Pages

Monday, July 29, 2013

Esok Masih Ada.....

Assalamualaikum wrt kepada semua pembaca yang budiman.

Bagaimana agaknya dengan ramadhan kita? kurang lebih tinggal berapa hari sahaja untuk kita tamatkan suatu bulan yang mulia ini. Terkadang penulis kerap memujuk hati untuk cuba menetapkan dalam hati bahawa inilah peluang, bulan ini ada pelbagai nikmat dan kemuliaan, namun seakannya hati alpa dengan kebiasaan cara hidup.


Hari-hari berlalu seperti biasa yang beza hanyalah tiada makanan dan minuman. Barangkali sama sahaja ketika sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan. Kagum melihat sesetengah kumpulan yang begitu taajub dalam meraikan bulan ini, kuliah, pengajian, talaqi kitab, berziarah, dan lain-lain menghiasi kehidupan. Dimana penulis?


Saban hari kehidupan dan tanggungjawab makin meningkat. Keperluan hidup yang bertambah memerlukan penulis bekerja lebih keras untuk memberi keselesaan kepada semua yang dibawah tanggungan.


Malu untuk menyatakan cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad kerana seakannya tindakan sudah tiada. Namun penulis memujuk diri untuk terus bersangka baik dengan semua aturan ini. Teringat kalam Murabbi Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, “tidak semestinya yang dekat dengan majlis itu dekat rumahnya, dan tidak semestinya jauh rumahnya itu jauh dengan majlis”.


Allah itu sangat adil dalam aturan-Nya. Keadilan-Nya terkadang dilihat tidak adil pada pandangan manusia. Namun hanya Dia-lah yang mengetahui perkara yang akan dating. Kita hanya bersandarkan pengalaman, mencuba dan meramal, namun yang menjadikan ianya nyata adalah Dia. Semoga tidak dipalingkan hati kita dari terus mencintai-Nya dan merasa dekat dengan-Nya.



Friday, July 26, 2013

Hebatnya Bismillah

Alhamdulillah tazkirah di Hospital Pakar Al-Islam untuk hari ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Muhaidir Hj Joll. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa kampus Petaling Jaya. Beliau aktif terutamanya didalam penulisan kitab – kitab dan turut menjadi penceramah dimajlis ilmu diseluruh Negara.

Beliau banyak berkongsi perihal berkenaan kalimah ‘Bismillah’. Ungkapan yang sedikit dan kecil pada pandangan umum namun didalamnya terselit pelbagai kelebihan dan manfaat bagi yang beramal dengannya. Setiap pekerjaan yang dilakukan jika dimulakan dengan bismillah akan mendatangkan hasil yang sangat berbeza dengan Izin Allah.

Kitab-kitab samawi (zabur,taurat,injil) yang diturunkan Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu mempunyai kepelbagaian kisah dan khusus diturunkan kepada umat nabi tersebut. Namun Al-quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW meliputi keseluruhan kandungan kitab-kitab yang lain. Dalam kata lain. Segala isi dan tuntutan dari kitab yang awal terkandung didalam Al-Quran. Kerna itulah salah satu mukjizat Al-Quran ini adalah ianya melangkaui masa dan tempat, tiada tempat didunia ini yang tidak sesuai bagi Al-quran. Begitulah antara kehebatan Al-quran.


Namun tidak dinamakan Al-quran jika tidak mempunyai 114 surah. Dan kesemua kandungan Al-quran diceritakan Allah melalui Ummul Kitab (Al-Fatihah) dan kandungan Surah Al-Fatihah diceritakan Allah melalui kalimah Bismillah, dan kandungan Bismillah itu tersembunyi didalam huruf awalnya (ب).
Kerna itulah ada kitab yang dikeluarkan oleh para Ulama yang khusus menafsirkan perkataan bismillah sahaja. Kalimah Bismillah yang terdiri daripada 4 perkataan (بسم الله الرحمن الرحيم ( menjadi pendiding yang sangat kuat daripada Iblis dan Syaitan. Syaitan yang mengganggu dari 4 arah (kiri,kanan,depan belakang) namun tidak dari atas dan bawah. Diantara sebabnya adalah untuk iblis melepasi dari atas manusia, mereka perlu melalui ‘lapisan akal’ yang tersimpan didalamnya hafalan-hafalan yang akan menghalang iblis dari melepasinya.


Ada suatu kisah yang menceritakan tentang seorang ahli ibadah yang berbicara dengan syaitan yang merasuk seorang wanita, setelah dipaksa keluar, syaitan berkenaan memberikan syarat jika dia keluar dari tubuh wanita berkenaan, dia(syaitan) mahu masuk ke tubuh ahli ibadah tersebut. Namun setelah keluar, ternyata syaitan tersebut tidak berkemampuan kerana ibadah-ibadah dan hafalan-hafalan yang diamalkan ahli ibadah tersebut.


Al-Fadhil turut mengijazahkan beberapa amalan kepada staff Hospital Pakar Al-Islam untuk diamalkan. Pertama sekali ingin saya kongsikan sedikit mengenai konsep ijazah amalan yang mungkin jarang didengar oleh pembaca sekalian. Konsep ijazah merupakan kaedah dimana seorang guru atau masyaikh mengajar anak muridnya suatu amalan atau hadis berdasarkan rantaian atau sanad yang beliau terima dari gurunya. Contohnya. Saya mendapat ijazah amalan ini dari guru saya, dan guru saya mendapat amalan itu dari gurunya, dan begitulah seterusnya sehingga kepada empunya amalan. Kebiasaannya empunya amalan adalah dari kalangan ahli salafussoleh dan nabi Muhammad SAW sendiri.


Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat buat yang membaca dan saya secara peribadi amat memohon maaf diatas kekurangan perkongsian ini. Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua didalam memahami Agama-Nya insyaAllah.        


Wednesday, July 24, 2013

World Conference on ISLAMIC RESURGENCE, DEMOCRACY AND SOCIO-ECONOMIC DEVELOPMENT

Assalamualaikum wrt. Penulis bercadang untuk berkongsi dengan pembaca yang terlalu di blog ini. Seminar yang dinantikan telah tiba, in syaa Allah semoga diberi kesempatan untuk hadir dan menimba ilmu.


Sunday, July 21, 2013

Jenis Penuntut Ilmu

Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a.: beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk (bersama-sama para sahabatnya didalam majlis ilmu) didalam masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Rasulullah SAW. Orang yang pertama masuk lalu melihat ada tempat kosong ditengah-tengah halaqah ilmu, maka dia terus duduk disana. Orang yang kedua pula hanya duduk dibahagian belakang majlis.

 Manakala orang yang ketiga (kerana dia melihat orang terlalu ramai maka dia terus beredar ke tempat lain. Setelah Rasulullah  SAW selesai mengajar, lalu Baginda bersabda: "Hendakkah aku beritahu kamu tentang tiga orang yang baru datang tadi? Yang pertama, dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah memberikan tempat baginya.

Yang kedua pula, dia berasa malu (tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu kepadanya (tidak memberinya ilmu yang banyak). Adapun yang ketiga, Maka dia terus berpaling daripada Allah, Maka Allah pun berpaling juga daripadanya"

(Riwayat Bukhari,Muslim, Ahmad dan Tarmizi)

Salahkah wanita tak tau masak???????

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! so lepas ni harapnya lelaki-lelaki yang nak mencari isteri yang pandai masak tu wajarlah kiranya lelaki tersebut pandai jadi imam walaupun isterinya tidak mahir memasak...

Renung-renungkan dan selamat beramal