Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a.: beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk (bersama-sama para sahabatnya didalam majlis ilmu) didalam masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Rasulullah SAW. Orang yang pertama masuk lalu melihat ada tempat kosong ditengah-tengah halaqah ilmu, maka dia terus duduk disana. Orang yang kedua pula hanya duduk dibahagian belakang majlis.
Manakala orang yang ketiga (kerana dia melihat orang terlalu ramai maka dia terus beredar ke tempat lain. Setelah Rasulullah SAW selesai mengajar, lalu Baginda bersabda: "Hendakkah aku beritahu kamu tentang tiga orang yang baru datang tadi? Yang pertama, dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah memberikan tempat baginya.
Yang kedua pula, dia berasa malu (tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu kepadanya (tidak memberinya ilmu yang banyak). Adapun yang ketiga, Maka dia terus berpaling daripada Allah, Maka Allah pun berpaling juga daripadanya"
(Riwayat Bukhari,Muslim, Ahmad dan Tarmizi)
No comments:
Post a Comment