam al-Quran kami haramkannya dan apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkannya. Kemudian mereka mengatakan al-Quran telah menerangkan semua tanpa terkecuali sesuatu pun. Firman Allah yang bermaksud: Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam kitab (al-An'am: 38). Dan firman Allah lagi bermaksud: Dan telah kami turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl: 89). Mereka juga berkata sunnah merupakan undang-undang yang lain dan tersendiri bertentangan dengan khabar-khabar Allah. Mereka berpendapat apalah gunanya lagi al-Sunnah sekiranya Allah sudah pun menerangkan setiap sesuatu tanpa meninggalkan apa-apa lagi untuk diterangkan oleh Nabi Muhammad.
Sebenarnya jawapan ini sudah pun diketahui oleh mereka sendiri. Tetapi mereka sengaja buat-buat tidak mengerti. Mereka cuba mencari jalan keluar yang lain dengan menterjemah al-Quran mengikut kehendak mereka. Mereka terpaksa lari daripada tafsiran Nabi S.A.W dan sahabat r.a dan mencipta terjemahan yang lain daripada yang lain untuk mencipta kebenaran. Sebenarnya terjemahan mereka lari daripada kaedah Bahasa Arab. Al-Kitab berasal daripada kata terbitan - kataba - kitabatan. Di dalam al-Quran terdapat 318 perkataan yang berasal daripada kata terbitan KATABA. Bagi perkataan al-Kitab sahaja terdapat 230 perkataan manakala 12 perkataan Kitab (tanpa alif lam). Ada juga perkataan al-Kitab ini yang disebut secara kata jamak (Kutubun) sebanyak 3 perkataan. Untuk mengetahui makna-makna ini kita terpaksa merujuk kepada Bahasa Arab kerana al-Quran itu diturunkan di dalam Bahasa Arab.
Jadi terjemahan al-Kitab di dalam surah al-Ana'am: 38 kepada al-Quran bukanlah terjemahan yang sebenar mengikut mafhum Bahasa Arab. Al-Kitab di dalam ayat itu bermaksud Loh Mahfudz, bukanlah al-Quran. Dalilnya ayat yang sebelum itu menyebut yang bermaksud: Dan binatang-binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya adalah seperti kamu juga. Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab. Kemudian mereka akan dikumpulkan kepada Tuhannya. Dan ada sepotong ayat yang lain di dalam surah Hud yang bermaksud: Dan tiada binatang di bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezekinya. Dan Dia mengetahui kediaman dan tempat menyimpannya. Semuanya ada di dalam Kitab yang terang (Hud: 6). Sekiranya kita menerima-pakai bahawa al-Kitab di dalam ayat ini bermaksud al-Quran seperti dakwaan mereka, tetapi ayat itu tidak membantu mereka menolak sunnah. Segala hukum yang disebut oleh al-Quran secara sepintas lalu, tidak mungkin dapat dilaksanakan jika tidak didapati perinciannya di dalam sunnah. Mengabaikan sunnah samalah seperti mengabaikan hukum-hukum yang disebut secara ringkas seperti firman Allah: Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat (al-Baqarah: 43). Tanpa ada penerangan daripada sunnah, kita tidak dapat menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila tidak menunaikan solat dan mengeluarkan zakat kerana tidak ada perincian di dalam al-Quran, bermakna kita telah mengabaikan suruhan Allah tersebut.
Catatan pertama tentang penolakan sunnah pernah dituliskan oleh Imam Syafei (150H-204H) di dalam bukunya al-Umm. Menurut catatan tersebut, beliau telah berdebat dengan seorang anti-hadis. Tetapi tidak pula disebutkan siapa orang itu. Beliau hanya menyebutkan orang itu sebagai musuh (al-Khasm). Kata al-Syafei: Seorang daripada intelektual telah berkata kepadaku: Anda ialah seorang Arab. Al-Quran diturunkan menurut bahasa anda. Tentulah anda lebih memahaminya. Di dalamnya terdapat hukum-hukum yang berupa fardhu. Sekiranya seseorang merasa syak di dalam satu huruf di dalam al-Quran, dia diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, anda membunuhnya sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan telah kami turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl: 89). Jadi bagaimanakah anda dapat menentukan di mana tempat am dan ada kalanya pula anda mengatakan fardhu itu sebagai khas? Bagaimana anda dapat membezakan pula yang mana satu perintah yang wajib dan ada ketika yang lain pula anda mengatakan sebagai sunat atau harus. Pemisahan ini anda lakukan bedasarkan pula kepada satu riwayat, dua riwayat sehinggalah sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan tidak aku dapati ada di kalangan mereka yang tersilap dan lupa pula di dalam riwayatnya. Bahkan aku mendapati anda juga pernah berkata kepada beberapa perawi: Si polan ini telah tersilap di dalam hadis sekian. Dan aku mendapati juga bahawa anda pernah berkata: Sekiranya seorang lelaki meriwayatkan hadis yang mengharamkan dan menghalalkan untuk kamu, anda mebuat kesimpulan bahawa hadis itu mengkhaskan umum al-Quran. Sedangkan Rasulullah tidak pernah berkata demikian. Jadi anda telah tersilap besar. Anda meletakkan perkataan-perkataan dusta daripada perawi-perawi ini sama mertabatnya dengan al-Quran?
Di dalam perdebatan tersebut, mereka memperkatakan tentang firman Allah yang bermaksud: Dialah yang yang telah mengutuskan kepada kaum yang ummi seorang Rasul di antara mereka , untuk membaca keterangan-keterangan Tuhan, membersihkan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, sedangkan mereka seberada di dalam kesesatan yang nyata. Kata musuh itu: Aku tahu bahawa al-Kitab itu ialah al-Quran. Apa pula al-Hikmah? (Imam) berkata: Sunnah Rasulullah S.A.W. Kata musuh itu: Mungkin al-Hikmah itu al-Quran. Jadi ayat itu bermaksud: Dia mengajar al-Kitab secara amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya pula. Jawab Imam Syafei: Sekiranya engkau berkata begitu, jadi ayat ini bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum al-Quran yang disebut secara am seperti solat, zakat, haji dan lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu hukum di dalam kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi lidah Rasulnya. Kata musuh itu: Boleh jadi juga. Kata Imam al-Syafei: Sekiranya anda berpegang dengan pendapat yang kedua (al-Hikmah bererti perincian terhadap makna al-Quran), kamu tidak akan menjumpai hukum-hukum ini melainkan dengan hadis Rasulullah. Kata musuh itu: Kalau sekiranya aku berkata pula, al-Kitab dan al-Hikmah ini termasuk di dalam jenis pengulangan perkataan? Jawab Imam Syafei: Yang manakah lebih baik? Membawa satu makna di dalam dua perkataan ataupun masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza? Kata musuh itu: Barangkali juga seperti apa yang kau katakan. Al-Kitab ialah al-Quran dan al-Hikmah pula ialah sunnah. Dan keberangkalian lain juga akan berlaku: al-Kitab ialah al-Hikmah itu sendiri. Imam Syafei berkata: Tetapi yang paling jelas maknanya ialah yang pertama. Hal ini demikian kerana ada bukti-bukti yang membenarkannya daripada al-Quran. Kata musuh itu: Di mana? Kata Imam al-Syafei: Firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah di rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (al-Ahzab: 34). Di dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa terdapat dua jenis bacaan yang terdapat di rumah. Musuh itu berkata: al-Quran memang boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula untuk membaca al-Hikmah? Imam Syafei berkata: Jadi makna membaca ialah membaca sunnah seperti membaca al-Quran. Jawab musuh itu pula: Oleh itu, maksud al-Hikmah lebih mirip kepada apa yang kamu maksudkan.
Pada zaman ini, terdapat juga intelek-intelek yang mengaku sebagai Islam mempopularkan kembali ide-ide ini. Di antaranya rencana yang ditulis oleh Doktor Tawfiq Sidqi yang bertajuk "Islam ialah al-Quran Sahaja". Rencana ini disiarkan di dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12. Kita dapat simpulkan isi-isinya seperti berikut:
Pertama: Dia mengambil dalil daripada firman Allah yang bermaksud: Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-An'am: 38). Katanya ayat ini bermaksud al-Quran telah pun mengandungi semua hukum. Jadi al-Quran tidak perlu kepada benda lain untuk menerangkannya seperti al-Sunnah.
Kedua: Dia juga telah mengambil dalil daripada al-Quran yang bermaksud: Kami telahpun menurunkan al-Dzikr dan Kami jugalah yang akan menjaganya (al-Hajr: 9). Dia mengatakan Allah hanya memerintahkan supaya menjaga al-Quran sahaja tanpa sunnah. Sekiranya sunnah juga merupakan dalil dan boleh dijadikan hujjah seperti al-Quran, tentulah Allah akan memerintahkan untuk memeliharanya juga.
Ketiga: Sunnah hanya dituliskan pada zaman terkemudian selepas berlakunya kesilapan dan ada setengah-setengahnya sudah pun dilupai. Penyelewengan dan pengubahan mudah sahaja berlaku di dalam hadis. Oleh itu, perkara yang syak sebegini tidak sesuai dijadikan sumber hukum sayarak (sila rujuk dakwaan yang serupa di dalam buku Muhammedanische Studien oleh Ignaz Golgziher).
Keempat: Katanya lagi, Nabi juga pernah mengatakan sunnah tidak boleh diterima sebagai sumber hukum. Sabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnya hadis akan tersebar daripadaku. Apa yang datang kepada kamu yang bertepatan dengan al-Quran, maka ia adalah daripadaku. Dan sekiranya ia bertentangan dengan al-Quran, maka ia bukanlah daripadaku.
Doktor Mustaffa al-Sibai’ ketika menjawab dakwaan-dakwaan ini mengatakan:
Pertama: al-Quran mengandungi dasar-dasar hukum secara am. Sebahagian hukum dijelaskan secara terang. Sementara itu sebahagian lagi ditinggalkan kepada Rasululah S.A.W untuk menerangkannya. Allah Taala mengutuskan Rasul kepada manusia untuk menerangkan hukum agama meraka. Justeru, Allah mewajibkan kepada manusia mengikut apa yang dihuraikan oleh Rasulullah.
Kedua: Penjagaan terhadap al-Dzikr sebenarnya tidak terhad kepada al-Quran semata-mata. Tetapi ia bermaksud hukum-hukum agama ataupun hukum syarak yang telah diutuskan kepada Rasulnya. Justeru al-Dzikr lebih umum daripada al-Quran dan Sunnah. Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Bertanyalah kepada ahl al-Dzikr sekiranya kamu tidak mengerti (al-Nahl: 43). Sekarang jelas bahawa ahl al-Dzikr bermaksud orang yang mempunyai ilmu di dalam syariat dan hukum-hukum islam. Tidak syak lagi bahawa Allah memelihara al-Sunnah sepertimana Dia memelihara al-Quran.
Ketiga: Kebanyakan mereka tidak pernah cuba menyelidiki usaha-usaha ulama Islam mengekang penyelewengan dan pemalsuan hadis. Apabila sunnah dibawa dari satu generasi ke satu generasi, ia dibawa dengan susunan riwayat yang berturutan daripada zaman sahabat sehingga akhir kurun pertama. Jadi tidak ada ruang untuk kita mengesyaki ketidak-sahihan hadis tersebut kerana para perawi ini diletakkan beberapa syarat yang ketat (Lihat A. Sprenger, Ueber das Traditionswesen bei den Araben).
Keempat: Hadis yang disebutkan di dalam dakwaan Dr. Sidqi ialah daripada Khalid bin Abu Karimah daripada Abu Jaafar daripada Rasulullah S.A.W. Khalid ialah seorang yang tidak dikenali manakala Abu Jaafar bukanlah seorang sahabat Rasulullah. Jadi, hadis ini tidak boleh diterima sebagai dalil untuk dijadikan hujah. Daripada nukleus dan sel-sel inilah bermulanya gerakan anti-hadis di dalam masyarakat Islam di Timur dan Barat. Gerakan ini bukanlah baru kerana dakwaan-dakwaan serupa itu telah pun wujud lebih 1300 tahun yang lampau. Sekiranya kita perhatikan hujah-hujah golongan anti-hadis pada masa kini, kita tidak mendapati suatu hujah baru pun meski pun mereka mendakwa diri mereka sebagai The Thinkers ataupun yang sering digelar sebagai intelektual. Ini tidaklah menghairankan kerana Imam al-Syafei sendiri pun mengatakan mereka sebagai intelektual. Hujah-hujah mereka pun sudah dipatah-riukkan oleh ulama-ulama Islam. Malangnya buku-buku ini jarang didapati oleh kebanyakan orang. Buku-buku ini ditulis di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris dan sukar untuk dibaca oleh orang-orang yang tidak menguasai kedua-dua bahasa ini.
Di antara pelopor-pelopor golongan ini yang terkenal kurun ini ialah Rashad Khalifa, Ismail Adham, Kassim Ahmad dan Othman Ali. Untuk menguatkan lagi pendapat mereka bahawa hadis tidak perlu di dalam syariat Islam, mereka mengambil pula hujah-hujah dari kalangan orientalis yang terdiri daripada Ignaz Goldziher di dalam bukunya Muhammedanische Studien dan Joseph Schact di dalam bukunya An Introduction To Islamic Law.
Bagi dakwaan Ignaz Goldziher di dalam Muhammedanische Studien, perlu diingatkan bahawa buku tersebut ditulis pada tahun 1890. Selepas itu, banyak manuskrip tentang hadis telah dicetak dan diterbitkan. Jadi perlulah ada ulang-kaji semula terhadap buku yang dikarang oleh Ignaz Goldziher tersebut dengan meneliti manuskrip yang telah disemak dan diterbitkan. Manakala dakwaan-dakwaan Schact pula telahpun dijawab oleh Muhammad Mustafa Azami di dalam bukunya Studies In Early Hadith Literature. Justeru, golongan ini hanyalah memutarkan ide-ide lama. Dengan adanya internet, mereka cuba meneroka jalan-jalan baru untuk meramaikan pengikut mereka. Mereka menjangkakan dapat menarik perhatian orang-orang yang sering merantau di dalam internet ini. Sebenarnya kami yakin terhadap para pengguna internet ini. Masing-masing mempunyai akal untuk berfikir dan sanggup pula berbincang untuk menerima kebenaran. Dan tentulah mereka tidak akan mengikut sesuatu tanpa ada dalil dan hujah yang munasabah.
Buku-buku rujukan yang boleh anda rujuk ialah: 1. Ajjaj al-Khatib, al-Sunnah Qabla al-Tadwin. 2. Ignaz Goldziher, Muhammedanische Studien. 3. Joseph Schact, An Introduction To Islamic Law. 4. Mustaffa al-Sibai, al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islami. 5. Muhammad Mustaffa Azami , Studies In Early Hadith Literature.
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman, Alhamdulillah setelah sekian lama penulis mendiamkan diri, mencari-cari sesuatu yang tidak pasti,sesuatu yang tidak nyata, syukur juga penulis garabkan diatas kedatangan hari baik bulan baik ini jugak mampu memberikan penulis sedikit ketenangan yang penulis harapkan mampu memperbaiki diri penulis insyaAllah dari dalam dan luar hendaknya.
Pelbagai perkara berlaku disepanjang tempoh yang menyepikan ini. Semangat itu turun naik saban hari dan alhamdulilllah kekuatan itu masih Allah tiupkan didalam diri. Ramadan kali ini dirasakan sedikit lesu buat penulis, pelbagai perkara perlu diurusi dan dikhatamkan sehingga peluang baik yang Allah berikan dan janjikan dibulan ini tergendala. Benarlah bahawa masa lapang yang ada itu perlu disyukuri dan diisi dengan aktiviti berfaedah kerana apabila masa sibuk melanda, kadang-kadang kita akan terlepas perkara yang diinginkan.
Namun menjadi harapan penulis, dan barangkali semua pembaca untuk memastikan Ramadan kali ini adalah yang terbaik, menjadi Ramadan yang memberikan kesan yang maksima kepada pembentukan diri dari segala aspek, Ramadan yang akan membersihkan segalanya…..insyaAllah.
Jika diberikan kekuatan penulis berceloteh lagi…… salam Ramadan buat semua, rebutlah sesuatu yang telah dijanjikan wujud dari merebut sesuatu yang belum pasti. Kerana yang pasti itu benar…….wassalam
Di bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka lebar-lebar. Namun banyak orang gagal mendapatkan kemuliaannya. Di bawah ini merupakan tanda-tanda yang menyatakan akan gagalnya Ramadhan seseorang itu berdasarkan:
1. Kurang melakukan persiapan di bulan Sya’ban.
Misalnya, tidak tumbuh keinginan melatih bangun malam dengan shalat tahajjud. Begitupun tidak melakukan puasa sunnah Sya’ban, sebagaimana telah disunnahkan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Dalam hadits Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahu ‘anha berkata, ”Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa selain di bulan Sya’ban.”
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan kecuali orang-orang yang bertaubat dan beramal shalih.” (Maryam: 59) "Celakalah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dalam shalatnya." (Al-Ma'un: 4-5)
Menurut Sa’id bin Musayyab, yang dimaksud dengan tarkush-shalat (meninggalkan shalat) ialah tidak segera mendirikan shalat tepat pada waktunya. Misalnya menjalankan shalat zhuhur menjelang waktu ashar, ashar menjelang maghrib, shalat maghrib menjelang isya, shalat isya menjelang waktu subuh serta tidak segera shalat subuh hingga terbit matahari. Orang yang bershiyam Ramadhan sangat disiplin menjaga waktu shalat, karena nilainya setara dengan 70 kali shalat fardhu di bulan lain.
3. Malas menjalankan ibadah-ibadah sunnah.
Termasuk di dalamnya menjalankan ibadah shalatul-lail. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah merupakan ciri orang yang shalih. “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Al-Anbiya:90) “Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sampai Aku mencintainya.” (Hadits Qudsi)
4. Kikir dan rakus pada harta benda.
Takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan shadaqah adalah tandanya. Salah satu sasaran utama shiyam agar manusia mampu mengendalikan sifat rakus pada makan minum maupun pada harta benda, karena ia termasuk sifat kehewanan (Bahimiyah). Cinta dunia serta gelimang kemewahan hidup sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sesungguhnya. Mendekat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala, akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniyah).
5. Malas membaca Al-Qur’an.
Ramadhan juga disebut Syahrul Qur’an, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an. Orang-orang shalih di masa lalu menghabiskan waktunya baik siang maupun malam Ramadhan untuk membaca Al-Qur’an.
“Ibadah ummatku yang paling utama adalah pembacaan Al-Qur’an.” (HR Baihaqi) "Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya".(HR Bukhari)
Ramadhan adalah saat yang tepat untuk menimba dan menggali sebanyak mungkin kemuliaan Al-Qur’an sebagai petunjuk hidup. Kebiasaan baik ini harus nampak berlanjut setelah Ramadhan pergi, sebagai tanda keberhasilan latihan di bulan suci.
6. Mudah mengumbar amarah.
Ramadhan adalah bulan kekuatan. Nabi Saw bersabda: “Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tapi orang yang kuat adalah orang yang bisa menguasai diri ketika marah.”
Dalam hadits lain beliau bersabda: “Puasa itu perisai diri, apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan jangan membodohkan diri. Jika ada seseorang memerangimu atau mengumpatmu, maka katakanlah sesesungguhnya saya sedang berpuasa.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
7. Gemar bicara sia-sia dan dusta.
“Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta perbuatan Az-Zur, maka Allah tidak membutuhkan perbuatan orang yang tidak bersopan santun, maka tiada hajat bagi Allah padahal dia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari dari Abu Hurairah)
Kesempatan Ramadhan adalah peluang bagi kita untuk mengatur dan melatih lidah supaya senantiasa berkata yang baik-baik. Umar ibn Khattab Ra berkata: “Puasa ini bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum saja, akan tetapi juga dari dusta, dari perbuatan yang salah dan tutur kata yang sia-sia.” (Al Muhalla VI: 178) Ciri orang gagal memetik buah Ramadhan kerap berkata di belakang hatinya. Kalimat-kalimatnya tidak ditimbang secara masak: “Bicara dulu baru berpikir, bukan sebaliknya, berpikir dulu, disaring, baru diucapkan.”
8. Memutuskan tali silaturrahim.
Ketika menyambut datangnya Ramadhan Rasulullah Saw bersabda: “…Barangsiapa menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya…” Puasa mendidik pribadi-pribadi untuk menumbuhkan jiwa kasih sayang dan tali cinta.
Pelaku shiyam jiwanya dibersihkan dari kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawadhu. Apabila ada atau tidak adanya Ramadhan tidak memperkuat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, itu tanda kegagalan.
9. Menyia-nyiakan waktu.
Al-Qur’an mendokumentasikan dialog Allah Swt dengan orang-orang yang menghabiskan waktu mereka untuk bermain-main. “Allah bertanya: ‘ Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab: ‘Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman: ‘Kamu tidak tingal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui. "Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang mulia.” (Al-Mu’minun: 112-116)
Termasuk gagal dalam ber-Ramadhan orang yang lalai atas karunia waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan, dan hura-hura. Disiplin waktu selama Ramadhan semestinya membekas kuat dalam bentuk cinta ketertiban dan keteraturan.
10. Labil dalam menjalani hidup.
Labil alias perasaan gamang, khawatir, risau, serta gelisah dalam menjalani hidup juga tanda gagal Ramadhan. Pesan Rasulullah Saw: “Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkah. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka semua pintu surga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syetan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya.” (HR Ahmad, Nasa’i, Baihaqi dari Abu Hurairah) Bila seseorang meraih berkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram, perasaannya tenang dalam menghadapi keadaan apapun.
11. Tidak bersemangat mensyiarkan Islam.
Salah satu ciri utama alumnus Ramadhan yang berhasil ialah tingkat taqwa yang meroket. Dan setiap orang yang ketaqwaannya semakin kuat ialah semangat mensyiarkan Islam. Berbagai kegiatan ‘amar ma’ruf nahiy munkar dilakukannya, karena ia ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelezatan iman sebagaimana dirinya. Jika semangat ini tak ada, gagal lah Ramadhan seseorang.
12. Khianat terhadap amanah.
Shiyam adalah amanah Allah yang harus dipelihara (dikerjakan) dan selanjutnya dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak. Shiyam itu ibarat utang yang harus ditunaikan secara rahasia kepada Allah. Orang yang terbiasa memenuhi amanah dalam ibadah sir (rahasia) tentu akan lebih menepati amanahnya terhadap orang lain, baik yang bersifat rahasia maupun yang nyata. Sebaliknya orang yang gagal Ramadhan mudah mengkhianati amanah, baik dari Allah maupun dari manusia.
13. Rendah motivasi hidup berjama’ah.
Frekuensi shalat berjama’ah di masjid meningkat tajam selama Ramadhan. Selain itu, lapar dan haus menajamkan jiwa sosial dan empati terhadap kesusahan sesama manusia, khususnya sesama Muslim. Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang berjuang secara berjama’ah, yang saling menguatkan. “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam saatu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaf: 4) Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk hidup berjama’ah.
14. Tinggi ketergantungannya pada makhluk.
Hawa nafsu dan syahwat yang digembleng habis-habisan selama bulan Ramadhan merupakan pintu utama ketergantungan manusia pada sesama makhluk. Jika jiwa seseorang berhasil merdeka dari kedua mitra syetan itu setelah Ramadhan, maka yang mengendalikan dirinya adalah fikrah dan akhlaq. Orang yang tunduk dan taat kepada Allah lebih mulia dari mereka yang tunduk kepada makhluk.
15. Malas membela dan menegakkan kebenaran.
Sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentara-tentara kafir berlangsung di bulan Ramadhan. Kemenangan Badar yang spektakuler itu dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) terjadi di bulan Ramadhan. Di tengah gelombang kebathilan dan kemungkaran yang semakin berani unjuk gigi, para alumni akademi Ramadhan seharusnya semakin gigih dan strategis dalam membela dan menegakkan kebenaran. Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru yang bernilai spektakuler, maka kemungkinan besar ia telah meninggalkan kita sebagai pecundang.
16. Tidak mencintai kaum dhuafa.
Syahru Rahmah, Bulan Kasih Sayang adalah nama lain Ramadhan, karena di bulan ini Allah melimpahi hamba-hamba-Nya dengan kasih sayang ekstra. Shiyam Ramadhan menanam benih kasih sayang terhadap orang-orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Faqir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan. Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah sesudah bulan suci ini, berarti Anda perlu segera instrospeksi.
17. Salah dalam memaknai akhir Ramadhan.
Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyak istighfar dan memberikan sadaqah, karena istighfar dan sadaqah dapat menambal yang robek-robek atau yang pecah-pecah dari puasa. Menginjak hari-hari berlalunya Ramadhan, mestinya kita semakin sering melakukan muhasabah (introspeksi) diri. “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18 )
18. Sibuk mempersiapkan Lebaran.
Kebanyakan orang semakin disibukkan oleh urusan lahir dan logistik menjelah Iedul Fitri. Banyak yang lupa bahwa 10 malam terakhir merupakan saat-saat genting yang menentukan nilai akhir kita di mata Allah dalam bulan mulia ini. Menjadi pemenang sejati atau pecundang sejati. Konsentrasi pikiran telah bergeser dari semangat beribadah, kepada luapan kesenangan merayakan Idul Fitri dengan berbagai kegiatan, akibatnya lupa seharusnya sedih akan berpisah dengan bulan mulia ini.
19. Idul Fitri dianggap hari kebebasan.
Secara harfiah makna Idul Fitri berarti “hari kembali ke fitrah”. Namun kebanyakan orang memandang Iedul Fitri laksana hari dibebaskannya mereka dari “penjara” Ramadhan. Akibatnya, hanya beberapa saat setelah Ramadhan meninggalkannya, ucapan dan tindakannya kembali cenderung tak terkendali, syahwat dan birahi diumbar sebanyak-banyaknya. Mereka lupa bahwa Iedul Fitri seharusnya menjadi hari di mana tekad baru dipancangkan untuk menjalankan peran khalifah dan abdi Allah secara lebih profesional. Kesadaran penuh akan kehidupan dunia yang berdimensi akhirat harus berada pada puncaknya saat Iedul Fitri, dan bukan sebaliknya.
**maaf diatas penggunaan bahasa Indonesia,penulis takut untuk mengubah kerana bimbang makna sebenar akan berubah**
Istilah ‘penat’ amat digeruni aktivis-aktivis dakwah, baik diperingkat tertinggi sehinggalah ke peringkat bawah. Istilah yang telah meragut banyak aktivis-aktivis yang sebelum ini begitu lantang kehadapan memperjuangkan manhaj perjuangan. Perjuangan menentang dasar yang tidak dipersetujui.
Permulaan yang begitu dilihat amat hebat tiba-tiba layu dipertengahan. Penulis juga tidak terkecuali terlintas untuk termasuk didalam golongan tersebut, golongan yang disebut sebagai golongan yang tercicir, tercicir kerana semangat yang berkobar-kobar yang tidak diikuti dengan kefahaman yang jitu, namun penulis cuba untuk memberikan kefahaman didalam diri lebih menebal agar tidak terjerumus kedalam lembah kehinaan itu dengan lebih dalam,
Namun penulis merasakan perlu untuk penulis berkongsi sedikit sebanyak akan kefahaman yang penulis percaya menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ‘futur’ jemaah ini berleluasa. Secara keseluruhannya penulis membahagikansabab musabab ini kepada tigabahagian:
·Kefahaman
·Beban yang tidak tertanggung
·Jamaah
Kefahaman.
Mengapa perlu berkecimpung didalam hal-hal dakwah?
Kenapa perlu menyampaikan ilmu kepada orang lain?
Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?
Sempurnakan aku untuk menyempurnakan orang lain?
Persoalan-persoalan ini merupakan antara lain menyentuh hal-hal berkaitan kefahaman. Sekiranya kefahaman tidak diletakkan pada peringkat ini, maka seseorang aktivis itu hanya akan bersama hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, mungkin hanya dikampus, dan mungkin hanya satu program,
Apa yang kita lihat hari ini, memang tidak dinafikan hebat sifulan bin si fulan itu berbicara dan mengeluarkan buah bicara dan ide, namun setelah habis pengajian, yang tinggal hanya jejak, pada peringkat kampuznya hebat didalam melawan dan membantah sesuatu isu mahupun isu kampuz atau isu global, namun hanya untuk seketika.
Apabila kefahaman tidak digarabkan pada peringkat awal, maka terhasillah golongan-golongan begini, ini kerana golongan ini tidak dapat memahami erti berjuang berdasarkan ilmu atau semangat, semangat perlu ada tetapi kefahaman adalyang utama, kefahaman perkara asas, semangat boleh luntur dengan berlalunya masa dan usia, namun jika kefahaman ditanam diperingkat awal, maka tiada apa yang boleh menghalang. Islam sendiri menekankan kefahaman didalam beramal, sebab itulahilmu itu perlu hadir dengan amalan supaya ilmu itu difahami dengan jelas melalui pemerhatian. Ilmu sebagai memberikan ‘general views’ amal sebagai ‘observation’ yang akan memberikan ‘extra explanation’ terhadap ilmu yang dipelajari.
Beban yang tidak tertanggung…
Sem ini aku sibuk la….
Aku nak focus kepada study dulu,
Mak ayah aku hantar aku untuk belajar, bukan wat benda ni je….
Ini merupakan istilah-istilah yang selalu dikeluarkan golongan yang ‘penat’. Istilah yang kadang-kadang membuntukan pucuk pimpinan untuk menjawab dan terpaksa merelakan pemergian aktivis mungkin untuk seketika. Pucuk pimpinan akan tertanya-tanya dan bingung mengapa ini berlaku, beliau yang dahulunya begitu hebat telah mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan ini.
Untuk melihat sabab musabab ini, sebenarnya ini semua berlaku antara lain bertitik tolak dari kepimpinan itu sendiri, beban yang diberikan kepada individu itu terlalu banyak, tekanan dari pimpinan terlalu tinggi, walaupun didalam mesyuarat dikatakan dengan pelbagai kata-kata indah seperti ;jangan buat kerja sorang-sorang’ dan sebagainya, namun hakikatnya tekanan diberikan secara tidak langsung.
Perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai tahap ilmu yang berbeza, mempunyai kefahaman yang berbeza, mempunyai ‘general view’ terhadap sesuatu isu yang mungkin berbeza,pimpinan tidak boleh menganggap semua ahli dan pimpinan mempunyai fikrah yang sama.
Melalui perbezaan ini, maka golongan sasaran ataupun ruang lingkup dakwah dan ‘level’ kepimpinan seseorang itu adalah berbeza. Ulama’ mempunyai peranan yang besar kerana kefahaman dan ilmu yang dimiliki, itu ulama’, mahasiswa mempunyai ruang lingkup dakwah yang berbeza, pokoknya semua orang mempunyai perbezaan. Jadi pimpinan perlu taaruf, tafahum dan takaful ahli masing-masing. Apabila pimpinan kenal ahli, maka kerja-kerja akan dibahagikan menurut kelayakkan dan ini akan memberikan gambaran yang positif terhadap ahli, ahli akan beranggapan melakukan kerja dakwah ini seronok, menjadi aktivis dakwah ini menenteramkan jiwa, membuang tekanan belajar dan sebagainya.
Didalam sebuah hadis:
Sabda nabi S.A.W. maksudnya:
“wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya(amanah).
Riwayat Imam Muslim.
Didalam hadis ini, hatta Abu Zar sendiri yangmerupakan sahabat nabi yang warak dan zuhud, namun begitu amanah jawatan dan politik berhajatkan ciri-ciri yang lebih dari itu yang bukan semua manusia memilikinya.
Jamaah.
Untuk yang ketiganya adalah hal-hal yang berkaitan jamaah itu sendiri. Jamaah yang hanya gah pada nama, yang hanya gah pada sejarah jamaah itu sendiri, jamaah yang asyik-asyik menginkap kisah kuno kejayaan jamaah sendiri hingga lupa dan alpa akan apa yang sedang berlaku dihadapan mata sendiri, apabila kesatuan jamaah yang longgar yang membiarkan seseorang ahli hanya merasakan kehadiran jamaah jika terdapat sesuatu peristiwa sahaja akan membuatkan semangat ahli mundur, sedangkan untuk membina kasatuan fikrah, membina kesatuan pemikiran, untuk membina ukhuwah yang mantap memerlukan setiap ahli jamaah untuk senantiasa bersama dan tidak hanya pada masa yang tertentu sahaja.
Setiap ahli jamaah mempunyai masalah yang tersendiri yang tidak semua ahli sudi untuk menceritakan dalam bentuk ‘mass’. Akan ada segelintir yang bersifat “jika tidak dipecah ruyung, manakan nak dapat sagunya” sifat yang memerlukan pimpinan,naqib untuk melakukan ‘face to face’ yang bersifat individu, yang bersifat privasi ini perlu diberi perhatian. Sekiranya ahli dibiarkan sahaja tanpa proses “follow up”. Keyakinan dan kebergantungan ahli terhadap jamaah akan terhakis, segala semangat yang terhasil dikala tamrin akan pudar, ahli akan merasakan jamaah hanya pada hal-hal yang tertentu sahaja, maka tanggapan ini akan terus-menerus terhasil sehingga akan berlaku tanggapan, jamaah hanya untuk keagamaan sahaja dan tidak pada hal-hal yang melibatkan privasi. Ini bolrh kita umpamakan sebagai tanggapan masyarakat terhadap kepentingan institusi masjid, agama yang hanya berkisar dalam hal-hal agama sahaja(sekularism)
Ini baru tiga faktor yang diketengahkan yang bagi penulis antara punca utama hilangnya kaderisasi, punca yang harus diberi keutamaan oleh pimpinan, mungkin pada orang lain, terdapat faktor yang jauh lebih penting yang harus diberi penekanan, namun inilah yang penulis mampu berdasarkan tahap ilmu penulis yang cetek ini.
Semoga kekurangan yang ada akan diperbetulkan untuk kebaikkan bersama…Wassalam.