Pages

Sunday, November 15, 2009

syukur perlu diperbaiki..............


Assalamualaikum kepada semua yang sudi meminjamkan barang sebentar masa yang cukup bermakna untuk membelek serba sedikit ilmu didalam laman ini. Ternyata agak sudah lama buat penulis mendiamkan diri barangkali beruzlah mencari kebenaran ataupun naik turun iman yang acap kali menyerang penulis dalam masa penguzlahan ini.

Alhamdulillah penulis utamakan kepada Allah yang sudi meminjamkan lagi nikmat kehidupan buat penulis walaupun penulis hanya banyak melanggar arahan ‘tuan’ penulis. Namun dikesempatan yang terhad ini, penulis akan cuba dan terus mencuba, walaupun acap kali gagal namun insyaAllah dengan kekuatan dari-Nya kita semua beroleh keberkatan-Nya

Iman itu naik dan turun, memang itulah lumrah seorang manusia, itulah fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Namun apa harus dilakukan untuk memastikan tahap penurunan iman itu tidak terlalu teruk? Kadang-kadang insan yang gah dipandangan mata rupanya penyamun dimalam hari, rupanya beliau tidak berupaya melawan nafsu yang membelenggu diri biarpun perwatakannya bergaya ala-ala orang alim begitu. Apakah tiada cara yang begitu khusus untuk itu? Mungkin sidang pembaca boleh berkongsi sebanyaknya ide yang boleh buat penulis dan semua yang terpanggil untuk membaca celoteh ini.

Kehidupan penulis saban hari seakan akan sudah terbalik. Jadual pembelajaran yang padat dan berlainan dengan jurusan lain telah menterbalikkan kehidupan normal seorang manusia. Malamnya susah untuk melelapkan mata dan begitulah sebaliknya disiang hari. Pelik difikirkan namun itulah yang terjadi.

Segala perancangan disiang hari tergendala sehabisnya. Iman yang terus merudum merisaukan diri. Ternyata kita tidak boleh berbangga dengan apa yang telah kita lakukan. Manusia kadang kadang hanya melihat isu-isu yang besar yang senang dilihat umpamanya jangan berbangga dengan diri, dengan pekerjaan dansebagainya. Namun kadang-kadang kita lupa untuk berterima kasih untuk mensyukuri bahawa Allah telah meletakkan kita disuatu tempat yang kita sedang jejaki, apakah dengan amalan kita dan segala ilmu agama yang dipelajari dahulu boleh menjamin kita untuk tidak melakukan kemungkaran? Apakah amalan dan ilmu yang kita pelajari ini mampu menahan kita untuk tidak meninggalkan solat? Apakah dengan amalan ini dan ilmu ini mampu menjamin semua itu? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kita tidak akan mampu untuk berbuat apapun untuk menjamin kehidupan kita melainkan berharap kekuatan dari-Nya. Berharap hidayah itu terus masuk dan masuk kedalam hati kita yang gelap gelita ini. Tanpa-Nya kosonglah jiwa. Untuk menguji kesahihan teori ini, cubalah untuk tidak menuntut ilmu agama buat seketika. Hati akan merasa kosong, dosa dipandang semakim mengecil dan terus mengecil.

Maka disini penulis mahu tekankan bahawa syukur itu meliputi semuanya. Bukan hanya hanya menerima nikmat yang jarang diterima .wallahua’lam