Tuesday, December 30, 2008
Perjalanan Menghayati Keindahan.....
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran penulis merakamkan diatas segala nikmat yang acap kali diberikan Ilahi merangkumi segala nikmat yang saban hari penulis menerima dan amatlah tidak wajar penulis tidak berterima kasih diatas kurniaan yang tiada tandingan itu.
Akak : salam suhairi, 28 dan 29 ni suhairi free tak?
Penulis : waalaikummussalam, hmm tak tau lagi la kak, nape?
Akak : hmm cam ni, kami bercadang nak buat rehlah dekat Cameron highland time tu,
So kami nak ajakla su sekali, amacam nak?
Penulis : hmm tak tau lagi la kak, tengok dulu la kalau dah masuk sem baru nanti
saya bagitau
Akak :ok nanti kalau dah comfirm nanti bagitau kak,
Penulis : hmm orait kak.
Penulis yang tika itu sedang dalam perjalanan ke Kuantan sedikit terkejut dan gembira apabila diajak umtuk kesatu tempat yang mana belum pernah penulis pergi, rasa untuk menerima sahaja ajakan itu meluap-luap namun rasa itu perlu ditahan bagi membolehkan penulis memastikan samaada tarikh tersebut benar-benar berada dalam kelapangan.
Penulis : salam akak,hmm comfirm la saya boleh pegi huhuhu
Akak : hmm bagus la,akak kalau boleh nak su pegi untuk teman ustaz fakhrul tu.
Penulis : hmm ok je
Akak : su ade lesen kete tak?
Penulis : ade je,tapi lesen ‘agung’ la huhuhu.
Akak : hmm xpe la,nanti kalau ade ape-ape akak inform balik.
Nak dipendekkan cerita, tibalah masa keramat tersebut, perjalanan yang dijadualkan bergerak pada pukul 7 pagi bergerak sedikit lewat, terima kasih kepada Aliemran dan Azizan diatas kesudian untuk hantar penulis ke Masjid UIAPJ walaupun dalam keadaan tidak mandi huhu.
Perjalanan agak memenatkan dan secara keseluruhannya, penulis berasa cukup berpuas hati dan cukup taajub dengan keindahan yang dicipta Ilahi. Suasana yang nyaman dan segar cukup untuk menghilangkan penat yang dirasai dalam perjalanan. Sampai sahaja di apartment yang telahpun disewa, semua yang bersama dalam rehlah ini menamppakkan iras wajah yang sangat ceria, sejuk hati memandang suasana tersebut.
Pelbagai kenangan dan saat indah yang tidak dapat penulis gambarkan dalam ruang yang membataskan penulis untuk berkata-kata, namun jika diberi masa untuk melampirkan nada suara menceritakan saat tersebut entahlah berapa lama masa diambil.
Rasanya setakat ini apa yang penulis ingin kongsikan dan dikesempatan ini jugak penulis ingin merakan kan setinggi-tinggi terima kasih kepada akak nasibah,kak zuraidah dan ustaz fakhrul diatas kesudia untuk mengajak penulis merasai suatu pengalaman yang cukup bermakna yang bakal menjadi program terakhir bagi kehidupan penulis untuk tahun ini. Dan tidak lupa juga kepada yang sudi meminjamkan kamera untuk penulis menzahirkan pengalaman penulis disana.
Salam Maal Hijrah kepada semua……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment