perjalanan menelusuri kehidupan alaf baru memerlukan seseorang itu untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai persiapan dari pelbagai aspek bagi memastikan kehidupan yan ditempuhi mampu diharungi dengan tenang tanpa masalah yang akan menjerumuskan diri kedalam lembah kehinaan.
dalam untuk menghadapi cabaran yang tiada tolok tandingannya ini, seseorang itu perlu kepada pembantu bukan?
perjalanan sebagai seorang mahasiswa turut tidak terkeuali untuk menerima tempias halangan tersebut. pembelajaran yang memerlukan kepada sifat istiqamah kadang-kadang mengundang seribu rasa kecewa dan hampa dengan prestasi diri.
terimbau pula disuatu ketika dahulu, tika diri masih jahil dalam mengawal diri, tika diri lemah menangkis perasaan, semangat belajar berkobar-kobar kerna selalu di'motivasikan',prestasi naik,tetapi tika ini semuanya itu tinggal kenangan,
namun sekarang prestasiku semakin menurun, perlukah aku kepada 'pemotivasi'? suatu persoalan yang mengelirukan. fitnahkah ini?ujiankah ini?tipu daya syaitankah ini?
namun dapatkah aku menjamin hubunganku denganNya terjamin?tak terlekakah aku?
yang paling penting apa hikmah disebaliknya.....?
semoga kekuatan itu senantiasa berada dalam diri pacalMu ini...........
No comments:
Post a Comment