Pages

Thursday, January 22, 2009

Mari berfikir Sejenak.............

Assalamualaikum kepada pembaca semua. insyaAllah didalam masa yang serba ringkas ini penulis terpanggil untuk menyampai serba sikit ilmu yang dirasakan agak menarik untuk dikongsi dan difahami… penulis meneliti sedikit sebuah buku berjudul ‘peranan pelajar’karya Abul A’la Al-Maududi yang mana menerangkan dengan ringkas tetapi padat peranan pelajar dan kerajaan dalam membentuk sebuah Negara yang benar-benar berwibawa dari apa yang kita ada sekarang.

Beliau banyak menyentuh hal-hal berkaitan system pelajaran yang mana secara sedar ataupun tidak system yang kita sedang ikuti sekarang ini adalah salah satu cara halus pihak barat dalam melemahkan akidah pelajar Islam. Sebagai contoh mengapa pada hari ini di Malaysia banyak berlaku kepincangan dalam semua sektor kerajaan?mengapa? adakah mereka ini buta huruf dalam membaca? Adakah mereka ini menjadi pegawai itu dan ini kerana terpaksa? Sudah semestinya tidak kerana semuanya mempunyai kelayakkan yang hebat, kelayakkan yang diiktiraf dunia, jadi mengapa berlaku kepincangan? Apa mereka tidak belajar adab dan agama? Agama? Agama?

Ini jelas lagi terang menunjukkan kesilapan sistem pembelajaran yang ada sekarang dalam melahirkan modal insan yang baik, bukankah begitu?
Jadi apa kelemahan tersebut? Sudah semestinya bagi kita umat islam kita melihat sistem yang ada sekarang tidak menekankan kekuatan akidah dan akhlak, agama hanya ditekankan diwaktu pra sekolah dan sekolah rendah. Mana mungkin manusia yang dilengkapi dengan sifat pelupa mampu hanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari diwaktu kecil untuk menongkah hidup didunia yang serba mencabar ini. Pastinya perlu kepada sistem yang terus menerus supaya akidah dan akhlak pelajar dan pegawai- pegawai itu mantap maka dengan tidak perlu berkempen rasuah akan hilang,salah guna kuasa akan lenyap,sifat mementingkan kroni akan pupus.

Mungkin ada yang mengatakan ada saja pelajar-pelajar dan pegawai-pegawai yang baik dan kuat akidahnya, tidak dinafikan TETAPI cuba kita kaji latar belakang pegawai dan pelajar tersebut, sifat- sifat tersebut tidak lain tertanam dihati mereka dek didikan yang mereka dapat dirumah, ibunya senantiasa bersolat, membaca Al-quran, ayahnya senantiasa ke masjid, senantiasa diberi peringatan mengenai dosa dan pahala. Akibat dari didikan inilah mereka mampu menjadi insan yang mempunyai erti.

Kita zoom in pula gadis-gadis yang sekarang ini yang mana akan menjadi ibu kepada generasi akan datang, pada pandangan semua generasi bagaimanakah yang akan terhasil? Fikir-fikirkan?
Sekiranya seorang ibu ataupun seorang bapa menginginkan anak-anaknya memperjuangkan agama, sanggup berkorban jiwa demi agama, tidak mungkin perasaan itu akan lahir melalui pendidikan ciptaan barat ini kerana sudah semestinya barat membuat sesuatu untuk melemahkan semangat jihad umat islam, tetapi sifat itu akan lahir dari didikan agama yang mantap, apa lemahkah orang yang belajar agama?mundurkah orang yang belajar agama? Sentimen ini yang patut semua orang kikis dari dalam diri.
Kembali kepada sistem pembelajaran kita, salah satu isu yang disentuh Al-Maududi adalah berkaitan pengkhianatan guru-guru dalam mengajar, bagaimana itu? Percaya tidak ada guru- guru yang mengelirukan pelajar-pelajar tentang islam, mereka senantiasa menyuruh kepada satu pemikiran yang mana kita selalu dengar, ’think out of the box’ ada yang menyeru supaya perlunya pelajar-pelajar berfikir luar dari konteks agama dan sebagainya, perlanggaran hukum dianggap biasa, tokoh-tokoh barat dan sekular disebut-sebut melebihi ulama’-ulama’ yang hebat. Amat malang bagi pelajar yang mempunyai pengkhianat sebegitu.
Terus bagi pihak kerajaan yang mahu membanteras gejala rasuah dan lain-lain gejala yang makim merungcing dalam pentadbiran wajarlah kiranya kita perhalusi kembali sistem pembelajaran yang sedia ada kerana insan- insan yang melakukan gejala ini lahir dari sistem pembelajaran yang ada sekarang, penekananyang diberikan hanya kepada ilmu kifayah sahaja tidak akan memberikan sebarang erti jika penekanan tersebut tidak ditapisi oleh ilmu yang asas yang akan menjamin kehidupan yang aman yakni ILMU AGAMA.


‘Untuk melihat kehancuran sesuatu kaum lihatlah kepada identitinya yang lenyap tidak perlu menunggu lenyapnya kaum,itulah hakikat kehilangan kaum’

No comments: