Pages

Monday, July 29, 2013

Esok Masih Ada.....

Assalamualaikum wrt kepada semua pembaca yang budiman.

Bagaimana agaknya dengan ramadhan kita? kurang lebih tinggal berapa hari sahaja untuk kita tamatkan suatu bulan yang mulia ini. Terkadang penulis kerap memujuk hati untuk cuba menetapkan dalam hati bahawa inilah peluang, bulan ini ada pelbagai nikmat dan kemuliaan, namun seakannya hati alpa dengan kebiasaan cara hidup.


Hari-hari berlalu seperti biasa yang beza hanyalah tiada makanan dan minuman. Barangkali sama sahaja ketika sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan. Kagum melihat sesetengah kumpulan yang begitu taajub dalam meraikan bulan ini, kuliah, pengajian, talaqi kitab, berziarah, dan lain-lain menghiasi kehidupan. Dimana penulis?


Saban hari kehidupan dan tanggungjawab makin meningkat. Keperluan hidup yang bertambah memerlukan penulis bekerja lebih keras untuk memberi keselesaan kepada semua yang dibawah tanggungan.


Malu untuk menyatakan cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad kerana seakannya tindakan sudah tiada. Namun penulis memujuk diri untuk terus bersangka baik dengan semua aturan ini. Teringat kalam Murabbi Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, “tidak semestinya yang dekat dengan majlis itu dekat rumahnya, dan tidak semestinya jauh rumahnya itu jauh dengan majlis”.


Allah itu sangat adil dalam aturan-Nya. Keadilan-Nya terkadang dilihat tidak adil pada pandangan manusia. Namun hanya Dia-lah yang mengetahui perkara yang akan dating. Kita hanya bersandarkan pengalaman, mencuba dan meramal, namun yang menjadikan ianya nyata adalah Dia. Semoga tidak dipalingkan hati kita dari terus mencintai-Nya dan merasa dekat dengan-Nya.



No comments: