Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian, alhamdulillah pada hari ini bekalan air di UIA gombak telah pulih dan syukur juga harus diberi kerana kita semua diberi sedikit mungkin barangkali 0.000001% daripada kesengsaraan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat kita du Palestin sana. kesusahan yang sementara itu wajar kita semua ambil iktibar dan pedoman supaya selepas ini kita akan menjadi seorang insan yang bersyukur INSYAAALAH....
Jika kita lihat pada tajuk post ini mungkin ada segelintir yang menyangka dan berpendapat apa agaknya yang dimaksudkan dengan kekeliruan ini. teruk sangat ke masyarakat MAlaysia ini kalau kita nak dibandingkan dengan barat sana yang mana kita semua sedia maklum disana tahap sosial disana tiada batasnya. kebebasan ataupun 'human right' menjadi sebab untuk terus melakukan pelbagai pekerjaan yang jelas melawan fitrah manusia, namun penulis bukan mahu menghuraikan berkenaan masyarakat disana tetapi masyarakat Islam di MAlaysia kini.
Sebelum saya menjelaskan dan memberi contoh kekeliruan tersebut ingin penulis berkongsi sedikit sebanyak apa yang terngiang-ngiang dipemikiran penulis. sudah menjadi lumrah manusia untuk mencari role model ataupun mentor dalam memotivasikan diri untuk mencapai sesuatu kejayaan namun ini bagi kejayaan individu, bagaimana pula masyarakat? tentunya masyarakat yang inginkan keyajaan akan mengikut akan masyarakat yang berjaya. ini yang ingin dibahaskan dalam ruang lingkup ini.
apa masyarakat yang berjaya pada masa sekarang? sudah tentunya akan banyak yang mengatakan masyarakat barat, apa sebabnya? kerana mereka telah menjadi world order. apa jua yang ingin dilakukan perlu kepada mereka, teknologi yang begitu berjaya.manjadi ketua seantero dunia.
ok kita telah merantau ke barat jadi mari kembali kepada tanah air kita, masyarakat kita juga tidak terlepas untuk mengikuti perkembangan barat, apa jua yang diutarakan barat kebanyakkannya akan diterima bulat-bulat. disini sudah ada kekeliruannya bukan?masyarakat islam yang dikatakan umat yang terbaik sedang mengikuti telunjuk musuh?mengapa?
jika kita lihat pula dari segi yang lain, pakaian? perempuan terutamanya meraka sudah tidak dapat membezakan pakaian mana yang harus diletakkan didalam dan pakaian yang mana harus diletakkan diluar? percaya tidak? hatta di sebuah institusi pembelajaran yang gah menggunakan perkataan ISLAM pun tidak terkecuali untuk memiliki pelajar yang berada dalam kekeliruan ini. jahilkah mereka?
penulis tidak mahu menyentuh hal-hal berkaitan agama kerana akan ada banyak kekeliruan yang akan kita terokai dan sudah semestinya perlukan penghuraian yang banyak dan panjang lebar.
Kini heboh dengan serangan Israel terhadap penduduk bandar GAZA yang mana serangan kali ini dikatakan serangan yang paling teruk yang pernah dilakukan regim ini, pelbagai inisiatif diambil oleh masyarakat Malaysia untuk memprotes dan membantu masyarakat disana. alhamdulillah ini jelas menunjukkan kesatuan.apa yang penulis ingin bangkitkan jika dilihat dalam konteks kekeliruan?bukankah ini petanda yang positif? jika dilihat dari pandangan luar memang indah dan mengharukan tindakan seperti itu namun apa yang menjadi kekeliruan adalah mengapa perlu kepada berlakunya kejadian yang menyayat hati baru masyarakat bangun memberontak? jika ditakdirkan regim tidak menyerang adakah demonstrasi-demonstrasi,boikot memboikot?apa sebelum ini regim bertindak baik dengan masyarakat Islam disana?hampir setiap hari ada sahaja umat islam gugur,adakah kita ambil tindakan?
kembali kepada tindakan masyarakat kita dalam membantu masyarakat PALESTIN, penulis tertarik dengan berita yang dibaca dari ruangan akhbar baru-baru ini yakni sumbangan sebanyak SATU JUTA RINGGIT oleh 'seseorang'. penulis mahu bertanya kepada semua,dari tindakan tersebut apa yang pembaca dapat huraikan? tahap keikhlasan sumbangan? penulis pernah mengikuti satu sessi perkongsian ilmu, satu analogi yang menarik yang ingin penulis kongsikan adalah 'ikhlas ini ibarat pakaian xxx seseorang,jika dilamperkan diluar,elokkah dipandangan umum?'
nah bagi yang memakai pakaian xxx diluar mungkin akan menjawab itulah trend sekarang. namun dari segi adab bagaimana? bukankah nampak 'jelek'.
insyaAllah pemulis tidak berniat untuk menyentuh mana-mana pihak yang memakan cili kerana sudah menjadi lumrah seseorang yang memakan cili akan terasa akan ke'lazatan'nya. apa yang menjadi harapan penulis adalah agar segala persoalan yang diutarakan dapat difahami dengan memdalam. jangan cepat melatah kerana mungkin ada yang dapat kita ambil iktibar darinya.
adakah kita antara masyarakat yang keliru itu?
No comments:
Post a Comment