Pages

Saturday, May 30, 2009

simpulan hariku.........

Assalamualaikum kepada sekalian sahabat sekalian, Alhamdulillah hari ini penulis ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi diatas kurniaan nikmat yang masih diberikan walaupun penulis banyak dan acap kali melanggar perintah Nya. Jelaslah penulis masih mempunyai peluang untuk melakukan ibadah-ibadah yang InsyaAllah mampu menyelamatkan penulis dari siksaan api neraka insyaAllah.

Pada tika ini, penulis berkesempatan untuk mengukir sedikit didalam menjalani ruangan kehidupan yang begitu sibuk sehinggakan pelbagai aktiviti yang sebelum ini dilakukan terpaksa penulis tangguhkan, namun sudah menjadi lumrah kehidupan, sudah menjadi sunnahtulllah didalam kehidupan sesuatu musibah akan ada penghujungnya dan Alhamdulillah setakat ini musibah itu telah ditarik sebentar Ilahi dan akan turun semula dimasa yang akan datang.


Untuk kali ini penulis lebih kepada mahu berkongsi serba sedikit apa yang dapat penulis simpulkan disepanjang sem 3 yang penulis lalui. Kehidupan yang benar-benar memberikan penulis hentakan dan barangkali amaran bahawa semua yang dilakukan perlu kepada ‘balancing’ yang tertentu.


Bermula dengan pemilihan yang agak berat kiranya apabila dipilih sebagai program manager untuk subjek multidip(budak kaed tau la) memang mencabar, namun barangkali undi tidak percaya lalu Alhamdulillah tanggungjawab tersebut dipikul oleh orang lain selepas beberapa perbincangan. Mulanya rasa semangat mula membara namun mungkin ada hikmah yang tertulis diatas sana. Didalam jangka waktu ini jugak penulis bertemu dengan keluarga baru, sebuah persatuan yang mana memberikan penulis pengalaman baru dalam bidang yang sedia penulis ceburi, bidang dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. insyaAllah…..

Jangka masa ini juga turut memberikan penulis lebih keyakinan terhadap pertolongan yang dijanjikan-Nya. Janji yang menyatakan akan bantuan terhadap insan yang menolong agama-Nya. Minggu-minggu yang berlalu senantiasa diisi dengan program yang sampai mengabaikan amanah penulis didalam subjek tersebut, sehinggalah saat terakhir penulis berasa benar-benar bersalah dengan sahabat se’office’. Dan diwaktu yang singkat itu penulis mencuba untuk memberikan sepenuh tumpuan yang jitu terhadap subjek dan Alhamdulillah penulis amat merasakan kepuasan yang mungkin penulis sahaja yang dapat merasakan. Syukur diucapkan.

Dalam jangka masa 3 bulan ini juga, penulsi berpeluang menceburi bidang yang baru yang betul-betul berlainan dengan sifat sebenar penulis, Alhamdulillah, bidang yang penulis idamkan kiranya. Terima kasih kepada yang berkaitan. Namun didalam banyak-banyak benda yang berlaku ada suatu hal yang membuatkan penulis tertawa sendiri apabila memikirkan semula. Kejahilan yang lampau datang mengimbau semula, kejahilan dalam mengawal nafsu bercinta dalam bahasa mudah, namun itu semua zaman lampau dan beliau pun dilihat sudah matang didalam memikirkan hal tersebut. Alhamdulillah kerana perhubungan itu telah tiada, hubungan yang tiada restu Ilahi, semoga penulis senantiasa dijauhi bencana ini. Biarlah yang akan datang hanya satu dan yang utama.


Untuk ringkasan, perjalan penulis pulang ke tanah tumpah darah memang meletihkan, dan alhamdulilllah penulis sempat bertemu dengan sahabat baru dari Pattani, beliau merupakan Abang Abdul rahman seorang tukang masak tomyam berhampiran UITM di Sungai Petani, personaliti yang sederhana, berkopiah, berkain pelikat menampakkan beliau merupakan seorang yang bukan calang-calang, belajar dipondok Yala, minat kepada Agama dan bermacam-macam lagi, beliau yang ingin berlepas ke Padang Besar untuk pulang ke Pattani berjumpa sanak saudara dan isteri datang bertanyakan hal surau, waktu itu gerabak keretapi berkenaan tiada menyediakan surau seperti biasa, maka bermulalah bicara kami. Masuk sahaja subuh kami mencari mana-mana ruang kosong untuk berdiri yang mampu untuk kami berjamaah sekali, Alhamdulillah ada tempatnya, ruang kelas kedua yang kosong dijadikan medan. Penulis terharu dan bersyukur diatas bantuan yang Allah berikan melalui beliau, jika diikutkan penulis mahu sahaja bersolat diatas kusyen tu.

Sejurus selepas solat beliau yang minat kepada sejarah dan pendidikkan mula berbicara, rupa-rupanya beliau pernah mengajar dipondok berkenaan, wah syukur diatas kunjungan hamba Allah ini, banyak isu yang dibincangkan, tentang pendidikan di Siam dan sebagainya sehinggalah kepada kerajaan perpaduan, bermacam-macam lagi, satu pepatah yang menarik beliau ungkapkan yang penulis suka untuk kongsikan adal h permasalahan yang banyak berlaku didalam masyarakat kita, kita acap kali mendengar ‘aku tidak minat politik ni’ aku tidak suka politik’ politik-politik ni aku malas la’ ini antara ungkapan yang biasa didengari, lalu beliau menjawab ‘kalau kita tidak main politik, politik akan main kita’ mudah tetapi dalam maknanya, namun masa terlalu cepat penulis terpaksa turun dan Alhamdulillah diatas peringatan yang Dikau berikan….


Kalau dahulu sewaktu penulis pulang tika cuti yang lampau, penulsi berjumpa pula dengan seorang ahli gerakkan Al-Arqam. Ini juga menarik kerana beliau turut mendedahkan akan apa itu Al-Arqam sebenarnya. Menarik dan begitu indah didengari, memang penulis amat mengagumi kehebatan gerakkan ini, semoga hidayah Allah akan menyentuh mereka-mereka ini agar kembali kepada akidah yang sebenarnya…..innsyaAllah

Kesimpulannya, hari-hari yang penulis lalui memberikan penulis pengalaman baru, kerana saban hari penulis melalui perkara baru, walaupun perkara itu selalu dilakukan tetapi persoalannya bagaimana kita melihat sesuatu itu, bagaimana kita meletakkan hati didalam melalui kehidupan tersebut…..

Semoga hari-hari yang akan datang memberikan penulis cabaran baru yang akan memberikan manfaat kepada akidah penulis, agama penulis, keredhaan Allah terhadap penulis dan hal-hal yang berkaitan insyaAllah………..

4 comments:

Mardhiah said...

salam

slmt bercuti ye

neway,nak kate..
minta maaf kalo aku de bt silap spnjg multidip.
andai ade bt sakit hati,terkasar bhs,
atau tersalah faham..
sori ye

take care ^_^

Ceksue said...

wassalam....setiap insan punya pelbagai kelemahan

saya x faham.. said...

saye pun nak mintak maaf dari pihak ceksu untuk diri saye..sepanjang 3bulan ni banyak salah ceksu dengan saye..kui3..sebenarnye saye x paham bace entri ni..ceksu asik berkias jer..aiyak..apo nak dikato..

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

Salam cik sue. Bagus kerana sudah pandai menulis. Teruskan usaha anda. Dan istiqamah selalu. Semoga usaha cik su diberkati. Doakan abg. Abg rindu kan tulisan cik su yang dulu. Huhuhuhu...