Pages

Friday, March 20, 2009

Program jalinan Kasih 04....






















Assalamualaikum kepada semua, Alhamdulillah pada 6-8 mac yang sudah penulis berjaya mengikuti sebuah program yang telah sekian lama penulis idamkan…sebelum penulis berkisar mengenai program tersebut, suka penulis untuk menceritakan sesuatu yang terjadi sebelum penulis membuat pilihan untuk pergi ke program tersebut.

Secara ringkasnya, penulis pada mulanya berada dalam keadaan yang serba salah untuk memilih antara 2 program yang bagi penulisp punya kelebihan yang tersendiri, diantara program jalinan kasih(orang asli) ataupun perhimpunan 100 ribu rakyat menentang PPSMI.

Sebagai pengenalan, program jalinan kasih ini antaranya berkisar mengenai dakwah, mendekati orang asli, memberikan tunjuk ajar mengenai agama dan hal-hal berkaitan,program ini merupakan program yang penulis cuba untuk pergi selama 3tahun, bermula dari matrikulasi hinggalah seminggu yang sudah. Dahulunya ada sahaja aral menghalang hajat penulis untuk turun kesana, mungkin tiada jodoh dan Alhamdulillah penantian itu nampaknya sudah tamat.

Perhimpunan 100 ribu rakyat pulak lebih menjurus kepada suatu perjuangan menentang dasar yang dilaksanakan kerajaan dalam sistem pendidikan Negara yang mana system pembelajaran peelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ini merupakan isu umat Malaysia, ini merupakan isu jatuh naik masyarakat islam Malaysia, masyarakat melayu , jatuh naik Negara Malaysia, isu yang akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang akan mempunyai modal insan yang lemah dalam aspek akademiknya. Himpunan sebagai satu mesej yang akan rakyat tunjukkan kepada kerajaan yang zalim.

Maka berlakulah dilemma dalam jiwa penulis, mana yang harus diutamakan, dakwah ataupun himpunan, agak lama penulis memikirkan. Namun Alhamdulillah Allah telah memberikan suatu ilham yang mana memberikan penulis kesedaran terhadap apa yang sedang penulis lakukan, penulis menyertai gerakan atas sebab apa?mahu tidak mahu atas dasar dakwah, atas dasar kesedaran untuk bangun membuat perubahan, terus penulis menyimpulkan cukuplah sahabat2 yang lain disalurkan untuk himpunan tersebut, pokoknya semua perlu berkorban, penulis disalurkan kepada usaha dakwah manakala sahabat yang lain untuk menyatakan bantahan, masing-masing memainkan peranan. Perihal dakwah merupakan agenda utama….

Selesai solat jumaat, penulis mula memperkemaskan diri dengan ilmu-ilmu asas dalam islam, fardhu ain dan sebagainya kerana penulis percaya inilah yang akan penulis tekankan dalam misi dakwah kali ini. Penulis merasakan fardhu ain merupakan batu asas yang perlu diserapkan dalam jiwa penduduk kampung orang asli ini kerana penulis didedahkan akan amalan masyarakat disana yang perlu kepada perkara asas sebelum melangkah kepada perkara yang lebih jauh.

Bertolak selepas maghrib menuju ke UIAPJ dengan perkhidmatan awam membuatkan penulis dapat menggambarkan akan kesesakkan yang akan penulis hadapi kerana tika itu merupakan waktu yang lazimnya kesesakkan akan berlaku tetapi Alhamdulillah Allah memberikan pertolongan, entah mengapa tiada kesesakkan yang berlaku, semuanya berjalan lancar.

Setibanya di UIAPJ, setelah hampir beberapa ketika, perjalanan bermula lebih kurang dalam pukul 1 pagi, sementara menunggu tiba di destinasi, tidor jela, Alhamdulillah perjalanan yang merentasi jalan berliku akhirnya tiba juga di pekan Jinglet kalau tak silap, beriktikaf sebentar di surau An-Nur yang tidak jauh dari situ sementara menunggu subuh. Keadaan yang sejuk(maklumlah Cameron) cukup menenangkan jiwa, sahabat penulis yang datang dari UIA kuantan epah ada membawa bersama DSLR. Hah…ape lagi? Berpesta la penulis mengambil gambar disana dan disini.

Selesai solat dan selesai sedikit perbentangan mengenai misi program perjalanan ke dalam hutan pun bermula,perjalanan yang mengambil masa hampir sejam memang memenatkan. Keadaan jalan yang ‘bertar’ cukup mengoncang badan dan segalanya, pelbagai ragam dapat dilihat,huhuhu.

Setelah sekian lama ‘bersenam’ didalam trak disepanjang perjalanan,akhirnya tiba juga, mulanya penulis mengjangkakan kampung orang asli ini agak besar tetapi ternyata tanggapan tersebut meleset. Ianya hanyalah sebuah kampung yang mengandungi lebih kurang dalam 15 buah rumah. Beberapa ekor anjing yang diibaratkan seperti kucing kerana di kampung tersebut ada jugak penduduk yang beragama kristian. Alhamdulillah jugak kerana dengan kedatangan kami ini dapat menyelamatkan surau yang bakal dirobohkan kerana tidak digunakan, sedih dan terharu mendengarnya, surau yang dibina oleh sahabat-sahabat itu baru berusia setahun, waktu itu sahabat2 penulis bertungkus lumus masuk keluar hutan mencari kayu-kayu untuk membina surau tersebut.

Agak terkejut jugak penulis pada awalnya kerana sesetengah rumah disitu juga dilengkapi dengan ASTRO. Ditengah-tengah hutan yang memang tiada sumber elektrik dan hanya berbekalkan tenaga solar dan air bukit, ada juga servis ASTRO ni, namun penulis diberitahu kebanyakkan rumah yang mempunyai servis ini adalah milik warga kristian, beginilah cara mereka berdakwah, menggunakan material sebagai umpan. Malahan mubaligh kristian akan selalu mengunjungi kampong ini sekurang-kurangnya seminggu sekali, sedih dan tercabar mendengarnya, kami tidak mampu melakukan seperti itu, hanya mampu setahun sekali, mengapa tiada orang islam yang mehu melakukan perkara yang sama seperti mubaligh kristian sanggup melakukan sedangkan agama kita yang banar dan diredhai.

Secara keseluruhannya untuk tahun yang keempat ini, misi akan lebih tertumpu kepada pengukuhan dan pendedahan tentang islam akan dilaksanakan kerana ada yang menceritakan penduduk disitu hanya akan solat jika ada pendakwah yang berkunjung disana, mendengar perkara tersebut penulis sebak, rasa macam nak bermastautin disana sahaja huhuhu(kuat pulak Iman).

Sebagai aktiviti yang pertama, kami mulakan dengan membersihkan kawasan sekitarnya, ada yang mengutip sampah, ada yang memotong rumput, ada yang bermain dengan anak-anak kecil, ada yang bersembang dengan penduduk kampong, masing-masing memainkan peranan untuk menghidupkan suasana yang positif, seorang penduduk disana turut sama untuk melakukan kerja bersama kami, kalau kami memotong rumput secara ‘manual’ namun abang mad ini menggunakan mesin rumput, huhu lagi maju nampaknya, penulis pun mengambil peluang menggunakan mesin rumput buat pertama kalinya, kalu sebelum in hanya banyak melihat dan agak takut, tapi penulis punya alasan tersendiri mengapa perlu melupakan akan kelemahan diri untuk dakwah ini, bagi penulis kata-kata sahaja tidak akan mampu memberikan impak yang tinggi dalam hati seseorang, seorang pendakwah perlu melakukan lebih dan bukan berkisar kepada kata-kata yang berbunga yang memikat hati semata-mata.

Sebeanrnya dalam banyak-banyak aktiviti yang penulis dan sahabat-shabat lakukan, antara yang benar-benar menyayat hati penulis adalah dimana kami mengajar anak-anak dan ibu bapa disana untuk mengaji Al-Quran. Dalam keadaan tanpa bekalan elektrik, kami hanya menggunakan cahaya lilin dan beberapa lampu suluh bagi mengajar, suasana yang cukup sedih dan mengingatkan penulis akan mungkin begini lah suatu masa dahulu pengarajan dilakukan oleh ulama’-ulama’.

Namun kebersamaan kami warga Gombak dan kuantan tidak lama kerana kami harus pulang kerana ada kerja yang harus dilakukan, sedih bangat…..banyk lagi aktiviti yang sepatutnya dilakukan tidak dapat penulis sertai namun insyaAllah tahun hadapan jika ada peluang dan ruang, penulis akan berhijrah lagi kesana…. Semoga warga disana diberikan petunjuk hidayah dan taufiq atas apa jua kerja yang dilakukan…….



Wednesday, March 18, 2009

Pendakwah cemerlang....

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membentangkan sejenak nikmat karuniaan Allah bagi membelek serba sedikit halaman yang diukir penulis sebagai tempat, wadah, platform untuk melaksanakan salah satu tanggungjawab utama penulis sebagai khalifatullah. Sesungguhnya menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menyatakan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada, apa jua yang dilakukan tidak akan mampu memenuhi tanggungjawab yang diberi Allah kepada manusia sebagai pentadbir bumi ciptaan-Nya yang agung.

Pada ketika ini penulis sedang menyiapkan barangkali projek yang terakhir untuk sem 2 di IIUm ini, disebabkan kesibukkan yang begitu mencengkam, penulis terpaksa membiarkan sementara laman sawang penulis ini berhabuk.


Apa isu kali ini?

Orang selalu mengatakan, jika mahu menunuukkan teladan yang baik jika menyertai sesuatu pertubuhan islam, perlunya untuk menjaga pointer dan sebagainya, perlu ke? Dan betul ke? Disini penulis tidak berniat mah memprotes tetapi penulis mempunyai pandangan yang berbeda,

Dalam sebuah hadis, mafhumnya baginda tercinta ada menyatakan jika seseorang itu memfokuskan hidupnya untuk kehidupan dunia, maka akhiratnya akan binasa, tetapi jika seseorang itu memfokuskan hidupnya kepada dunia, aka nada kekurangan pada dunianya,(harap betulkan jika tersalah).

Jadi tidak mungkin dan amatlah jarang ada manusia yang mampu memfokuskan secara baik di kedua-dua ala mini, tetapi pokoknya kehidupan mana yang lagi memberikan kenikmatan?dunia hanya 60-70 tahun, jika nikmat yang diperoleh pun mungkin setelah kita memperoleh kejayaan, untuk Berjaya perlu kepada seseorang itu berusaha sehabis baik, namun, tidak pada sebaliknya. Jadi dalam ruangan yang pendek ini penulis ingin sampaikan dalam erti kata lain, jadikanlah hadis ini sebagai motivasi untuk meneruskan jalan dakwah antum semua. Jangan resah gulana jika dunia antum berada dalam keadaan yang hina, kerana InsyaAllah di sana Janji Allah pasti berlaku,

Betulkan niat semua pendakwah agama tercinta……sesungguhnya Kita adalah umat yang terbaik kerana dua perkara, menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran…..

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul S.A.W.

Alhamdulillah diucapkan kepada Allah tuham semesta alam diatas karuniaan yang telah diberi sejak lahir sampailah sekarang, setinggi-tinggi ucapan penghargaan penulis tujukan kepada semua yang sudi meminjamkan kenikmatan kurniaan mata barangkali sekejap untuk membaca blog penulis.

Hari semalam merupakan suatu hari yang cukup bersejarah bagi kita semua umat islam kerana pada hari semalamlah seorang yang berjiwa besar telah pun dizahirkan akan kehadirannya dimuka bumi, kedatangannya ditunggu-tunggu, kedatangannya dinanti-nati. Beliaulah yang telah Berjaya merobah senario masyarakat dunia amnya, berkat kehadirannya jugalah kita semua memperoleh kenikmatan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kaum-kaum tertentu sahaja. Hari semalam tidak normallah bagi seorang umat yang mengaku beriman tidak menyedari akan kedatangan hari semalam. Tidak sempurna iman seseorang itu jika hari semalam tidak disyukuri, nyata jugalah jika seseorang itu tidak menyedari hakikat hari semalam, maka ternyata imannya hanya dilidah namun tidak diambil peduli akan dihati. Hari semalam merupakan hari maulud nabi junjungan besar Muhammad S.A.W. dalam quran Allah berfirman:
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157
sebagai untuk berkongsi perayaan hari maulud ini pertama sekali disambut sewaktu dizaman pemerintahan Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi. Tujuannya adalah untuk mewujudkan rasa kecintaan yang tinggi terhadap junjungan besar S.A.W. disampin itu diwaktu perayaan ini juga disambut untuk mewujudkan rasa semangat kepada tentera Muslimin ketika itu bagi menghadapi perang salib bagi menawan kota Palestin.
insyaAllah sama-samalah kita semua menghadirkan dalam diri masing-masing rasa kebesaran, rasa kecintaan, rasa kesyukuran, rasa rendah diri, rasa kehinaan dan banyak lagi rasa yang dapat meleraikan keegoan yang saban hari membelenggu hati, pada 1400 tahun yang lalu hari semalam merupakan hari yang bakal merobah dunia, hari yang diberkati diatas lahirnya kekasih Allah ini. Jadikan hari semalam juga sebagai titik tolak dalam diri kita untuk berhijrah daripada buruk kepada baik akhlak, daripada ego kepada lembut hatinya. Ambillah berkat hari semalam untuk dijadikan motivasi untuk menempuh hari-hari yang akan mendatang, insyaAllah semoga kita semua berada didalam keredhaan-Nya…..

Monday, March 2, 2009

Kematian Penulis.....mungkin???






Asaslamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati…..
Alhamdulillah setelah hampir beberapa minggu lamanya penulis tidak memperbaharui blog ini dan pada tika ini penulis diberi berkesempatan untuk melakar sedikit sebanyak apa yang tersirat dihati penulis. Hari-hari yang berlalu sepanjang kehidupan penulis pada hari-hari yang lepas memberikan sejuta kali ujian. Ada yang mampu dilepasi namun tidak kurang jugak yang gagal.

Diam-diam sudah lebih 3 bulan kita menelusuri tirai 2009. Rasanya baru semalam kita menyambut kehadiran tahun yang bakal mengubah scenario politik Negara ini. Namun bukan tentang politik menjadi isu yang akan dibahaskan tetapi masa yang berlalu ini. 3 bulan amat dirasakan begitu cepat. Apa makna nya?
Masa yang bergerak tidak akan menunggu sesiapa, ajal yang datang tidak akan meminta izin sebelum menerpa, semuanya akan datang dalam masa yang ditetapkan, segala telah ditentukan, semua sudah ada catatan, hanya menunggu masa mendatang, kesibukkan diatas kerja harian jangan sampai dilupakan akan bekalan, biarlah apa jua yang ingin diungkap orang, asalkan hal berkenaan dilupa jangan.
Pokok yang ingin penulis kongsi adalah bagaimana kita semua mahu menjadi orang yang paling bijak? Dalam hadis yang terkenal ada menyebut(mafhumnya) orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Terus tidak perlu bimbang akan kekurangan yang menimpa diri dalam pelajaran akademik, tetapi pertajamkan lah bahagian rohaninya, bukankah begitu.
Namun disini penulis inginkan jugak berkongsi. Orang yang paling rugi diakhirat kelak adalah orang yang beramal dengan amal soleh didunia tetapi diatas kesalahan niat melakukan ibadat menjerumuskan dia kedalam neraka. Renungkanlah sahabat semua, hidup ini bukan untuk bersuka ria, bukan untuk menikmati dunia sepenuhnya. Dunia ini paling lama pun hanya 60- 70 tahun kehidupan. Namun bayangkan sahabat disyurga nanti, kita kan hidup selama-lamanya,bayangkan……………..

Semoga semua yang ada diantara kita menjadi orang yang paling bijak sekali….senantiasa doakan keselamatan sahabat-sahabat kita kerana doa yang paling ikhlas adalah doa dedeorang dibelakang sahabatnya, yakni doakan seseorang tanpa orang itu mengetahui dirinya didoakan…..
Selamat bermuhasabah……(peringatan kepada diri sendiri)