Thursday, December 4, 2008
peristiwa dimalam hari.....
Pagi 25 bulan 11 merupakan hari yang benar2 memberikan aku satu macam kesedihan, perjalananku ke Kedah dari Kuala Lumpur kadang2 membuatkan ku merasa rindu yang teramat pada sahabat2 di Kuala Lumpur, namun rasa rindu tersebut perlu aku lawan untuk pulang ke tempat lahirku bagi berjumpa dengan kedua ibubapaku.
Namun dalam perjalananku ke kedah ini mengajarku tentang satu perkara,aku telah menghadapi satu musibah yang teramat sangat memberikan kesan pada diri ku, sakitkah aku?kesihatanku? kenapa perkara itu terjadi? Berjuta macam persoalan menghimbau diri tika menghadapi musibah tersebut. Aku cuba mencari alasan dan jalan agar insan sekeliling tidak menyedari akan apa yang berlaku, namun ternyata perancangan Allah mengatasi segalanya. Rasa malu terhadap diri dan betapa hinanya aku pada pandangan insan waktu itu membuatkan ku seperti mahu saja aku bunuh diri, sialkah aku
Kenapa aku jadi macam ni?aku cuba hubungkaitkan apa yang terjadi ini dengan kehidupanku, aku ingin mengerti mengapa Allah menghukumku dengan sedemikian rupa..aku mengerti akan hinanya aku pada pandanganNya.namun mengapa aku yang dipilih? Apa yang aku lakukan?apa dosa aku yang menmungkinkan aku untuk dihukum sedemikian?argh….. ternyata aku tidak mampu menembusi ilmuNya.
Tetapi apa yang pasti adalah aku cukup malu diatas apa yang berlaku. Ternyata ujian yang diberi amat la perit untuk aku tahan.kalaulah aku punya cara untuk menutupi apa yang berlaku ini dari pandangan umum tika itu, akan ku cuba sedaya upaya. Malunya aku Allah mengapa akau dipilih untuk menerima ujian ini. Mengapa?
Apa benda yang berlaku tidak akan mungkin aku huraikan dalam pemulisan kali ini kerana ini melibatkan maruahku, masa depanku. Tapi yang pasti ini adalah tarbiyyah dari tuhan, inilah keistimewaan Islam,aku berharap agar apa yang berlaku ini bukan sebagai penghinaan pada ku dimataNya tetapi ini sebagai kifarah dosa ku yang tidak mungkin terampun. Yang pasti yang dapat aku simpulkan adalah aku telah melakukan sesuatu yang membuatkan Dia memarahiaku lantas hukumun diambil. Kalau tanggapan aku ini benar aku rela merasakan sejuta kali lagi cobaan seperti ini kerana ku lebih rela dihukum pada alam ini dari pada dihukum didalam nerakaNya.
Diakhirat nanti tiada pengampunan,tiada jalan ketiga,setiap dosa yang dilakukan berkehendakkan kepada neraka dan begitu jugaklah sebaliknya. Maka itulah solusi yang aku dapat daripada ujian malam itu, Allah Maha ADIL, tidak mungkin dia menghukum hambaNya tanpa ada sebab yang melayakkan hambaNya itu mendapat hukuman tersebut,kita adalah miliknya maka mengapa aku mempertikaikan segala yang Dia lakukan pada aku? Siapa aku nak mempersoalkan itu dan ini,aku hanya punya hak tetapi yang menentukan keberhasilan,yang menentukan kejayaan,yang menentukan kelancaran proses yang dirancang adalah terletak pada kuasa Allah. Namun apa yang pasti aku bermohon sejuta kali keampunan.biarpun aku tahu akan dosa yang ada padaku ini melayakkan aku menghuni neraka Allah tetapi aku masih bernyawa dan berpeluang untuk memohon ampun.
“Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami,dosa kum kerabat kami, dosa umat islam semuruhnya,berikan kami keampunanMu Ya Allah,berikan kami syurgaMu, Ya Allah sesungguhnya kami lemah dala mnak menjalankan kehidupan kami,mengurus kehidupan kami,mentadbir kehidupan kami, maka kami berharap agar solat kami, hidup kami, mati kami diatur sepenuhnya olehMu Ya Allah, Aminn…..”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
'apakah dosa aku??' kenapa kita sering mempersoalkan bgtu?? adakh kt ini sdh ckp maksum tiada dosa?? pd hakikatnya, kita mmg hamba yg berdosa...Ya Allah.. memang sgt byk berdosa jd, x perlulah kt persoalkan diri lagi apakah dosaku...kerana siapa blh jamin yg dlm sehari dia lgsng x melakukan dosa.. adapun ujian sbg pghapus smua tu.. perisai kt adlh doa dn sabar...
tumpang lalu..
suhairi sakit mender?
xphm aper kmu tulis pasal sakit2 tue.
hu2..teringat kat cerita2 kat tv..
salu jer ayat apakah salahku,apakah dosaku..dan mcm2 lg.
tpkn, pd pendapat sy lh kn, kte boleh tanyer pd dri kter..
apakah kter ad buat salah..
untuk bermuhasabah diri..
spy kte x lah ulang lg kesalahan tue..
spy kte lbh berhati hati dlm melakukan sesuatu tindakan kn???
hm..sy lbh sker dok nga kwn2..
kalu ad cuti,ase cm x nk blik umah jer..hu2
tp sbb igt kn dri..
tgk muka ayah umi boleh dpt pahala..
sy pon balik la..uhuhu..
Post a Comment