free glitter text and family website at FamilyLobby.com

~Semoga kelemahan yang ada dalam blog ini harap diampun Allah dan mohon comment jika terdapat info2 yang bercanggah dengan Islam,jangan diam diri membiarkan saya terkapai-kapai dihadapan Allah dek menyampaikan suatu ilmu yang tidak betul..~

Wednesday, December 21, 2011

40 Strategi Rasulullah Didalam pendidikan

Assalamualaikum wrt diucapkan kepada siapa sahaja yang bertandang ke dalam laman ini,

InsyaAllah setelah lama menyepi, kini penulis merasakan perlunya penulis menyambung apa sahaja penulisan memandangkan pemerhatian penulis2 terhadap ulama' besar, rata2 diantara mereka begitu hebat didalam penulisan. bait2 syair yang memuji Rasulullah sentiasa sahaja mengjangkaui pemikiran orang umum yang menjadikan mereka berbeza dengan yang lain.

untuk artikel kali ini, penulis berhasrat untuk berkongsi 40 strategi Rasululah yang penulisan ini akan diajalankan secara bersiri kerana sekiranya mahu dinyatakan terus 40 cara yang digunakan baginda didalam mendidik, nescaya penulis bimbang kekuatan menulis penulis yang turun....

baiklah untuk yang pertama adalah

METHODE PENDIDIKAN RASULULLAH MELALUI TELADAN DAN AKHLAK YANG MULIA

menjadi methode terpenting dalam dakwah rasulullah yang bergerak dahulu sebelum menggerakan orang lain. terkadang perilaku baginda ini tidak mampu ditiru oleh mana2 manusia. inilah kehebatan yang ada pada sosok tubuh baginda sehinggakan beliau dilihat sebagai insan yang teramat mulia. Anas bin malik menyatakan, keadaan yang paling bercahaya bagi bumi madinah adalah ketika masuknya baginda kebumi madinah dalam peristiwa hijrah, dan tiada keadaan yang paling menyedihkan selain kematian baginda dibumi madinah.

tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui teladan lebih berkesan dihati berbanding kenyataan yang merapi.justeru marilah kita menilai kembali akhlak kita dengan masyarakat sekeliling kita. apakah kehadiran kita ini memberikan kesenangan ataupun kesengsaraan pada insan2 yang berada disekeliling kita. insyaAllah dengan berkat dan sedikit istiqamah, moga kita mampu mencontohi perilaku agung ini.

bahagian yang kedua akan dihuraikan pada artikel yang lain InsyaAllah....

Sunday, May 22, 2011

Melatih hati untuk melatih genarasi....

Apabila sesuatu perkara itu telah lama ditinggalkan, sudah menjadi lumrah untuk diri merasa kekok dan memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dan memastikan penetapan minda yang baik mengikut keperluan. Pengalaman demi pengalaman diimbau dan dipastikan cara serta objektifnya, tidak lain tidak untuk memulakan dan membuang keegoaan yang sekian menetap dihati.

Barang kali itulah pengalaman yang dihadapi penulis beberapa hari yang lepas kerana mengikuti program latihan nuqaba’ yang melibatkan pelajar-pelajar SBPI Gombak. Bertemakan memperkukuh qudwah mengeratkan ukhuwah program ini benar-benar mengajar penulis perihal perkara yang paling utama didalam pembentukan jiwa.

Program yang dipimpin seorang sahabat yang turut selalu bersama penulis dikuliah-kuliah tasawwuf, sudah semestinya memberikan kegentaran kepada penulis kerana pembentukan jiwa dan keikhlasan adalah diantara criteria utama yang ditekan pengarah. Ditambah dengan kesucian wajah peserta yang masih muda dan begitu tinggi ilm jika dibandingkan dengan diri penulis sewaktu berada pada umur yang sama.

Hari pertama penulis banyak mendiamkan diri dan memujuk diri untuk terus melakukan peranan sebagai Fasilitator. Dan kegusaran tersebut terbawa-bawa sehinggalah ke dalam LDK yang pertama yang melihat kegagalam penulis menghadirkan hati didalam setiap kata-kata yang diungkap. Sedikit kecewa kerana hampa dengan diri sendiri.

Hari kedua menyaksikan sedikit penambahan bagi diri penulis sendiri untuk memulakan tugas yang dipikul. Ternyata bantuan Allah itu akan datang bila dipohon dan urusan diserahkan kepada Allah untuk memimpin, inilah pesan guru yang mulia Al-musnid Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al maliki yang mana beliau menyatakan. Didalam setiap amalan yang pekerjaan yang dilakukan, setelah kita berusaha wajib kita untuk menyerahkannya kepada Allah, harus ada ungkapan khusus yang menyebut tentang penyerahan berkenaan sebagai bukti kecintaan dan tawaduknya seorang ahli ilmu.

masyaAllah bila tertulis bantuan dari-Nya, tidak ada satu umat yang mampu menghalang, jika tidak ada bantuan-Nya, datanglah seribu bantuan manusia, nescaya tidak ada satu pun yang akan sampai. Keyakinan pada Allah adalah yang utama didalam setiap perkara, inilah yang selalu penulis tekankan pada peserta-peserta Nuqaba’. Dari segi ilmu penulis tidak merasakan suatu masalah yang besar untuk dirisaukan kerana rata-rata yang hadir cukup hebat dan mempunyai disiplin diri yang baik.

teguran pengarah banyak membantu dan memberikan sejuta persoalan, pulang dengan sejuta persoalan untuk dijawab dan pilu serta merasakan betapa lekehnya diri serta begitu tidak sempurnanya akhlak dan sahsiah diri.

Akhir kalam dan bicara, semoga Islam akan maju dengan wujudnya generasi-generasi pewaris ilmuan ini, semoga islam akan terus bergema dan terus kuat dengan hadirnya kefahaman peserta. Semoga ungkapan memberikan hidayah dan kudrat dari Ilahi serta manfaatnya dinikmati diakhirat dan dunia.

Sunday, December 19, 2010

semoga bermanfaat............

Pertama dan selamanya marilah kita mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran diatas nikmat yang telah Allah kurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah (S.A.W.) pemilik cahaya kebenaran, penyebab kenikmatan iman, pembawa kerahmatan sekalian alam, pensyafaat dikala memerlukan. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat baginda dan sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekaliannya

Alhamdulilah setelah berabad penulis mengasingkan diri dari penulisan dan didalam jangka masa yang lama itu jugalah pelbagai pengalaman dan kenikmatan penulis rasakan dan lalui yang sebenarnya terlalu banyak untuk penulis ukirkan disini. Benarlah kata-kata yang mengatakan bahawa ilmu penulisan itu bukanlah suatu yang mudah malah penulis sendiri merasakan kesulitan didalam usaha penulis mengeluarkan satu-satu risalah biarpun didalam laman penulsi sendiri.

Namun insyaAllah semoga keikhlasan yang ada ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada pembaca yang jauh lebih berilmu dan pakar didalam ilmu penulisan ini. Malah penulis sendiri mengharapkan sekiranya ada kesulitan didalam memahami makna sebenar penulisan penulis supaya memaklumkan kepada penulis.

Kekaguman penuls kepada tokoh-tokoh penulisan tanah air amat penulis cemburui, indikatur mudah yang menerpa kedalam fikiran penulis apabila berbicara dengan mereka adalah betapa banyaknya buku yang dibaca dan betapa istiqamahnya mereka didalam membaca kerana mustahil bagi seseorang itu untuk mengeluarkan ide-ide bernas melainkan setelah mana mereka meneliti pelbagai ilmu dan melihat dari pelbagai sudut permasalahan.

Baiklah secara kasarnya penulis berkenan untuk berkongsikan mengenai beberapa perkara yang wajar kita jadikan sebagai salah satu daripada agenda utama kehidupan. Sebenarnya terdapat tiga perkara namaun eloklah bagi penulsi untuk berkongsikan satu persatu untuk melebihkan kepada huraian supaya apa yang ingin disampaikan penulis sedikit sebanyak menyentuh hati pembaca insyaAllah.

Tiga perkara yang ingin penulsi nyatakan ini merupakan amalan tambahan yang begitu penting terutamanya bagi orang yang bergelar ‘salikin’ yakni orang yang berjalan menuju kepada Allah. Ini merupakan pesanan yang penulis dapat dari seorang sahabat penulis yang ketika itu mengalami sakaratul maut. Beliau berpesan sekiranya penulis menginggalkan ketiga-tiga perkara ini, maka hidup akan tiada ertinya, sejurus selesai berpesan beliau menghembuskan nyawanya. Perkara ini terjadi didalam alam yang penulis tidak dapat jelaskan.

Perkara pertama yang perlu ada adalah mendampingi guru/orang alim/ilmuan. Apabila diteliti dan difahami, kebiasaanya kita mampu untuk melihat maksud ataupun tujuan perkara ini dijelaskan. Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum mendampingi guru adalah bagaimana untuk mengetahui bahawa inilah orang yang wajar aku dekati atau dampingi? Seperti sedia maklum, iman manusia ini terkadang naik terkadang turun. Terkadang hati manusai ini berpaling dari Allah dan terkadang kuat mengingati Allah, terkadang jalur kehidupan manusia terikat dengan nafsu dan terkadang terikat utuh bersama nafsu dan syaitan. Makanya seorang guru yang baik dan sesusai adalah yang mana antara cirinya adlah apabila berjumpanya kita dengan mereka, ataupun apabila dengarnya kita kepada kuliahnya, beliau berkamampuna untuk memalingkan semula hati yang leka kepad yang Utama. Seorang guru yang baik adalah apabila nak muridnya yang juga boleh dinaggap pesakitnya dating didalm keadaan ‘sakit’ maka sebelum pulangnya murid tersebut ‘kesakitan’ itu sediki sebanyak terubat. Maka sekiranya ada diantara kita merasakan sedemikian kepada seseorang guru/alim ataupun ulama’ maka wajarlah untuk dia melazimi bersama guru tersebut.

Guru ibarat tunjang kepada segala benda, guru ibarat pemilik hati, dan sebagai seorang yang berjalan dijalan Allah harus meletakkan dirinya dibawah guru tersebut, sekiranya perkara yang diterangkan tidak difahami, kita tidak wajar untuk mengatakan kesilapan itu berpunca daripada guru tersebut kerana adab seorang penuntut itu sewajarnya mengatakan akan kejahilan dirinya kerana tiada keupayaan memahami ilmu seumpama guru tersebut memahaminya akibat banayknya dosa yang dilakukan. Seorang murid yang baik harus meyakini bahawa gurunya berkeupayaan mendalami dilubuk hatinya biarpun kita tidka menyatakan akan malasah tersebut, dengan sifat murid tersebut akan lebih menghormati dan adalah menjadi suatu kebiadapan bagi penuntut ilmu untuk berlawan mata dengan gurunya, seharusnya murid harus menjadi orang yang pertama mengalihkan pandangan sekiranya matanya bertentangan dengan guru tersebut. Inilah tradisi yang diwarisi turun temurun dan kita mampu melihat kehebatang generasi silam didalam keilmuan mereka kerana ilmu yang dituntut adalah hadir bersama nya keberkatan dan keredhaan gurunya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat semua terutamanya penulis sendiri insya Allah........

Wednesday, October 13, 2010

PANTUN KARAT.....

DUNIA ITU IBARAT MIMPI,

MIMPI INDAH YANG MENYENANGKAN,

NAMUN HAKIKATNYA TIADA MIMPI YANG KEKAL,

MUNGKIN BOLEH HILANG DENGAN SEDIKIT KEJUTAN,

MAKA BILA TERJAGA ITULAH HAKIKATNYA.



NIKMAT DUNIA HANYA SEBAGAI MIMPI,

JELASNYA NIKMAT DUNIA DITIAP MATA,

NAMUN BILA SUDAH MATI,

ITULAH HAKIKAT KEHIDUPAN.


PERSOALAN DEMI PERSOALAN DISOAL,

ADAKAH YANG MAMPU DIJAWAB?

PASTINYA JIKA TERUS BERMIMPI,

SEMPATKAH PERSEDIAAN UNTUK PERSOALAN?


MEJA PENULIS(KAED 11.43 MLM)

Thursday, September 2, 2010

Ramadan yang dikasihi.....

Alhamdulillah diucapkan kepada semua, pertama dan selama-lamanya ayuhlah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Selawat dan salam buat buat junjungan besar Rasullullah S.A.W. yang suci daripada dosa dan noda pemilik syafaat terbesar, insan yang punya cahaya yang cahayanya menyinari seluruh alam.

Dengan berkah dan hidayah-Nya, Alhamdulillah diberinya penulis kekuatan untuk mencoret sedikit perkongsian untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Setelah sekian lama penulis mendiamkan diri dari medan penulisan sehinggakan penulis merasakan suatu keselesaan untuk tidak menulis. Petang tadi terdengar suara dari corong radio IKIM yang penulis sendiri tidak mengingati siapakah ahli panelnya, antara isi yang dibicarakan adalah mengenai penulisan, suatu perkongsian yang mudah namun banyak manfaatnya.

Selama ini penulis memfokuskan perkara sunat yang penulis wajibkan pada diri, jadi ahli panel berkenaan menyentuh mengenai kewajipan menulis paling kurang satu artikel seminggu. Sedikit tersentak kerana alpa bahawa penulisan juga bersifat dakwah dan terkadang dengan penulisan kita mampu mengubah dunia seperti mana yang dilakukan Jose Rizal terhadap negaranya Filipina.

Syukur mengenangkan kesudian Pencipta untuk memberikan lagi peluang untuk bersama dengan bulan penuh berkah ini, bulan yang menjanjikan sejuta kali manfaat buat semua yang menghargai. Sesungguhnya penulis merasakan sedikit kelainan pada tahun ini insyaAllah semoga sahabat-sahabat lain juga merasakan benda yang sama.

Semoga introduksi ini sedikit memberikan manfaat buat semua yang membaca terutama sekali buat diri penulis sendiri yang pastinya akan bertanggungjawab terhadap kata-kata ini.

Hari-hari yang berbaki ini penulis ingin menyerulah supaya sewajarnya marilah kita bertungkus lumus untuk bersama dan menghadirkan diri didalam kenikmatan ramadhan. Cubalah sedaya upaya untuk mencuba untuk merasai kelebihan ramadhan ini. Mungkin ada yang masih keliru untuk menghadirkan rasa beramadhan namun sebagai langkah mudah cubalah sehabis mungkin untuk mengasihi ramadhan. Alangkah ruginya jika kita menjadi insan yang diberikan peluang untuk kenikmatan namun melepaskan peluang berkenaan.

Disebalik kesibukkan mengejar cita-cita, jangan lupa ‘presentation’ kita dihadapan Allah yang sekarang ini kita menunggu untuk dipanggil giliran. Jika tidak cukup ‘requirement’nya maka gagallah kita maka tiada kegagalan yang paling dikesali daripada terhumban kedalam Neraka Jahannam.