Pages

Tuesday, July 16, 2013

Sungguh Hebat Al-Quran

Assalamualaikum wrt. InsyaAllah kewujudan laman social sebenarnya sedikit sebanyak menghakis bakat menulis ramai penulis muda tidak terkecuali penulis, mesej yang disampaikan dilihat lebih mudah menerjah setiap ‘friend’ yang berada didalam senarai. Ayat yang pendek namun sampai maksud yang diingini tidak lain turut mempengaruhi minat untuk menulis. Namun penulis sebenar wajar menggunakan kedua-dua media untuk kemaslahatan semua. Penulis amat mengkagumi bagaimana ulama’ terdahulu dengan sumber yang sangat ‘limited’ namun berkemampuan menulis berjilid kitab. insyaAllah untuk kali ini, penulis berhasrat berkongsikan sedikit perkara berkaitan hebatnya Al-Quran. Satu mukjizat yang telah diturunkan dan tanpa sebarang perubahan, masih tetap utuh dan menjadi rujukan hingga ke hari ini. Teringat penulis tentang hal peristiwa dimana ketika Nabi Adam as diciptakan Allah, malaikat yang seakan memprotes aturan Allah itu diuji dengan sesuatu yang tidak diketahui mereka. Namun Nabi Adam as yang diajar Allah mampu menjawab segala persoalan yang ditanya. Itulah peranan manusia, dijadikan Allah dengan nafsu yang akan menjadikan manusia berlumba-lumba didalam membuat sesuatu. Kita lihat hari ini teknologi manusia berkembang maju dan tidak pernah terfikir oleh manusia terdahulu. Rahsia-rahsia Allah semakin banyak yang manusia timbulkan. Sungguh hebat manusia. Namun, didalam kegilaan manusia mengkaji kehidupan. Allah berikan kita manual kehidupan yang akan menyelamatkan kita didunia ini. Manual itu tidak diberikan sekaligus namun secara berperingkat mengikut situasi dan permasalahan. Ayat yang diturunkan bukan sahaja menyelesaikan permasalahan para sahabat ketika itu namun menjadi penyelesaian untuk kita umat diakhir zaman. Allah…… sungguh jauh dan tinggi bahasa Al-Quran. Seandainya kita membaca surat khabar cina, pastinya mata berair, hati bergolak, perasaan malas akan tinggi meningkat. Ini disebabkan kita tidak faham akan persoalan yang diceritakan biarpun perkara yang diberitakan itu adalah perkara yang tersangat kita minati. Namun tidak bagi Al-Quran. Biarpun kita tidak memahami ayat dan tiada minat pada perkara yang dibaca. Namun kita mampu membaca malah Allah memberikan kita pahala atas bacaan yang tanpa pengertian itu. Dari segi bahasa pula, bezakan jika kita membaca makna dan membaca ayat dalam bahasa arab, yang manakah lebih senang? Bagi penulis, membaca yang bahasa arab amat memudahkan biarpun kurang kefahaman. Itulah antara mukjizat yang sangat nyata terjadi yang disedari kita. insyaAllah dalam pembahasan yang akan dating, penulis akan kongsikan kehebatan yang lain untuk tatapan semua. InsyaAllah.

No comments: